Showing posts with label dpli. Show all posts
Showing posts with label dpli. Show all posts

Monday, 11 May 2009

Semakan Temuduga DPLI ambilan JULAI 2009

updated

Dukacita anda TIDAK TERPILIH untuk menghadiri temu duga bagi Program Pengajian Pendidikan di IPTA.

https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

kalau bukak link di atas dan tak keluar yang sepatutnya.... scroll down n cari yang ada tulis continue ke... add exception... k... klik ler.. n baca dan ikut arahan... baru keluar page sepatutnya

-----------------------------------------------------

thanks to myadha... sbb buat entry terkini pasal DPLI.. i pun dah lupa nak semak... sbb lupa nak catit tarikh keluar semakan...

berdebar!!!

Friday, 17 April 2009

contoh soalan ujian MedSi


salam kawan kawan yang sedang mencari contoh soalan untuk ujian Medsi esok... untuk makluman, saya belum pernah menduduki ujian ini. tapi untuk ujian KPLI ye saya pernah melaluinya.

mengikut pemerhatian dan bacaan saya juga bertanya kepada rakan rakan yang pernah menduduki ujian Medsi, soalan tidak lah susah.

ujian-medsi-dpli-part-2
ujian-medsi-dpli
DPLI
contoh soalan KPLI-mtest

satu lagi maklumat: boleh lah gi kat blog ni:myadha

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

contoh soalan lebih kurang begini:

adab makan ada lebih baik di gerai daripada di rumah

ya atau tidak

jika keadaan membolehkan anda mengambil barang di supermarket adakah anada akan mengambilnya?

a. ya b. tidak

ok good luck esok...

saya akan menduduki ujian medsi di sek men keb taman medan jalan kelang lama!!!


Monday, 13 April 2009

Ujian MEDSI-DPLI

aku telah mendapat tiket panggilan ke ujian saringan utk DPLI hari sabtu ini... OoO.. bukan kat sekolah assunta lah... tapi dekat Sek Men Keb Taman Medan... terlalu dekat dengan rumah mak aku di jalan kelang lama itu...

kepada rakan rakan seangkatan... sama sama lah kita berdoa... moga moga kita antara yang layak utk menjadi guru yang disegani...

doakan kejayaan saya....

Thursday, 9 April 2009

DPLI

Sabtu minggu depan je exam MEDSI... malam tadi aku kol rosmaliza jidin... ty kan tips... and bentuk soalan.. aku mmg tak pernah menduduki peperiksaan ini... aku pilih sekolah menengah assunta sbb dekat dengan umah mak aku kat jalan kelang lama... so anak anak aku adik aku leh tengokkan... huhu

tips.. soalan insak tuh ada berulang ulang soalannya... katakanlah soalan no 13 sama dengan soalan no 50 , jawapan mesti sama...

Thursday, 5 March 2009

KPLI n DPLI

oh ya... aku dah mohon KPLI buat kali yang ke-8!!! moga moga lapan, 8 membawa tuah!!!

DPLI aku dah mohon online.. but ada satu yang buat aku tertanya tanya... yang dokumen yang diperlukan utk di hantar ke IPTA tuh... after 9 mac boleh submit ke... ada masalah pulak.. salinan surat beranak mak aku... takut tak sempat jerk.. isnin bukan ke cuti...

kalau aku submit tanpa salinan surat beranak mak aku ok tak?... ke reject terus?

mencabar betol...

ngengada lah azila nih... dah beli no pin nape tak online terus permohonan... nape tangguh sampai mood best baru nak buat!!! kalau terus apply mgu lepas kompem tau apa dokumen di perlukan!!! n...ahad lepas masa balik seri sentosa dah setel hal salinan surat beranak!!! geh!!!

tak pe relaks!!! esok kol UPSI n UPM.. n jabatan pengajian tinggi...

manisa... maisarah... sibuk ty.. kak zila... jadilah cikgu... (erk!!!)

Saturday, 21 February 2009

PTD-pegawai tadbir dan diplomatik

hari ini hari sabtu.. hari ini ramai juga calon yang menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan awan utk jawatan PTD... aku je tak apply.. ramai yang tanya kat aku termasuk suami aku... "kenapa tak mohon PTD?" ntahlah.. aku dah naik malas nak apply.. kecewa.. mungkin... penat..mungkin...izz emir haq masih menyusu badan... mungkin alasan.. ah itu semua alasan.. kalau hendak seribu daya bukan... ntah lah.. aku dah naik malas.. bukan senang nak lulus.. aku apply...since 2002... lepas grad beli borang dengan kawan aku si aida.. isi borang hantar... gi exam berkali kali... tapi sekali je lulus... aku pun tak tau kenapa aku asyik gagal je amik exam ptd tu... pelik...exam utk jawatan dalam SPA..lulus aje... entah lah.. entah lah.. muak aku dengan jawapan entah lah aku...

daripada zaman isi form sampailah apply online.. macam tu jugak aku...

kenapa kenapa...

oh ya...

suami aku sedang berjuang... dia amik exam PTD hari ini kat Hotel Malaya KL.. aku di melaka.. malas nak ikut... aku kan tak suka tidor rumah orang... nak tidor umah mak.. mak aku pulak balik kampung lekuk kat ulu yam... malas pulak nak ke ulu yam.. wah dah lama aku tak jenguk mak aku.. aku merajuk ngan mak aku...

(pehal lah pulak anak merajuk ngan mak nih...)

abg... moga berjaya... ye!!! kami anak beranak doakan abg berjaya kali ini... suami aku yang aku sayang sangat itu pun dah banyak kali apply.. . dah banyak kali seat exam PTD.. tp hampeh je result.. belum rezeki kot... suami yang aku sayang sangat itu... teruja kembali apabila melihat bekas rakan sekerja berjaya melepasi exam dan juga saringan di PAC...

usaha tangga kejayaan...

aku pulak.. ingat nak mohon KPLI n DPLI.. aku sebenarnya suka mengajar.. tapi aku benci nak jawab bila ada temuduga tanya aku kenapa nak mengajar.. malas betol nak jawab... aku lebih suka... kalau diadakan penilaian mengajar di sekolah.. di situ penemuduga boleh nampak kesungguhan kita dan bagaimana anak anak menerima kita sebagai pengajar... kan best gitu...

adalah sesuatu yang tak best bila kena jawab "tell us about yourself"

sesuatu yang dah muak sesangat....

yang lepas semua yang pandai kipas.. wah ... aku kemain beremo kat sini....

waaaa.. cakap je lebih eh...

kalau lah aku jadi cikgu.. mesti ramai tak suka... aku nih garang.. pernah 2-3 orang anak murid (home tuition..dulu) aku kerjakan... ha ha ha... sampai menangis... meleleh air mata aku kerjakan... anak murid lelaki pulak tu yang menangis... yang perempuan ok n maintain jer... bila aku marah merajuk... lepas tu.. "akak kita tak faham lah.. akak kita nak akak ajar kita sampai faham..."

pasal tak bawak buku n curi curi seludup wording utk spelling.... satu hal.. aku nak adukan kat bapak dia.. mak dia soh cover... cemana ek nnt... kalau ada ramai anak murid kat sekolah.. hurm.. kena cekal layan karenah mak bapak....

nak tgk gambar dorang masa aku ngajar... ge ge ge... aku rasa ada kat fotopages... yang laki aku rakam sorang budak menangis dia tak upload... tak baik aib kan org kan...

yang degil n melawan pun ada... ni ha ada je dlm umah aku bertempek.. kadang kadang dorang ada datang umah ty ty mana mana yang tak faham...

ok...