Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Saya, Dia dan Mereka... Sentiasa Berhubung... Dulu Kini Selamanya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan bloger sekalian alam...
Sempena Minggu Media Sosial 2012, saya teruja untuk mengemaskini blog saya!!!


Hari ini ada ruang sedikit untuk mengemaskini blog... tetiba pulak kan teruja dengan Malaysia Social Media Week 2012.... tangan ni dah gatal-gatal nak ngomel-ngomel kat blog... itu pun setelah bertungkus-lumus menumbuk cili padi bersama bawang putih lewat tengah malam, kini dok mengadap komputer barang sebentar sambil layan lagu....


oh yea... walaupun sibuk dengan tugasan harian... masa untuk sekodeng (mengintai le tu....) tetap digigihkan... G.I.G.I.H... walaupun tengah memasak sambil sambil jengah blog sana... sambil sambil jengah blog sini... multitasking lah konon kan.... keh keh keh.... eh... dalam nak masak tu kadang kadang saya ni lupa resepi, mencari si encek google lah pulak kan... bukan blog sahaja... Facebook, Friendster, MySpace... ops.. MySpace dah lama saya tinggalkan...

apa ada hal dengan khidmat streamyx yang tiada had quota untuk dilayari bila-bila masa sahaja, saya bebas ke sana dan ke mari tanpa ketakutan dengan aliran data yang makin bertambah setiap hari... berbeza dengan menggunakan khidmat Maxis Wireless Broadband ... ini je pun yang saya pakai buat back up plan... kan encek suami buat business sendiri... kena ada business continuity plan... mana tau tiba-tiba Streamyx down... tak haru dibuatnya bila talian internet tiada?... kehidupan akan jadi resah gelisah apabila tiada internet tau... ye lah... dibuatnya ada job sedang menanti di atas talian... dibuatnya ada kecemasan memerlukan transaksi lewat malam... kemudahan internet adalah keperluan... nak cari kerja pun guna internet juga kan?... kalau tidak mana datangnya... spa.gov.my, jobstreet, jobsdb...etc...

tapi menggunakan khidmat
Maxis Wireless Broadband, tidak sehebat
Streamyx... sebab?
baru 2-3 hari guna
khidmat
Maxis Wireless Broadband... mylauchpad dah bebel cadangkan tambah quota... ;p

apapun saya ambil keputusan untuk tetap melanggan Streamyx... 1Mbps sahaja sudah memadai... sebelum ni pun langgan juga streamyx tapi pada kelajuan 512kbps je... kali ini up sikit dan langgan baru setelah akaun lama di atas nama suami ditamatkan sebab nak tukar kepada nama saya la.... ngeh ngeh ngeh...

apasal la pulak cerita pasal streamyx ni...

ni yang buat teringat terimbas pada zaman kanak-kanak... ye lah kan sebelum wujudnya fenomena internet masa tu telefon adalah perantara yang sangat hebat... posto posto daripada khidmat Pos Malaysia pun hebat jugak.... dapat surat daripada kawan-kawan atau kenalan daripada kampung mahupun ruangan kenalan di Majalah Kuntum, atau slot midnite madness bersama Richie Rachman & Daphne Nasir...eeeiiii senyum-senyum, sengih sengih bila baca surat... tapi mana nak sama dengan panggilan dan berbual bicara melalui telefon kan? kan? kan?

jakun tak jakun saya zaman kanak-kanak dulu... hebat tak hebat talian telefon dulu dulu...

dulu.... adalah dalam umur 7-9 tahun, arwah ayah selalu bawa saya dan adik saya ke tempat kerja... kami selalu lepak belakang pejabat, kat belakang pejabat tu ada stor... banyak bilik stor... saya suka masuk stor simpanan yang ada banyak telefon... masa tu mana lah saya tau kan pasal sambungan wayar telefon... saya pun ambil lah salah satu telefon macam kat gambar bawah ni....

saya dail nombor umah nenek saya... tak de bunyi langsung... saya dail lagi... tak de bunyi jugak...
lama lama apabila dah menganjak dewasa... tetiba ada... oh!!! entah entah telefon tu rosak kan... wayar pun tak cucuk kat port belakang nuuuuuuuuu... mana nak ada sambungannye... kelakar betul!

