Wednesday, 4 June 2008

harga petrol naik lagi... 78 sen tu...

aduhai... petrol naik lagik nih.. bengang pulak nih... walaupun aku tak drive kete... tapi kesengsaraan nye aku jugak yang rasa... cubit peha kanan peha kiri terasa juga... senang senag je ye dorang naik kan harga petrol... menteri menteri nih... dorang tak rasa apa yang kita rasa... tekak dah mewah... duduk menyandar... tidur bertilam empuk...

ni antara komen yang aku baca kat http://www.chedet.com/2008/06/snippets.html

Sir Taek Boon said...

Seorang manusia yang membunuh seorang manusia yang lain dengan tangan sendiri kerana ingin menegakkan kebenaran.
Tujuan baik = menegakkan kebenaran.
Jenayah = bunuh

Amerika Syarikat mengebom seluruh pelusuk Iraq untuk menawan Saddam yang dikatakan sebagai penjenayah perang.
Tujuan baik = Menangkap penjenayah perang
Jenayah = Mengebom seluruh Iraq dan membuat tuduhan palsu.

Kerajaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai kerajaan Abdullah Badawi menaikkan harga minyak kepada RM2.70
Tujuan baik = Menabung utk masa depan lebih cerah
Jenayah = Fresh graduate yang terpaksa tinggal di Puchong untuk sewa yang rendah terpaksa membayar harga minyak yang tinggi kerana berkerja di Damansara sebagai seorang Programmer bayaran minima dengan waktu berkerja melebihi 10jam. Terpaksa makan biskut dan megi kerana setangki penuh kereta nasional mampu milik 40l = RM108.


-mode kecewa dgn hadiah baru dari kerajaan untuk membantu rakyat-

MatPyan said...

YABhg Tun,
Faktanya mereka memang takut kat Tun. Mana-mana Tun pergi mesti ada SB ikut, konon nak pantau Tun punya ucapan dan dapat A1 Info dari mereka. Tapi apa bole mereka buat selain ngomong kosong...
Harga minyak naik dah, RM2.70 seliter. Tak la banyak sangat tapi naper nak pulang balik duit, ingat kerja tu senang ke? Berjuta orang nak diuruskan pemulangan duit tu. Awat la baghral sangat. Tak ada ke jalan lain yang lebih simplify. Berapa pulak kos duit stem dan paper untuk tu?
Awat la pak lah punya kerajaan ni? Tak pandai2 nak jimat duit pas tu suruh orang ubah cara hidup. Berapa kali nak ubah cara hidup da.......?

aku ada gak terpikir hal nih... cam ne nak uruskan heh... cam bodoh je... tetiba aku geram...

Wednesday, 28 May 2008

main kutu

ha... korang pernah tak main kutu... aku?... main...tapi aku guna duit suami aku ler... RM200 seorang... tahun ni aku dah dapat pun... sejak sekolah lagik aku suka main kutu... nak nyimpan jgn haraplah kan... kalau bab duit... susah nak nyimpan... ada je nak sambar... so main kutu... nyimpan tak jugak... lagi pun bukan duit aku... suami aku jugak yang pakai... aku nompang nompang je lah...

mak aku tak setuju aku main kutu... tapi aku main jugak...

korang lak cemana?...

another pemain kutu yang aku jumpa kat tenet: http://nurnana.wordpress.com/2008/05/16/

cilok

"Biarlah kita bodoh di depan orang, tapi pandai di akal sendiri. biarlah kita hodoh di pandang orang, tapi mulia dihati"

aku suka this quote... aku cilok dari

Miss P I J A OSIX

baru balik hospital

huh... penat!!! baru je balik hospital nih... pergi suami hantar, balik naik bas sampai JJ naik taxi... bayangkan bawak haziq amirul haq yang semakin lasak... penat sungguh... tadi anak (si haziq lerrr) mengamuk agai nak rak... jenuh pujuk... budak kecil di bawak ke hulu hilir... penat lah badan... balik umah meragam...

