Monday, 23 March 2009

i miss my "metallica"

i also miss my oasis n my radiohead!!! but that "metallica"... i really miss him...

so jiwang 24 karat... masalah apa kah yang melanda aku pepagi buta ini? pulangkan metallica aku itu!!! i miss u dear... i miss our moment... flashing back the way u play that guitar ... oh really... really miss him so much!!!

"What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you....

What I've felt, what I've known
Sick and tired, I stand alone
Could you be there, 'cause I'm the one who waits for you
Or are you unforgiven too?"

Nothing else matters

So close no matter how far
Couldnt be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I dont just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know







serbu badrulhashim30

pergh...

jangan sampai amuk melepasi batas cik tijah...

sape dak nih eh?

sape nak tolong skodeng?

satu lagi

ada no celcom terhangat di pasaran...

network ada di mana mana...

jaga jaga cik milah

sape makan gula dia rasa manis sgt!!!

Usah berbohong terhadap isteri anda

"Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."

"Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"

"Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan"

"Janganlan suami menggunakan cara mengertak atau mengugut isteri, walau untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak-budakkan isteri"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"

"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati."

"Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan samaada penampilannya, masakkannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"

"Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"

"Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka
seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut mengenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

"Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya".

"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersama beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".

"Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".

OoOoOoO... jiwang 24 karat lah pulak

WARNING: DONT PLAY THIS SONG!!!
(HUH... ade pulak gitu)



"Could I Have This Kiss Forever"

Over and over I look in your eyes
you are all I desire
you have captured me
I want to hold you
I want to be close to you
I never want to let go
I wish that this night would never end
I need to know

Could I hold you for for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I could I have this kiss forever
Could I could I have this kiss forever, forever

Over and over I've dreamed of this night
Now you're here by my side
You are next to me
I want to hold you and touch you taste you
And make you want no one but me
I wish that this kiss could never end
oh baby please

Could I hold you for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I could I have this kiss forever
Could I could I have this kiss forever, forever

I don't want any night to go by
Without you by my side
I just want all my days
Spent being next to you
Lived for just loving you
And baby, oh by the way

Could I hold you for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I have this kiss forever
Could I could I have this kiss forever, forever

Saturday, 21 March 2009

my ladyfingers


hari khamis lepas, aku masak sayur cincai... bendi ni aku beli kat pasar malam hari sabtu 14hb mac 2009... menghampiri 2 minggu aku beli.. baru nak masak...

cincai je...

kalau ada cili paadi sedap ni... tapi malas nak ke kedai aku pakai cili hidup je...n malas nak potong kekecil aku masukkan sebatang sebatang...

aku suka!!!

Friday, 20 March 2009

pengubahsuaian

hah!!

sesapa yang dtg menyinggah ke merayau ke... sorry tuan rumah dan tuan tanah sibuk buat renovation... belum setel ni ha.. sabar eh!!!

(macam ramai sgt datang jengah blog aku)

Thursday, 19 March 2009

tahniah!!! tahniah!!! tahniah!!!


TAHNIAH! SimCard Anda telah berjaya cabutan bertuah RM 17 000.00 dr "POWER ROOT" SDN BHD. Sila Hub Office Ditalian: 017-860-7419 terima kasih.


hurm... jangan lah sesapa percaya!!! aku dah kol power root (m) sdn bhd. dorang tak de pun buat ni semua...

aku kol jugak nombor office Power Root Sdn Bhd lelaki indon ke mana ntah yang jawab....

ada juga nada perbualan berbunyi begini

"saya perintahkan puan untuk ke ATM mesin, berapa minit ambil masa? kemudian telefon semula untuk arahan selanjutnya...."


warghhh gerun nye aku..... orang yang bersuara layak orang tua itu meminta nombor akaun maybank dan jugak nombor kad atm maybank aku... aku bagi, tapi hujung yang salah....

ni nama company Power Root Sdn Bhd entah wujud entah tidak....

i need a report!!!


