alhamdulillah.... dari jam 8 pagi semalam ku berjaga. hingga saat ini. masih berjaga. semalam masuk keje jam 1130 pagi berakhir jam 9 malam. habis melaporkan kes kes yang terlibat seantero negara, aku bergegas menuju sogo! sogo yang di pilih! tergocoh gocoh mengejar masa! sogo tutup awal dr tesco!
sempat ku beli daging dan bahan bahan nak buat kari. biskut biskut utk sarapan anak anak.
oh sempena ramadhan hari ini yang bermula penuh dengan kenikmatan bersahur aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak pada anda semua.
jap... nak jengah dapur!
---------------------------------
oh kari daging! penat ku kacau. moga enak rasanya.
roti panggang cecah kari buat ehem ehem. aku pula nasi dan telur goyang wajib. tenaga!
ps: skang busy ya ampun! susah nak curi masa nak update blog
Wednesday, 11 August 2010
Thursday, 15 July 2010
Temuduga Penguasa Kastam Gred W41
Kod Skim: 1883
Jawatan: PENGUASA KASTAM
Gred: W41
Kementerian/Jabatan: KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Tarikh: 15/07/2010
Masa : 0800 pagi
Tempat: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, JALAN CENDERASARI, 50520 KUALA LUMPUR
Alhamdullilah... akhirnya aku gagahkan jua hari ini untuk menghadiri temuduga yang telah dijadualkan. Pada mulanya, rasa malas amat meresap ke otak untuk tidak hadir hanya kerana minda yang celaru, walhal cuti sudah diluluskan. Minda ini celaru. Umur sudah melepasi 30. Calon-calon pasti daripada golongan minda yang segar bugar serta segak dan menawan juga belum umurnya melepasi 30 tahun.
Minda celaru. Bukan jua kerana umur. bahkan jua persiapan minda. kurang membaca. lebih ber facebook. hehehe...
buat mereka yang bakal ditemuduga... berikut adalah soalan yang di tanya oleh panel:
daripada Pengerusi (SPA):
- tentang diri kita... pengerusi soal kita jawab. make sure sama dalam sijil dan resume
- tiada soalan nama Raja/Sultan/Menteri
- komitmen diri - penempatan di sempadan negara ( saya sudah berkahwin dan ada anak, ???)
- mampukah berjauhan dengan keluarga - saya jawab saya bawa satu famili (suami saya jurufoto bebas - tidak terikat dengan masa yang kekal-kira ada tugasan luar kawasan saya tidak kisah-percayalah!)
- isu MC - boleh rujuk Majikan saya-- tak pernah MC ok!
- isu saya dah biasa dengan pekan.. bagaimana kalau ditempatkan di sempadan yang pekan nya jauh 40km... dah biasa KL ulu yam... 40km jugak... sosial time bukan hari hari
- isu kerja shift - dah biasa encik... ada kelebihan bila kerja shift...
- lokasi/pejabat kastam : Pelabuhan, Lapangan Terbang, Sempadan...
- kredibiliti dalam kes penyeludupan
daripada wakil jabatan (Kastam):
- pengetahuan anda tentang KASTAM - saya terang kan bermula daripada Kementerian Kewangan - agensi - jabatan kastam - 5 bidang (pengurusan, kastam, perkhidmatan teknik, cukai dalam negeri, penguatkuasaan dan pematuhan)
- bidang perkhidmatan teknik - mengapa ada tarif dan taksiran
- Cukai Dalam Negeri - Cukai Jualan
- Pengilang - jawapan kepada siapa yang dikenakan cukai jualan
- Isu semasa - GST - Goods & Services Tax
- Mengapa rakyat perlu didedahkan dengan isu cukai dan ke mana hala tuju (Belanjawan - RMK10-goreng nasi cili padi habis)
- Sila berikan contoh Cukai Perkhidmatan - contoh paling best... makan kfc ada 5% gov tax dan perkhidmatan kad kredit
moga membantu....................................... !!!
Monday, 21 June 2010
Petaling - Port Klang

