izz emir haq
alhamdulillah
dah tak demam lagi.
baru baru ini, izz emir haq meragam.
menangis siang dan malam.
nak tumbuh gigi.
haziq amirul haq
get well soon sayang
demam!
aku telah melalui satu pengalaman yang telah dilalui oleh ibu ibu yang lain. dulu aku sering mendengar rungutan ibu ibu (masa kerja dedulu).... abang dah baik demam, adik pula demam ataupun sebaliknya... letih (itu rungutan mereka)... anak anak masih kecil banyak ragamnya.
hari sabtu aku balik Ulu Yam (cuti sekolah je mesti mak aku balik kampung). Singgah bangi jenguk auni shauqina, kemudian taman seri sentosa jap selepas beli barang di Amcorp Mall, then ke low yat/plaza imbi.
di kampung aku... aku dapat melelapkan mata dengan amannya siang tadi. aku minta izin kepada ahli keluarga aku. setelah 4 hari emir demam dan merengek siang dan malam (betul)... lega kepala dapat rehat. 2 jam pun jadi. sementara aku tidur dengan lenanya... adik aku si norazimah main main dengan haziq amirul haq dan izz emir haq. Main bola sepak. Main kejar kejar. sungguh aku tak sedar. tidur mati! bangun tidur, tengok tengok mak aku sedang suapkan nasi ke mulut kedua-dua cucunya... warghhhhhhhhhh... terharu kejap!!!
kenapa tetiba mak aku baik nih... (mak aku memang baik..aku je yang jahat nauzubillah)
penat gak ye jaga anak kecil nie ek... neway, best tak kamera D90 tue ?? ;p
ReplyDelete