"once the task done, i want you to submit the report and the checklist!!!"

ingat sesenang je sesebuah syarikat bayar untuk tujuan tertentu. mesti mereka nak laporan apabila sesuatu tugas di berikan.

contoh ye....

kalau aku ketua unit bahagian perkhidmatan pelanggan bagi syarikat makanan ABC, dan melalui perbincangan di semua peringkat pengurusan, satu program bernama "Mystery Shopper" telah diluluskan bagi tujuan peningkatan mutu syarikat (penjenamaan, produk, dan tenaga kerja) dan juga menaikkan bilangan pelanggan dalam sesuatu masa.

di sini, sekiranya program itu berjalan lancar dan aku sebagai ketua unit mahu melihat laporan dari anak buah dan juga si mystery shopper tersebut.dan aku sendiri juga kena buat laporan utk dipersembahkan kepada semua unit dan pihak pengurusan tentang keberjayaan program tersebut berserta statistik dan kira kira yang telah dipersetujui.

nak buat laporan bukan nya benda mudah, ianya perlu kerjasama dari semua pihak.

-------------------

mystery shopper....

hurm....

akan diberi nilai RM 100.00 untuk menikmati hidangan di syarikat makanan ABC...

tapi ada syarat

RM50 akan diberi pada peringkat yang pertama.
RM50 lagi akan diberi setelah tugasan diselesaikan dengan menghantar laporan dan keputusannya.

ingat sesenang je ke nak pergi makan kat kedai makan dengan FREE!!!

-----------------------------habis kisah mystery shopper

satu lagi kisah
Kalau pergi WCIT kat KL tahun lepas kena buat laporan, sibuk dengan laporan.
tahun ini macam tak de program je... urm... apa yang sedang melanda....
ha ha tak de peruntukan dah ke dari kerajaan negeri, almaklum abg ali kan dah kena tindakan lembaga disiplin UMNO... kesian dia... oh ye semalam tgk berita... ternampak oleh ku... isteri abg ali bersama abg ali ketika sidang media diadakan...

PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama isteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman membuat kenyataan akhbar kepada wakil media di rumahnya di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka, semalam selepas dilarang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.



apa pun datin seri asmah, u tetap yang utama di sisi abg ali... he he he... susah senang bersama kan!!! u tetap yang utama in any event...

itu laporan akhbar.. penting kan untuk semua?... PENTING

---------------------HABIS CERITA TENTANG LAPORAN AKHBAR

laporan laporan yang lain juga penting.. nak nak lagi kalau pergi training ke... seminar ke...

mesti nak jugak laporan kan...

so pagi tadi adalah sketsa suami isteri bertekak (bukan gaduh ah, tapi melontarkan suara menegakkan kepentingan laporan bertulis secara formal)!!!

meng isu kan pasal mystery shopper. eh dah syarat kena hantar laporan baru leh dapat another 50 kenalah buat laporan. macam awak bekerja.... kalau pergi training ke mesyuarat ke... kalau urusan kerja yang memerlukan laporan kena lah buat...

kalau tak de laporan yang perlu di buat... jolly sakan lah kan!! oh kalau macam tu senang ah sesapa yang nak duit RM 100 pergi makan kat KFC!!! tak yah buat apa apa... buat rugi je lah kompeni nando's or secret recipe bg duit kan...

macam kalau ada mesyuarat, kalau tak de laporan o minute... tonggang langgang lah.... ko salahkan si a, si a salahkan b, bila mana keputusan atau hasil projek tidak berjaya.... lunyai... lainlah kalau ada yang pakai ilmu hitam macam kat siaran expose mistik... bahaya tuh.. boleh tundukkan org!!! boleh hancur kan hidup org!!! jangan lah buat benda macam ini... menganiaya nama nya...

lagi satu pergi training ke... mana laporan?... sesenang je nak kencing bos.. "oh saya tak de...saya pergi training.... " tapi tak pergi... tuang kat memana ntah... tapi suami aku kalau bab pergi dapatkan ilmu sanggup dia pergi.... nak nak lagi percuma.... (pernah berbekalkan RM10 pergi KL nak hadiri training apa ntah, sanggup ikut jalan lama!!! nasib baik NGV user!!!)

