tak pe sekarang aku tak bebel... aku tulis... pasti dia membaca... sbb dia ada balas kat entry bertajuk dear...
oh ya... puas aku mengajak..."jom gi pasar malam" "jom gi pasar besar" "jom gi pasar borong" pelawaan berunsur kesihatan di balas "awak drive sendiri kan senang..." oh tak pe...
kali ini tiada tak pe... aku nak sesah satu satu... (adatlah kan...)
aku ajak gi pasar bukan suka suka nak habiskan duit dia...
aku ajak gi pasar sebab nak cari ulam kampung, kat pasar murah dan kadang tu ada makcik tu kasi free seikat
nak cari ulam kampung kat tesco mana ada... mydin pun tak de... carrefour lagi lah tak de... giant not in mylist to shop... kalau ada pun kat tesco, mydin or carrefour aku rasa tak sesegar di pasar basah harian....
aku nak gi pasar sebab nak cari ulam tenggek burung, nak cari ulam daun selom, nak cari ulam daun pegaga, nak cari ulam raja, ulam kaduk ataupun ulam betik.. ualm pucuk ubi ataupun apa apa ulam yang sihat untuk di makan... tapi semua makanan adalah TOKSIK kalau berlebihan dari yang diperlukan... itu perlu diingat!!!
hurm... satu lagi kalau gi pasar ni nak pilih ikan banyak pilihan... kadang boleh tawar menawar...
ini ulam tenggek burung tapi ada tempat panggil daun cabang tiga, ada juga yang panggil pucuk putat... aku suka ulam ni sebab... kalau nak check Blood Pressure aku makan ulam ni bacaan blood pressure n kencing manis... cantik!!! satu lagi info kalau makan ulam ni susu ibu banyak terhasil and baby akan puas menyusu.
---------------------------------------------------------
habis kisah pasal nak gi pasar... kisah nak makan pulak.. bukan tak nak masak yang healthy... menu sihat ada... banyak... tapi kan.. yang pelik.. tak menepati selera dia...
contoh ikan kembung masak pindang... sup sayur soo hoon, masak ikan bakar... masak ayam cicah style chinese cuisine... eh banyak lah... kalau masak menu sebegini... tup tup dia akan bersms dengan kawan dia... contoh... "jom ngeteh!!!"
kalau kaya beli ikan memahal tiap hari pun best jugak ni... boleh buat masak steam... buat masak szechuen ke... sesiapa yang ada idea boleh lah ye... kongsi kat sini.... cadangkan menu sihat untuk keluarga seperti aku yang berpendapatan dibawah RM1500 bulanan...
hurm... satu lagi kalau nak masak ikan bakar kat rumah ni memang boleh... tapi leceh sikit.. yang makan dua orang je... tak seronok... dia ni pulak suka beli ikan jelawat lah, ikan senangin lah, ikan terubuk lah, ikan talapia lah, ikan keli/semilang lah.... ikan darat dia memang boleh makan...
pening kepala bila selera dia je kita nak hidangkan...
satu lagi... kalau kita masak ala ala menu sihat nih kan... perut mana nak kenyang sangat... pap... tekan lah... 1300 13 1300... tak pun... shakey's , tak pun nandos delivery service....
pastu hilanglah mood seorang tukang masak nak masak menu sihat... maka masaklah menu yang berasas gorengan... sbb ada ala ala crunchy n krup krup bunyi nye sperti... ayam goreng berempah, ikan goreng masak kicap... dan segala yang berminyak... dan segala yang bersantan... kerana itulah tekak dan nafsu dia.. kalau masak kari daging lagi lah dia meratah... kurma ayam lagi lah meleleh menyentap tekak...
cuba bayangkan... kami berdua seekor ayam sekali masak.... dia nih tak suka makan nasi... kalau makan nasi, nasi nye semangkuk je dia makan... lauk yang di masak di ratah... hurm... begitulah dia.. ditegur... tak suka... ye lah kan.. dia yang bekerja... balik kerja mesti nak makan sesedap tekak!
and sebagai isteri sungguh seronok dan terharu apabila hidangan yang di masak menambat tekak suami utk menghabis kan hidangan....
so cemana nak masak menu sihat sekiranya di akhir hari (malam or tengah malam) dia keluar cari port makan nasi goreng ayam tak pun kue teow goreng ladna, tak pun nasi telur bungkus, tak pun nasi lauk telur bistik!!! di luar yang ala ala oily jugak ajdik pilihan... jadi lebih baik saya masak ala serupa kan...
kak zara and kak anie... nanti komen ye!!!
huhu akak. bila bab memasak ni kan. tun lain lak kak. sbb husband tun kurus. tun yg makin gemok. hari2 tun akan cari menu untuk menggemok kan beliau. tun akan paksa dia abis kan lauk.
