Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Monday, 22 June 2009

Cerita berBadan Dua dan Tentang Durian

aku diberitakan semalam...
tentang kehamilan...
syukur...

angah tiba umah mak
dari Taman Seri Sentosa
kami ke pandan jaya
beli Durian
sedap betul makan durian
hingga
terlupa tentang kehamilan itu

aku: eh.. ko kan ngandung, mana leh makan durian banyak banyak!!
angah: sikit je aku makan...
aku:mana sikit pulak...

mak: kau jangan makan durian angah. pantang. durian tu panas. jangan degil

angah: (diam)

aku:(meneruskan sessi mengopek dan melantak durian...)

Sunday, 23 November 2008

my blood pressure affects...

(Tidak sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berusia bawah
dari 15 tahun. Baca atas tanggungan sendiri. )


oo...oo... lom jumpa doktor lagi lah... nak rujuk doktor.. tp doktor nye enggak ada... nk cek tekanan darah...

hari rabu lepas... gi kinik... baru je nk mintak Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device - IUD)... huhu... misi tu kata "u have to refer to doc.. bcoz ur blood pressure is in border line"....alorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... ada high BP rupenye aku niih... walupun atas pagar... shouldnt be... aku masih muda maaaaaaaa.... (perasan jap)

tak mo pil... nanti tambah gemuk... bila lah nak gi jumpa doktor nih....

Wednesday, 19 November 2008

...... hurm....


KONTRASEPTIF


Apa itu kontraseptif?

Satu kaedah untuk mencegah kehamilan.



Fakta kontraseptif

Kebanyakan pengguna kontraseptif akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli dan berkesan mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

Penggunaan kontraseptif di negara ini telah dibincangkan dengan meluas. Ia tersedia untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Pengetahuan mengenai kontraseptif di kalangan remaja sangat penting kerana bilangan remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual semakin meningkat.

Remaja digalakkan mendapatkan nasihat orang dewasa atau anggota kesihatan mengenai kaedah kontraseptif yang sesuai bagi mereka.



Ada dua kaedah kontraseptif:


Kaedah kontraseptif bukan hormon

Kaedah kontraseptif ini tidak menggunakan hormon dan tidak mempengaruhi kitaran haid.

Menjadi "penghalang" ke atas sperma.

Menjadikan keadaan rahim tidak sesuai untuk sperma.


1. Menahan diri dari persetubuhan ("Abstinence")

  • Apakah dia: Tidak melakukan persetubuhan sama ada secara seperti berikut:

    • Oral
    • Faraj
    • Dubur
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Dengan tidak melakukan persetubuhan, kehamilan tidak akan berlaku
    • Kaedah ini paling berkesan 100% untuk menghalang kehamilan
  • Kebaikan:

    • Remaja yang tidak terlibat secara aktif dengan aktiviti seksual, mereka digalakkan mengamalkan kaedah ini kerana kaedah ini paling berkesan di dunia
    • Kaedah ini akan menghalang kehamilan yang tidak dirancang dan mencegah daripada mendapat penyakit kelamin
  • Kelemahan:

    • Menahan diri dari persetubuhan adalah sukar terutamanya bila menghadapi tekanan dari rakan sebaya atau pasangan
    • Remaja memerlukan keazaman yang kuat untuk menghadapi keinginan yang sukar untuk ditangani
    • Walaupun remaja mengamalkan untuk menahan diri dari persetubuhan, mereka masih perlu untuk mengetahui tentang kaedah amalan kontraseptif yang lain

2. Cara Azal "Coitus Interruptus" (Menarik keluar zakar)

  • Apakah dia :Kaedah ini ialah mengeluarkan zakar dari faraj sebelum ejakulasi
  • Bagaimana ia bertindak:Disebabkan ejakulasi tidak dilakukan di dalam faraj, maka tiada sperma memasuki faraj
  • Kebaikan :Boleh diamalkan jika tidak ada kaedah lain untuk digunakan
  • Kelemahan :

    • Memerlukan kawalan diri yang tinggi dari pasangan lelaki
    • Risiko kehamilan meningkat jika ejakulasi dilakukan semasa penarikan keluar atau di luar pintu faraj
    • Ia boleh mengganggu kepuasan seks kedua pasangan
    • Tidak menghalang jangkitan kelamin