kalau aku dulu, jangan harap leh kencing... balik balik ko kena tindakan disiplin seperti kena potong allowance.... kalau bab kehadiran jangan memain... silap silap kena buang kerja o warning letter akan sampai kat tangan ko!!! lewat 1 saat tak boleh... mesti reach kat sesatu tempat 15-30 minit earlier!!!

alah kalau nak buat laporan pun leh kencing gak dalam laporan tu kan...

Tuesday, 17 March 2009

menangis lah....

menangis lah sepuas hati, andai itu melegakan hati yang kecewa.

manisa, pelajar lepasan SPM yang kecundang dalam peperiksaan SPM datang rumah aku... menangis, dan menangis, tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi.

mensasarkan dengan pungutan 7A1, hampa dengan hanya 1A1 sahaja!!!

dengan rungutan dari keluarga yang juga tidak berpuashati...
sama sekali ahli keluarga juga tidak menyangka itu yang diperolehi....

lantaran kecewa, ada nada sinis bermain di mulut mereka, ada juga yang mencemuh!!!

aku sendiri terkejut dengan keputusan manisa!!!

aku mensasarkan manisa dengan straight A!!!

entah di mana kesilapan manisa.

setiap kali datang ke rumah, mata pasti bengkak, apabila di tanya kenapa?... terus airmata berguguran... jenuh aku memujuk manisa untuk terus berusaha...

"Allah sedang berbicara dengan kamu, manisa"

"mungkin manisa bangga diri, lupa diri, mungkin ada perasaan riak... mana tau kan... sebab itu Allah beri kegagalan ini... gagal dalam menepati sasaran!!!"

"kalau masuk U nanti cuba dapatkan anugerah dekan... aku memujuk utk mengembalikan semangat manisa...."

manisa terus menangis bila aku cakap macam tu...

tadi nampak manisa dengan nabila... ada keceriaan di wajah nya...

manisa sibuk kebelakangan ini.. dengan kelas bahasa inggeris di BBC dan juga kerja Part-time di JJ ayer keroh!!!

Saturday, 14 March 2009

tersadai sebuah modem

rabu 11 Mac 2009

hujan turun dengan lebatnya. ditemani dengan guruh berdentuman. di angkasa, petir sahut menyahut. bagai kan berlumba lumba merebut gelaran juara.

tetiba hitam keluar (black out).

hah!!!

aku on kan balik.

on kan pc ini yang baru sahaja bertukar rumah kuasa (power box)... baru sahaja meletup 2 mgu lepas.

hari rabu modem pulak hawok!!! akibat petir melamar tanpa merisik.

dush!!!

kacau betol...

baru nak sekodeng siapa gerangan dari KK mencari itu lelaki...

cemburu?...of course!!!

modem serta hub telah tersadai...

hanya satu pc sahaja berfungsi...pc aku jenama acer yang di beli pada tahun 2 semasa di universiti telah di baraikan oleh suami aku. demi pc ini. tiada lagi bekalan kuasa di pc acer aku... nasib baik hard disk masih tersimpan segalanya. alhamdulillah.

dari rabu hingga sabtu... hati menjerit jerit suruh suami beli modem baru... tapi tak terkata.... nasib baik aku teringat kat manisa... he he he.. manisa dah batalkan berukband .. so leh pinjam modem dia... ha ye ye ye... yey!!! aku configure sendiri dengan bantuan teknikal dari tekanan 100 kemudian pilih bahasa 1 kemudian tekanan 2 kemudian tekanan 1. suara seorang perempuan yang cukup berbahasa membantu ku utk mengatur semula ip dan segala bagai... aku ikut je arahan dia...

lepas ni aku nak off kan balik streamyx... he he he.. nak tgk dia perasan ke tidak aku dah on kan balik streamyx ini...