so, selepas pemerhatian doktor siah... bacaan tekanan darah aku dah stabil... syukur... so gi hospital 2 bulan sekali je... best best... tapi yang tak best... aku risau lak bila blood pressure dah ok.. kencing manis pulak ada nnt... maklum hari jumaat ni nak amik darah puasa... haaaaaaaaa... bosan... apa nak buat kan...

tadi masa masuk dlm bilik 2 klinik O&G hospital besar melaka... aku terserempak dgn doktor ariven yang hensem itu... (tergatal pulak)... alahai... dgr dgr dorang membebel doktor ariven nak further study... sedih.... dorang membebel lagik... kurang lagik sorang doktor...

aku suka ngan doktor ariven... tak tau kenapa... doktor chopra pun ok... tapi aku suka doktor ariven lagi... kenapa ek... dia baik... masa aku keguguran... dia selalu bagi kata kata yang positif... aku suka dia... dia adalah antara doktor doktor yang relax je... tak kelam kabut... tenang dalam menghadapi situasi pesakit... he's cool... tadi masa nak kuar nak je aku tegur doktor... nak wish something laa... tapi aku segan yang amat sgt.... takut doktor tak kenal kita lagik... ye lah kan dia kan ramai pesakit... dah beselisih bahu dah... tp apa nak buat... gugup... aku teruja dgn dia... waarrrghhhh!!! jenuh aku cari dia kat friendster... doktor mana ada masa nak tgk tenet nih kan... so... aku doakan dia berjaya dalam bidang perubatan yang dia ceburi... doktor ariven, moga aku dapat berjumpa dengan mu lagi.... u kat KL kan?!!... mana tau terserempak ke kat jalan brickfield... hik hik... berangan!

Tuesday, 27 May 2008

10 days in KL

wahhhhh... penat nya... semalam tiba melaka dari KL...

17hb Mei 2008 gerak ke KL tiba dalam jam 10 malam rasanya...
18hb Mei 2008 duk je kat rumah... bosan... suami aku gi KLCC ada World Congress on IT (WCIT 2008) ke 16...
19hb Mei 2008 aku ke KLCC, jadi peserta e melaka, spare part je.. takut warga pencen tak de... so sotong!!! h a h a h a... aleh aleh cukup lak korum tak leh aku nak menyempil... laptop ada 4 je... so aku pun meronda lah ke sana sini... cuci mata tuh... peh tu dah bosan sangat aku pun balik... balik... KL cuti sebab Wesak Day... aku pun ngajak lah adik aku ke Shah Alam... saje jenjalan... dalam sesaje tu ada benda lah tuh... kalau buat penat berjalan buat apa...
20hb Mei 2008 aku ke KLCC dari pagi sampai petang... penat.. nasib baik driver pak cik mat noor tolong hantar kan sampai rumah... kali ni betul betul jadi peserta e melaka... tapi kan masa agong lawat booth Negeri Melaka... aku punya lah mati kutu... tak berdiri pun... ngadap je laptop... tu lah kan... tetiba jadi "bangang"... sampai tak tau protokol... sebelum tu dah ty dah... memandangkan agong just singgah kat luar je..."no need to do anything"... aku pun lek je lah... sekali agong masuk tuh... aduh.......... yang semalam Pak Lah singgah... dari jauh aku terkinja kinja nak tgk secara dekat... ini agong depan mata lalu... hampeh tol!!! tak pe lah... abaikan...
21hb Mei 2008 aku lepak je kat umah... isa (adik ipar) masuk wad kat Pusat Perubatan Taman Desa... denggi...
22hb Mei 2008 melawat isa kat TDMC... peh tu lepak je lah kat umah...
23hb Mei 2008 aku gi JJ Mid Valley Mega Mall... shopping... ada sale tuh...
24hb Mei 2008 buat apa ek... pagi lepak je lah... petang aku ikut suami aku gi cari barang yang mak tam pesan... paip gas dapur... cari kat Carrefour Mid Valley... "dating"...
25hb Mei 2008 aku gi Jalan TAR... sogo... n Harisons... jalan jalan cari baju n kain... nak raya dah nih.... peh tu gi Mid Valley lagi... saje menyinggah Watson's... semua staff baru...
26hb Mei 2008 ptg gerak ke melaka... patotnya aku kene gi hospital.. ada appointment... tapi aku terlupa daaaa....
27hb Mei 2008 norjie n kamal turun Melaka ada court case... syukur kes tutup..... bertahun nak setel... asyik tak de saksi je... memandangkan dorang turun tetiba aku ter PAW... he he he ... PIZZA HUT........ maceh eh!!!
28hb Mei 2008 kene gi hospital.....bosan...

