Tuesday, 9 June 2009

ngekor ke mana aje....

hurm... lately, emir terlalu manja... tak boleh le aku nak mengadap komputer lagi... ni pun baru je lelap kan dia... tu yg on kejap... hari sabtu lepas aku tinggalkan emir bersama mak n mak tam aku n adik-adik aku... sejak tu dia tak mo dah berenggang dgn aku... sebetulnya aku dah ajar minum susu formula... dia mahu... tapi hari sabtu lepas... jenuh family aku pujuk minum susu formula.. dia tak mahu... last last bersudu...

sekarang nak masak pun susah... dapat masak bubur n tanak nasi je...

manje....

tadi lama betul emir merengek.. aku biarkan... bukan zalim...

dah

emir dha merengek balik...

Thursday, 4 June 2009

Kenduri Kahwin Anje!!!

an emel from anje... so jemput ye kawan kawan... anje busy sgt tuh... maklumlah avon girl bakal jadi pengantin!!!

Dear Azila,

Jemput datang bersama2 keluarga ke majlis perkahwinan anje yea...
Sorry guna email jer menjemput.....kalau ader kengkawan lain yg nko tahu
email diorang, tlg forward yea....

Nie pelan ke majlis itu nanti......

(See attached file: Scan0004a.jpg) (See attached file: Scan00031.jpg)

Hope to see u all there soon....





Sebening Air Mata

alhamdulillah...
hari apa ntah aku ada order ebook. hari ini aku dapat pula novel. hurm... ebook lom khatam lagi
kak zara nye panduan pun lum khatam...

minggu ini minggu yang busy... akan aku curi masa itu...

Tuesday, 2 June 2009

sindrom kurang sehat

mengantuk. kepala pusing. tekak loya. huh.

penat. letih. jemu

aduh... banyak lagi yang perlu di hadap. helaian helaian masih ratusan.

belum lagi dengan buku manual nikon d90 dan segala mak nenek term and condition dunia penggambaran kaku.

ah. aku sudah loya.... uwekkkkkkkkkkkk...

Monday, 1 June 2009

IP Address

What is an IP address?

Every device connected to the public Internet is assigned a unique number known as an Internet Protocol (IP) address. IP addresses consist of four numbers separated by periods (also called a 'dotted-quad') and look something like 127.0.0.1.

Since these numbers are usually assigned to internet service providers within region-based blocks, an IP address can often be used to identify the region or country from which a computer is connecting to the Internet. An IP address can sometimes be used to show the user's general location.

Because the numbers may be tedious to deal with, an IP address may also be assigned to a Host name, which is sometimes easier to remember. Hostnames may be looked up to find IP addresses, and vice-versa. At one time ISPs issued one IP address to each user. These are called static IP addresses. Because there is a limited number of IP addresses and with increased usage of the internet ISPs now issue IP addresses in a dynamic fashion out of a pool of IP addresses (Using DHCP). These are referred to as dynamic IP addresses. This also limits the ability of the user to host websites, mail servers, ftp servers, etc. In addition to users connecting to the internet, with virtual hosting, a single machine can act like multiple machines (with multiple domain names and IP addresses).

sape eh?


aku sedang mencari sesuatu... mengesan sesuatu...

I assume your question is how can I go to someone’s blog and see their originating IP.
There really in no way to do that other than hack the site and grab admin privileges. For instance, in PHP forums, the admin can see the IP address of the poster. Of course they may not be worth much if I posted through TOR or even something stronger like several proxy servers around the world. That’s assuming I could stand the painfully long lag that creates.

Ok, what if I cant breach the server and achieve Admin privileges? Well, that’s why people are getting trickier with low tech hacks. For instance, say I take the time to host my own forum or blog. I then go to a forum or blog that allows me to post and I can entice the blogger to come to my site and post. It’s not hard to get someone to do that actually. I actually dont even need him to post if I know my Html well enough and can just get him to click on a hyperlink! Thats usually easy enough and can give me more info than just his IP!!! If he does post, I have his IP. Again that IP might be worthless. I guess my point is, as security gets better and better, you will see more and more attempts to trick people to give up information than high level hacks.

