Tuesday, 25 August 2009

Biskut Suji - The Recipe!

Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.

Bahan-bahan ( + - 350 kpg kecil2 )

  • 600 - 800 g tepung gandum - ayak
  • 500 g gula serbuk/icing - ayak
  • 500 g minyak sapi QBB
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 1 sk bicarbonate of soda - ayak
  • 3 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dibulat2kan.
  4. Bulat2kan adunan sebesar guli2 kecil dan atur di atas dulang pembakar dan jarak2kan sedikit kerana suji akan mengembang.
  5. Bakar pd. suhu 150C. selama 10-12 min. atau hingga masak mengikut kepanasan oven masing2.
  6. Biarkan biskut sejuk diatas dulang pembakar dan simpan di dlm bekas yg kedap udara setelah biskut sejuk.
  7. **Utk pengetahuan bersama...Adunan suji ini cepat kering jika terlau lama terdedah dan berderai...saya menggunakan sudu penyukat yg bulat dan kecil (size 1/2 tsp) atau pengorek buah dan dialas dgn plastik yg nipis sebagai acuan.


No comments:

Post a Comment