Hari ini aku ajak ehem ehem bersiar-siar naik komuter. Anak-anak cukup gembira sekali. Setiap kali haziq teringat nenek dia... mesti dia cakap... "ibu, i want nenek house"... maksudnya haziq nak balik kampung... jadi nya nak alihkan perhatian haziq, aku ajak lah naik komuter

bukan tak mahu balik kampung, tapi keadaan MBA tidak mengizinkan... batuk je berkokol, dehemnya mengalahkan Ferrari Schumacher...
nanti ye sayang... apabila MBA dah pulih, ibu dan ayah bawa haziq balik kampung...
bukan apa... neneknya baru-baru ini ada bela ayam itik di kampung... agaknya haziq seronok sangat apabila duduk di kampung... bebas berlari pun iya juga...
perjalanan ke port klang bermula jam 6 petang... bertukar tren di klang... di situ dah nak maghrib... jadi sementara menunggu ketibaan tren ke port klang kami mengambil kesempatan sebelum terlewat...
akhirnya tiba jua kami di port klang... hari sudah gelap... kecewa... kerana ada niat aku ke sana...
tak pe lah... mungkin kerana MBA tak de.. sebab tu matahari merajuk sampaikan berpesan pada angin kepada perkhidmatan komuter untuk melengahkan jadual perjalanan. elok elok boleh direct terus ke port klang, boleh pulak ada tukar-tukar...
nak makan makan, cuma yang best KFC... alaaaaaaaaaa... teringin nak makan tomyam...
so aku ajak ehem ehem patah balik ke Klang... nampak kat situ macam byk food stall... sekali hampeh je... mamak stall...
rezeki restoran arafa...
balik dapat train jam 920 malam... tiba rumah tepat jam 10malam... tak jauh mana pun...

memandangkan yang shoot gambar tadi ehem ehem.. biar lah ehem ehem yang up kan gambar tuh...
suka tgk lembayung senja....
Saturday, 19 June 2010
kawan

