Monday, 15 June 2009

Bas Batang? Bukan. Bas Wira. Kereta Batang? Bukan. Kereta Wira.

sabtu 7:30
dari taman bukit katil kami sekeluarga berjalan kaki menapakkan diri ke Bus Stop yang berada Berhadapan dengan JPJ Melaka.

tapi

berdekatan dengan masjid. ada satu kereta berhenti. ajak kami naik kereta dan hantarkan kami sampai bus stop.

terima kasih mak andam!!!

8.30
bas wira sampai. seronok haziq naik bas wira!

8.45
tiba Melaka Sentral.
Sarap. Jalan jalan

10.00
Bas Transnasional pun sampai.
Naik. Semua tidur. Sepakat

12.00
Tiba Pudu. Hujan. Lepak. dan makan tengah hari. jenjalan Kota Raya yang dibanjiri warga antarabangsa. no more Chinatown dekat petaling street.

2.30
naik cab ke rumah adik aku. Maklum lagi. Mak aku tak de kat Jalan Kelang Lama. mak aku ada kat ulu yam. sampai pandan indah. pemandu bawak kami ikut jalan loke yew. tembus mana ntah. tau tau dah sampai depan econsave.

3.00
lepak umah angah kejap

4.00
balik ulu yam. naik MBA. hah. seminggu tak naik MBA rasa rindu sangat!
sebelum tu kami ke workshop Isa. Dah tukar Workshop pulak. Kali ini bisnes sendiri. Join venture ke haper entah. Kat Pandah Mewah. Nanti Isa n geng nak bukak cawangan My Benz.. sorry kalau salah nama eh!!! nnt isa nak bukak cawangan kat balakong. Sesapa yang ada mercedez leh roger adik ipar aku ye! kereta wira pun boleh... kancil pun boleh. tak de hal!
lepas hantar isa kat workshop... kami ke pandan jaya. beli DURIAN.......SEDAP!!!!!! aku=hantu durian. termasuk ahli keluarga aku yang lain. then kami ke Pusat Rawatan Islam. Nur Adriana Batrisyah kena cucuk. Aku tumpang pemeriksaan telinga Izz Emir Haq. Free je. apa lagi. nasib OK. habit. kata doktor.

6.30 sampai ulu yam.

8.00
operasi melantak durian.

8.30
out to batang kali.
beli susu haziq amirul haq

9.00
naik genting. sampai gohtong. patah balik. izz emir haq nangis. dia tak suka ibu n ayah dating berdua aje.

10.00
sampai umah
sejam lebih emir nangis tak henti. muntah 2 kali. dahsyat.

ahad
sarapan pun makan durian.

tengahari. isa sampai. kami naik genting!!! tak main pun. lepak je kat puncak tuh! sambil berkelah di tebing kali kat area parking lot genting highland resort.

2.30 (lebih kurang)
turun

3.00 sampai. melantak. dan bersiap balik melaka.

4.00
tapi jumpa atok kat liam baru dulu. atok sakit.

5.00
baru gerak.

menyelusuri jalan
sungai tua-MRR2-lebuhraya DUKE-lebuhraya Sprint-Federal Highway-Lebuhraya PLUS.

aku kol keder. dia kat tesco pulak.baru nak jumpa pengantin baru.... dia kuar dating pulak... singgah bangi umah kamal. family kamal pulak nak berlepas ke sungai buloh. tapi kami ke restoran sup urat ketin!!! seksyen 7. kamal belanja! terima kasih.

then kami terus naik melaka dengan WIRA kami yang gagah perkasa.

the end

8 comments:

  1. x bawak blk ker durian nyer . ...

    ReplyDelete
  2. safirul amar:
    kereta MBA... telah di naik taraf jadi racing car..... he he he
    tak de lah...
    bayangkan lah penggunaan total kereta MBA, selama 5 tahun... sana bunyi sini bunyi... sana bocor sini bocor... sana gegar sini gegar...
    MBA telah banyak berjasa... ke kedai.. ke hospital, ke klinik, balik kuale kangsar, balik ulu yam... pergi tgk pengantin kat kg pendamar.. dan byk lagi destinasi...
    orang lain kereta bersilih ganti... aku tetap syg MBA!!! abg jangan tukar MBA..cukup lah MBT sahaja...
    paham paham sudah...

    born of truth
    durian kalau nak... beli lah...kat pandan jaya... ha ha ha.. kami pun beli.. kat kampung kami, durian baru nak jatuh... he he eh... tak boleh nak kasi... nnt lah... kalau byk kami bawak... tapi kesian MBA... nnt berbau!

    ReplyDelete
  3. ermmm, Lps bw blk letak pe benda nama hippo2 bg hilang bau tu. Pasal bau tue Mr Ministry bleh settlekan. Hehehehe . . . sedap tue, durian baru jatuh dari pokok.

    ReplyDelete
  4. bila nak buat upacara perpisahan MBA dan kenduri doa kesyukuran selamat datang kepada MBT!

    nanti jgn lupa jemput datang rumah ye kak..hehhee

    ReplyDelete
  5. born of truth:
    insya-Allah... ada tong besar gedabak dalam boot kereta.. kalau muat makcik bawakkan ye...

    safirul amar:
    masa bila pulak MBA nak dipisahkan!!!!

    ReplyDelete
  6. part mkn doyan tu aku jelessssssssssss..........

    ReplyDelete
  7. ngeh ngeh... ko tak balik liyam ke?... nnt aku ajak hakmal snap gambar umah nenek ko kat tengah bendang tuh...

    ReplyDelete