3. Kaedah Halangan


Kondom untuk lelaki

  • Apakah dia: Sarung getah yang menutupi zakar dan mengumpul air mani
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Mencegah kehamilan dengan menghalang sperma dari memasuki faraj
    • Ia juga mengurangkan risiko jangkitan kelamin
  • Kebaikan:

    • Murah, mudah diguna dan boleh menghalang kehamilan
    • Mencegah sebahagian daripada jangkitan kelamin
    • Mudah didapati di kedai runcit dan farmasi tanpa perlu preskripsi dari anggota kesihatan
    • Kaedah ini popular dan boleh diterima kebanyakan remaja
  • Kelemahan :

    • Untuk mendapatkan kesan yang efektif, kondom mesti disarungkan ketika zakar sedang menegang sebelum penetrasi berlaku
    • Kadang kala kondom boleh terkoyak atau tercabut ketika dikeluarkan
male


Kondom untuk perempuan

  • Apakah dia: Sarung plastik dengan gelang yang fleksibel di kedua hujungnya yang dimasukkan ke dalam faraj
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Ia berfungsi untuk menutup saluran faraj
    • Gelang yang di hujung tertutup dimasukkan ke dalam faraj, manakala gelang yang hujungnya terbuka ditetapkan di pintu faraj
    • Kondom ini mengumpul air mani sebelum, semasa dan selepas ejakulasi
    • Ia menghalang sperma daripada memasuki faraj
  • Kebaikan :

    • Selain mencegah kehamilan, ia juga dapat mencegah sebahagian besar jangkitan kelamin
    • Ia menjadikan wanita berkongsi tanggungjawab mencegah jangkitan
  • Kelemahan :

    • Perlukan latihan untuk memasukkan kondom ini dengan betul
    • Gelang yang hujungnya terbuka mungkin termasuk ke dalam faraj semasa persetubuhan
    • Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi pada faraj
    • Ia tidak mudah didapati seperti kondom lelaki dan tidak popular di kalangan remaja

female


Spermisid

  • Boleh didapati dalam bentuk pil yang akan berbuih, jeli atau krim
  • Ia dimasukkan ke dalam faraj sebelum persetubuhan
  • Ia bertindak dengan mematikan sperma atau menyebabkan sperma tidak dapat bergerak untuk persenyawaan
  • Ia mudah digunakan tetapi tidak efektif untuk menghalang kehamilan
  • Ia boleh mencegah sebahagian penyakit kelamin tetapi tidak dibuktikan dapat menghalang jangkitan HIV


Diafragma dan penutup serviks

  • Keduanya merupakan penutup getah yang lembut, dimasukkan ke dalam faraj untuk menutup pangkal rahim atau serviks
  • Penutup serviks bersaiz lebih kecil
  • Kedua-duanya bertindak dengan menghalang sperma dari memasuki rahim
  • Perlu berjumpa doktor untuk menentukan saiz yang sesuai dan remaja perlu dilatih bagaimana cara untuk menggunakannya
  • Ia boleh digunakan bersama spermisid untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
  • Ia dimasukkan beberapa jam sebelum persetubuhan
  • Ia boleh mencegah sebahagian daripada jangkitan kelamin tetapi boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan pada saluran air kencing
  • Perlu dibasuh dan dibersihkan selepas digunakan dan mesti disimpan dengan betul

4. Alat Dalam Rahim (ADR)

  • Apakah dia:

    • Alat yang kecil berbentuk 'T' yang dimasukkan ke dalam rongga rahim
    • Terdapat tali kecil pada alat dalam rahim yang terjulur keluar pada bahagian atas faraj dan dapat dirasai oleh wanita
    • Alat dalam rahim boleh diperbuat dengan batang kuprum atau hormon
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Diletakkan dalam graviti rahim (3-5 tahun)
    • Dapat mengurangkan jangka hayat serta pergerakan sperma
    • Dengan adanya rod hormon, ia boleh mencegah persenyawaan berlaku dan melekat pada dinding rahim
  • Kebaikan:Berkesan serta merta dan bertahan untuk jangka masa lama (3-5 tahun)
  • Kelemahan:

    • Memerlukan anggota kesihatan yang terlatih untuk memasukkan dan mengeluarkan alat ini
    • Tidak mencegah jangkitan kelamin
    • Boleh menyebabkan masalah haid seperti senggugut dan perdarahan yang banyak
    • Tidak digalakkan untuk remaja
IUCD_malay


Kaedah Kontraseptif Hormon

Kaedah ini menggunakan hormon untuk mencegah ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).

