aku tersenyum bila baca artikel kat blog yang aku link kan kat atas...
99% dari orang yang bercinta mengharapkan pasangan mereka merupakan soul mate mereka yang telah di’tentukan oleh Tuhan. 1% lagi adalah gay. Jika kau mahu pasangan kau menjadi soul mate, kau perlu pilih seseorang yang tidak jauh beza sifatnya dengan diri kau. Dan kebiasaannya, orang yang tidak mempunyai sifat yang jauh berbeza dengan diri kau adalah sahabat baik yang telah bersama kau buat bertahun-tahun lamanya.
Orang kata, perbezaan itu satu cabaran dalam perhubungan. Come on. Bagi aku, cabaran itu hanya keterujaan hormon dalaman yang bersifat sementara. Lebih-lebih lagi jika perbezaan yang ada itu sangat ketara. Selepas sebulan, dua bulan atau setahun, kau akan merasa letih untuk menghadapi perbezaan yang ada & kau akan mula selesa dengan mereka yang mudah untuk bersetuju dengan pandangan kau atau sekurang-kurangnya tidak membantah dengan keterlaluan. Siapa orang itu? Sahabat baik kau.
Orang kata, persefahaman itu boleh di’bentuk semasa bercinta & selepas kahwin. Aku kata, itu sesuatu yang membuang masa. Antara matlamat penting perkahwinan adalah untuk kau hidup selesa & selamat dengan orang yang kau sayang. Perhubungan yang penuh dengan permainan untuk memahami antara satu sama lain adalah sangat karut — hidup akan lebih enjoy bersama mereka yang sedia memahami kita (dan begitu juga kita).
Konsep stereotaip yang di’pegang orang sekarang adalah membentuk kekasih hati menjadi sahabat baik. The truth is, kekasih hati tidak akan menjadi seorang sahabat baik sebaik sahabat yang kau mulakan tanpa apa-apa niat.
Persahabatan selalunya bermula tanpa kau berniat untuk hanya menunjukkan yang baik-baik sahaja di’depan mereka. Kau menerima dia seadanya dia, dan dia menerima kau seadanya kau. Apa yang selalu kita lakukan di’awal fasa percintaan? Hipokrit tanpa sedar yang ramai orang sanjung sebagai jalan menuju cinta sejati. Tahi.
so... bila aku baca.. ada jugak persamaan dengan aku dan suami aku... kitorang dulu rapat... very close friend!!! sampai nak beli bunga untuk awek pujaan pun ajak aku temankan... betul tak shidah?... eh pesal lak tanya shidah... patotnya tanya mali... he he he.. masa berkawan rapat dulu.. ala ala sahabat baik ah... saling memahami... (tersenyum jap)... saling bertukar cerita dan masalah... tempat meluah rasa bai!!! masa bercinta memang lah...alah paham paham sudah lah...
nice when we close... best friend as we were...
but the truth: in marriage is all about "matlamat penting perkahwinan adalah untuk kau hidup selesa & selamat dengan orang yang kau sayang."
him, always reminding me about this! selesa n selamat!!!
i love u abg!!!
me: trying to put us on zon selesa n selamat
betul3x...kene ada persamaan, terbuka hati dalam berkomunikasi, jujur & terima apa adanya...ngeeee ;)
ReplyDelete