Friday, 16 May 2008

mimpi--->> aku terbang lagi

kadang tu bila pk balik macam menakutkan je mimpi aku nih... tapi serius nih... dah byk kali mimpi aku boleh terbang dan berenang... padahal 2 kerja tu aku tak tau nak buat... apalagi nak terbang... berenang tu... mau lemas aku... tapi itu lah.. kalau aku mimpi pasal aku terbang ke langit tinggi pasti ada adegan aku berenang... nape ye?... mainan tidur satu alasan... tapi kalau dah kerap tak ke jadik cuak aku dibuatnya....

SKIM 14=lulus

skim 14 dah lulus.. lepas tu nak buat apa ha?... bila nka pgl interview...
bg lah aku keje cepat sikit.. dha tua nih... org lain kwsp dah berpuluh ribu aku 10 k pun tak sampai...

tenet bengong

hui..lama betol tak online... seminggu ada rasanya... ingat kan tenet bengong... tak pun tak bayar... lah baru sebulan tak bayar.... takkan nak potong kan... lega sikit...

KPLI Mtest... dapat... harap harap lepas lah sampai ke temuduga

Tuesday, 6 May 2008

ooo..another info

Avoiding Induced Labor Is More Beneficial
to Moms and Babies

Contact: Kara Dress, 202-367-2434, marketing@lamaze.org

WASHINGTON (February 21, 2008)—Throughout pregnancy, many women eagerly anticipate the day they finally will meet their new baby. This is especially true in the last few weeks of pregnancy when, as a baby grows larger, an expectant mother becomes increasingly uncomfortable and impatient to finish out her pregnancy. Despite the anticipation, research shows that allowing labor to start naturally, rather than induce, is more beneficial to both mom and baby.

Labor induction, or artificially initiating labor through the use of medicine, is performed for a variety of reasons. Today, one of the more common reasons for induction is “convenience.” Hospitals can staff extra nurses, physicians can schedule births for times that are most convenient for them, and expectant parents can make work and family arrangements in advance according to their scheduled induction date.

At first glance, labor induction may seem more convenient; however, it’s important to recognize that induction may lead to a longer labor and overall hospital stay, more medical interventions, higher costs, risk of potential for litigation, and adverse outcome for a mother or baby.

In the last weeks of pregnancy, a woman’s body and her baby perform crucial functions to prepare for birth. The baby’s lungs mature and he or she develops a protective layer of fat. In addition, the baby drops down into the pelvis, the cervix tilts forward and softens, and irregular contractions help the cervix thin and begin to dilate. In most cases, a woman’s body goes into labor only when her body and her baby are ready.

“Research at The University of Texas Southwestern Medical School suggests that it is a signal from the baby that starts the process of labor,” says Debby Amis, RN, BSN, CD(DONA), LCCE, FACCE. “The best way for a mother to know that her baby is fully mature and ready to be born is to allow labor to begin on its own.”

Lamaze International recommends that a woman allows her body to go into labor on its own, unless there is a true medical reason to induce. Allowing labor to start on its own reduces the possibility of complications, including a vacuum or forceps-assisted birth, fetal heart rate changes, babies with low birth weight or jaundice, and cesarean surgery. Studies consistently show that inducing labor almost doubles a woman’s chance of having cesarean surgery.