Wednesday, 11 March 2009

masalah kesihatan

pepagi dah bersiap ke klinik pergigian ayer molek
ada temujanji tampal gigi... suami isteri bersama mendapatkan rawatan... (kalau meluat jgn baca)

suami jam 8.30
isteri jam 9.00

huiiiiiiiiiiiiiii.. ngilu seh bila doktor dril gigi aku nih...

jemari jemari ku menggapai gapai menahan ngilu dan sakit...

tangan kiri memegang alat penyedut air liur... hah!!!

tolonglah

jaga lah gigi anda...

anak anak ku sekalian... jaga gigi tau!!!

-------------------------------------

pepagi jam 2-3 pagi... tekak ku sakit
bangun, menuruni diri...
jengah ke dapur, meneguk air...
peritnya tekak

pepagi hari jam 10...
dah mula pening kepala
bersin kerap menyerang

badan terasa lemah
itu slime sudah mengalir...
tanda sel sel ada sema sudah menyerang...

nak demam rasanya..

hurm... aku tidak berpura pura sakit...
aku sakit... paham?... kepala sudah berdenyut...

p/s manis masa bercinta... nyanyian haida... dah kahwin sakit bebetol dia kata aku ngengada dan berpura pura... bila tgk org lain sakit... dia boleh cakap kesian...

kita lihat reaksi si mamat bucuq itu balik dr ofis...

off... kepala dah denyut sakan!!!

kad kredit


huh.. pelik pulak aku... cemana leh dapat kad kredit tapi suami aku ckp dia tak pernah appy... pelik sungguh...

campur yang terbaru .. total kepingan kad kredit berjumlah 4... byk tol hutang ngn ah long the ceti halal...

sape yang memandai apply nih...

lain yang di cadang lain pulak yang dapat...

hangin aku...

(percaya lah kata kata suami mu itu)

ni nak salahkan sape nih... boleh ke org lain apply kan kad kredit...

hui.. ni dah lain macam jek bunyi.. tiru signature kah?

Thursday, 5 March 2009

aku terjumpa sesuatu kat picasa...eh!!!

siapakah minah ini?... ge ge ge... hek... gambar ini di ambil semasa cik jillian de jill kerja kat watson mid valley!!! ada photoshot free kalau beli barang maybelline RM80 n above!!! siap touch up free!!! masa ni jillian de jill beli barang maybelline utk buat hantaran bertunang... hurm... cemana ada byk gambar kat picasa eh... cemana dorang leh ada gambar jillian de jill yang ini sebanyak banyak kat picasa... confuse jillian de jill!!!

ada cerita di sebalik gambar... masa ni dekat dekat nak bertunang... jillian de jill bertunang 03 01 2004... hurm... sebelum bertunang jillian de jill n the geng kat watson, memasing sibuk nak kuruskan badan... what they did that time... fresh orange is a must!!! carrefour kat bawah je... makan pun sikit sikit je... then ada di antara they all ambil detox slim, sugard,bagi jillian de jill?... jillian de jill ambik sugard n mediaxal!!! ok lah... kira masa bertunang tu ada sllim sikit... masa nak kawen, mak aih!!! badan naik mendadak sampai bos jillian de jill yang sorang ni ( masa ni keje kat tekom)...nama pn hamimah, tegur.. "orang nak kawen jaga badan, jillian de jill makin naik" geh!!! tak tahan seh makanan kat TM sedap sedap, nak nak lagi cekodok apa ntah nama... sedap!!! lagi satu suasana keje tak de feeling nak diet!!!

yang ini pulak!!! geh... ella de isabella's birthday gift from his mali:crash the soul!!! sekali dengan kad hasil kerja tangan sendiri jua sekuntum bunga... pergh... jiwang gegiler boypren ella de isabella dulu.. tak hengat!!! bila ni ek?... erm... 0607 1999... all the way from kuale kangsar... turun KL... then menju ke UTM skudai!!! so nostalgik...