alhamdulillah...
kita sebagai manusia hidup di muka bumi ini dilimpahkan dengan pelbagai wajah
wajah tidak menjanji kan hati
kata kata juga tidak menjanjikan hati
maksud yang lebih diutamakan
kadang kadang hati tertanya
apakah akan ada ketidaksukaan
memilih yang terpilih lantas yang dipinggir dibiarkan sahaja
bukan kah pernah terlafaz "jangan sombong"
pun begitu aku tertanya
ku sangka tenang
rupanya dendam
meminta bantuan
tidak diberi
lantas
terpinggirkah aku
oh tidak
jangan sesekali merendah diri
kerana doraemon sentiasa ada
benar telahan mereka yang terpinggir
kini ku akui hanya terpilih sahaja yang kau lekas datang untuk membantu
manusia
disajikan dengan kerenah manusia yang pelbagai
ada yang begitu, ada yang begini
ada yang malas, ada yang rajin
ada yang mual, ada yang jelak
ah!
Friday, 4 June 2010
MBA merajuk lagi!
mba... bukan married but available ( kalau ehem ehem baca... mesti dia akan pangkah... married but available another 3 katanya)...........
baru baru ni cakap ngan ehem ehem pasal nak tukar kereta je... since MBA Si Merah Gagah Berani sudah banyak kali buat hal... tup tup hari ni MBA Si Merah Gagah Berani buat hal... katanya dia sakit... MBA Si Merah Gagah Berani kata tak ada orang selenggara dia... hurm... hai MBA Si Merah Gagah Berani, bukan takde orang nak selenggara kamu dengan baik, tapi kamu kena faham, keadaan kita tak sama seperti dulu. Dulu kamu berdua sahaja dengan HRMK, kemudian bertiga, lepas tu berlima sekarang berenam... FZi bukan suka suka nak ngorat HRMK, tapi HRMK amat memerlukan FZi demi kehidupan di Kuala Lumpur.
MBA Si Merah Gagah Berani, janganlah merajuk nnt tuan WDD akan selenggara kamu dengan baik. Kita sekeluarga. Jangan buat hal lagi ye MBA Si Merah Gagah Berani.
Kami semua sayang kamu lagi. Tak sanggup nak berpisah! banyak jasa kamu pada kami wahai MBA Si Merah Gagah Berani!
Wednesday, 2 June 2010
i preferred KOMUTER!!!
Komuter EMU 06 - C8111 & C8112 - hentian Angkasapuri 4/001....... rosak!
alhamdulillah tiada kejadian yang buruk buruk menimpa kami penumpang penumpang perkhidmatan Komuter semalam.
Semalam aku naik komuter. seperti biasa, kalau nak balik aku lebih suka naik komuter. cepat sampai rumah daripada naik bas atau Putra LRT.
".......mengalami kelewatan........kerosakan.........." ini antara yang aku dengar masa tunggu komuter dari sentul menuju pelabuhan klang di stesen Bank Negara.
"ah lewat lagi!" getus hatiku!
tak pe lah... malas nak naik bas... kang mesti crowded kat brickfield!
tak lama kemudian......... komuter ke pelabuhan klang pun sampai... tadi kata kelewatan sebab ada kerosakan..........
tak kisah lah kan... dah ada komuter tu naik sahaja. jangan banyak bunyi pula ye...
dah naik tuh... melepasi hentian KL Sentral, di persimpangan antara laluan Seremban dan Pelabuhan Kelang, komuter berhenti untuk aktiviti kebiasaan....
Tak sangka selepas tu tak ada rasa aircond, tapi komuter masih boleh bergerak sehingga Angkasapuri.
Sampai Angkasapuri banyak kali pemandu cuba untuk membuka pintu tetapi tidak berjaya.
Lama tak lama jugak lah baru pintu dapat dibuka secara manual oleh kakitangan KTM Komuter.
Dalam Koc Wanita... ada yang dah panik! ada yang dah tak tahan! ada yang dah lemah! tapi nasib baik ada pintu diantara koc yang boleh dibuka bagi memberi ruang udara! lega aku!
sesak nafas rupanya apabila berada dalam kesesakan penumpang! nasib baik aku masuk koc wanita! bergesel berhimpit muntut pun tiada apa!
komuter oh komuter !selepas 2 tren yang sarat mengangkut penumpang ke port kelang, baru aku naik tren berikutnya!
dulu pun jadi jugak! bila nak berubah eh? harga tak berubah... maintan dari dulu masa aku tingkatan 4... nak ke pusat tuisyen dan nak balik kampung ke ulu yam.... kalau naik harga dan boleh beli koc baru yang first hand kan bagus... takkan tak boleh mintak duit kerajaan kot?!
Tuesday, 1 June 2010
haluan dan laluan
12 30 pagi selasa! oh! sudah hari rabu...
berteman kan lagu seseorang di tengah malam... cuba memahami bait bait kata
hati kembali resah, bagaimana penghujung?
aku tidak pasti
kira di halau
mana kan ku duduk
kalau di caci
mana kan ku sorok
Ya Allah
berilah aku kekuatan
tiada tempat di dalam hati ini melainkan Engkau
kiranya lepas
mencari kusut namanya
leraikanlah jiwa yang pendam ini!

Sunday, 30 May 2010
nanti vs tunggu

dalam sunyi sepi, ada bunyi berdetik
berdetik dalam hati, ada ragu berbisik
jari memetik, cuba alunan
tiada yang indah, lantas gitar itu kusandarkan sahaja
ooooooooooh!
hari hari berlalu dengan begitu pantas
ahad kembali menjadi tamu
dalam putaran waktu
berbaki 3 jam 30 minit utk memulakan tugas
mata masih segar
seakan tidak mahu katup
ditemani lagu ketika cinta bertasbih
aku menjadi sayu!
apakah makna getar di jiwa ini?
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit!
kalau pun aku memaksa, apakah kesudahannya...
aku tetap begini
melalui hari hari yang hanya menampakkan ceria
kalut dan resah dalam hati
kusut dan gelisah dalam jiwa
tiada yang peduli...
jangan di ikutkan jiwa
bicara lah hati bicara padaNya
itu lebih afdal
dalam teleku masih ada tangis
utk hari ini
ku gagah jadi tabah
---------------------------elle de isabelle!