“By avoiding induction, women are less likely to encounter other medical interventions,” says Lamaze International President Allison J. Walsh, IBCLC, LCCE, FACCE. “Experiencing natural contractions and laboring without unnecessary medical interventions increases a woman’s freedom to respond to contractions by moving and changing positions, both of which facilitate the process of labor and birth."

Avoiding induction also decreases the likelihood of a premature birth. Because neither doctors nor mothers can determine a baby’s due date with 100 percent accuracy, babies may be induced accidentally before they reach full term (at least 37 completed weeks). A scheduled induction at 39 weeks could result in giving birth to a preterm baby who is only 36 weeks gestation. Preterm babies miss critical stages of development that take place during the last weeks of pregnancy and are at risk are for several postnatal complications. A study published in The Journal of the American Medical Association examined 4.5 million births in the United States and Canada and concluded that babies born only a few weeks early—at 34 weeks through 36 weeks—were nearly 3 times more likely to die in their first year of life than full-term infants.

When medically necessary, inducing labor can be a life saving procedure. The American College of Obstetricians and Gynecologists states that labor may be induced if it is more risky for a woman’s baby to remain inside her body than to be born.

Medical reasons for induction include, a woman’s water has broken and labor has not begun for several hours; her pregnancy is post term (more than 42 weeks); she has pregnancy-induced high blood pressure; she has health problems that could affect her baby, like diabetes; there is an infection in her uterus; or her baby is growing too slowly.

First-time mothers are most vulnerable to the risks of inductions. Contrary to what many believe, suspecting a large baby is not a medical reason for induction. It is very difficult for a doctor or midwife to determine the size of a woman’s baby before birth with accuracy, even with the use of ultrasound. Studies consistently show that inducing for a suspected large baby increases, rather than decreases, the incidence of cesarean birth.

Lamaze International has developed a care practice paper entitled “Labor Begins on its Own,” which presents the research surrounding labor induction and tips for avoiding induced labor.

Childbirth education classes, such as Lamaze, provide women with the tools and information they need to make educated choices during labor and birth. To find a Lamaze class in your area, visit www.lamaze.org.

####

About Lamaze International

Since its founding in 1960, Lamaze International has worked to promote, support and protect normal birth through education and advocacy through the dedicated efforts of professional childbirth educators, providers and parents. An international organization with regional, state and area affiliates, its members and volunteer leaders include childbirth educators, nurses, midwives, doulas, lactation consultants, physicians, students and consumers. For more information about Lamaze International and the Lamaze Institute for Normal Birth, visit www.lamaze.org.

####

Lamaze Classes=Kelas Peneman




me n hubby will attend the class on 21 August 2008

Have you enrolled in a Lamaze course yet? The now-renowned courses teach various alternative birthing and breathing techniques, not to mention the oh-so-valuable lessons involved with natural pain management. (Visit http://www.lamaze.org/Default.asp for more information.) If you have already enrolled in a Lamaze course, consider coupling it with either a swimming or yoga course (or both!). Both forms of exercise focus on controlling your breathing (a large part of the Lamaze philosophy), while at the same time increasing blood flow, strength and flexibility. What’s more, many yoga studios and swimming pools cater to pregnant women (and couples) offering low impact sessions perfect for you and your partner.

kita tgk nnt samada kat malaysia ada teknik teknik yang tersebut di atas ke tak...