yang ini pulak... 2 batang pen.. no brand.. acila beli masa buat checking penyakit guna teknologi refleksologi china... kat pesta konvo uitm shah alam tahun 1999... mamat jual cenderahati... masa nih tak silap acila... acila ngan mali: crash the soul nih... memang kawan kamceng giler...rapat sangat... kira best friend ah... acila beli 2 batang pen tu nak bagi hadiah kat mali: crash the soul sempena befdey mali: crash the soul yang ke 20 tahun.. kitorang celebrate kat Sunway Lagoon!!! masa ni mmg tak de feeling cintan cintun.. acila dgn hidup acila yang brutal tapi jiwang 24 karat tak hengat... mali: crash the soul dengan hidup dia yang masih terumbang ambing.... sesuka hati acila je bedal terumbang ambing!!!

eh.. mana pergi mali: crash the soul ni ye?.. lama dah terputus hubungan... ada sesapa boleh tolong carikan?...

ntah mana sesat ntah... ce teka aku yang mana?... wahhhhhhhhhhh... akekeke...angah, siti (norazimah), ayen dan aku!!! kartun habis!!!

abc dan xyz berkata-kata

apabila X minta tolong, Y kata: X mempergunakan Y
apabila B minta tolong, C kata: B dalam kesusahan, jadi C kena tolong, D kena dikari

apabila M bg cadangan, N kata: M mengheret ke kancah masalah
apabila Q bg cadangan, R kata: Q bagus, S tak bagus

apabila D suka menolong, E kata: D suka menunjukkan bahawa diri D bagus sgt dan hebat sgt
apabila H suka menolong, G kata: baiknya hati budi si H, tidak diburukkan

apabila J minta jadi penjamin, K sanggup jadi penjamin
apabila L minta jadi penjamin, O kata: kenapa mesti dia

apabila Z isu kan persoalan, W akan point balik kat Z

G jadi buntu...G tak tau di mana letaknya kepentingan G dalam hidup E

apabila F utara kan pendapat, F bagus, dan P boleh RM, tapi apabila C berminat, P tak boleh RM atas dasar ketidakbolehpercayaan.

apabila XX dingin dengan KK, KK fail in communication
apabila XY dingin dengan PP, PP jalan kan tugas

apabila NN tamu, ajak gi kenduri, HH on je
apabila II temu, ajak, exploitasi namanya!!

kesimpulan:
orang situ dipandang negatif
orang sana dipandang positif

berpijak di bumi nyata!!!

------------------------------------------------------

semalam hari rabu... 4 mac 2009

aku, haziq amirul haq dan izz emir haq, pagi pagi dah bersiap nak ke klinik desa... pemeriksaan berkala untuk perkembangan izz emir haq dan haziq amirul haq.

nombor giliran: 1041 dan 1042

perjalanan dari rumah cukup memenatkan. berjalan kaki sambil menyorong izz emir haq dan memimpin tangan haziq amirul haq, ada yang menegur, "hei, i am going too, but seat already full...." ibu si poulo naik lori daaaa... "where is ur husband, outstation meh?" ha ha ha... selalu nya suami aku mesti ada kalau ada pemeriksaan berkala anak anak...

minggu ni aku kena pergi jugak walaupun dia tak de... dah dua minggu tertangguh... kang tak pasal pasal kena balun ngan jururawat masyarakat ituh!!!

dalam proses mendapatkan rawatan dan pemeriksaan, anak anak tidak meragam...

cuma selepas izz emir haq di suntik, dia meragam... n tercabar kewibawaan aku mengendalikan anak anak...

perjalanan pulang mmg tercabar, dengan stroller yang perlu di tolak, tangan haziq yang perlu dipimpin, dan izz yang merengek di bahu aku...

akhirnya ... aku masih boleh laksana kan itu semua tanpa dia...

orang lain lagi susah kan!!!

KPLI n DPLI

oh ya... aku dah mohon KPLI buat kali yang ke-8!!! moga moga lapan, 8 membawa tuah!!!