Wednesday, 26 May 2010
hati yang gemersik
jam di dinding telah menunjukkan angka 3! sudah 3 pagi rupanya. hari ini aku akan memulakan tugas aku jam 7 pagi...
akan melangkah sesudah solat subuh... moga bas tiba selepas aku tiba di hentian!
kini tinggal dua jam untuk aku melenakan mata... hati kucar kacir, fikiran tidak menentu, jiwa berbelah bahagi! aduh susah utk ku putuskan kata.
ada panggilan dari agensi tadi... katanya ada pilihan dan sesuai dengan kehendak aku tika ini, tapi apabila aku fikirkan dari sudut yang lain, masih pilihan yang bakal tidak dipilih jauh tercicir.
Ya Allah... aku berserah sepenuhnya...
hati
kala merintih
kala disisih
mudah bungkam
jiwa
jangan lah lemah
Allah sentiasa ada

Tuesday, 18 May 2010
Sunday, 9 May 2010
hari ibu...
hilang kata utk ku bicara tentang hari ibu...
selamat hari ibu buat diri ku sendiri...
buat kaum ibu... dan bapa yang juga menjadi ibu buat anak anak selamat hari ibu juga!
selamat hari ibu buat diri ku sendiri...
buat kaum ibu... dan bapa yang juga menjadi ibu buat anak anak selamat hari ibu juga!
Sunday, 2 May 2010
mereka....
hari khamis... mak mertua kol... tak dapat nak jawab... sbb keje...#
on the way balik jalan kaki dr stesen petaling, aku kol balik mak mertua aku...
nyot nyet nyot nyet...
"mak nak bawak haziq balik kuale (kuala kangsar) boleh?..."
terus aku jawab tak boleh...
mmg aku macam ni.... sungguh jahat...
tetiba aku terpikir... tak pe lah, kalau mak mertua nak bawak janji bawak emir sekali...
aku pun ty ehem ehem... ok aje...
aku pun kol mak mertua aku balik...
boleh tapi bawak emir sekali...
mak mertua aku kata ok...
skang merasa lah perit anak tiada di depan mata!

