syukur, kelima-lima set soalan mampu aku jawab dengan hati yang tenang, pun ada ketikanya fikiranku terbang melayang teringatkan Izz Emir Haq, berkemungkinan akan menangis mahukan susu ibunya. Aku tepis semua gangguan. aku teruskan menjawab soalan.
Sesuatu yang telah dijangka, aku pasti menemui rakan sekolah mahupun rakan sekolej mahupun rakan seuniversiti. Ye, telahan ku benar belaka.
Sedang dia melintasi hadapanku untuk menyemak nama, otak berlegar mencari satu nama... aku kenal perempuan itu. Aku tegur. Dia juga nampak gaya mengenali aku. Kami bertegur sapa, dan bertanya itu ini. Fauziah Daud namanya. Orangnya sopan santun, pernah menegurku lantaran sikapku yang agak ganas sewaktu zaman sekolah. eceh!!! tapi aku tak ingat masa bila aku sekelas dengan dia. akan di kemaskini kemudian.
aku tak pasti kenapa jejaka kacak itu boleh berada di bawah...
sedangkan dia telah naik ke atas, walaupun kami satu sekolah untuk ujian MTeST tapi terasing dalam kelas yang berbeza. Dia kelas A aku kelas D.
sedangkan dia telah naik ke atas, walaupun kami satu sekolah untuk ujian MTeST tapi terasing dalam kelas yang berbeza. Dia kelas A aku kelas D.
nasihat dari pengawas peperiksaan aka bakal penemuduga
sekiranya, anda berjaya dalam ujian MTeST ini dan dipanggil untuk sesi temuduga, penampilan adalah kriteria yang di ambil kira.
Lelaki hendaklah berpakaian formal dan bertali leher
Perempuan, memakai pakaian kebangsaan dan berhias mana patut dan jangan keterlaluan.
kasut bertutup. no sandals!!! jangan ngengada nak tunjuk jari n tumit yang konon cantik tapi berkendal... kuh kuh kuh
apa lagi ek cik puan tu bilang. aku pun sudah lupa.
tapi terpiawai lah kan kalau nak temuduga ngan gomen. semua pun tau.
harap berjaya la selepas nie hendaknya... ;)
ReplyDeleteamin!!! doakan ye...
ReplyDelete