Thursday, 23 April 2009

awak!!! kita suka yazir lah pulak!!! aku terharu!!!

yazir anak didk m nasir... baru ku tahu.. rupanya... idaman hati ku si m. nasir yang mendidik beliau... huh suka aku!!!



Tak kan ku tahan air mataku ini
Yang jatuh menitis berderai di pipi
Tak kan ku simpan dalam hatiku ini
Biarlah itu berlalu pergi

Sejuta warna menghias angkasa
Berseri penuh sungguh ku terharu
Sejuta rasa yang mengiringi
Dan kini menyentak hatiku

Selalu begitu kejamnya dirimu
Bagaikan malam yang sunyi dan sepi
Engkau biarkan diriku ini
Merintih sedih menangis sendiri

Cukup sudah jangan engkau sakiti
Cukup sudah ku merasakannya
Derita yang ku ini rintihkan
Menghancurkan segala harapan

sebelum siasat-buka sumber (open source)

he he he...

serang hendap aku tak kena mengena ngan sesiapa pun... tak yah korang nak risau... aku tak boleh bagitau... itu syarat...

nanti korang akan dapat agak punya lah... malam ni kot gi mengendap bebudak kat situ... alah kat situ... situ lah.. apa ke nama tempatnya....

macam pihak berkuasa tempatan lah pulak kan...

premis...premis...premis akan diserang...

korang ingat aku ngadap internet ni suka suka eh...

kuh kuh kuh

aku nak pergi cari maklumat jap...

Sebelum Serang Hendap berlaku...

aku akan menyerang lagi... satu syarikat mahupun satu organisasi akan ku terjah... sebelum menerjah... ada syarat... memandangkan syarat-syarat telah sampai ke tangan aku melalui perkhidmatan CityLink dari pejabat Dato' DO Kuala Sepetang (apa aku merepek ni)

seseorang daripada badan perkhidmatan ala ala penyiasatan sebelum ini telah membuat panggilan ke telefon bergerak aku... bertanyakan kesudian aku dalam membanttu menyiasat satu kes tergempar... (tidak gempar sebenarnya... kes hendap sebetulnya)...

aku bersetuju untuk menjadi agen minah gelap bertopeng kan id ym jariemanies!!!! (jangan percaya)

setelah persetujuan dibuat oleh kedua dua belah pihak... maka satu surat dihantar melalui kod 1001000011110000010000 (emel)... ke alamat yass_mien_gedik@yahoo.com

maka itu, syarat telah diterima dan urusan penyiasatan akan bermula....

oh ya... ada satu insiden

pihak citylink mahukan aku menjadi penerima yang telus dan jujur dengan menunjukkan kad pengenalan aku dan handphone (siap kol depan depan)... takut mereka tersalahj bagi bungkusan amanah tersebut...

sebelum aku menjalankan siasatan dengan mengambil upah sebanyak RM yang dirahsiakan... aku perlu persiapkan ilmu penyiasatan... aku bukan setakat menyiasat luar dan dalam bangunan sahaja.. malah pekerja pekerja mereka termasuk luar dan dalam.... dengan siapa mereka berhubung dan menyandarkan diri...

penyiasat gelap seorang minah bertopengkan id ym jariemanies(jangan percaya lah)... berhenti seketika untuk solat zuhur... akan bersambung....

Wednesday, 22 April 2009

entry kali ini agak lucah dan ganas!!!

sedang seronok bersekodeng...

tetiba!!!

oo: oi makcik!!! ko laki bini memang tak de keje eh?

oo:berblog hari hari aku tengok!!!

ii:wek!!! ko jealous eh?

ii:lebih baik aku blog... daripada ko!!! myspace ko tuh bagus sangat ke!!! ko tayang lurah ko yang lapang tak de isi... ko tunjuk bontot ko yang tak tonggek... buat apa!!! buat tambah otak jadi bebal bila tengok tau!!

oo:£$%^& lu minah!!!

ii: hak hak hak!!!

((((cerita lain terpaksa di simpan... takut kena ISA))))



inilah kawan!!! aku suruh datang blog aku ni nak kau tolong aku klik iklan nuffnang tuh.... bukan kutuk lah!!! aku nak tgk macam mana diorang bagi sen utk setiap klikan... blog aku ni mmg tak de cerita menarik... kalau tak suka jangan baca!!! klik iklan sudahlah!!!

itulah kawan!!! kalau bab yang tak de isi "menarik" susah nak tarik masuk eh...

kadang kadang aku keliru dengan manusia... mengapa aku berblog pun jadi isu...

mengapa memperlekehkan bloggers?

