~sekarang aku dengar lagu ni.~
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
\/
beberapa hari lagi ada orang nak meminang... mmm... berdebar rasanya... sebagai perempuan memang kita akan rasa berdebar... banyak benda kadang kadang buat rasa kita berdebar... takut tak jadi.. takut hantaran tak siap... takut makanan tak cukup... baru nak bertunang. kan. belum lagi majlis gemilang.
dulu aku sampai termimpi mimpi mak mertua tak nak aku... serius. sebab takut sangat. setiap hari fikir yang bukan bukan. memang lah si jejaka dah berjanji macam macam tapi restu keluarga sangat penting. takkan lah si jejaka sanggup ketepikan pendapat keluarga demi cinta. (wek!)
oh yea... entry sebelum ni aku ada story sikit pasal majlis meminang si anak dara pak ajis! haha... tetiba aku taip panggilan arwah bapak aku kan. tadi naik taxi. pemandu taxi tu orang setinggan kampung pasir rupanya. dia kenal aku. "anak arwah pak ajis ye?"... "anak kau dah berapa kak long?"... "kalau ada bapak ko lagi ni... seronok lah dia main dengan cucu-cucu dia.. mahu di bawa naik motor satu kampung! bapak kau dulu rajin bawak kau dan adik adik pergi berkelah. kau ingat tak kak long?"
dan tetiba pakcik tu (sumpah aku tak tau nama).... tanya kabar mak... mak dah ada pengganti ayah ke...
ouh!!! soalan!
"mak dah tak de raya ke 2 lepas. mak dah jumpa ayah." aku jawab.
"maaflah. pakcik tak tau."
senyap sekejap dalam taxi. sampai simpang gerai buah durian, aku pesan pada pakcik tu masuk kiri. bertanya lagi tentang jiran jiran lama. :)
mak aku yang pakai spek dan tudung hitam tu. :) merekasedangberbincang.nopantunpantun |
zaman aku dulu. tak lah berapa nak dulu kan.
nak bertunang.... kos berapa eh? beli hantaran biasa biasa je. yang banyak manisan (byk makcik makcik sponsor). buah-buahan. lepas tu kos masak masak nak jamu rombongan meminang. itu pun makan dalam rumah aje... aku tak tau lah pulak berapa budget kan. arwah mak yang urus.
tapi kalau tengok zaman sekarang. humang aih!!! baru nak bertunang. dengan kos cincin risik(kalau buat sekali) dan tunang. dengan kos mini pelamin. dengan kos jurugambar. dengan kos jurumekap. dengan kos sewa baju. dengan kos bunga bunga. dengan kos kemah. belum hantaran siap gadget terkini. woooooooooooooow.
banyak nye nak pakai duit... alhamdulillah berkemampuan. ye?
tapi kalau lah aku bertunang di zaman ini... aku pun akan berhabisan duit untuk tampil terbaik. walaupun majlis meminang sahaja. kan? tapi masa aku buat majlis dulu dulu tu...aku follow je apa keputusan mak aku.
No comments:
Post a Comment