Sunday, 31 May 2009

Anak-anak ku

izz emir haq
alhamdulillah
dah tak demam lagi.
baru baru ini, izz emir haq meragam.
menangis siang dan malam.
nak tumbuh gigi.

haziq amirul haq
get well soon sayang
demam!
aku telah melalui satu pengalaman yang telah dilalui oleh ibu ibu yang lain. dulu aku sering mendengar rungutan ibu ibu (masa kerja dedulu).... abang dah baik demam, adik pula demam ataupun sebaliknya... letih (itu rungutan mereka)... anak anak masih kecil banyak ragamnya.

hari sabtu aku balik Ulu Yam (cuti sekolah je mesti mak aku balik kampung). Singgah bangi jenguk auni shauqina, kemudian taman seri sentosa jap selepas beli barang di Amcorp Mall, then ke low yat/plaza imbi.

di kampung aku... aku dapat melelapkan mata dengan amannya siang tadi. aku minta izin kepada ahli keluarga aku. setelah 4 hari emir demam dan merengek siang dan malam (betul)... lega kepala dapat rehat. 2 jam pun jadi. sementara aku tidur dengan lenanya... adik aku si norazimah main main dengan haziq amirul haq dan izz emir haq. Main bola sepak. Main kejar kejar. sungguh aku tak sedar. tidur mati! bangun tidur, tengok tengok mak aku sedang suapkan nasi ke mulut kedua-dua cucunya... warghhhhhhhhhh... terharu kejap!!!

kenapa tetiba mak aku baik nih... (mak aku memang baik..aku je yang jahat nauzubillah)

Sujud Syukur...Alhamdulillah





Price:
Nikon D90 + Lense + Tripod + Bag=RM4100
Nikon Speedlight SB 900= RM1600
UV Filter (kenko brand)= RM60

Shop:
J One Amcorp Mall PJ

opssssssssssssss...dulu Married But Available...sekarang Married But Teruna...

Thursday, 28 May 2009

Izz emir haq jatuh

sekarang anak kedua aku dah masuk 8 bulan. lasak. dah tak mahu duduk dlm walker. asyik nak bergayut je dekat kerusi dan memapah.

semalam
Izz emir haq terjatuh dalam keadaan terlentang. aku tak sempat nak capai. dia kemain menonjolkan diri boleh berdiri. tetapi lupa diri masih tidak stabil. tu yang jatuh. aku pula sedang menyuap kan haziq amirul haq, abangnya.
Kita dekat dengan emir yang pada mulanya sibuk nak panjat tangga... alih alih pergi kat kerusi... tak sempat nak capai emir!!!

petang semalam
dah dua kali izz emir haq muntah.

malam tadi
muntah lagi

sekarang
badan dia panas

warghhhhhhhhhhhhhh
risaunya...

bertambah risau bila baca artikel berkenaan bayi jatuh nih... dah dah jangan baca...

untuk menenangkan hati:
zikri jatuh banyak kali... zikri anak si zura (zikri ialah cucu makcik sebelah)... lagi byk terjatuh...ok jerk... lek zila!!! esok tgk keadaan... kalau muntah lagi bawak gi klinik ye...