salah ke jadi blogger?... bukan aku buat isu tak senonoh pun kat sini... aku cerita untuk tatapan anak anak dan bakal bakal cucu cucu dan cicit cicit aku... di masa hadapan... tak nak jadi macam mak aku ngan maktam aku... cerita kemain best lagi pasal aku dan adik adik kekecik dulu... tapi bukti tak de!!! gambar pulak hancus di bawa arus banjir kilat semasa keluarga aku menetap di kampung pasir lama jalan kelang lama dulu!!!

salah ke aku simpan gambar anak anak aku kat fotopages ke picasa ke dan blog mereka?... to play safe lah....

beginilah kawan2ku (sumpah aku tak sebar identiti kau dan kau)...

aku tak kacau korang... aku tak kisah apa korang buat kat myspace korang... gambar macam perempuan jalang... macam pelacur... ge ge ge ge ge... jangan marah eh... korang yang buat aku marah!!! kita ni manusia... aku suka apa yang aku suka... dan mungkin aku suka apa yang kau suka... dan mungkin aku tak suka apa yang kau suka... begitulah sebaliknya... so, kita berbeza... citarasa berbeza, lidah berbeza... hati juga berbeza...

suka hati aku lah nak berblog hari hari pun!!!

penat aku memasak di dapur!!!

ini ialah lauk kegemaran aku!!! sambal goreng cili padi!!! pergh!!! pedas... aku suka pedas!!! ikan seperti biasa digoreng dan ketepikan... kemudian tumislah cili padi bersama bawang besar dan bawang putih... garam secukup rasa!!! no sugar to add ya!!!

yang ini pula lauk semalam... ikan senangin aku masak kari!!! ada orang tanya, "mana tau ikan senangin ni dibuat kari?" aku pun jawab lah "mak da i kan ada"

yang ini pulak masak lemak kubis dan lobak merah!!! haziq amirul haq suka!!! bertambah makan... untuk izz emir haq aku beri sekadar rasa sahaja... nasi izz emir haq aku lenyek guna sudu je...


tapikan penat aku memasak di dapur!!! dia balik tak jamah pun.. dia dah makan kat luar rupanya!!! hurm... sedih hatiku... menangis hiba... menunggu kepulangan suami untuk menikmati hidangan tengahari bersama-sama musnah bersama impian ku.... tak pe lah...

merajuk hati tiada guna... mari kita bersenang hati!!!

eceh!!!

SEMAKAN TEMUDUGA KPLI JUN 2009 DITANGGUHKAN KE 29 APRIL 2009

tertangguh ye!!! semaklah keputusan ujian KPLI 28 mac hari tu pada 29 april ... link to the previous entry here

sumber: myadha

tertunda pulak!!!

ok...

maka dengan senang hati aku nak ke dpaur nak masak!!!

masak lauk ikan kerisi...

masak apa eh sedap ikan kerisi ni?

kita buat sambal goreng cili padi... mesti meletup!!!

semalam masak kari ikan senangin
sayur siew pak choy goreng

hari ini apa ye?... urm urm... jom merayau!!!

hurm....

domain and hosting

baru makcik faham... domain tu nama je...
hosting tuh tempat letak file

kaya betul eh... sesapa yang ada domain sendiri ni...macam bloggers seperti azmanishak.com... ada je duit meeka...

halal.com siapa pegang eh?.. arab ke malaysia... tetiba terpikir pulak.....



bagus nuffnang nih... bagi info kat aku...

walaupun aku ada belajar masa kursus ICT dulu... makcik lupa lah.... kena byk membaca dah nih...

ada orang YM ngan aku

apasal blog the ministry of mind tak boleh akses eh?...

eh boleh je nih

tak boleh lah dik non!!!

boleh lah...

musykil pulak... kalau ko kt opis may be tak leh access kot... ada admin block agaknya....

kepada suami aku... jangan gatal tangan nak publish kat blog... walaupun niat awak tuh kengkonon telus dan jujur... wek!!!

22 April 2009 - Semakan Calon Temuduga MTeST

tertangguh!!! http://lllxillixaxillixalll.blogspot.com/2009/04/semakan-temuduga-kpli-jun-2009.html


jam 10 pagi:

http://apps2.emoe.gov.my/
http://www.moe.gov.my/

Portal ini sedang dalam penyelenggaraan dan dijangka akan kembali dalam masa terdekat. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Web di alamat e-mel : webmaster [at] moe.gov.my. Terima kasih atas kesabaran anda. This portal is currently under maintenance and will be online soon. We apologise for any inconvenience. For further information, please contact the Webmaster at e-mail address : webmaster [at] moe.gov.my. Thank you for your patience.



pasti blog aku mencanak lagi tatkala di pukul hari ini... gah.. bahasa....

ye hari ini keputusan ujian mtest lkeluar.. kenapa aku yakin hari ini keluar... dah tertulis kat kalendar KPLI....

jenuh jugak cari... jap jap... lom cari!!!!

link: http://www.moe.gov.my/ atau http://apps2.emoe.gov.my/


page load error.... tgu ....

