Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, 5 November 2009

owh me oh my

bosan tahap gaban melanda...

oh sungguh malas mahu masak
hari ini tidak semena aku buat cuopcakes besar gedabak!
lama tak jengah blog kan

urm...
sibuk



Friday, 28 August 2009

Bihun Tom Yam

menu berbuka


tropical - sunkist + lychee




simple!
-----------------------------------
selepas menyediakan hidangan sahur untuk ehem ehem dan ehem ehem dah selesai menikmati juadah bersahur, aku mengadap TV... aik! ada Nur Kasih... hahaha... tersenyum jap! malam tadi ada tgk Nur Kasih jam 9 mlm kat tv3... ehem ehem dah melangok depan tv dulu... hehe... kelakar pulak!

so menu bersahur... bihun goreng dan air teh heh!

hurm...
buka semalam masak Tom Yam bihun... resepi sendiri dan dicadangkan oleh sahabat lama sewaktu darjah 6 dulu semasa bersekolah di Sek Keb Petaling (1), menurut sahabat lama yang aku panggil Liza, katanya... kalau nak buat bihun tom yam, kuah kena pekat sikit!

cemana?

aku selama ni buat tom yam ikut resepi sendiri, tak tahu lah pulak pekat ke cair...

so semalam setelah bertukar tukar pendapat dan petua (kononlah), maka tom yam aku... alhamdulillah... (kalau sedap jangan puji diri sendiri)

so aku nak share resepi... aku tak guna pati tom yam langsung!

bahan bahan:

cili kering yang telah dikisar bersama bawang merah 2biji, bawang putih 5biji, halia, udang segar dlm 7 ekor

pastu tumis ler...

tomato dalam 5-7 biji diblender.. bubuh air sikit je sbb tomato dah ada air...

bahan yang tumis tadi dah naik bau masukkan lah tomato yang telah dikisar

biar je sampai masak, kalau ada ayam atau daging, boleh taruk masa ni...

garam dan monosodium glutamat jgn dilupa!

then apa ek...

kalau rasa kurang air tambah lah air...

then dah didih masukkan lah segala sayur:
kubis bunga
kobis
capsicum
putik jagung
carrot
cendawan
daun limau purut
7 tangkai cili padi yang diketuk!

dan juga udang dan sotong!

oh ya serai jangan lupa di titik ye... campak je... dalam periuk tuh...

then apa ek... rasa... kalau kurang masam... perah lah limau purut.. tak pun limau nipis... tak masam jugak jugak... amik lah asam jawa...

then rasa lagi... cukup ke tidak garam dan gula dan mSg!

tu je lah pun!

Thursday, 27 August 2009

Al-Kisah...



tak pekat lah!!! ngeh ngeh ngeh!!! next time kalau buat i pastikan kuah nye pekat ok!!! but still nice! Haziq Amirul Haq makan bertambah!

slurp slurp bunyi haziq makan!

tambahan pada resepi...

aku letak:
green capsicum
cendawan
putik jagung
udang
celery

anyway kuah nye tinggal sikit je lagi! aku tak makan sebab lapar nasi! aku makan nasi lauk sardin je! cedap!

Chocolate Chip Cookies - The Recipe!

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/24

Bahan-bahan ( 100 biji )

* 450g tepung gandum
* 1 biji telur
* 250g mentega
* 115g gula halus
* 110g gula perang
* 100g chocolate chips
* 3 sudu besar cocoa powder
* 250g gajus(panggang dan cincang halus)
* 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Tuesday, 25 August 2009

Biskut Mazola - The Recipe!

sumber: myresepi.com

Bahan-bahan ( 1 balang )
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Biskut Suji - The Recipe!

Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.

