Thursday 15 July 2010

Temuduga Penguasa Kastam Gred W41

Kod Skim: 1883
Jawatan: PENGUASA KASTAM
Gred: W41

Kementerian/Jabatan: KASTAM DIRAJA MALAYSIA
Tarikh: 15/07/2010
Masa : 0800 pagi
Tempat: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, JALAN CENDERASARI, 50520 KUALA LUMPUR


Alhamdullilah... akhirnya aku gagahkan jua hari ini untuk menghadiri temuduga yang telah dijadualkan. Pada mulanya, rasa malas amat meresap ke otak untuk tidak hadir hanya kerana minda yang celaru, walhal cuti sudah diluluskan. Minda ini celaru. Umur sudah melepasi 30. Calon-calon pasti daripada golongan minda yang segar bugar serta segak dan menawan juga belum umurnya melepasi 30 tahun.

Minda celaru. Bukan jua kerana umur. bahkan jua persiapan minda. kurang membaca. lebih ber facebook. hehehe...

buat mereka yang bakal ditemuduga... berikut adalah soalan yang di tanya oleh panel:


daripada Pengerusi (SPA):
  1. tentang diri kita... pengerusi soal kita jawab. make sure sama dalam sijil dan resume
  2. tiada soalan nama Raja/Sultan/Menteri
  3. komitmen diri - penempatan di sempadan negara ( saya sudah berkahwin dan ada anak, ???)
  4. mampukah berjauhan dengan keluarga - saya jawab saya bawa satu famili (suami saya jurufoto bebas - tidak terikat dengan masa yang kekal-kira ada tugasan luar kawasan saya tidak kisah-percayalah!)
  5. isu MC - boleh rujuk Majikan saya-- tak pernah MC ok!
  6. isu saya dah biasa dengan pekan.. bagaimana kalau ditempatkan di sempadan yang pekan nya jauh 40km... dah biasa KL ulu yam... 40km jugak... sosial time bukan hari hari
  7. isu kerja shift - dah biasa encik... ada kelebihan bila kerja shift...
  8. lokasi/pejabat kastam : Pelabuhan, Lapangan Terbang, Sempadan...
  9. kredibiliti dalam kes penyeludupan
daripada wakil jabatan (Kastam):
  1. pengetahuan anda tentang KASTAM - saya terang kan bermula daripada Kementerian Kewangan - agensi - jabatan kastam - 5 bidang (pengurusan, kastam, perkhidmatan teknik, cukai dalam negeri, penguatkuasaan dan pematuhan)
  2. bidang perkhidmatan teknik - mengapa ada tarif dan taksiran
  3. Cukai Dalam Negeri - Cukai Jualan
  4. Pengilang - jawapan kepada siapa yang dikenakan cukai jualan
  5. Isu semasa - GST - Goods & Services Tax
  6. Mengapa rakyat perlu didedahkan dengan isu cukai dan ke mana hala tuju (Belanjawan - RMK10-goreng nasi cili padi habis)
  7. Sila berikan contoh Cukai Perkhidmatan - contoh paling best... makan kfc ada 5% gov tax dan perkhidmatan kad kredit
moga membantu....................................... !!!


12 comments:

  1. semoga dpt jawatan ini..ameen..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Semoga berjaya menjawat jawatan ni. Bukan mudah utk memasuki organisasi kerajaan ni. Akak doakan semoga Zila berjaya. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Tumpang tanya, yg interview ni utk yg memohon bila? Ader amik exam SPA ke sblm ni dan bilakah tarikh dan tahun?

    ReplyDelete
  4. result keluar lagi 3 minggu..
    Tertakluk kepada Kelulusan Mesyuarat Suruhanjaya.
    tu result yg saya dpt.

    ReplyDelete
  5. salam,da dapat tak result?..saya pun pegi..alhamdulillah dapat..tapi until now belum dapat surat dari kastam..surat dari spa da dapat...

    ReplyDelete
  6. thank you... sgt membantu.

    ReplyDelete
  7. tq...4hb nie baru nak periksa..bukan temuduga....agak2 ada tips tak tuk periksa..

    ReplyDelete
  8. tq...membantu....
    4 hb nie sy ada periksa tuk jawatan nie...bukan temuduga..
    ada tips tak tuk periksa nie...

    ReplyDelete
  9. 4/2/12 nih ada test utk jawatan nih...
    la nih bukan WK41, tp dah jadi WK1-1
    apa2pn, harap2 dipermudahkan utk dpt jwatan nih...

    ReplyDelete
  10. salam sejahtera kak dan tahniah sebab dapat jawatan penguasa kasatam gred 41 nih. kak, sy nak tanya, hari tu sy g exam peguasa kasatam gred n1/41 ni. p tau tak la dapat tak result lom kuar. mm lepas exam nih, ade lagi ke ujian fizikal ke terus interview kak?

    ReplyDelete
  11. terbaik, akan datang ni pun, 6 september 2014 akan diadakah peperiksaan spa penguasa kastam w41, kepada calon terlibat semoga berjaya. Harap calon bersedia dengan contoh soalan dan tips menjawab peperiksaan penguasa kastam w41 itu.

    cheers...

    ReplyDelete
  12. Tq, info yg sgt berguna. Boleh jadi panduan utk temuduga pd 9hb okt nanti..tq sis..

    ReplyDelete