Monday, 5 May 2008

hey baby...important dates to remember

KPLI

16 mei ni semakan calon yang berjaya gi MTesT...
24 mei ada MTesT...

tgu.....

nyot nyet kejap..lama dah tak nyot nyet kat sini

ha........ hari sabtu lepas tetiba je ada sesuatu yang berwarna merah... takut tau... terus ajak suami gi klinik... Klinik Amal dan Surgeri kat Bukit Katil nih... takut nak beritau doktor rahimah pasal yang berwarna merah itu.... aku buat buat lah nak periksa tekanan darah... dan nak scan baby... so these are the results:

BPD :45.4 -19+3
FL :28.6
AC :150.9
Pla/Liq/Sex :fundal/adeq
Blood pressure :135/82 PR 93

berat baby about 300 gram...

and thru sanning haziq may be dapat adik lelaki... tapi itu jangkaan aje... yang pasti Allah lebih mengetahui....

so baby sihat... mmg sihat...alhamdulillah... masa scan adik haziq asyik bergerak je kaki dia... he he... jantung dia pun nampak dup dup dup........ subhanallah... tak scan 3D pun.. sbb kat klinik yang pergi ni tak de servis tu tapi tak pe... aku dah selesa ngan doktor rahimah...

so sebelum nak keluar dari bilik doktor tu aku cerita lah pasal yang berwarna merah itu (tak byk pun...ciput sgt)... mula tu takut nak bitau sbb tak nak di masukkan ke wad... doktor pun bitau ada kes terbaru yang dia handle... so far ok... doktor kata ada byk sbb... doktor terpandangkan haziq... memandangkan ada anak kecil may be kelasakan dia penyebab lah... ye lah.. haziq ni dah makin lasak... asyik nak injak injak perut ibu je... nak dukung lah... mana lah si kecil tu faham kan... he he... ada byk lagik penyebab yang berkemungkinan... so tak yah cite...

satu lagi nak cite... masa gi cek rutin kat kinik desa sini... bila nurse ty "ada rasa baby gerak ke tak?"... aku jawablah "ada...tapi saya takut kalau kalau itu cuma perasaan saya je "... then nurse pun cakap lah..."ikutkan, lagi sebulan baru rasa baby gerak"... so aku pun malas nak kata apa.. sbb aku sendiri ragu ragu... so bila gi scan n nampak sendiri baby bergerak gerak... aku percaya yang itu bukan mainan perasaan aku... he he he...

alah nurse bukan semua hal dia tau kan... doktor alisa maria juga yang menyokong aku masa dia ty kan hal baby bergerak nih... sbb menurut doktor alisa maria sesetengah individu boleh rasa lebih awal.. tu namanya doktor itu dah ada byk pengalaman....

..............................................................................................................................................................
hurm... jumaat ni sepatotnya ada PTD assessment centre kat Intan Tengah... setelah berfikir panjang berjela... akhirnya aku buat keputusan untuk tidak menghadiri PAC tersebut... kesihatan lebih diutamakan... tak pe lah... lepas selamat melahirkan baby ini nanti aku akan buat permohonan yang baru... dan moga LULUS jugak nnt... skim 14 pun tak kuar lagik nih result exam rituh yang aku amik kat Sekolah Men keb bukit mana ntah..lupa daaaaaaaa.... kat area lorong maarof... bukan sekolah bangsar... bila kuar agaknya....moga lulus dan ada byk kekosongan so ada lah rezeki aku nnt... AMIN

Friday, 25 April 2008

ha ha..sehari je pun

wah letih nye kelmarin...
semalam pulak keluar gi mgu saham amanah malaysia
hari ni pulak langsung tak free diapers...
cemana nak ajar haziq kencing dlm toilet kalau gini je....
he he...

esok nak ke mgu saham amanah lagi... saje... nak dgr dorang membebel...

Wednesday, 23 April 2008

Penangan blog


Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my




MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.


Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

melatih si kecil ke tandas....


wahhhhhhhhh.... dia kencing merata lah... penat nyeeeeeeeeee....


sebenarnya masa umur haziq 1 tahun 3 bulan, aku dah start tak pakai nappy pakai buang... pakai lampin... so bila basah dia akan minta di tukar... masa tu aku train dia bulan 10 2007... di sebabkan aku keguguran, aku stop n skang baru nak mula balik train dia kencing dalam toilet...


tapi kali ni free diapers... semalam try pakai napkin... tapi bila bila di fikirkan balik... mmg dia akan minta tukar tapi reaksi lambat sikit... macam tadi... meleleh je kencing dia... dia dah menuju ke aku... dgn memberi petunjuk seluar dah basah...... bersepah kencing... dah 3 kali tukar utk pagi ini aje...