ReplyDeletetapi kan kak.. ada kawan tun nih. mak dia memang jaga makan. dia cakp.. ari ari mak dia masak sup. dia ckp sihat. tryla masak sup kak
ok pn tun!!!
ReplyDeletetp kan kopmpem si dia tu...muak nagn sup hair hari
adeh, kes berat nie... ;)
ReplyDeletekna ade persefahaman la bab makan dan masakan nie... bru seronok ckit idup...
Di bawah ini ada petua yang pernah akak ikuti dan berkesan. Tapi akak tidak mempunyai kekuatan minda untuk memperkukuhkannya.
ReplyDeleteSelamat mencuba.
Pertama sekali dalam hal penjagaan badan adalah mental kita. Badan mempunyai hubungan yang sangat sebati dengan mental atau fikiran kita. Ini di panggil LAW OF ATTRACTION. ertinya kita akan menarik apa yang kita fikirkan. badan akan menjadi apa yang kita fikirkan. kalau kita fikir kita gemuk, kita gemuklah. kalau kita fikir perut kita bunchit maka bunchitlah ia. kalau kita kurus tapi kita takut gemuk dan selalu memikirkan tentang gemuk, maka kita akan menjadi gemuk satu hari nanti. betul. sebenarnya ia tidak berkaitan dengan genetik dan sebagainya. ada orang yang mak bapa gemuk tapi dia tidak. ada orang mak bapa kurus, tapi dia gemuk.
semakin kerap kita memikirkan badan kita gemuk maka badan akan menahan diri dari menjadi kurus. sekarang kita tukar paradigma kita. seringlah memikirkan yang badan kita ini kurus. bayangkan setiap hari sebelum tidur , sewaktu bangun tidur, waktu kita buat apapun, fikirlah kita ini kurus,kurus,kurus,kurus atau apa bentuk badan yang kita hendak, insyaallah kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. ambillah gambar kita waktu kita kurus, tampal, atau letak dimana kita boleh melihatnya selalu, lihatlah selalu. atau tampal gambar celebrity yang kita suka bentuk badannnya dan tampal dan lihatnya setiap hari, bayangkan kitalah yang mempunyai badan seperti itu. ingat, badan akan menjadi apa yang kita fikirkan. terlalu banyak mitos yang menyatakan lepas kawin bandan akan gemuk. lepas bersalin badan akan gemuk, lepas pembedahan badan akan gemuk dan sebagainya. sebahagian sahaja yang betul. dan ianya akan cepat terjadi sekiranya fikiran kita telah mempercayaainya. ramai juga orang lain yang bersalin, mengandung, kawin, menjalani pembedahan dan sebagainya tetapi tidak gemuk selepas itu. mengapa? faktanya 15% hingga 18% sahaja dari seluruh penduduk gemuk iaitu minoriti berbanding dengan yang lain. mengapa mereka tidak gemuk walaupun menjalani pengalaman yang sama? olehitu, adalah satu pembaziran sekiranya kita berpuasa, mengikuti program, membeli produk, dan sebagainya selagi kita tidak membetulkan minda dan fikiran kita. sayangilah badan kita, kasihilah dia, dia adalah sebaik-baik anugerah allah kepada kita, tetapi dia akan mengikut apa yang kita fikirkan. kalau kita fikir di buruk,maka buruklah dia sedangkan kita adalah sebaik-baik ciptaan yang tiada gantinya. untuk membantu kita melatih minda mendapat badan yang kita mahu, ambillah buku tulisan dan buatlah affirmation, iaitu tulis secara berulang-ulang setiap hari tetapi mesti spesifik, dan realistik contohnya ' berat badan saya 55kg pada 31 ogos 2007, pinggang saya 28inchi,saya boleh makan sebanyak mana dan berat saya akan kekal dan sebagainya. jangan panjang sangat,nanti susah untuk diingati dan di hayati. bila duduk tiada kerja atau waktu rehat,ulangkan dalam hati. insyaallah badan akan mudah mengikuti usaha kita untuk menguruskan nya. selepas melatih minda kearah yang betul. barulah kita berusaha. saya akan memberikan sedikit panduan bagaimana mengubah gaya hidup kepada permakanan yang sihat, bagaimana memecah lemak dengan efektif tanpa berlapar, tanpa senaman yang memenatkan, tanpa ubatan. cara ini dapat memecah lemak dengan sangat cepat ia itu 5kg ke 10kg dalam masa 6 minggu, menurunkan kolesterol, mengurangkan kesan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sendi dan sebagainya, hanya dengan memakan makanan yang sihat.
to i.d: mana pulak kes berat.. kes ringan aje nih
ReplyDeleteto kak zara: dari zman sekolah lagi saya cakap kat diri saya dan kawan kawan saya slim!!!
ingat lagi cikgu gunasegaran bantai gelakkan saya masa kelas KH masa form 3 dulu!!!