Ia juga bertindak mengganggu persenyawaan antara sperma dan telur.


1. Pil Perancang

  • Apakah dia:Pil perancang ini biasanya mengandungi dua jenis hormon:

    • Estrogen
    • Progesteron
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Pil ini diambil setiap hari selama 21 hari dan kemudian berhenti selama 7 hari supaya haid berlaku
    • Pil ini mencegah kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur
  • Kebaikan:

    • Menghalang kehamilan dengan efektif
    • Menjadikan kitaran haid lebih teratur dan pendek
    • Mengurangkan kembung
    • Mengurangkan senggugut semasa haid
    • Mengurangkan jerawat
  • Kelemahan:Pengguna pil perancang perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari, jika tidak:

    • Tidak akan dapat mencegah kehamilan
    • Menyebabkan haid tidak teratur
    • Tidak mencegah jangkitan kelamin
    • Menyebabkan sedikit kesan sampingan seperti sakit kepala

2. Suntikan Depo-provera

  • Apakah dia:Suntikan hormon (progestin) ke dalam otot setiap tiga bulan
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Seorang wanita akan disuntik pada bahagian lengan atau punggung
    • Ia disuntik sekali dalam masa lima hari pertama haidnya
    • Selepas suntikan pertama, ia akan disuntik semula setiap 11-13 minggu kemudian
    • Hormon ini akan memekatkan mukus/lendir pada pintu rahim dan menjadikan sperma susah untuk masuk
    • Menyebabkan lapisan rahim menipis dan akan mencegah kehamilan berlaku
  • Kebaikan:

    • Mencegah kehamilan setiap tiga bulan
    • Berkesan serta merta
    • Mengurangkan perdarahan haid
    • Boleh menghentikan haid terus
  • Kelemahan:

    • Tidak mencegah jangkitan kelamin
    • Boleh menyebabkan gangguan kitaran haid atau perdarahan tidak menentu
    • Kenaikan berat badan
    • Mengurangkan kepadatan tulang dan kesannya hilang hanya selepas 12-14 minggu selepas tarikh akhir suntikan

Depo-provera

3. Implan Hormon

  • Apakah dia:Implan sebesar saiz mancis yang mengandungi hormon (progestin) dimasukkan di bawah kulit pada bahagian sisi dalam lengan
  • Bagaimana ia bertindak:Ia mengeluarkan sedikit hormon sepanjang 3-5 tahun

    • Untuk mencegah persenyawaan
    • Memekatkan lendir/mukus di pintu rahim
    • Menipiskan lapisan dalam rahim
  • Kebaikan:

    • Ia menghalang kehamilan selama beberapa tahun
    • Tidak perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari
  • Kelemahan:

    • Ia memerlukan anggota kesihatan yang terlatih untuk memasukkannya
    • Sangat mahal dan menyebabkan haid tidak teratur
    • Tidak digalakkan untuk remaja
Hormonal

4. Tampalan Hormon

  • Apakah dia:

    • Tampalan("patch") yang tipis dan lembut mengandungi 2 hormon (progestin dan estrogen)
    • Ia ditampal di bahagian atas bahu, punggung, perut dan bahagian atas lengan setiap minggu selama 3 minggu
    • Menipiskan lapisan dalam rahim
  • Bagaimana ia bertindak: Hormon diserapkan ke dalam badan untuk menghalang pengeluaran telur (ovum)
  • Kebaikan:

    • Mudah digunakan
    • Tidak bahaya
  • Kelemahan:

    • Tidak mencegah jangkitan kelamin
    • Kesan sampingan seperti
Hormonal

5. Gegelang Hormon

  • Apakah dia:

