Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

Saturday, 14 March 2009

tersadai sebuah modem

rabu 11 Mac 2009

hujan turun dengan lebatnya. ditemani dengan guruh berdentuman. di angkasa, petir sahut menyahut. bagai kan berlumba lumba merebut gelaran juara.

tetiba hitam keluar (black out).

hah!!!

aku on kan balik.

on kan pc ini yang baru sahaja bertukar rumah kuasa (power box)... baru sahaja meletup 2 mgu lepas.

hari rabu modem pulak hawok!!! akibat petir melamar tanpa merisik.

dush!!!

kacau betol...

baru nak sekodeng siapa gerangan dari KK mencari itu lelaki...

cemburu?...of course!!!

modem serta hub telah tersadai...

hanya satu pc sahaja berfungsi...pc aku jenama acer yang di beli pada tahun 2 semasa di universiti telah di baraikan oleh suami aku. demi pc ini. tiada lagi bekalan kuasa di pc acer aku... nasib baik hard disk masih tersimpan segalanya. alhamdulillah.

dari rabu hingga sabtu... hati menjerit jerit suruh suami beli modem baru... tapi tak terkata.... nasib baik aku teringat kat manisa... he he he.. manisa dah batalkan berukband .. so leh pinjam modem dia... ha ye ye ye... yey!!! aku configure sendiri dengan bantuan teknikal dari tekanan 100 kemudian pilih bahasa 1 kemudian tekanan 2 kemudian tekanan 1. suara seorang perempuan yang cukup berbahasa membantu ku utk mengatur semula ip dan segala bagai... aku ikut je arahan dia...

lepas ni aku nak off kan balik streamyx... he he he.. nak tgk dia perasan ke tidak aku dah on kan balik streamyx ini...