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia

VISI SPRM
Mewujudkan masyarakat Malaysia bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
Menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang professional dan unggul.

MISI SPRM
Menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia.
Mengukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan sumber manusia secara terancang dan berterusan.

OBJEKTIF SPRM
Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

fikir fikir kan!!! dalam pengurusan mana mana troubleshoot, soalan ini sering digunakan, the wh-h question.... tidak kira nak troubleshoot apa sekali pun!!! pasal kucing tak beranak beranak lagi ke... pasal batu tak melompat lompat ke.... erm....

back to SPRM:

apa
bagaimana
kenapa
mengapa
siapa
bila

Result MTEST

hurm beberapa jam lagi result akan keluar...

risau aku.,..

dapat ke tidak melepasi saringan ke temuduga nih...

Tuesday, 21 April 2009

lets talk something good

sumber: http://azlishukri.blogspot.com/

Monolog Azli Shukri : Bab 15 : Monolog Terakhir Azli
MONOLOG AZLI SHUKRI
Bab 15 : Monolog Terakhir Azli



Kurang 6 hari lagi, genaplah setahun saya menjadi bloggers amatur dalam alam maya. Penuh ranjau dan berliku untuk menjadi bloggers yang cuba sedaya upaya bercakap benar. Segala macam cemuhan, fitnah dan cacian saya terima, malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan. Semua itu, merupakan asam garam kehidupan. Kita harus berhadapan dan bersabar dengan barisan kawan-kawan yang tidak setia dan jujur, dengan kawan-kawan yang menikam dan memburukkan kita dari arah belakang, dan dengan kawan-kawan yang mahu melihat kita tersungkur. Namun demikian, dalam hidup ini masih terdapat juga kawan-kawan yang benar-benar menghargai persahabatan.



Monolog ini adalah monolog terakhir saya, setelah selama setahun ia disiarkan di dalam blog ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyukainya. Tetapi, itu merupakan hak masing-masing. Saya masih percaya kepada kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Itu adalah hak asasi manusia.



Blog seharusnya menjadi tempat bagi percambahan pendapat dan pandangan, bukan tempat untuk bergaduh dan mencari musuh. Blog juga tempat mencari kebenaran dan memilih jodoh. Setahun telah berlalu sejak kerajaan BN tewas besar dalam PRU Ke-12, banyak yang dipelajari dan dihayati. Hakikatnya orang Melayu masih berada dalam mimpi dan fantasi. Dan agama yang kita cintai semakin rakus dinodai. Semua ini seharusnya membuka mata kita, sama ada mahu mencari perbezaan atau memilih titik pertemuan.



Menyalahkan kerajaan dan memburukkan pembangkang semata-mata - itu bukan jalan penyelesaian. Malaysia akan memasuki fasa politik penuh cabaran selepas ini, tiada lagi parti yang kuat dan kukuh, orang Islam akan banyak bergantung kepada bangsa lain untuk berjaya dan yang lebih penting, hak dan keistimewaan orang Melayu akan mula dipersoalkan oleh bangsanya sendiri.



Sepanjang saya menjadi bloggers - saya tidak hanya hilang pekerjaan lantaran sesetengah pihak yang membenci mendengar kebenaran, saya dituduh menyeleweng dan mengkritik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin di dalam blog ini, maka tindakan harus segera diambil ke atas saya. Saya diminta untuk menutup blog ini , gara-gara saya mengkritik Pak Lah dan Khairy - orang seperti ini tidak faham antara mengkritik kerajaan, UMNO dan kepimpinan. Hari ini, dunia semakin berubah dan terbuka, mana-mana individu yang sukar untuk menerima kritikan, maka akan ketinggalan dalam meningkatkan kemampuan dan ketahanan diri mereka. Sekarang, terbukti bukan sahaja Tun Mahathir mempunyai blog, malah Datuk Seri Najib dan Tuan Guru Nik Aziz pun sudah mempunyai blog masing-masing. Inilah gambaran langit terbuka dan mengizinkan sesiapa mengeluarkan pandangan dan pendapat.



Sepanjang saya menjadi bloggers, tidak kurang tulisan-tulisan saya telah dijadikan rujukan serta perbincangan hangat diserata dunia, ada yang mencemuh dan ada juga yang menyokong. artikel saya bertajuk "Kebenaran Tanpa Penghujung" telah dilayari lebih daripada 2000 pengunjung dan tidak kurang daripada 300 laman web/blog menyiarkan artikel tersebut, sama ada sebagai paparan umum mahupun sebagai perbincangan dalam komuniti alam siber masing-masing. Manakala, siri Monolog Azli Shukri pula, merupakan antara artikel yang begitu banyak mendapat perhatian komuniti maya sejak ia dipaparkan di dalam blog ini. Mana-mana yang baik ambillah, dan mana-mana yang tidak baik maka tinggalkanlah.