tapi tu ler... walaupun keluarga saya tak langgan talian telefon, tapi rumah nenek saya ada... asyik lah gayut cakap dengan kawan-kawan .. cerita itu ini begitu begini, pernah jugak call secret admire (bluweeekk... bluweeek lagi), berlagak macam salah dail... main acah acah lagi... hahaha... senyum simpul bila terkenang...

itu kalau kita call guna talian tetap di rumah... belum lagi guna telefon awam.... pondok telefon...bagaimana nak tunjuk ye... tak de gambar....susah lah nak cari gambar pondok telefon telekom yang lama.. jenuh google... tak pe lah.. kita cerita je... kalau nak call kena masukkan duit syiling... 10 sen pun jadi laaaa masa tu.. dapat borak 4 minit tak silap... kiraan dia setiap 3 sen ke berapa entah...saya waktu tu suka dengan Cikgu Rosminah Ali, perwatakan yang garang tetapi baik... call tu bukan apa saja tanya khabar...

kalau kat rumah pulak... mak memang tak nak pasang telefon kat rumah... anak-anak dara nak membesar... paham paham aje sudah... tapi time tu, kalau nak guna telefon pun, telefon kawan sekolah... tanya pasal homework... tak lebih dari itu... public phone telekom lah jadi saksi...



dulu dulu public phone telekom warna kuning... sekarang biru.. bersesuaian dengan warna korporat mereka... biru jingga....ini baru cerita pasal telefon... segala cabang cabang kenalan agak berjela lah jugak kalau nak dicerita... bila dikenang... oh manisnya tika itu... lalalalala...

daripada zaman dial up... nak berhubung melalui antara jaringan (internet)...

seingat saya dulu saya hanya tahu guna altavista, yahoo, hotmail,
asal dapat berinternet mesti guna khidmat hantar card - wish itu wish ini... sangat lah teruja kot masa tuh...
kalau mIRC pulak.. channel mamak... kampung... disini lah suami saya terserempak di laman chatting dengan kawan saya... kami bertiga memang berkawan... belajar sama sama di akademi infotech MARA untuk kursus jangka pendek lepasan SPM... bertemu balik lah kiranya... si ehem-ehem di cybercafe Kuala Kangsar, saya dan kawan pula di cybercafe OUG bertemu pula di laman sembang Kampung... alahai dunia.... kecil rupanya....

1997-1998!!! matriks KYPM... zaman itu... sibuk dengan isu Y2K... assignment pun berkisarkan issue Y2K, masuk lab aje lah sentiasa cari maklumat... search sana.. search sini...

kemudian hadir pulak istilah broadband pada kamus perkhidmatan Telekom Malaysia.... masa ni siapa langgan Streamyx... memang hebat laaaa... maklumat di hujung jari... cari apa sahaja... nak download lagu ke... nak download movie ke... yang terlintas di fikiran KAZAA je lah yang famous pada saya... (memang tak ambil port pun...)

pling!!! percintaan jarak jauh... UPM Serdang - UTM Johor, "antara jaringan" lah yang menemukan semula... yang merapatkan perkenalan.. ouch!!! pagi email.. habis kuliah book awal awal lab komputer... hantar email lagi... zaman bercinta... tiada istilah jemu.... kalau nak berchatting.. siap timing... habis kuliah pukul berapa... set masa... (tapi surat tetap dilayangkan 3/2 hari satu pucuk surat itu wajib.. :p)

kalau aktiviti bersama kawan-kawan pula.. lebih kepada ilmiah... zaman kehadiran broadband tak silap sekitar 2001... sibuk dengan projek akhir tahun... memang sentiasa dok booking lab komputer kat fakulti sains makanan & bioteknologi... kadang-kadang pergi lab kat library... ada masa jugak terpaksa ke cybercafe... Lecturer Food Chemistry sibuk dengan pengalaman order buku secara online... hebat kan time tu... mana ada terpikir nak order buku atas talian.... hahaha... yang musykil.. cemana nak buat bayaran... money order ke?