Bahan-bahan ( + - 350 kpg kecil2 )

  • 600 - 800 g tepung gandum - ayak
  • 500 g gula serbuk/icing - ayak
  • 500 g minyak sapi QBB
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 1 sk bicarbonate of soda - ayak
  • 3 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dibulat2kan.
  4. Bulat2kan adunan sebesar guli2 kecil dan atur di atas dulang pembakar dan jarak2kan sedikit kerana suji akan mengembang.
  5. Bakar pd. suhu 150C. selama 10-12 min. atau hingga masak mengikut kepanasan oven masing2.
  6. Biarkan biskut sejuk diatas dulang pembakar dan simpan di dlm bekas yg kedap udara setelah biskut sejuk.
  7. **Utk pengetahuan bersama...Adunan suji ini cepat kering jika terlau lama terdedah dan berderai...saya menggunakan sudu penyukat yg bulat dan kecil (size 1/2 tsp) atau pengorek buah dan dialas dgn plastik yg nipis sebagai acuan.


Almond London - the recipe!

Tahun ni aku berazam nak buat kueh raya.. ntah menjadi entah kan tidak... at least aku nak cuba... sbb kat myresepi ni jarang sekali aku cuba tak menjadi... harap harap menjadi! Amin!

p/s: abg bila nak belikan oven baru n segala mak nenek baking tools?... oven mitsumaru asyik gagal je bila guna untuk bakar kek sehingga masak kek guna kaedah kukus! hope this week will grab it ya!!!


sumber: myresepi dan copy paste dari sini

nizamadey@myresipi.com

resepi yg saya adjust dr resepi kawan.. coklat masak saya beli yg repacking & unknown brand.. cooking coklat van houtan & vochelle x m'bantu...

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Tuesday, 19 May 2009

Blueberry Cheese Cake and Nasi goreng Cina


Blueberry Cheese Cake
aku dalam proses nak adakan bahan bahan... minggu depan baru masyuk balik... hahahahaha... celaka zubir yahya penipu, melayu punya janji, ni melayu tak boleh pakai nih janji RM2500 peh tu RM1500... Janji hujung bulan then about 6th of May... then tangguh next week selewat-lewat hari jumaat... tui!!! so tiada lah angan angan nak gi Redang ye makcik!!!... jom belajar buat kek keju... suami makcik suka nih... he he he... daripada beli kat secret recipe or king baik buat... puas perut kan...

Bahan-bahan ( 8cm )

* 250g x 2 Philadelphia Cream Cheese
* 400g Condensed Milk
* 2 3/4 tbs gelatin } larutkan dlm air panas 1/2 cup hot water }
* 1tsp lemon zest
* 2 tbs lemon juice
* 1 cup crushed biscuit
* 1/2 cup melted butter

Cara-cara

1. Campurkan biskut hancur tuh ngan melted butter then press kat base loyang utk cheesecake tuh. pastu masukkan dalam peti ais.
2. Dalam mixer bowl, pukul cream cheese sampai smooth.Then masukkan susu, gelatin (yg dah larut), lemon zest, lemon jus pukul lagi sampai sebati.
3. Masukkan adunan cheese tadi kedlm loyang biskut pastu masuk dlm esbok. Dlm 1-2 jam baru letak topping blueberry.
4. Tips: ** kek nih kena chill semalaman baru dia keras elok jek. ***utk topping tuh, larutkan skeet agar2 serbuk dan campurkan dgn blueberry filling tuh utk menghasilkan topping yg cantik (tak sememeh)


nasi goreng cina
anak aku si haziq amirul haq memang suka dengan nasi goreng cina... ni aku nak belajar... khas untuk menu sempoi esok!!!

Bahan
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
2 biji telur
udang
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
keropok
minyak
garam

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad dan keropok.

Thursday, 14 May 2009

apam mekar by chef xillix

akibat tidak puas hati dengan apam ku yang tidak mekar malam tadi... tengahhari tadi aku buat lagi... sedap!!!

seperti sedia maklum.. tangan kayu.. tak pandai nak adunkan tangan kasi itu warna blend ah!!!


sumber:

http://hanieliza.fotopages.com/?entry=917863

ApAm!!! Neenooo nEEnOOO...Apam eno

resepi:http://www.myresipi.com/top/detail/1340

ahahahaha... apam ku bantat... GATAL!!! DAH MEREKAH CANTIK KO BIAR LELAMA KAT DALAM KUKUS TU!!! dalam resepi tu tak cakap masa bila apam tuh dah masak... kuhkuhkuh....


yang dah lompong tu tandanya Chef Xillix dah lantak kan dulu!!!