Dan tidak kurang juga, artikel saya bertajuk "Hikayat Dewan Ekonomi" benar-benar menggemparkan ramai pihak, khususnya para pembaca majalah tersebut. Kisah benar yang menimpa saya itu, telah saya rakamkan untuk tatapan umum, bagi memastikan masyarakat dan rakan-rakan saya mendapatkan gambaran yang sebenar tentang apa-apa yang telah berlaku ke atas diri saya selama ini, khususnya ketika saya bekerja di DBP. Walaupun siri tersebut belum tamat, dan masih dalam penyambungan, tetapi permintaan terhadap kisah tersebut sangat menggalakkan. Saya terpaksa memberhentikan kisah tersebut untuk sementara waktu, kerana beberapa faktor, antaranya terdapat rakan-rakan saya yang telah ditekan di tempat kerja akibat penyiaran kisah tersebut, dan yang kedua, blog saya ingin memberi laluan khas kepada kempen Datuk Mukhriz bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini.


Sepanjang setahun ini, banyak yang saya pelajari sebagai seorang blogger, jika kita bercakap benar sekalipun orang tetap tidak akan suka, apatah lagi jika kita berbohong. Maka, pengajaran yang penting harus kita ketahui ialah, "Jangan peduli siapa yang kata, yang penting kebenaran harus tetap ditegakkan." Salam Bloggers dan terima kasih kerana setia membaca blog saya ini, hanya Allah sahaja yang membalas jasa tuan-tuan yang sudi membacanya, moga kita memperoleh manfaat.



Seperti yang saya jelaskan, ini merupakan Monolog Azli Shukri siri terakhir setelah genap setahun siri ini berada di alam maya, namun demikian siri ini akan digantikan dengan posting yang lebih menarik dan berinformasi iaitu, Tafsir Al-Azli. Artikel tersebut bukanlah tentang tafsir al-Quran, sebaliknya lebih kepada bentuk tazkirah dan nasihat untuk umat Islam bersatu dan berpadu. Wallahualam. Akhir kalam, terima kasih atas segala sokongan rakan-rakan, baik yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenali. Semoga Allah merahmati kita semua.


Gambar : Penulis bersama dengan Datuk Nazir Razak, CEO CIMB

ayam cicah

semalam aku buat menu ayam cicah... simple je menu semalam. ayam di rebus... pencicah nye ialah...

1 mangkuk daun ketumbar
1 mangkuk bawang putih
1 mangkuk halia muda

ketiga tiga bahan ini dicincang halus dan di tumis sehingga naik bau dan ditambah kicap!!!

Monday, 20 April 2009

hangin satu badan

memang dasar perempuan tak tau malu lah seorang nih... fuh... sabar makcik!!!

aku mintak harta aku balik dah jadik macam pengemis pulak eh...

kau pinjam tudung aku...

kau pinjam brooch aku....

kau tak de duit... muka sedih mintak kat aku... "kak pinjam seringgit! nanti orang ganti" "kak nak pinjam RM5 nak pergi kem nanti orang ganti

seringgit pun aku nak kecoh... kalau sekali je tak de lah kecoh... ni dah berpuluh kali...

tak sedar diri....

aku sebenarnya tak kisah... serious tak kisah.. tapi bila aku minta barang aku balik, dan kau buat aku macam pengemis... panas jantung aku dik....

mahu aku sembur kang...

aku peduli apa....

kau ingat kau tu siapa...

kalau kau ada banyak sangat duit... belilah sendiri!!!

berlagak je lebih!!!!

hurm....

apa lagi aku nak kata... banyak ah hal pinjam meminjam nih....

hish geram betul...

aku nak tengok nanti...

dasar perempuan sombong... bodoh.... berlagak!!!

pesanan buat diri sendiri...

duhai hati
sejuklah hendaknya tika ini
setakat tudung dan brooch tuh
biarlah
tak luak pun
memang apabila perlu
kita rasa bengang
mintak lagak pengemis dibuatnya
biarlah
biarlah
biarlah
lepas ni
jangan mengada ngada
nak bagi pinjam lagi
dah sejuk belum?
ah setakat tudung n brooch je
boleh beli baru kan


ok!!! weekend ni nak ronggeng ke pertama kompleks!!!

oh tak jadik nak ronggeng... baru dimaklumkan... dia tak de kat msia weekend nih... panas jantung aku buat kali kedua!!! utk hari ini