zaman belajar ni jugak lah... ring ring card sentiasa ada... habis je kredit... beli kad baru... tidak semestinya untuk tujuan yang tersayang untuk berborak tanya khabar melepas rindu (konon kan)... tetapi sangat penting untuk berhubung dengan kawan kawan yang satu kumpulan untuk menyiapkan sebarang projek berkumpulan... saya ni duduk rumah mak ulang alik ke UPM... kawan kawan yang duduk menyewa memang langgan talian telefon di rumah sewa mereka... penting bagi mereka... ye lah mak ayah di kampung... nak jugak bertanya kabar anak anak... zaman ni mobile phone masih belum menular dengan sangat ganas... suam suam kuku je time ni... teringat TMTouch.. lalalalala...

walaupun sekarang TM sibuk dengan promosi UniFi... saya masih dengan Streamyx...

sekarang saya bertenet ni pun guna connection ke modem/router secara wireless... cekodok ialah SSID saya... tak yah nak selirat selirat lan cable sana sini...



kadang kadang saya akan guna kan TM WiFi... kalau bukan saya... si dia aka si ehem ehem akan guna kan TM Wifi bila menunggu client tiba...

anak-anak pula memang suka dengan intenet juga, maklum sahaja... lambakan Kartun buatan Malaysia sangat menarik perhatian mereka... ada ketika perlu juga didedahkan dengan video mari bersolat, mari berwudhu'...


2 anak teruna saya ni, kadang-kadang merengek nak balik ke rumah opah mereka di Kuala Kangsar, Perak... tiba akal mereka ok, cuma sibuk meminta disambungkan talian ke rumah opah... hurm... Opah mereka pun guna streamyx... ada masa terluang jengah cucu-cucu kat FB memasing... hahaha... dunia tanpa sempadan... mendekatkan yang jauh... semakin kecil dunia...



Istimewanya lagi dengan menggunakan Streamyx... suami saya boleh menjalankan urusan dan pemasaran perniagaan sendiri melalui internet dari rumah...
Lirikan Cahaya - Khidmat Fotografi & Video

oh yea!!!! dengan khidmat jalur lebar ini jugalah telah menemukan saya dengan sepupu sepapat, saudara mara saya yang lama tidak ketemu... rakan-rakan sekolah rendah atau sekolah menengah, mahupun kolej & universiti...




Friday, 27 March 2009

Luar Kawasan

hah... esok dan ahad... blog ini akan menyepi... kalau tak 2 hari may be 5 hari... sbb suami aku macam ada Program je ngan NINA... adelline beria ia suh aku ckp kat suami that they need more participants...ok...

Esok utk kali yang ke-8 seat for exam MTeST... ntah apa yang kureng sampai 8 kali ntah.... soalan bukan susah mana pun... salah lorek kot... pernah 1 kali salah lorek ic... nasib baik sedar... 1 kali angka giliran... itu yang sedar... yang tak sedar lak ??? cemana???... ghairah melampau nak jawab kot!!!

all the best JILLzillellaZILA

chow............report dah siap ... leh packing barang dah... best best...

doakan dating esok hari menjadi...

Monday, 9 February 2009

kuang kuang kuang

emynz...
geget geget geget lah!!!!

aku tukar lagi...

cepat sgt berubah kan.. dulu masa nak buat blog lirikan alam pun cenggitu..

berkali kali ku tukar alamatnya...

ha ha ha

taraaaaaaaaaaaaaaaaa
khas utk masak masak dr dapur ku....

http://taste-escapade.blogspot.com/

Sunday, 8 February 2009

tukar tukar lagi

yang ini muktamad!! final... love this url n naming

http://taste-escape.blogspot.com/



entry sebelum ni... tukar lagi...
this one ...comfirmed:

http://xillix-fnb.blogspot.com/

second

http://lll-food-and-beverage-lll.blogspot.com/

first:

http://thexillixcakes.blogspot.com/

blog ini http://xillix-fnb.blogspot.com/ khas untuk ruangan aku mengumpul malumat tentang makanan dan minuman...

apa sahaja cerita mengenai FnB... akan ku isikan di http://xillix-fnb.blogspot.com/

Friday, 6 February 2009

Wednesday, 23 April 2008

Penangan blog


Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my




MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.


Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.