    • Gegelang kontraseptif mengandung hormon yang fleksibel berukuran 2 inci
    • Dimasukkan ke dalam faraj setiap bulan
  • Bagaimana ia bertindak:

    • Ia mengandung hormon estrogen dan progestin yang menghalang ovari mengeluarkan telur
    • Gegelang ini diletakkan ke dalam faraj selama 21 hari dan dikeluarkan untuk perdarahan haid berlaku selama 7 hari
    • Kemudian gegelang baru dimasukkan semula untuk kitaran haid seterusnya
  • Kebaikan:

    • Mencegah kehamilan selama sebulan
    • Tidak perlu memakan pil, hanya perlu ingat memasukkan gegelang baru setiap bulan
  • Kelemahan:

    • Merasa tidak selesa semasa pertama kali memasukkannya
    • Iritasi boleh terjadi pada faraj dan rahim
    • Tidak mencegah jangkitan kelamin
    • Boleh meningkatkan pengeluaran lendir/discaj dari faraj
    • Gegelang boleh terkeluar dan perlu dimasukkan semula

HHormonal



Kontraseptif Kecemasan ("Emergency Contraceptive")

Apakah dia:

  • Kaedah kontraseptif kecemasan ini adalah untuk mengelakkan kehamilan selepas persetubuhan berlaku tanpa menggunakan sebarang kaedah kontraseptif
  • Contohnya: tidak menggunakan kondom atau apabila dirogol

Ada 2 kaedah kontraseptif kecemasan:

1. Pil perancang kecemasan

Pil perancang terbahagi kepada dua kumpulan:

  • i. Kombinasi estrogen dan progestin
  • ii. Pil progestin

    • Ia boleh diambil selewat-lewatnya 120 jam kemudian (5 hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan kaedah kontraseptif) tetapi lebih berkesan jika diambil dalam masa 72 jam (tiga hari) selepas persetubuhan

2. Alat dalam rahim

Dari kuprum boleh dimasukkan ke dalam rahim dalam masa 5 hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan kaedah kontraseptif.

Ia dikeluarkan selepas haid berikutnya atau dibiarkan di dalam sehingga 3 atau 5 tahun berikutnya untuk menghalang kehamilan.

  • Bagaimana ia bertindak:

    • Untuk pil perancang kecemasan, ia perlu diambil satu dos dan 12 jam kemudian
    • Sekiranya telah hamil, pil ini tidak akan mengganggu kehamilan
    • Hormon bertindak mencegah pengeluaran telur, persenyawaan dan implementasi telur yang telah disenyawakan
    • Alat dalam rahim (ADR) dimasukkan dalam masa 5 hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan kaedah kontraseptif dengan menghalang implementasi
  • Kebaikan:

    • Boleh menghalang kehamilan yang tidak dirancang selepas persetubuhan tanpa perlindungan
    • Mengurangkan kehamilan tidak dirancang dan juga keguguran
  • Kelemahan:

    • Ia tidak dapat mencegah jangkitan kelamin
    • Pil perancang kecemasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

      • Loya
      • Sakit pada payudara
      • Pendarahan haid yang tidak teratur
      • Sakit kepala
    • Alat dalam rahim adalah tidak sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai lebih daripada satu pasangan
    • Berisiko untuk mendapat jangkitan kelamin kerana alat tersebut boleh menyebabkan jangkitan pada organ reproduktif wanita
  • Tuesday, 9 September 2008

    adik haziq...

    hurm... apa nak dicoretkan ye... hari khamis lepas... 4hb september... ada appoinment dgn doktor kat hospital besar... warghhhh... dapat no 11... tapi nasib baik ada ramai doktor... and doktor untuk scanning pun dah ready... tak de lah lama sgt nak tgu... tapi habis kul 10 gek... ok... semua nye ok.. scan perut nih... he he he... insya-Allah haziq bakal dapat adik lelaki.... sbb nampak punai dia masa doktor scan... comel je punai dia... kih kih kih...