Sunday, 19 April 2009

MEDSI-DPLI-Hulu Langat-Pandan Indah-PWTC-Lorong Travers_hospital serdang

jumaat 17 march 2009

selepas solat maghrib shoot ke KL

sabtu 18 March 2009

Medsi-DPLI
inilah sek men keb taman medan!!! nama je family aku duk berjiranan dengan taman medan, aku haram tau kat mana berdiri megahnya sekolah ini!!! 4 orang kami bertanyakan dimana bangunan ini di dirikan... first adik manis keturunan india berniaga nasi lemak, 2nd pak cik guard sek keb taman medan, 3rd pak cik jual air kelapa, 4th pak guard sekolah men keb taman dato' haron...

hurm... inilah slip meja aku... siap ada nama... hah.. bagus sistem nih... org tua nak pereksa tak berebut tempat nak cop meja tepi tingkap... wakakaka

sek men keb taman medan nih ada hari usahawan!!! so aku sokong mereka dengan membeli makanan aje... kan aku budak makanan UPM!!! patot pun aku sokong mereka!!!

bagus budak ni, tiada rasa malu menyuruh aku ke gerai milik persatuan dia... (aku cakap kat budak tu gini "akak bukan cikgu lah dik, akak calon periksa guru baru betul!!! sekarang akak tak de duit nak beli, tgu suami datang ye.. jangan risau akak pasti beli"

(seperti biasa aku mmg tak bawak duit... aku ada selit kat bawah bantal kekabu... he he he)

suami aku lambat jemput sebab dia wakilkan keluarga aku untuk majlis anugerah cemerlang. adik aku si azimah kan budak straight 8A... so kena ada wakil... mak aku n mak tam tak datang sebab jaga cucu (anak aku si izz emir haq lah)...

ini adik aku... sebelum upacara sampaikan hadiah dia ada persembahan tarian endang... so tak sempat tukar pakaian formal!!!

lepas settle test n majlis anugerah pelajar cemerlang kami ke Hulu Langat- Majlis Perkahwinan Iena!!! tak smepat nak tgk pengantin berarak... anak anak aku dah meragam dah... so kena cabut awal...

to iena yongpeng geng silverian.org sorry tak leh nak tgu kamu berarak... kena chioww awal lah... tapi kami sempat jumpa man perodua dengan seorang lelaki yang sharp_shooter/sharp_sony (aku sendiri lupa nick kat forum!!! banyak sgt forum yang terlibat) tak tau namanya tapi sherina kami kenal!!!

ni dua gambar bukti kami ke rumah kamu tau!!!

dari hulu langat kami bergegas menjemput angah (adik aku) kat LRT pandan indah... then ke rumah dia kat pandan indah...lepak jap sementara tgu dia amik anak dia di rumah pengasuh... then hantar adik aku balik umah mak aku kat jalan kelang lama!!! aku pulak terpaksa naik umah sebab nak amik novel belahan jiwa nak mintak kak zara aluwi tandatangan!!! hik hik...then terus shoot ke PWTC!!!

car park kat PWTC full.. so kami park MBA kat hentian putra!!!

welcome!!!

sign autograph

aku n family bersama kak zara aluwi
kak zara ni peramah orangnya... mudah mesra... tak rasa janggal bila berborak...

kak zara aluwi hadiah kan aku novel ini...terima kasih kak zara!!! baru baca prolog... macam best!!! tak sabar nak baca... tapi blog dulu eh!!! sigaraning tu ialah... kak zara... nape ada tempias tajuk ngan kak zara punya je?... ni mesti ada apa apa!!!

actually buku ini kak zara beli utk diri dia sendiri... tapi akhirnya kak zara hadiah kan kat aku...

siapa kata blog itu membazir masa?... no no no!!! i meet new people!!! of course kak zara!!! and i saw a man in her booth... kenal lelaki itu...a husband to norhayati berahim!!! lelaki yang pernah naik sekereta dengan aku... wakakakaka... usah di kenang... tapi bukan kereta aku lah.. kereta pak we shidah si nan.. hantar kan lelaki itu ke stesean LRT wangsa maju...

sedang aku merayau... aku terlihat seseorang yang sedang memakai baju MNG barcelona...di hati aku berkata.... "betina mana pulak ni pakai baju MNG barcelona siap bagai!!!" meluat aku... hak sekali aku tengok muka dia... aku kenal!!! musuh ketat ni (kawan baik ah).... norhayati fauzi!!! isteri kepada ahadiat akasyah.... ah sekali dia kutuk aku tepek habis "oi!! tak vouge ah pakai baju kurung!!!" hampeh lu!!! lu kutuk gua... tepek habis eh!!! wah menten ko!! anak tiga!!! body macam masa form 2 dulu!!! deh!! jeles nye aku tie!!!! geng fotogedik.. dia gedik aku ayu!!! kalau tak caya... ada simpan lagi gambar kami posing maut dalam bilik hotel... wek!!!
bahasa tak hengat... lu gua bagai... tak sedar anak dikendong... adoi makcik!!! setelah perasan umo dah nak masuk 30... sebelum ni perasan umo 15 tahun tuh!!! baru ubah... eh kau... eh aku... manis sikit... malu lah orang lalu lalang tengok... dah lah pakai baju kurung!!!