DPLI aku dah mohon online.. but ada satu yang buat aku tertanya tanya... yang dokumen yang diperlukan utk di hantar ke IPTA tuh... after 9 mac boleh submit ke... ada masalah pulak.. salinan surat beranak mak aku... takut tak sempat jerk.. isnin bukan ke cuti...

kalau aku submit tanpa salinan surat beranak mak aku ok tak?... ke reject terus?

mencabar betol...

ngengada lah azila nih... dah beli no pin nape tak online terus permohonan... nape tangguh sampai mood best baru nak buat!!! kalau terus apply mgu lepas kompem tau apa dokumen di perlukan!!! n...ahad lepas masa balik seri sentosa dah setel hal salinan surat beranak!!! geh!!!

tak pe relaks!!! esok kol UPSI n UPM.. n jabatan pengajian tinggi...

manisa... maisarah... sibuk ty.. kak zila... jadilah cikgu... (erk!!!)

Wednesday, 4 March 2009

rentetan merayau

sebab-kenapa-kau-perlu-berkahwin-sahabat-baik

aku tersenyum bila baca artikel kat blog yang aku link kan kat atas...

99% dari orang yang bercinta mengharapkan pasangan mereka merupakan soul mate mereka yang telah di’tentukan oleh Tuhan. 1% lagi adalah gay. Jika kau mahu pasangan kau menjadi soul mate, kau perlu pilih seseorang yang tidak jauh beza sifatnya dengan diri kau. Dan kebiasaannya, orang yang tidak mempunyai sifat yang jauh berbeza dengan diri kau adalah sahabat baik yang telah bersama kau buat bertahun-tahun lamanya.

Orang kata, perbezaan itu satu cabaran dalam perhubungan. Come on. Bagi aku, cabaran itu hanya keterujaan hormon dalaman yang bersifat sementara. Lebih-lebih lagi jika perbezaan yang ada itu sangat ketara. Selepas sebulan, dua bulan atau setahun, kau akan merasa letih untuk menghadapi perbezaan yang ada & kau akan mula selesa dengan mereka yang mudah untuk bersetuju dengan pandangan kau atau sekurang-kurangnya tidak membantah dengan keterlaluan. Siapa orang itu? Sahabat baik kau.

Orang kata, persefahaman itu boleh di’bentuk semasa bercinta & selepas kahwin. Aku kata, itu sesuatu yang membuang masa. Antara matlamat penting perkahwinan adalah untuk kau hidup selesa & selamat dengan orang yang kau sayang. Perhubungan yang penuh dengan permainan untuk memahami antara satu sama lain adalah sangat karut — hidup akan lebih enjoy bersama mereka yang sedia memahami kita (dan begitu juga kita).

Konsep stereotaip yang di’pegang orang sekarang adalah membentuk kekasih hati menjadi sahabat baik. The truth is, kekasih hati tidak akan menjadi seorang sahabat baik sebaik sahabat yang kau mulakan tanpa apa-apa niat.

Persahabatan selalunya bermula tanpa kau berniat untuk hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di’depan mereka. Kau menerima dia seadanya dia, dan dia menerima kau seadanya kau. Apa yang selalu kita lakukan di’awal fasa percintaan? Hipokrit tanpa sedar yang ramai orang sanjung sebagai jalan menuju cinta sejati. Tahi.


so... bila aku baca.. ada jugak persamaan dengan aku dan suami aku... kitorang dulu rapat... very close friend!!! sampai nak beli bunga untuk awek pujaan pun ajak aku temankan... betul tak shidah?... eh pesal lak tanya shidah... patotnya tanya mali... he he he.. masa berkawan rapat dulu.. ala ala sahabat baik ah... saling memahami... (tersenyum jap)... saling bertukar cerita dan masalah... tempat meluah rasa bai!!! masa bercinta memang lah...alah paham paham sudah lah...

nice when we close... best friend as we were...

but the truth: in marriage is all about "matlamat penting perkahwinan adalah untuk kau hidup selesa & selamat dengan orang yang kau sayang."

