Thursday, 30 April 2009

mix emotion!!!

hah!!!

ketika ini... perasaaan ku bercampur baur...
bercampur baur..
menantikan keputusan Mtest untuk kursus perguruan lepasan ijazah...

mengikut jadual yang pihak KPM sendiri war-warkan semasa permohonan di buat...
untuk menyemak samada LULUS atau TIDAK MTEST, akan diumumkan pada 22 APRIL 2009, tetapi ditunda ke satu tarikh yang baru iaitu 29 APRIL 2009...

dan sekali lagi ianya tertunda kepada satu tarikh yang terbaru iaitu 30 APRIL 2009 JAM 12 TENGAH HARI


aku tertanya tanya... karenah apakah yang telah melanda KPM?

hurm... Borang OMR tak semak lagi ke?... Data hilang ke? sistem komputer kat KPM hang ke?...
HEH?... tukang upload... ciritbirit ke?... programmer hilang ke?

bukan apa?... dengan membayar sejumlah wang RM6 untuk permohonan dan mendapatkan PIN... kalau boleh biarlah segala nya berjalan lancar... even bayar RM1 pun biarlah berkesan...

aku bukan apa... kesian kat mereka yang tak da kemudahan internet... contoh yang tak bekerja... then kat rumah tak de internet... bila pergi cc (cyber cafe)... keputusan tertangguh... then pergi cc lagi... tertangguh lagi...

takkan nak suruh kawan semakkan kan?... tak seronoklah...

tapi aku nak tepek satu ayat dari buku SIgaraning tulisan imaen...

muka surat 29 baris 2-3:

"jangan tunjuk belas kasihan pada mereka. Kata Hitler, rasa kemanusiaan ialah ekspresi kepada kebodohan dan pengecut"

boleh pakai ke kata hitler nih...

so jangan kesian kat orang... warghhh tak de hati perut langsung... tapi aku rasa untuk ayat tersebut ia tidak sesuai diguna pakai untuk situasi menunggu keputusan MTEST dikeluarkan...

4 comments:

  1. tu ar pasal..pasneh kalau tangguh lagi, tak tau laa..nak bakar aje website KPM tu..ekekekekek!

    ReplyDelete
  2. sabarla wahai bakal2 cikgu sekalian..

    ReplyDelete
  3. bawak bersabar banyak2...
    dugaan yang datang pasti ada hikmah kejayaan di sebaliknya... ;)

    ReplyDelete
  4. xillix...banyak2kan bersabar...heheheh...sabar tu separuh dari imann....

    ReplyDelete