ty pasal naim dan fifi (firdaus)... adik-adik kembar dia... lor si naim tak jadi nagn ju... si ju dah kawen nagn anak dato' lah pulak... hurm...

aku ty jugak... mana booth laki dia... oooo setelah panjang lebar bercerita (pendek je sebenarnya) diat tumpang novel creative enterprise!!! mahal ooo sewa!!!!

ty jugak pasal mak cik dan pakcik... dah pindah ke padang rengas kuala kangsar rupa nya.... patut lah rasa syahdu je bila lalu area bandar kinrara...

dah sembang sampai block lalu lalang... kami berganjak... sembang lagik... aku dah cramp kaki dah ni... mintak beransur!!! si hakmal pulak ntah mana hilang dia... huh sungguh memenatkan menunggu dear pulak!!! sempat pulak si suami aku tuh berkenalan ngan publisher mana ntah...

dah balik.. aku tak larat... on the way balik.. kami jenjalan kat kawasan rumah pegawai kerajaan ke haper ntah... yang pasti ada sri perdana (dah jadi galeri dah)...



rupenya suami aku tuh nak jengah bekas kediaman arwah pak ngah dia.... oh ya lupa pulak.. ada memori katanya... ada port baik.... katanya.... biarkan kisah itu dia yang bercerita...


esoknya ahad 19 march 2009

makan makan sempena sambut birthday ayah haq (kali ke 3 sambut utk umur 30 tahun dah nih...1st dengan kami anak beranak, 2nd umah kamal kat bangi mak mentua n pakcik ada sama, 3rd umah mak aku)... aku malas nak upload segala menu... ada buah tembikiai, oren, mangga india, air jus laici, kek spesel dari mak mentua (kek Chiffon aje ye), segala kueh mueh dan pastry... termasuk chicken pie... pizza mini.... dough nut, karipap... apa lagi ek.. oh ya nasi ayam sepesel dari mak tam jamilah!!!

nasi ayam

the soup

the chicken (fried)

the chicken (roasted)

lepas makan makan kami ke hospital serdang lawat makcik aku yang baru lepas menjalani pembedahan jantung (jantung berlubang).... moga sihat... amin... makcik ina sihat je aku nampak..moga lawan sakit itu!!!

best ah hospital serdang nih... kalau aku sakit aku nak duk lama lama kat sini... nak nak lagi kalau ada doktor hensem kan... wah, best nye!!! serious best ah environment kat sini!!! facilities dia pun canggih oooo!!! kalah PPUM!!!

pergi naik merc... hilang taring ah naik wira... sombong tak hengat aku!!! haziq amirul haq n nenek n mak ngah n pak ngah n baby nur adriana batrisyah je naik merc... ibu naik Kereta Married But Available je... apa barang naik merce






Friday, 17 April 2009

contoh soalan ujian MedSi


salam kawan kawan yang sedang mencari contoh soalan untuk ujian Medsi esok... untuk makluman, saya belum pernah menduduki ujian ini. tapi untuk ujian KPLI ye saya pernah melaluinya.

mengikut pemerhatian dan bacaan saya juga bertanya kepada rakan rakan yang pernah menduduki ujian Medsi, soalan tidak lah susah.

ujian-medsi-dpli-part-2
ujian-medsi-dpli
DPLI
contoh soalan KPLI-mtest

satu lagi maklumat: boleh lah gi kat blog ni:myadha

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

contoh soalan lebih kurang begini:

adab makan ada lebih baik di gerai daripada di rumah

ya atau tidak

jika keadaan membolehkan anda mengambil barang di supermarket adakah anada akan mengambilnya?

a. ya b. tidak

ok good luck esok...

saya akan menduduki ujian medsi di sek men keb taman medan jalan kelang lama!!!