    balik umah aku naik bas... huhu.. suami aku bz ngan ISO... n SOP... sebelum balik umah aku singgah JJ... beli lauk utk berbuka... balik dari jj aku dapatkan perkhidmatan teksi.. 10 hengget tambang nye... tak pe... walaupun sebenarnya tak jauh mana... tapi dah standard melaka itu harga nye... malas nak ngadu kat kementerian pengangkutan...

    buka hari tu aku masak popia goreng... n mee kari...

    esoknya... aku ke klinik desa pulak... check up le... apa lagi kan... ni aku kuar umah jalan kaki jam 10... setel check up n tiba umah jam 1200 thg hari...

    ptg nye... aku masak bihun goreng je... peh tu suami aku bagi signal suh siap... balik KL... jenguk haziq... buka kat atas jalan le jawabnye.... tak kisah... janji dapat jumpa haziq ASAP... rindu nye kat dia....

    sekarang haziq berada di KL... nenek nenek makcik makcik dia jaga... aku nih nunggu hari je... bebila leh meletup..... kalau tak meletup sampai 21hb... 22hb sept admit ward n 22hb IOL (induce on labour).... kita tunggu... n doakan kami dua beranak sihat walafiat dan selamat hendaknya... amin...

    Wednesday, 6 August 2008

    penantian...

    waaaaaaa... lamanya tak mencoret di sini... melirik kata melarik kata... busy... surirumahtangga mmg sentiasa busy... dengan rumah.. dengan tangga... ha ha ha...

    merepek jap...

    tak lama lagi... about 7 weeks to go... doakan semuanya selamat... buat aku, juge anak yang berada di dalam kandungan ini....moga moga proses kelahiran kedua mudah seperti abang nya.... amin... amin amin amin...

    esok gi hospital... kene bgn awal... nak dpt no satu... leh balik cepat...

    Wednesday, 11 June 2008

    dr aRiVeN!!!

    hik hik hik.... :">...
    seawal jam 7 pagi aku bergerak menuju ke hopsital besar melaka... cuaca agak muram hari ini... huh... dengan hujan yang rintik rintik aku, suami aku dan anakku menaiki kereta proton mak aku (kereta MBA kat KL... adik ipar aku nye kawan nak pasangkan NGV... duit tak de nih.... ada sape nak bagi...ha!!! itulah gunanya kad kredit... he he he... tak sangka permohonan kad kredit tu ada hikmah nye... kalau tak berduyun lah duit masuk kat peti stesen minyak, memandangkan harga minyak dah naik kan... tak pe... walaupun kad kredit ni bahaya... tapi ada baiknya... untuk jangka panjang.... ngeh ngeh...)

    so... balik kepada cerita aku di hospital...

    lama ah tunggu giliran kat hospital nih... doktor yang ngadap aku tadi... dr anantha tak silap aku... dia baik.... nombor giliran aku 1005 (no 5 lah tu)... ha... tau tak pukul berapa settle?... jam 10... lama betul... yang lama tu kat bilik scan tak de doktor yang bertugas... dah 9.30...doktor tak sampai lagi... terjengket jengket kepala aku menjengah bilik no 10 tuh... hish... lembap....

    tetiba....warghhhhhhhh... kelibat beg doktor ariven kesayangan aku ada lah!!!!... sukanya aku masa tu... senyum je... senyum je...senyum nih...sampai misi kat sebelah pun cam pelik nape ah aku senyum je.... hik hik...


    peh tu masa dr ariven tu masuk bilik no 10, doktor ty misi zai... tak de doktor eh?... hik hik... doktor ariven menyeken rinih... huhu... best best.... peh tu doktor buat paggilan... dia terpandang aku yang betul betul duduk kat kerusi berhadapan dengan pintu... agaknya doktor pun perasan yang aku ni senyum je... dia pulak senyum kat aku n say hai!!!.... hik hik....


    tup tup no aku dipanggil utk di scan... baby tg gerak gerak masa tu... huhu... dapat jugak doktor capture bahagian bahagian yang patut diukur... hehe...

    dah settle scan tu.. masuk bilik 3 balik... jumpa dr anantha... doktor anantha pelawa dengar talimat mengenai diabetes... aku tolak.. sbb lambat lah... leceh.. n pulak the talk person bukan nya nutritionist... so.. aku= malas... ah ... bukan nya aku tak tau...

    so bacaaan glukos dalam darah adalah 4.3-5.1... hurm... aku makan jering... sedap... makan nasi makan jugak... walaupun sedia maklum... nasi tinggi karbohidrat... sbb aku makan jering lah glukos dalam darah stabil... he he he... so pada yang ada kencing manis ketika hamil makan lah jering ye.. petai ke... ulam tenggek burung ke... peria katak ke... walaupun tak sedap... (pada tekak korang lah... ).... tapi bagus utk kesihatan......