Wednesday, 27 May 2009

Pucuk Paku bermeter

ini adalah meter rumah makcik sebelah... warnanya kuning. tetapi pagi tadi suami aku terperasankan meter rumah kami sudah bertukar kepala dari warna kuning kepada warna hitam seperti gambar di bawah. Mengapa? Oh aku terlupa pula nak buat panggilan ke Syarikat Air Melaka Berhad di talian 1-800-58-5800. oH lagi... tidak mengapa... setelah ku selidik bil bulan ini juga bulan lepas... Jenis Bacaan ialah A03. Di mana maksudnya ialah Meter Rosak... oH LaGi!!! patutlah bil air bulan ini masih lagi RM12.50... sudah 3 bulan rasanya bil air sama sahaja iaitu RM12.50... Rupanya meter air di rumah ini sudah rosak.... aku pelik sebelum nh... kenapa bil air hanya RM10 then RM12.50 untuk 3 bulan. Aku berkira kira kononnya aku pakai mesin basuh auto tu jimat air... Kemain berlagak seorang isteri menghebahkan betapa bagusnya sang isteri menggunkan air sehingga bil air hanya RM12.50... hari ini baru terbongkar... Meter Rosak!!! selalunya bil air kena sampai RM30. aku kan rajin buang air... cuci dapur!!! Cuci Rumah!!! anak anak pun rajin buang air...




gambar di atas ialah gambar buah pisang. di bawah pula pucuk paku. Sedang aku sibuk mencari resepi... tetiba ku terdengar bunyi SMS...its written "we are about to reach your house"!!! oh tidak... ibu mertua ku akan sampai bila bila masa, waktu itu... dah lah aku tak masak hari ini!!! siap order (1300131300)... ha ha ha... kantoi aku dengan ibu mertua!!! he he he... pon pon.. bunyi motor MAMAT MC D... masa itu jugak lah ibu mertua ku sampai... he he he... ibu mertua ada belikan kudap kudapan... sempat ibu mertua ku dan pak cik memberi idea untuk dibuat apa dengan pisang muda. Masak Lemak Cili Api kata pakcik...manakala ibu mertuaku pula memberi idea kepada ku bagaimana mahu menyiang pisang muda itu... bila lah aku nak masak... esok may be aku sibuk dan jenuh kepala otak nak pikirkan nak amik balik lesen kereta dan motor... mampukah aku? hai darah gemuruh pergi lah kau jauh dari hidup ku.......... biarlah aku pandai dan berani bawak kereta dan motor... agar aku senang nak bershopping ... sebenarnya kau dapat Pisang Muda ini dari novelis muda Zara Aluwi dengan karyanya yang bertajuk belahan jiwa... macam mana aku boleh dapat pisang muda dari kak zara?.. anda boleh lah mengunjungi laman blog anaknya zaid... disitu diperihalkan segala...

terima kasih pada kak zara kerana sudi belanja makan ikan bakar dan berkongsi ilmu!!! sebelum ibu mertuaku meneruskan perjalanan ke johor... beliau sempat berpesan kepada kami... JANGAN LUPA PERJUANGAN ORANG-ORANG YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBELA NASIB MELAYU!!! siap nyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API... ibu mertuaku mmg sporting... tapi asal datang mesti sibuk cerita pasal UMNO...letih anak mak oi...

A dream

Nikon SB-900 AF Speedlight
See details
Nikon SB-900 AF Speedlight
PID: NK-SB900

The SB-900 i-TTL Speedlight leads the Nikon Creative Lighting System delivering the portability, power and versatility to support any photographer’s creative lighting imagination.

List Price: RM1,888.00
Price: RM1,672.00 save 11%
Warranty: 1 year Nikon Malaysia warranty, 1 year Nikon International warranty
Delivery Time: 2 business days or faster
Availability: IN STOCK!


Waaaa... Azmi. Sanggup ko buat loan ye. Hehehe... Aku pun dulu camtu jugak. Ko ni punnn aaaaa... Tak patut ko tanya kamera baru dgn yang lama. Of course yang baru lebih power. Tech DSLR ni mcm henset gak. Jadi kenapa harus ambil yang lama? Terus terang D90 punya kualiti gambar lagi power dr D80. Nak lagi power, go for D300 la.

Lens kit D90 ni pun dah ok. Cukup bagus dah tu. Banyak focal length dia. Flash memadai SB-800. Tapi kalau ada budget lebih beli SB-900 la. Investment ni mmg bagus sbb kau boleh berkreativiti lagi dgn CLS pd masa depan. Beli lagi MB-D80 untuk kesenangan vertical shots. Tripod tu hentam je ape2 dulu. Lain2 tu kemudian leh beli lagi.