Wednesday, 28 April 2010
Radiohead - No Surprises
"No Surprises"
A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal
You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent
This is my final fit, my final bellyache with
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises please
Such a pretty house, such a pretty garden
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)
nuffnang aku baru je RM17.25
hahah.. tetiba teringat pasal nuffnang... aiyark.. bila nak cecah RM50 nih...
kawan kawan klik lah iklan iklan yang kuar ye! tq!
kawan kawan klik lah iklan iklan yang kuar ye! tq!
Tuesday, 27 April 2010
isnin!
hari ini 26 april 2010...
seorang perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band), melangkah keluar rumah untuk menjalankan tugas sebagai operator telefon. sebelum keluar rumah, perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu sempat mencium kedua-dua anak lelakinya. Alhamdulillah, perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu sempat mengucup anak-anaknya. Langkah demi langkah diatur. Menuju ke hentian bas. dipersimpangan tiga, ada kelibat bas yang berlalu laju, seolah mengejek perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu kerana terlewat melangkah dalam 3 minit sahaja. hati gundah gulana. perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu, tergesa-gesa melangkah menuju ke hentian bas di jalan utama, Jalan kelang Lama, tidak lagi di jalan tidak utama iaitu di jalan taman seri sentosa. sekali lagi di persimpangan tiga di bawah jejambat lebuhraya NPE itu, ada kelibat bas bernombor 72 yang lengang dengan penumpang, hanya beberapa penumpang sahaja mengisi ruang duduk. bas itu jua berlalu pergi... perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu terus gundah gulana.
"lambat lagi lah aku jawabnya hari ini, terbang lah RM10 naik taxi hari ini. nasib dah makan nasi berlaukkan lauk kegemaran ku iaitu sambal goreng cili padi dengan terung pipit"
perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu, melintas lah jalan utama, dari lauan menuju ke PJ dan SUbang Jaya, tidak mengalami masalah. trafik pula lampu nya warna merah. tetiba teringat lampu isyarat shift track kat tempat kerja... adherence! ah system! kemudian perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu, berhenti di pembahagi jalan. kenderaan dari arah SUbang Jaya dan PJ, tidak laju, perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu cuba untuk melintas, tetapi...jalan yang berlorong 3 itu, tiba tiba perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu tersentap... kakinya seakan mahu bergerak pantas, tetapi ketakutan dek kerana kereta kontot hijau taik anjing itu seakan mahu memecut tanpa mahu memberi laluan kepada aku yang sudah pun berada di lorong tengah. "Ya Allah! kiranya ini cara aku pergi, aku redha!" tidak semena, laluan menjadi sibuk! berpusu pusu kereta melalui lorong lorong itu... (teringat pula lagu Bila Rindu-Ruffedge.. Oh Suamiku!..kalau aku mati katak kejap lagi, maaf kan dosa ku dari hujung rambut hingga hujung kaki!) Lori sederhana besar kelihatan mahu memotong kenderaan di hadapan, seakan tidak terkawal apa bila melihat perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu di lorong tengah! Ya Allah! Kereta yang lain turut kelihatan tidak terkawal. perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu sekejap selangkah ke hadapan. sekejap selangkah ke belakang. satu motor juga memecut dari belakang lori, mana dijangka akan ada perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu berada di tengah lorong. "Ya Allah" dengan tidak semena perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu menjerit "berhentilah! bagilah aku jalan!" ada airmata mengalir kaki dan seluruh anggota badan gigil dan takut akhirnya ada juga kenderaan yang mahu memperlahankan kenderaan nya... terima kasih! terngiang dan terbayang bagai motor dan lori serta kenderaan lain menuju ke arah perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu. Mat Motor itu menjerit "HOI!" perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu tidak sedikit pun marah kepada lelaki mat motor itu. perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu redha.... kecut! masih terbayang dalam fikiran ini, betapa aku tercampak di BT 6 jalan kelang lama!
-------------------------
syukur aku masih selamat dan dapat menjalankan tugas pada hari ini! Ya Allah,
aku mohon jauhkan sebarang kecelakaan pada aku. anak anak masih perlukan aku!
------------------------- end of story!

Sunday, 18 April 2010
dalam ribut....
alhamdulillah... byk nak dicerita.. tapi tak pasti samada semua cerita nak di cerita... urm... minggu yang sibuk... kerja tetap kerja... mana nak cari kerja lain... dah tua dah.. siapa nak sambar kita kan?... ngadap aje lah dulu...
(suasana di rumah: si kecil sibuk main pen dan stokin ayah... si abg sibuk memerut di bilik air)
oh ya! kerja aku menuntut kesabaran yang tinggi. tinggi amat.... dengan pelanggan dan jugak pihak pengurusan dan seangkatan... layan je lah kan...
cerita bab kerja mmg takkan habis.. terlebih cerita ngumpat jawabnya....
alhamdulillah... sbb... tak sangka kan... mmg tak sangka... gambar yang di hantar menjadi pilihan juri... tempat pertama lagi...
dalam perjalanan pulang selesai tugas memberi khidmat kepada pelanggan, aku dan atok (khairul) jua far melangkah bersama menuju ke komuter Bank Negara. Tapak menapak... tibalah kami di stesen komuter bank negara... sedang atok dan far sibuk membeli tiket, aku tak beli sbb aku pakai touch n go... aku jengah menjengah sekitaran, ternampak akan satu iklan... PERTANDINGAN FOTOGRAFI ANJURAN KTMB... aku panggil atok... "tok, jom join?! tema Happy Moment with Us..."
sampai rumah terus aku bitau ehem ehem... pasal tuh.. terus aku ajak minggu tuh naik komuter bawak haziq n emir... then dah amik gambar, aku terus create account atas nama ehem ehem...
kelmarin dapat emel dari KTMB... alhamdulillah.... first prize...
ntah bila majlis itu... tak sabar nak mintak cuti... kalau jatuh hari tidak off lah kan...
................................................
apa lagi nak bebel...
urm... esok tgh pk nak ke SKMM ... malas nya pulak...