Saturday, 11 April 2009

birthday cake for him


tiada kata seindah bahasa
happy birthday

first time buat birthday kek untuk ayah kepada anak anak aku... selama ni beli je kat King o Secret recipe... better buat lah... jimat sangat... tapi tak tau lah sedap ke tidak... satu lagi aku ni memang tangan kayu... susah nak di lembutkan... sebab tu aku tak pandai nak hias kek itu... satu lagi alasan paling best...untuk menjaga keaslian dan mutu coklat, tak perlu di hiasi dengan bungaan atau pun apa sahaja bentuk cream!!!

terima kasih kepada blog sudip kayu. resepi kek coklat kukus yang mudah sgt nak buat... janji barang semua ada kan... senang sgt nak buat...

utk topping saya rujuk kat sini

tiada chocolate indulgence tahun ini... mahupun banana chocolate from secret recipe...

dah nak pukul 3 pagi rasanya... sempat juga aku buat dadih coklat... ayah kepada anak anak aku suka dadih... so jemputlah ye... jemput tgk!!! he he he

Friday, 10 April 2009

asam pedas ikan tenggiri

hari ii aku masak asam pedas ikan tenggiri... ingat nak buat masak lemak cili api.... malas pulak... tekaka terasa rasa... mengidam ngidam nak makan asam pedas... ikan tenggiri ni aku beli kat simpang muara sungai duyong... harga sekilo RM17... tapi ikan ni tak sama dengan tenggiri batang lah... tenggiri batang sedap banyak... ikan tenggiri yang jenis ini kureng sikit... tapi maklum lah kan.. tenggiri batang mahal... selalu beli 3 slices je... kat tesco boleh dapat bawah RM10 (sekilo dalam RM19.90)

resepi campak campak aje... sape nak tau resepi boleh guna search engine google ke altavista ke...


sayur ni pun main campak campak aje... nak cepat... takut si kecil jaga... special nya ada daging kisar... bersuap suap anak aku si haziq amirul haq makan... izz emir haq pun begitu...

Thursday, 9 April 2009

nasi lemak

hah.. hari ini aku buat nasi lemak... he he he... tak tau lah lagi apa kah rasanya... belum ku jamah walau sebutir nasi lemak itu... nasi lemak kali ini tidak ada bau pandan... sebab daun pandan tiada... walaupun terdapat yang menanam daun pandan di kawasan kejiranan ku ini, aku malu nak meminta... biarlah... ku ganti kan dengan hirisan halia... wangi juga.... nasi lemak tidak beralaskan daun pisang... mana nak capai daun pisang.. sekali lagi... di kawasan kejiranan ku ini mmg ada yang menanam pokok pisang... malu ku nak lurutkan daunnya... biarlah... hurm.. bila lah si mamat parang tajam (tiru skrip cerita apa ntah..."si mamat parang kontot") tu nak balik.... nak suruh dia rasa...

hurm.. lusa birthday si encek H... aku sedang mencari resepi nak buat kek coklat kukus... guna oven macam kering je... so ingat nak kukus... lembab n sedap sikit nak jamah nanti...

Wednesday, 8 April 2009

resepi mudah kek coklat kukus.. any?

sumber:http://sudipkayu.blogspot.com/2008/03/kek-coklat-kukus.html

2 cawan tepung blue key (aku guna tepung naik sendiri brand Tesco)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

dan juga..periuk kukus la..of course!