nape tetiba nak free diapers pulak eh?... hari sabtu lepas.... nampak stephanie... anak minah cina ni.. nama mak dia aku tak tau... ape daaa... tapi aku gelar je lah mama stephanie... ok gini... masa on the way balik dari pasar malam bersama suami n anak... kami terserempak dengan stephanie ngan mama dia... aku tgk stephanie tak pakai pampers.. pakai suar je... wah... aku teruja... aku ty lah... ooo dia train anak dia .... tu yang nak mula balik.. tapi penat... mop asyik basah je.... tak pe... harap hari ini haziq terus cepat tangkap..... nak kencing je cecepat gi ke toilet... he he he... satu hari mana boleh kan... cuba je lah...


Sunday, 20 April 2008

Saturday, 19 April 2008

admit ward

sekembalinya aku daripada hospital...
tak sangka kunjungan rutin bulanan aku ke klinik desa utk pemeriksaan kandungan rupanya disertai dengan rujukan ke hospital memandangkan kepala aku sedikit pening pagi itu. Ekoran daripada menonton cerita P Ramlee "salah siapa" menambat hatiku utk mengetahui kesudahan jalan cerita itu sehingga melewati jam 1.30 pagi rasanya... tidur ku yang lena diganggu pula dengan ketiadaan elektrik sekitar jam 3 pagi... berkipas kipas tangan ku ini mengibas helaian kertas untuk menyejukkan kehangatan yang dirasai anakku... seawal jam 6 pagi pula sibuk menyiapkan diri untuk menghadiri temujanji di klinik desa itu...

pening kepala aku masa tu... sehingga bacaan tekanan darah mencecah 130/90... tinggi ke tu?...

suami aku pula sibuk dengan Minggu Saham Amanah Malaysia..... kesian kat dia... nak handle aku utk rujukan hospital... kepala serabut dengan agenda kerja... lepas tu siapa pula nak jaga haziq... alhamdulillah... petang kul 3 aku ke hospital... ingat kan boleh lah ngendeng ngan doktor tak payah masuk wad sebab dah tak pening... jangkaan ku itu meleset... masuk wad jugak... tak pe lah..masuk lah jugak...

semalam masuk hari ni boleh keluar.... dah setel..lega hati...

Friday, 28 March 2008

warghhh dah bersawang rupanya....

assalamualaikum....

lama jugak aku tak mengemaskini laman ini... biasalah kan... org berbadan dua nih... pening... sakit pinggang... haziq pulak dah makin lasak...

kalau dah buat buku merah nih... macam macam lah yang di periksanya...

hurm... melalui pertemuan dgn doktor dan hasil bacaan tekanan darah... huh... tinggi.... waaaaaaaa...tension tau dua hari sekali nak gi cek tekanan darah... dah lah amik darah.... peh tu kalau ada kencing manis... nnt tiap tiap bulan nak ke hospital amik darah... 5.30 pagi peh tu kul 12 tgh hari then kul 5.30 ptg kemundian jam 10 malam....

next perjumpaan dengan nurse kat klinik desa... belum set lagi...isnin kene jumpa doktor... bosan... bila lah nak tau pasal keputusan darah aku ni.. ada kencing manis ke tak....


huh.... esok ngan ahad sambung belajar memandu peh tu konon konon nak buat pra test peh tu nak test jpj... bila lah nak setel... kena buat cepat jugak.. nnt kesian kat suami... manalah tau kot kot ada kencing manis... nnt 4kali sehari setiap bulan kene gi spital... amik darah......... tak pe nnt jumpa doktor ariven... kalau jumpa..... doktor yang hensem... uhuk uhuk

lama tak online sbb pc kong... tukang repair pulak...sibuk ngalahkan ali rustam... laptop pulak hak milik kerajaan... so kini kembali he he he he........