    Tuesday, 6 May 2008

    ooo..another info

    Avoiding Induced Labor Is More Beneficial
    to Moms and Babies

    Contact: Kara Dress, 202-367-2434, marketing@lamaze.org

    WASHINGTON (February 21, 2008)—Throughout pregnancy, many women eagerly anticipate the day they finally will meet their new baby. This is especially true in the last few weeks of pregnancy when, as a baby grows larger, an expectant mother becomes increasingly uncomfortable and impatient to finish out her pregnancy. Despite the anticipation, research shows that allowing labor to start naturally, rather than induce, is more beneficial to both mom and baby.

    Labor induction, or artificially initiating labor through the use of medicine, is performed for a variety of reasons. Today, one of the more common reasons for induction is “convenience.” Hospitals can staff extra nurses, physicians can schedule births for times that are most convenient for them, and expectant parents can make work and family arrangements in advance according to their scheduled induction date.

    At first glance, labor induction may seem more convenient; however, it’s important to recognize that induction may lead to a longer labor and overall hospital stay, more medical interventions, higher costs, risk of potential for litigation, and adverse outcome for a mother or baby.

    In the last weeks of pregnancy, a woman’s body and her baby perform crucial functions to prepare for birth. The baby’s lungs mature and he or she develops a protective layer of fat. In addition, the baby drops down into the pelvis, the cervix tilts forward and softens, and irregular contractions help the cervix thin and begin to dilate. In most cases, a woman’s body goes into labor only when her body and her baby are ready.

    “Research at The University of Texas Southwestern Medical School suggests that it is a signal from the baby that starts the process of labor,” says Debby Amis, RN, BSN, CD(DONA), LCCE, FACCE. “The best way for a mother to know that her baby is fully mature and ready to be born is to allow labor to begin on its own.”

    Lamaze International recommends that a woman allows her body to go into labor on its own, unless there is a true medical reason to induce. Allowing labor to start on its own reduces the possibility of complications, including a vacuum or forceps-assisted birth, fetal heart rate changes, babies with low birth weight or jaundice, and cesarean surgery. Studies consistently show that inducing labor almost doubles a woman’s chance of having cesarean surgery.

    “By avoiding induction, women are less likely to encounter other medical interventions,” says Lamaze International President Allison J. Walsh, IBCLC, LCCE, FACCE. “Experiencing natural contractions and laboring without unnecessary medical interventions increases a woman’s freedom to respond to contractions by moving and changing positions, both of which facilitate the process of labor and birth."

    Avoiding induction also decreases the likelihood of a premature birth. Because neither doctors nor mothers can determine a baby’s due date with 100 percent accuracy, babies may be induced accidentally before they reach full term (at least 37 completed weeks). A scheduled induction at 39 weeks could result in giving birth to a preterm baby who is only 36 weeks gestation. Preterm babies miss critical stages of development that take place during the last weeks of pregnancy and are at risk are for several postnatal complications. A study published in The Journal of the American Medical Association examined 4.5 million births in the United States and Canada and concluded that babies born only a few weeks early—at 34 weeks through 36 weeks—were nearly 3 times more likely to die in their first year of life than full-term infants.

    When medically necessary, inducing labor can be a life saving procedure. The American College of Obstetricians and Gynecologists states that labor may be induced if it is more risky for a woman’s baby to remain inside her body than to be born.

    Medical reasons for induction include, a woman’s water has broken and labor has not begun for several hours; her pregnancy is post term (more than 42 weeks); she has pregnancy-induced high blood pressure; she has health problems that could affect her baby, like diabetes; there is an infection in her uterus; or her baby is growing too slowly.