Cara2:

Campurkan semua bhn satu persatu. Just pakai wisk , xyah pakai mixer..takut terlalu naik nanti...bancuh rata then kukus dlm masa 40 minit camtu...senang taw! sedap & moist lagi!

dari: http://www.myresipi.com/top/detail/557

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.



dari:kak liza
Bahan-bahan
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cream Coklat:
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream
Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

Cream Coklat:
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Tuesday, 24 March 2009

kacang panjang dan tempe

hari ini aku masak satu menu yang tak pernah aku buat!!! tetiba je nak cuba... and ada kureng sket.. may be tak macam jawa punya... tak de kicap... n tak de udang... kalau ada mesti macam org jawa punya gaya kan?... tak terfikir pulak nak letak kicap.. semalam ada beli udang, habis semua aku buat sambal... tak terpikir pulak nak tinggalkan sikit buat rencah sayur hari ini....

sempoi je menu ini...

ikan bilis
kacang panjang
lobak merah
kentang
cili hidup
kiub ayam knor
bawang kecil dan bawang putih

hurm... kalau letak udang kering pun ok kan...

seperti yang dimaklumkan... kali pertama buat gaya ini...

pasti dipulihkan rasanya apabila menyediakannya lagi... nanti nak ty makcik sebelah... ok ke k o

Saturday, 21 March 2009

my ladyfingers


hari khamis lepas, aku masak sayur cincai... bendi ni aku beli kat pasar malam hari sabtu 14hb mac 2009... menghampiri 2 minggu aku beli.. baru nak masak...

cincai je...

kalau ada cili paadi sedap ni... tapi malas nak ke kedai aku pakai cili hidup je...n malas nak potong kekecil aku masukkan sebatang sebatang...

aku suka!!!

Friday, 16 January 2009

nak lempeng ke nak lempang?...


le lempeng le xillix


salam sejahtera... assalamualaikum...

semalam tukang masak tetiba teringin nak makan waffle... tapi mana ada org jual waffle kat taman perumahan ni kan... terfikir pulak nak buat lempeng atau pancake... tu yang buat lempeng semalam... kali ini bukan dengan sambal tumis pencicahnya... tapi digantikan butter o mentega dengan chocolate syrup... sedap juga...

resepi nya ialah:
125 gm mentega
60 gm gula kastor
4 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml susu segar
esen vanila
sedikit garam

Cara
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu.
2. Campurkan esen vanila dengan susu. Masukkan susu sedikit demi sedikit diikuti tepung gandum.
3. Panaskan kuali leper dan tuang adunan pancake di atasanya.
4. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama jem, madu mentega atau sirap.

memandangkan aku tak ikut bulat bulat resepi di atas maka pancake aku jadi lah lempeng... rasa mmg sedap.. sbb lembut je...

Wednesday, 14 January 2009

gulai nanas ikan masin


nama masakan: gulai nanas ikan masin


hari ini tukang masak berkerja keras di dapur. bekerja keras demi perut-perut yang perlu diisi... hari ini tukang masak masak lauk gulai nanas ikan masin... tukang masak beli nanas di pasar malam kat ayer keroh dengan harga sebiji RM1.70... ikan masin dari jenis ikan kurau juga dibeli di pasar malam yang sama... sekeping je beli... yang sekeping itu berharga RM2.90...

wah... lapo balik bila tengok gambar itu... uit... "jaga jaga cik sabariah"... kawalan makanan perlu dipantau...

resepi nya mudah aje...

bahan bahan:
bawang kecil (kalau tak mo pun ok.. lagi nyengat), cili api segenggam dikisar bersama 1 inci kunyit hidup dan juga santan segera brand ayam brand (aku tambah secawan air)...
ikan masin (ikan kurau ... kalau tak de sepat pun boleh)
nanas sebiji (kalau malas nak kupas n banyak sgt duit tuh kan beli nanas dlm tin)
kemudian tuangkan kesemua yang telah dikisar ke dalam periuk... masukkan ikan masin dan nanas... api nak perlahan ek!!! kacau ye... rasa kurang masin tambah garam.. nak tambah rasa... buh ar AJI.... sebetolnya monosodium glutamat...dah didih... hidang...

