Sunday 30 May 2010

nanti vs tunggu


dalam sunyi sepi, ada bunyi berdetik
berdetik dalam hati, ada ragu berbisik
jari memetik, cuba alunan
tiada yang indah, lantas gitar itu kusandarkan sahaja

ooooooooooh!
hari hari berlalu dengan begitu pantas
ahad kembali menjadi tamu
dalam putaran waktu

berbaki 3 jam 30 minit utk memulakan tugas
mata masih segar
seakan tidak mahu katup

ditemani lagu ketika cinta bertasbih
aku menjadi sayu!
apakah makna getar di jiwa ini?

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit!

kalau pun aku memaksa, apakah kesudahannya...
aku tetap begini
melalui hari hari yang hanya menampakkan ceria
kalut dan resah dalam hati
kusut dan gelisah dalam jiwa
tiada yang peduli...

jangan di ikutkan jiwa
bicara lah hati bicara padaNya
itu lebih afdal

dalam teleku masih ada tangis
utk hari ini
ku gagah jadi tabah

---------------------------elle de isabelle!









Wednesday 26 May 2010

hati yang gemersik

jam di dinding telah menunjukkan angka 3! sudah 3 pagi rupanya. hari ini aku akan memulakan tugas aku jam 7 pagi...

akan melangkah sesudah solat subuh... moga bas tiba selepas aku tiba di hentian!

kini tinggal dua jam untuk aku melenakan mata... hati kucar kacir, fikiran tidak menentu, jiwa berbelah bahagi! aduh susah utk ku putuskan kata.

ada panggilan dari agensi tadi... katanya ada pilihan dan sesuai dengan kehendak aku tika ini, tapi apabila aku fikirkan dari sudut yang lain, masih pilihan yang bakal tidak dipilih jauh tercicir.

Ya Allah... aku berserah sepenuhnya...

hati
kala merintih
kala disisih
mudah bungkam

jiwa
jangan lah lemah
Allah sentiasa ada

Sunday 9 May 2010

hari ibu...

hilang kata utk ku bicara tentang hari ibu...

selamat hari ibu buat diri ku sendiri...

buat kaum ibu... dan bapa yang juga menjadi ibu buat anak anak selamat hari ibu juga!

Sunday 2 May 2010

mereka....

hari khamis... mak mertua kol... tak dapat nak jawab... sbb keje...#

on the way balik jalan kaki dr stesen petaling, aku kol balik mak mertua aku...

nyot nyet nyot nyet...

"mak nak bawak haziq balik kuale (kuala kangsar) boleh?..."

terus aku jawab tak boleh...

mmg aku macam ni.... sungguh jahat...

tetiba aku terpikir... tak pe lah, kalau mak mertua nak bawak janji bawak emir sekali...

aku pun ty ehem ehem... ok aje...

aku pun kol mak mertua aku balik...

boleh tapi bawak emir sekali...

mak mertua aku kata ok...

skang merasa lah perit anak tiada di depan mata!