Advice Slip

Di satu pagi di musim yang lalu... ku membebel dan terus membebel... cakap lembut... berkata manis tiada lah mahu memahami... masakan ku jadi isu hangat di teratak indah... telah ku cuba namun gagal... kerana nafsu serakah dia meluap luap...

tak pe sekarang aku tak bebel... aku tulis... pasti dia membaca... sbb dia ada balas kat entry bertajuk dear...

oh ya... puas aku mengajak..."jom gi pasar malam" "jom gi pasar besar" "jom gi pasar borong" pelawaan berunsur kesihatan di balas "awak drive sendiri kan senang..." oh tak pe...

kali ini tiada tak pe... aku nak sesah satu satu... (adatlah kan...)

aku ajak gi pasar bukan suka suka nak habiskan duit dia...

aku ajak gi pasar sebab nak cari ulam kampung, kat pasar murah dan kadang tu ada makcik tu kasi free seikat

nak cari ulam kampung kat tesco mana ada... mydin pun tak de... carrefour lagi lah tak de... giant not in mylist to shop... kalau ada pun kat tesco, mydin or carrefour aku rasa tak sesegar di pasar basah harian....

aku nak gi pasar sebab nak cari ulam tenggek burung, nak cari ulam daun selom, nak cari ulam daun pegaga, nak cari ulam raja, ulam kaduk ataupun ulam betik.. ualm pucuk ubi ataupun apa apa ulam yang sihat untuk di makan... tapi semua makanan adalah TOKSIK kalau berlebihan dari yang diperlukan... itu perlu diingat!!!

hurm... satu lagi kalau gi pasar ni nak pilih ikan banyak pilihan... kadang boleh tawar menawar...



ini ulam tenggek burung tapi ada tempat panggil daun cabang tiga, ada juga yang panggil pucuk putat... aku suka ulam ni sebab... kalau nak check Blood Pressure aku makan ulam ni bacaan blood pressure n kencing manis... cantik!!! satu lagi info kalau makan ulam ni susu ibu banyak terhasil and baby akan puas menyusu.

---------------------------------------------------------



habis kisah pasal nak gi pasar... kisah nak makan pulak.. bukan tak nak masak yang healthy... menu sihat ada... banyak... tapi kan.. yang pelik.. tak menepati selera dia...

contoh ikan kembung masak pindang... sup sayur soo hoon, masak ikan bakar... masak ayam cicah style chinese cuisine... eh banyak lah... kalau masak menu sebegini... tup tup dia akan bersms dengan kawan dia... contoh... "jom ngeteh!!!"

kalau kaya beli ikan memahal tiap hari pun best jugak ni... boleh buat masak steam... buat masak szechuen ke... sesiapa yang ada idea boleh lah ye... kongsi kat sini.... cadangkan menu sihat untuk keluarga seperti aku yang berpendapatan dibawah RM1500 bulanan...

hurm... satu lagi kalau nak masak ikan bakar kat rumah ni memang boleh... tapi leceh sikit.. yang makan dua orang je... tak seronok... dia ni pulak suka beli ikan jelawat lah, ikan senangin lah, ikan terubuk lah, ikan talapia lah, ikan keli/semilang lah.... ikan darat dia memang boleh makan...

pening kepala bila selera dia je kita nak hidangkan...

satu lagi... kalau kita masak ala ala menu sihat nih kan... perut mana nak kenyang sangat... pap... tekan lah... 1300 13 1300... tak pun... shakey's , tak pun nandos delivery service....

pastu hilanglah mood seorang tukang masak nak masak menu sihat... maka masaklah menu yang berasas gorengan... sbb ada ala ala crunchy n krup krup bunyi nye sperti... ayam goreng berempah, ikan goreng masak kicap... dan segala yang berminyak... dan segala yang bersantan... kerana itulah tekak dan nafsu dia.. kalau masak kari daging lagi lah dia meratah... kurma ayam lagi lah meleleh menyentap tekak...

cuba bayangkan... kami berdua seekor ayam sekali masak.... dia nih tak suka makan nasi... kalau makan nasi, nasi nye semangkuk je dia makan... lauk yang di masak di ratah... hurm... begitulah dia.. ditegur... tak suka... ye lah kan.. dia yang bekerja... balik kerja mesti nak makan sesedap tekak!

and sebagai isteri sungguh seronok dan terharu apabila hidangan yang di masak menambat tekak suami utk menghabis kan hidangan....

so cemana nak masak menu sihat sekiranya di akhir hari (malam or tengah malam) dia keluar cari port makan nasi goreng ayam tak pun kue teow goreng ladna, tak pun nasi telur bungkus, tak pun nasi lauk telur bistik!!! di luar yang ala ala oily jugak ajdik pilihan... jadi lebih baik saya masak ala serupa kan...

kak zara and kak anie... nanti komen ye!!!

Thursday, 16 April 2009

dear...

semalam tiba dari bangi jam 6.45 petang...lebih kurang...

rewang rewang kat jalan tunku abd rahman bersama juejune...

lama tak jalan sana...

ntah kenapa aku tak terfikir nak bawak stroller...

sampai rumah dear terus tidur...

dear mengadu... kepala berdenyut... sakit sangat katanya...