***ikan masin rendam dulu ye.... dalam 15 minit
***nanas tu pulak aku (panggil apa ek...) erm.. erm... aku layurkan (masuk dlm periuk yang ada air n biar didih...then toskan...)

tukang masak masakmenu asas yang lain juga iaitu ayam goreng berempah... dan juga sup ayam sepesel utk anak tukang masak...

pagi tadi tukang masak bersama anak lelaki nya makan lempeng cicah sambal... sedap....

korang tau ke lempeng tu apa?...

resepi lempeng ni tukang masak alter sikit resepinya memandangkan susu tak de tukang masak gantikan santan...dan ditambah sebiji telur... dikisar bersama dengan tepung gandum dan air...
lempeng bukan susah no nak buat!!!

<<>>
ok lah hari ini dengan penuh tekad aku nak isi borang cikgu ganti n nak kol JTR... aku lupa password da...bye

Friday, 9 January 2009

resepi laksa xillix


ada yang bertanya tentang resepi laksa yang aku buat... sbb tukang makan itu, beritahu adik ipar dia (adik aku lah tu... sibuk ty laksa aku jadik ke tidak..so... aku pas kan hp kepada tukang makan itu)...bahawa kuah laksa aku... "Perghh"...gitu ah... so...

resepinya ialah

6 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
3 Bunga Kantan
seikat daun kesum yang aku beli kat Tesco...(he he he...skang kena boikot ah...)
7 keping Asam Keping (sesedap rasa tau...rasa kurang tambah ah lagi)

cili kering dan cili padi (sesedap pedas)yang telah dikisar dengan bawang besar berwarna kuning sebanyak 1 biji 1/2... dan 5 ulas bawang putih...udang kering...huhu...

***aku tak reti ah cemana nak bagi resepi... pandai pandai ah ye...

timun
daun salad
telur rebus
cili merah
bawang besar
limau kecil


ini semua di hiris... jullien nye potongan...

memula aku amik ikan kembung yang dah direbus dengan air dalam periuk...
asingkan isi dgn tulang
isi ikan aku tumbuk-letak tepi dulu
tulang n kepala ikan aku blend dengan air rebusan tadi-tapis... yang sarat barat tu aku buang ler... kang tercekik pulak mana yang tak dpat nak dikisar...

ok...

sekarang

air lebihan rebusan ikanan ituan...
janganan dibuangan...
he he he... ayat pelik lak
air lebihan rebus ikan tu jangan dibuang... guna balik...
dalam periuk yang dah ada air rebusan itu masukkan "cili kering dan cili padi (sesedap pedas)yang telah dikisar dengan bawang besar berwarna kuning sebanyak 1 biji 1/2... dan 5 ulas bawang putih...serta udang kering"
masukkan juga bunga kantan, daun kesum...serta asam keping...
biar hingga menggelegak...

kemudian masukkan isi ikan yg telah ditumbuk dan tulang ikan yang telah diblender

kemudian letakkan garam dan monosodium glutamat sesedap rasa...

letak garam sikit sikit..
rasa tak cukup tambah lagi...
sampai puas hati...

dah siap dah kuah...

laksa nye rebus sampai masak...

dah masak apa lagi hidang lah...

then makan lah bersama ulaman malaysia itu...
dah...

kalau tak reti dengan cara aku...
gi ah merayau kat google...
byk resepi...
cedok ah dari sana ye...
jgn cedok bulat bulat... combine lah mana mana resepi yang dijangkakan sedap...

Saturday, 3 January 2009

another episode of making dougtnut

bahan bahan nye


inilah yis segera...jenama mauripan... memula aku ingatkan mauripan ni sejenis yis... rupanya jenama yis segera keluaran viet nam... huhu... aku beli cap nona...ibu roti ... fungsi tetap sama... so malam td aku guna mauripan ni lah...


the dough...


hasilnye...




kali ini punya episod better dr yang lepas... yg lepas punya...rujuk sini---> doughnut
he he sebelum ni buat keras...even keras stil boleh makan lagi...
memandangkan chocolate van houten (lupa ah cemana nak eja)... dah lebur dalam perut si tukang pelebur aka suami aku... aku guna hersye's syrup..... akau sengaja tgl kan separuh chocolate bar itu, sbb aku mmg rancang nak try buat lg... tup tup... habis... takkan lah si haziq amirul haq yg makan...