Kalau nak beli online, tengok sini, sini. Kalau nak second, tengok sini.


dipetik dari: sini

Tuesday, 26 May 2009

Pasir dari Perkampongan Orang Asli Sg Garing di keluar secara haram..

sumber: sini
SUNGAI CHOH – Pendedahan Sinar Harian keluaran 18 April lalu mengenai aktiviti mengorek dan mengeluarkan pasir daripada perkampungan Orang Asli Sungai Garing di sini mendapat reaksi Ketua UMNO Cawangan Kampung Stesen, Rosli Kahan. Beliau yang ditemui berkata, kegiatan itu sememangnya sudah dipantau sekian lama bagaimanapun ia masih berleluasa berikuta
n tiadanya tindakan tegas daripada pihak berkuasa. “Perkara ini akan cuba diselesaikan di peringkat atasan melalui perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Daerah Gombak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). “Memandangkan lokasinya melibatkan sempadan dua daerah iaitu Gombak dan Hulu Selangor, perbincangan itu akan melibatkan dua pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap isu ini,” katanya. Menurutnya, usaha mengadakan perbincangan bersama pihak terbabit akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mencapai penyelesaian segera. Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung dakwaan penduduk sebelum ini mengenai kegiatan mengorek dan mengeluarkan pasir di kawasan terbabit. Penduduk mendakwa kegiatan yang berlarutan lebih setahun itu turut menceroboh tanah yang dikatakan milik dan rizab Orang Asli. Bagaimanapun, penduduk perkampungan terbabit tidak dapat mengesahkan status tanah mereka berikutan ketiadaan geran. Sementara itu Rosli juga berkata, aktiviti itu bukan sahaja menceroboh sebahagian tanah milik penduduk di situ, malah mengakibatkan pencemaran alam sekitar. “Aktiviti ini saya akui mengakibatkan pencemaran alam sekitar seperti debu dan jalan utama ke perkampungan itu akan menjadi rosak kerana dilalui kenderaan berat,” katanya. Ditanya mengenai sama ada aktiviti itu mendapat kelulusan pihak berkuasa beliau berkata, akan menyiasat perkara itu. Katanya, kemungkinan kegiatan terbabit tidak memiliki sebarang permit atau kelulusan daripada pihak berkuasa. Sinar Harian sebelum ini pernah cuba untuk menghubungi Pegawai Daerah Gombak bagi mendapatkan respons berhubung perkara itu bagaimanapun gagal. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim ketika dihubungi berkata, beliau menggesa supaya pihak berkuasa memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti tidak sihat.

Monday, 25 May 2009

Food Handler and Food Handling

huh... makan malam. Satay yang enak. Sedang menunggu kira-kira. Aku terlihat "food handler" (Pengendali Makanan) yang menjual satay. Sedang mengusir seekor kucing. Sentuhan. Kucing di atas meja makan. Sentuhan lagi. Tisu (bekas lap lap). *******geli aku******* seperti biasa aku kawal perasaan tak nak food handler tersebut perasan. Malas nak tegur. Sebab: takkan sesenang je bukak gerai kan?... mesti ada kursus kan?... (bab sjil sah berniaga satay aku tak intai)... Food Handler tersebut kemudian ke mise en place. Memegang mangkuk kecil untuk mengisi kuah kacang. Tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. sebelum itu aku nampak dia hisap rokok. Food Handling (Pengendalian Makanan) sungguh miskin. Ya Food Handler tidak mengamalkan Food Handling yang bersih untuk mengelakkan Cross Contamination (Pencemaran Lintang). Kemudian Food Handler tersebut ke dapur. Memegang plastik. Tak pasti plastik apa. Kemudian mengelap tangan pada seluar jeans nya! ah! Miskin sungguh kebersihan dan tahap sanitasi mu!

aku berkira kira mahu menegur... tapi..........