    First-time mothers are most vulnerable to the risks of inductions. Contrary to what many believe, suspecting a large baby is not a medical reason for induction. It is very difficult for a doctor or midwife to determine the size of a woman’s baby before birth with accuracy, even with the use of ultrasound. Studies consistently show that inducing for a suspected large baby increases, rather than decreases, the incidence of cesarean birth.

    Lamaze International has developed a care practice paper entitled “Labor Begins on its Own,” which presents the research surrounding labor induction and tips for avoiding induced labor.

    Childbirth education classes, such as Lamaze, provide women with the tools and information they need to make educated choices during labor and birth. To find a Lamaze class in your area, visit www.lamaze.org.

    ####

    About Lamaze International

    Since its founding in 1960, Lamaze International has worked to promote, support and protect normal birth through education and advocacy through the dedicated efforts of professional childbirth educators, providers and parents. An international organization with regional, state and area affiliates, its members and volunteer leaders include childbirth educators, nurses, midwives, doulas, lactation consultants, physicians, students and consumers. For more information about Lamaze International and the Lamaze Institute for Normal Birth, visit www.lamaze.org.

    ####

    Lamaze Classes=Kelas Peneman




    me n hubby will attend the class on 21 August 2008

    Have you enrolled in a Lamaze course yet? The now-renowned courses teach various alternative birthing and breathing techniques, not to mention the oh-so-valuable lessons involved with natural pain management. (Visit http://www.lamaze.org/Default.asp for more information.) If you have already enrolled in a Lamaze course, consider coupling it with either a swimming or yoga course (or both!). Both forms of exercise focus on controlling your breathing (a large part of the Lamaze philosophy), while at the same time increasing blood flow, strength and flexibility. What’s more, many yoga studios and swimming pools cater to pregnant women (and couples) offering low impact sessions perfect for you and your partner.

    kita tgk nnt samada kat malaysia ada teknik teknik yang tersebut di atas ke tak...

    Monday, 5 May 2008

    hey baby...important dates to remember

    nyot nyet kejap..lama dah tak nyot nyet kat sini

    ha........ hari sabtu lepas tetiba je ada sesuatu yang berwarna merah... takut tau... terus ajak suami gi klinik... Klinik Amal dan Surgeri kat Bukit Katil nih... takut nak beritau doktor rahimah pasal yang berwarna merah itu.... aku buat buat lah nak periksa tekanan darah... dan nak scan baby... so these are the results:

    BPD :45.4 -19+3
    FL :28.6
    AC :150.9
    Pla/Liq/Sex :fundal/adeq
    Blood pressure :135/82 PR 93

    berat baby about 300 gram...

    and thru sanning haziq may be dapat adik lelaki... tapi itu jangkaan aje... yang pasti Allah lebih mengetahui....

    so baby sihat... mmg sihat...alhamdulillah... masa scan adik haziq asyik bergerak je kaki dia... he he... jantung dia pun nampak dup dup dup........ subhanallah... tak scan 3D pun.. sbb kat klinik yang pergi ni tak de servis tu tapi tak pe... aku dah selesa ngan doktor rahimah...

    so sebelum nak keluar dari bilik doktor tu aku cerita lah pasal yang berwarna merah itu (tak byk pun...ciput sgt)... mula tu takut nak bitau sbb tak nak di masukkan ke wad... doktor pun bitau ada kes terbaru yang dia handle... so far ok... doktor kata ada byk sbb... doktor terpandangkan haziq... memandangkan ada anak kecil may be kelasakan dia penyebab lah... ye lah.. haziq ni dah makin lasak... asyik nak injak injak perut ibu je... nak dukung lah... mana lah si kecil tu faham kan... he he... ada byk lagik penyebab yang berkemungkinan... so tak yah cite...

    satu lagi nak cite... masa gi cek rutin kat kinik desa sini... bila nurse ty "ada rasa baby gerak ke tak?"... aku jawablah "ada...tapi saya takut kalau kalau itu cuma perasaan saya je "... then nurse pun cakap lah..."ikutkan, lagi sebulan baru rasa baby gerak"... so aku pun malas nak kata apa.. sbb aku sendiri ragu ragu... so bila gi scan n nampak sendiri baby bergerak gerak... aku percaya yang itu bukan mainan perasaan aku... he he he...

    alah nurse bukan semua hal dia tau kan... doktor alisa maria juga yang menyokong aku masa dia ty kan hal baby bergerak nih... sbb menurut doktor alisa maria sesetengah individu boleh rasa lebih awal.. tu namanya doktor itu dah ada byk pengalaman....