"awak ni alah hujan agaknya... pagi tadi berhujan kan?..."

dear tak nak kalah dengan hujan... dear beritahu dah lama dah rasa.... cuma hari semalam terasa denyutan melampau...

aku dan anak anak lepak tengok TV dan sambil kemas rumah...

pukul 11 malam bawak anak anak tidur... kemudian aku jengah dear... aku letakkan telapak tangan ku di kepala dear... "panas nya" ... dear demam... patutlah berselubung... aku tarik selimut yang telah seusia dengan perkahwinan kami...

kalau demam jangan berselubung... aku mengomel... biar haba keluar... kalau diperap macam mana nak kebah....

aku kejutkan dear... suruh mandi... mandi air panas... nasib aku ada jerang air tadi... boleh buat air mandian...

manja pulak bila demam... air milo panas tengah malam disediakan....

hari ni dear nak ke hospital... aku cakap... tak payahlah sampai nak ke hospital... klinik pun ok... anyhow doctor akan tgk dan periksa stage by stage... kalau pergi hospital sekali pun sama je pemeriksaan tu... paling teruk pun every certain day u kena jumpa balik untuk rujukan dan pemeriksaan...

kalau doktor sahkan tak de apa apa... so pandai pandai lah u berfikir... dengki khianat merata rata ( there is a reason why i say this... pengalaman) ... he always positive about others... ye aku tau buruk sangka pun tak baik... dear selalu marah aku bila aku buruk sangka dengan orang

so bila balik dari klinik pegawai perubatan beritahu dear punya blood pressure bukan paras normal... bila aku ty.. dear tak ingat... aparaaaaaaaaaa....

so mari kita belajar masak masak untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi....

terlintas di fikiran... steam... kalau tau tadi aku buat masak steam je ikan bawal tuh... huh

Tuesday, 14 April 2009

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

dalam meniti kehidupan yang penuh onak dan duri, suka duka yang silih berganti... aku ingin menjadi tenang... biar ada yang mencerca, biar ada yang menghina, biar ada yang memuji, biar ada yang menyanjung... aku tidak mahu rebah menunduk ke bumi lalu mebiarkan airmata berjuraian, membiarkan diri berkata kata menyesali diri... mahupun mendongak mendabik dada ke langit tinggi, lancang mulut berkata, lagak seperti wanita agung yang hebat... aku tidak mahu sebegitu rendah, jua tidak mahu sebegitu sombong

alhamdulillah, aku memiliki seorang suami yang melengkapi aku sebagai isterinya...kalau boleh aku ingin setenang gambaran kak anie...

tenang dari kak anie:

'Hmmmm....takde apa2 amalan pun...cuma...saya ni jenis mudah...tak suka menyimpan dendam. Bagi saya...masalah yang kecil jgn difikirkan terlalu sgt...dan kalau adalah orang bercakap sesuatu yang saya tak suka...saya masuk telinga kiri...keluar telinga kanan...dan yang penting apa pun kita lakukan kene ikhlas...'

Aku tak tau lah camaner dia boleh tau...tapi rasanya apa yang dikatakan itu betul kerana walau macamaner rapat pun seseorang dengan aku mereka takkan tau seandainya aku sedang menghadapi masalah hanya dengan melihat wajahku kecuali aku sendiri yang bercerita...atau kesedihan itu tak dapat ku bendung lagi.

Jangan ditanya aku macam mana aku boleh buat begitu...kerana aku takde apa apa petua...seperti yang aku katakan tadi...itu saja yang aku amalkan.

Yang penting...hidup jangan berdendam...dan harus selalu memaafkan... agar jiwa menjadi tenang... keikhlasan dan kebersihan hati juga jangan diabaikan.

Dan seperti aku selalu kata...arwah mak selalu berpesan...

'Biarlah orang nak buat kita...kita jangan buat orang kerana ALLAH tu ada...' inilah kata-kata arwah mak yang tak pernah aku lupakan....

-----------------------------------------------------

Kata pepatah Melayu, ´kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana (binasa)´. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi ia sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat menjatuhkan maruah orang lain.


Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10


DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
www.raudhah.com








Ujian MEDSI-DPLI part 2

Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

  1. Personaliti
  2. Minat Kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi
contoh may be leh rujuk sini:

yang verbal analitikal tuh tak yah lah tgk.. tgk yang bahagian insak... kawan kawan tak yah pening kepala... ujian medsi mmg tak sama dengan KPLI... medsi cuma ty minat n tak minat... jujur tak jujur... gitu gitu je... no math!!! no english!!! no grammar!!! no comprehension!!!

n kalau jawab tuh... ini kawan saya pesan.. menurut kata pengarah/pengetua maktab dia belajar dulu masa KPLI... pengarah/pengetua dia pesan... jawab jangan lah semua yang baik.. mana ada manusia perfect.. so pandai pandai lah ye... ini kawan saya sampaikan... wallahualam!!!

good lcuk every candidates ya!!!