Sunday, 24 May 2009

Temuduga dan Ilmu Sihir

Rabu 11 Malam

"Kakak, ada temuduga terbuka esok!!! Balik!!! nanti adik ambil kakak ye. Mak suruh pergi jugak. Pak Lang Johari yang telefon mak kejap tadi. Pak Lang Johari panel temuduga esok."

-sms dari adik aku-

"Adik, betul ke? kenapa pak lang johari tak beritahu kakak je? huh!"

-sms dari aku-

"Kakak siap aje lah dengan anak anak. kejap lagi adik gerak ke Melaka ambil Kakak. Standby tau!!!"

-sms dari adik aku-

------------------------------
Setelah berbalas perbualan kata, aku terus menerpa suami aku. Aku meminta izinnya untuk pulang ke KL untuk menghadiri temuduga sebagai Pegawai Siasatan P41 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

Adalah sesuatu yang tidak seronok pergi temuduga tanpa persediaan awal. Aku tidak pasti apakah yang akan ditanya nanti. Hati gundah gulana. Sepatah haram aku tidak menelaah mengenai SPRM atau pun bidang tugasan sebagai Pegawai Siasatan.

Ah Pak Lang Johari ini pun satu hal juga. Takkan malam malam buta begini baru nak beritahu ada temuduga terbuka esok. Dalam sibuk mengemas pakaian dan anak anak, fikiran ligat bertanyakan itu dan ini, oh ya aku memang ada mohon jawatan ini dalam borang online SPA 8. Mungkin Pak Lang Johari semak nama aku di pangkalan data agaknya.

---------------------

sessi temuduga:
Aku dijemput pemandu peribadi Pak Lang Johari. Berlakon lagi lah jawabnya. Setibanya aku di sana, Pak Lang Johari sedang sibuk berbual dengan rakan setugas agaknya. Berpura-pura tidak mengenali aku. Dalam menunggu giliran sempat aku berkenalan dengan seorang wanita yang berusia 35 tahun. Banyak hal juga aku tanya. Persediaan kosong.

Antara soalan temuduga:
1. Apakah perbezaan diantara "salah guna kuasa", "rasuah", "hadiah", "suapan" dan "duit bawah meja"
2. SPRM bila ditubuhkan
3. Akta2 yang berkaitan dengan rasuah
4. Ketua Pesuruhjaya

ha ha ha... aku tidak dapat menjawab semua soalan!!!

dan Pak Lang Johari aku datang rumah marah aku! pergh... sakit telinga...

7 panel temuduga tuh!!! Pak Lang aku... kabel letrik kedua paling cikai... wakaka... huh!!!

siap suruh aku mandi bunga!

tipikal melayu!!

to be continue this story eh... byk nak cerita... nantikan keluaran akan datang!!!

Tuesday, 19 May 2009

butterfly?

hari ahad lepas kan kami gi taman rama rama kan?.. ni lah hazilnya...

harga tiket untuk dewasa: RM6...
anak anak free... sebab umur bawah 3 tahun tak perlu tiket...

kami sempat rakam gambar kat situ... kena caj RM12...

haziq amirul haq kemain takut lagi dengan Parrot dan iguana...
tapi si izz emir haq... huiiiiiiiii mak... semua nak di pegang...

sesiapa yang tak pernah masuk... boleh lah masuk.. best... kalau penat ada bench!!! boleh duduk dan menggedik sekejap dua kejap...

nak view pic lagi boleh jengah di blog izz emir haq

Blueberry Cheese Cake and Nasi goreng Cina


Blueberry Cheese Cake
aku dalam proses nak adakan bahan bahan... minggu depan baru masyuk balik... hahahahaha... celaka zubir yahya penipu, melayu punya janji, ni melayu tak boleh pakai nih janji RM2500 peh tu RM1500... Janji hujung bulan then about 6th of May... then tangguh next week selewat-lewat hari jumaat... tui!!! so tiada lah angan angan nak gi Redang ye makcik!!!... jom belajar buat kek keju... suami makcik suka nih... he he he... daripada beli kat secret recipe or king baik buat... puas perut kan...