    ..............................................................................................................................................................
    hurm... jumaat ni sepatotnya ada PTD assessment centre kat Intan Tengah... setelah berfikir panjang berjela... akhirnya aku buat keputusan untuk tidak menghadiri PAC tersebut... kesihatan lebih diutamakan... tak pe lah... lepas selamat melahirkan baby ini nanti aku akan buat permohonan yang baru... dan moga LULUS jugak nnt... skim 14 pun tak kuar lagik nih result exam rituh yang aku amik kat Sekolah Men keb bukit mana ntah..lupa daaaaaaaa.... kat area lorong maarof... bukan sekolah bangsar... bila kuar agaknya....moga lulus dan ada byk kekosongan so ada lah rezeki aku nnt... AMIN

    Wednesday, 27 February 2008

    ikan siakap goreng sweet n sour

    hari ini mood aku baik...
    hari ini aku mengemas umah...
    hari ini aku tukar langsir... sempena musim perayaan pilihan raya...
    hari ini aku rajin...
    hari ini aku masak ikan siakap goreng sweet n sour... nak resipi? klik sini:http://www.wanitakini.org/forums/index.php?showtopic=969

    hari ini tidak semena mena... air tangki melimpah sampai ke siling dan menitik ke lantai...
    hari ini aku panik disebabkan air itu...

    hari ini...
    aku belum jamah nasi walau sesuap...
    aku hanya jamah yong tau foo (nasib baik tak muntah balik)...
    aku tidak menjamah apa apa utk sarapan pagi...
    aku ada terjamah roti sapu tuna mayonis...

    hari ini...
    AKU TAK MUNTAH macam semalam...
    seksanya semalam... beginilah keadaan aku semalam... hui mak... seksa!!! muntah habis... selagi nasi n lauk pauk yang ditelan tak kuar balik... selagi tu aku terkurung dalam jamban!!!

    Rasa nak terputus nyawa... aku lemah... longlai... hatta utk bangun juga aku tidak berdaya... kalau haziq ada, sure dia tgk aku and mengajuk... seperti yang pernah dilihat sebelum ini... huhu... i miss u sayang!!!



    Friday, 25 January 2008

    orang lama yang mengetahuinya

    pagi tadi seawal jam 7.30 aku dan anakku... keluar gi cari sarapan... alah beli nasi lemak je kat kedai makcik normah... tak de borak apa pun.. just bertanya sikit sikt and ada seorang hamba Allah tu, makcik normah bertanya..."mengandung ke?"... hui... lom besar perut hamba Allah tu makcik normah boleh perasan....

    Orang lama............ lebih makan garam dari kita.. bukan setakat garam... gula cuka... segala macam...

    Thursday, 24 January 2008

    Alat Ujian Kehamilan

    can u see that?... the step... so cute...
    there is a baby inside...
    alat ujian kehamilan..accurate o ??????
    kenapa ek tetiba lak cite pasal nih... saje nak tambah pengetahuan...

    How do pregnancy tests work?

    photo of woman looking at time
    Am I Pregnant?

    Pregnancy tests look for a special hormone in the urine or blood that is only there when a woman is pregnant. This hormone, human chorionic gonadotropin (hCG), can also be called the pregnancy hormone.

    The pregnancy hormone, hCG, is made in your body when a fertilized egg implants in the uterus. This usually happens about 6 days after conception. But studies show that the embryo doesn't implant until later in some women. The amount of hCG increases drastically with each passing day you are pregnant.

    Many home pregnancy tests claim they can tell if you're pregnant on the day you expect your period. But a recent study shows that most don't give accurate results this early in pregnancy. Waiting one week after a missed period will usually give a more accurate answer.