Wednesday, 14 April 2010
eh eh boleh bukak pulak!
salam semua... sekarang aku berada di bilik P115 kolej multimedia jalan semarak.... tadi cuba cuba juga on fb, tapi tak boleh, cuba buka blog, eh eh... boleh pulak.... la la la la la.....
bila lah nak mula training ni... tak sabar nak jadi anak kapal ni...
oh yea... perjalanan hari ini aku menaiki teksi hingga ke puta lrt taman jaya, kemudian menaiki LRT sehingga dato' keramat... langsung terus ke kolej ini dengan menaiki teksi sekali lagi....
aku kol nizang... dia dah sampai dulu... cepat giler! dia sampai awal... jam 715 aku kol, dia baru bangun tidur... ni mesti kes tak mandi lah ni terus merempit ke tempat training....
best hari ini, training di waktu off day... budget lebih lah pulak kan bulan ini.... yessszzzaaaa! tak payah nk jawab call utk hari ini... sungguh seronok.
ok lah nak testing buka fb pulak...

Sunday, 11 April 2010
11 april 1979
heeeeeeeeee...
memula buat blog dah cerita kenapa kita suka tarikh ni! hik hik hik! bukan tentang birthday ehem ehem! tapi how he proposed me!
sunway lagoon!
hik hik!
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri!
tetiba budget anak dara kan.. hai lah sukiton! ko buat akak terkesan dengan kata kata mu..
"kak jill budget anak dara lah tu!"
senyum memalu kuceng!
terasa anak dara lah pulak bila teringat jalan kaki sama sama ehem ehem dari satu port ke satu port... cepatnya masa berlalu.
"selangkah kita kehadapan, kita menghampiri destinasi di tuju!" zaman bercinta... aduh!
"kenapa tak beli je kek kat secret recipe... kan senang?" ehem ehem tetiba bertanya...
bila aku asyik dok beli je kat luar, perli aku banyak duit! dah aku buatkan banyak lak bunyi!
ehem ehem tak de nih! best rasanya bertenet tanpa berebut laptop.
tadi celebrate dengan anak anak... mee kari je tak sempat nak buat...
hari ini adik aku si angah ada majlis cukur jambul Nur Dania Qalesya...
tu yang aku tak jadi nak buat mee kari.. esok pagi je lah eh!
ok lah nak off dulu...
angah nak dtg jap lagi.. umah berkecah di dapur tuh! lemas!

Saturday, 10 April 2010
Thursday, 25 March 2010
kira kira

17 hari dalam hitung. "dinding di pukul" demi kesenangan bersama. masih cetek dan dangkal menjadi terbaik. "tunjuk ajar ku sifu".
kemahiran halus di pelajari. ada pelbagai watak dan sikap. fahami dan kendali. ikut kesesuaian jenis.
benar semua manusia sama. akal dikurnia. olah berbeza. harus diingat. meski tidak mengapa ada sekolah kemahiran seperti vokasional dan teknik itu wujud.
persoalan kira benar, persoalan "kenapa orang lain boleh?"
persoalan
mengapa wujud sekolah atau kelas khas seperti dialexia?
aku jua tidak sempurna
aku jua masih mencari jalan jalan
begitu jua rakan seperjuangan
beri ruang
.....................................................................................
Subscribe to:
Posts (Atom)