7 peranan manusia
Mengambil konsep yang disebutkan dalam Al-Quran iaitu betapa angka 7 mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bumi, langit, kulit manusia, bilangan hari dalam seminggu yang menggunakan angka 7 sebagai penentu strukturnya. Begitu juga dengan personaliti manusia asasnya dibentuk daripada 7 peranan. Kajian oleh Phillip Wittmeyer mengariskan 7 peranan itu sebagai pahlawan, raja, pekerja, mubalik atau pendakwah, seniman, cerdik pandai, dan orang terpelajar. Dalam kehidupan harian, setiap peranan ini melakukan aktiviti berbeza untuk meneruskan kehidupan misalnya pahlawan dikaitkan dengan perniagaan, raja pula dikaitkan dengan pemimpin, pekerja dikaitkan dengan sektor perkhidmatan, pendakwah menitikberatkan aspek psikologi, seniman lebih kepada penciptaan atau mengilag sesuatu untuk dijual, cendiakiawan lebih suka bidang perguruan dan golongan terpelajar gemar menjual ilmu pengetahuan atau maklumat.
Jika dikaitkan dengan tubuh badan pula, 7 peranan mempunyai hubungan langsung dengan bahagian-bahagian tubuh badan kita. Pahlawan diwakili oleh kaki yang digunakan untuk bergerak, meneroka dan melaksanakan sesuatu. Raja pula diwakili tangan yang suka mengarah sesuatu tindakan. Pekerja diwakili oleh tulang belakang yang memangpun bertanggungjawab memikul beban. pendakwah diwakili oleh hati yang mendorong manusia untuk lebih bermotivasi. Seniman pula tapak tangan yang mengengam alatan untuk menghasilkan seni. Cendiakiawan diwakili oleh muka yang suka bercakap. golongan terpelajar pula diwakili oleh kepala yang dikaitkan dengan pengetahuan dan maklumat sains.
Apakah peranan kita dan apakah ianya memang dapat membentuk asas personaliti kita?.
No comments:
Post a Comment