Julai 6, bakal tiba
aku jadi hiba
akan pergi 20 an
akan hampir 30 an
di sini
berpijak bumi
kenang ada pasti
bagaikan si kunang
pasti kelip yang terang
di sini
3 persinggahan
satu bertemankan ulat
anjak
dua beralaskan anak
anjak
tiga berkiaskan masa
anjak
di sini
tika masa
ada jarak
ada jalur
ada lebar
yang dekat
aku tidak sendiri
tentunya takdir
berganjak jua
Ya Allah
aku syukur
kurniaan
tidak terhingga
beri aku peluang
meniti hidup
dibumi ini
tika sarat dan sakit
tika tenang dan sihat
datang dan pergi
dengan izinNYA
andai sarat dan sakit
andai tenang dan sihat
tetap
datang dan pergi
biar dekat
biar gempita
tetap tali kukuh
ada kerlip
tatkala berduka
di rumah sakit
andai ketemu
pasti ada tawa
di situ
disitu aku berlabuh
mengenal yang baru
buat teman
kau yang pertama
aku kenal
menjadi sahabat
walau tidak terucap
terima kasih
tumpang mu
singgah mu
menjadi perantaraan
kita berdua
bye bye 20an & welcome 30an..
ReplyDeletemine is about 3days to go..
we're evens!
manisnya 20an menjadikan kita lebih matang untuk teruskan perjalanan hidup.. kan? aku doakan semoga anjakan ke 30an akan menjadikan hidup kita lebih bermakna.. amin