him, always reminding me about this! selesa n selamat!!!

i love u abg!!!

me: trying to put us on zon selesa n selamat

Tuesday, 3 March 2009

x-smp96





































wah ... koleksi gambar... baru baru ni.. aku balik jalan kelang lama... kejap je.. kan ke aku merajuk ngan mak aku... he he he... dua bulan beb aku tak balik umah mak aku... balik jugak AKHIRNYA.. tewas aku kali ini... ha ha ha.. aku balik sebab nak amik gogle suami aku n anak aku ... jugak tepak sireh aku... tetiba je aku nak amik tepak sireh.. bukan apa.. aku takut inti nya hilang lagik.. kasi orang pinjam.. begitu lah adat.. ada yang hilang... kacip pinang hilang... aku suh mak aku ckp kat peminjam pulangkan balik... dah hilang peminjam ganti cap mydin..TAK SUKA...............

kemudian aku sambar majalah cahaya jilid ke berapa ntah... malas nak bukak lampu.. kang terjaga pulak si kecil ni .... konon nak tgk lah.. jap tgk jugak lah...

MAJALAH CAHAYA
SEKOLAH MENENGAH PETALING
JILID 22
1996

dulu lain sekarang lain

dulu:
tergedik degik nak ngajar aku PHP
sekarang:
tergedik gedik pulak minta di ajar kan adobe

dulu:
sibuk sibuk nak ajar aku VB 6+
sekarang:
sibuk sibuk minta di ajar coding coding

dulu:
aku tak heran lah
sekarang:
dia pulak tak heran

amik ko!!!!

tak leh tenet plak...

hari ini aku jadi tukang baik pulih sistem dalaman soket macam kat gambar sebelah. hurm... memula aku ingat line tenet dah kena potong dek telekom.. ha ha ha... lepas tu.. aku try buat phone call thru fix line yang ada di rumah ini... langsung tiada bunyi... senyap gile itu telefon... tak puas hati aku godak semua kabel yang berselirat kat PC lembab nak mampus ini.... aik... semua kabel ok jer... tak de pulak salah plug in... tak puas hati... takkan lah sbb tak bayar bil... aku try buat panggilan guna mobile phone pulak... mmg telefon itu tidak memekak... tapi nada panggilan di talian bimbit ku kedengaran... kabel dah periksa... semua ok lah!!! sekali aku periksa kat soket utama... huh... wayar yang bersalut berwarna putih itu telah putus!!! menggunakan akal ku... aku segera membaik pulih... test: guna telefon... dah berdering semula telefon cap TM itu... tgk signal internet pun blink blink!!! yey!!!

Monday, 2 March 2009

kenapa dia bengang

tak tau lah. penat. sakit.jenuh.tak paham.
keliru.pening.salah?.nak mengadu?.bosan.pitam.
semua tak kena.ada sesiapa boleh tolong?.tak boleh.tambah masalah.
sendirian.dungu.mabuk?.hormontidakstabil?.
(gambar takde kaitan)




Gerhana Cinta Luka


Sinar mentari senja Mendung menyelubungi Melingkar jiwa Kau hadir bagai mimpi Laksana embun pagi Yang menyirami Pintamu keterlaluan Mahligai puncak kayangan Tak bisa ku tunaikan Hanyalah syair sendu Yang dapat kudendangkan Untukmu... Kita hanyut di buai gelora Kita layarkan kamar bahtera Akhirnya tenggelam Karam di lautan cinta Patah tumbuh hilang berganti Mengertilah oh... Walaupun berbeza zahirnya Terimalah... Jangan dikesal Kiranya kau tersiksa Suratan takdir Yang telah menimpa Kita... Terlerai janji setia Musnahlah segalanya Mahkota impian Andainya aku tiada Usahlah ditangiskan Kehilangan... Kilauan cinta yang suci Yang kau curahkan dulu Kini gerhana... Biarpun sebak di dada Relakan ku melangkah Selamanya...