Bahan-bahan ( 8cm )

* 250g x 2 Philadelphia Cream Cheese
* 400g Condensed Milk
* 2 3/4 tbs gelatin } larutkan dlm air panas 1/2 cup hot water }
* 1tsp lemon zest
* 2 tbs lemon juice
* 1 cup crushed biscuit
* 1/2 cup melted butter

Cara-cara

1. Campurkan biskut hancur tuh ngan melted butter then press kat base loyang utk cheesecake tuh. pastu masukkan dalam peti ais.
2. Dalam mixer bowl, pukul cream cheese sampai smooth.Then masukkan susu, gelatin (yg dah larut), lemon zest, lemon jus pukul lagi sampai sebati.
3. Masukkan adunan cheese tadi kedlm loyang biskut pastu masuk dlm esbok. Dlm 1-2 jam baru letak topping blueberry.
4. Tips: ** kek nih kena chill semalaman baru dia keras elok jek. ***utk topping tuh, larutkan skeet agar2 serbuk dan campurkan dgn blueberry filling tuh utk menghasilkan topping yg cantik (tak sememeh)


nasi goreng cina
anak aku si haziq amirul haq memang suka dengan nasi goreng cina... ni aku nak belajar... khas untuk menu sempoi esok!!!

Bahan
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
2 biji telur
udang
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
keropok
minyak
garam

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad dan keropok.

Manusia Part IV

4 jenis manusia dan alasan

Pada hari Kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu:
1) Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata,

"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Firman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku."

2) Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata,

"aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMU."

Firman Allah kepadanya,

"UtusanKu yang bernama Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu."

3) Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata,

"Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."

Firman Allah kepadanya,

"Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepadaKu."

4) Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata,

"Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu."

Firman Allah kepadanya,

"Penyakitmu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayob a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebutkan akan namaKu."

petikan dari www.ukhwah.com

Manusia Part III

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,

Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.


4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

manusia part II

7 peranan manusia

Mengambil konsep yang disebutkan dalam Al-Quran iaitu betapa angka 7 mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bumi, langit, kulit manusia, bilangan hari dalam seminggu yang menggunakan angka 7 sebagai penentu strukturnya. Begitu juga dengan personaliti manusia asasnya dibentuk daripada 7 peranan. Kajian oleh Phillip Wittmeyer mengariskan 7 peranan itu sebagai pahlawan, raja, pekerja, mubalik atau pendakwah, seniman, cerdik pandai, dan orang terpelajar. Dalam kehidupan harian, setiap peranan ini melakukan aktiviti berbeza untuk meneruskan kehidupan misalnya pahlawan dikaitkan dengan perniagaan, raja pula dikaitkan dengan pemimpin, pekerja dikaitkan dengan sektor perkhidmatan, pendakwah menitikberatkan aspek psikologi, seniman lebih kepada penciptaan atau mengilag sesuatu untuk dijual, cendiakiawan lebih suka bidang perguruan dan golongan terpelajar gemar menjual ilmu pengetahuan atau maklumat.
Jika dikaitkan dengan tubuh badan pula, 7 peranan mempunyai hubungan langsung dengan bahagian-bahagian tubuh badan kita. Pahlawan diwakili oleh kaki yang digunakan untuk bergerak, meneroka dan melaksanakan sesuatu. Raja pula diwakili tangan yang suka mengarah sesuatu tindakan. Pekerja diwakili oleh tulang belakang yang memangpun bertanggungjawab memikul beban. pendakwah diwakili oleh hati yang mendorong manusia untuk lebih bermotivasi. Seniman pula tapak tangan yang mengengam alatan untuk menghasilkan seni. Cendiakiawan diwakili oleh muka yang suka bercakap. golongan terpelajar pula diwakili oleh kepala yang dikaitkan dengan pengetahuan dan maklumat sains.
Apakah peranan kita dan apakah ianya memang dapat membentuk asas personaliti kita?.