Monday 31 December 2007

belajar memandu...


rasa seram n gabra pun ada bila blajar memandu nih... tapi kene cekal n steady kan aje perasaan nih...kalau tidak sampai bila aku nak ada lesen.. kalau L je berapa lama leh tahan... yang aku ingat masa belajar ngan suami hari sabtu n petang ahad... start enjin pehtu tekan clutch masuk gear satu pehtu lepas clutch perlahan lahan...dah bergerak kereta... baru tekan minyak... apa lagik ye.. kalau nak masuk gear dua.. kene laju sket... baru tekan clutch..masuk gear dua peh tu lepas clutch n tekan minyak... kalau nak berhenti... erm... tekan clutch peh tu tekan brek n free gear... .. nak buat selekoh tak pandai lagik.. tak reti nak budget... byk kesilapan ah... aku tak tgk cermin pun.. aku pandang depan je... gabra... n takut takut nak bawak... aku mesti praktis main main kaki nih... masa bengkel rituh bulan yang dulu dulu iaitu bulan 7 rasanyalama dah..... aku banyak gabra sbb tukang ajar tu marah aku tekan brek kuat sgt...dia ckp nnt rosak pam dia... hurm... kene relax...tenang...peh ni latih main kaki lagik...

anniversary

esok tahun baru...2008..... esok my 3rd wedding anniversary.. kalau ikut tahun islam 20 zulkaedah...



24.03.1997 - bertemu dia
11.04.1999 - di lamar menjadi kekasih!!! (jual mahal dulu beb!!!)
15.05.1999 - sah aku kekasih dia!!!
06.07.1999 - sepucuk surat, sekeping kayu ukiran bunga, seharum wangian
03.01.2004 - aku tunangan dia...
01.01.2005 - sah aku isteri dia...
25.08.2006 - menjadi ibu kepada zuriat dia...

alamak..terkantoi...

semalam..keluarga yasser dtg umah... nak amik motor yamaha gamma dia tuh..UTeM nak bukak sessi... dah sebulan lebih motor yasser ada kat umah ni... dan aku sempat menonggek..he he he... seronok bila ada tetamu bertandang ke rumah.. mereka tiba dalam jam 3 petang rasanya... mengikut sms yang yaser hantar... mereka akan tiba di melaka lebih kurang tengahhari... so aku pun tergocoh gocooh lah... memasak... pepagi gi pasar borong melaka kat batu berendam... aku beli udang sekilo... ikan selar kuning sekilo..ikan kembung sekilo... kerang sekilo tapi yang aku masak ialah

1. sambal udang
2. sup ayam
3. sayur kubis goreng
4. kerang rebus

jiran sebelah si orang itu bagi lauk ikan duri masak lada... dalam bercerita aku ada bitau yang aku tak makan nasi untuk 2 minggu ... eksyen sgt masa tu... tup tup bila diaorang bergerak pulang ke kuala lumpur-kuale kangsar... aku pun jenuh memikir..sape lah nak habis kan lauk lauk nih ngan nasi nih...(tanak nasi 5pot)... dengan secara tak sengaja aku pun termakan lah nasi semalam... he he he... tiba tiba... knock knock that door.. guess who?... erm emak yasser tertinggal barang..jam tangan... aduh .. nak cover dah tak boleh.. so buat kering je lah... malu tu mmg ada... ye lah ye ye cakap tak makan nasi...

ni disiplin tak kuat nih... jadik untuk mengelakkan aku makan lagik.. aku mengambil keputusan untuk memberi nasi dan lebihan lauk kepada markizah sekeluarga... yang tinggal hanya sedikt nasi dan sedikit lauk untuk suami aku... huh!!! kantoi..malu kan...mmg malu...

and hari nih aku tak nak masak untuk lunch.. petang kang nak buat bihun goreng... kalau suami aku balik.. ada buah ..so kita ngap ngap buah jer... huhu

Friday 28 December 2007

i wanna that ideal figure!!! must!!!

alhamdulillah... setelah penetapan minda dibuat... akhirnya aku tidak menggigil kerana tidak makan nasi sehari...

inspirasi dari:
-----------------------------------------------------------------------

Mek: Dulu XXL kini M

OLEH BINTU RASYADA A.RAHMAN

KISAH pelakon Salam Pantai Timur, Mek atau nama sebenarnya Nik Sayyidah Fatiha menjadi kurus heboh di akhbar-akhbar sepanjang minggu lalu.

Masakan tidak kecoh, siapa tak kenal dengan Mek yang cukup montel dalam rancangan tersebut.

Bukan sekilo dua yang kurang, ‘che mek molek Klate’ ini khabarnya berjaya mengurangkan berat badan dari 103 kilogram ke 59 kilogram dalam masa lapan bulan.

Sebagai artis, tentu perubahan mendadak Mek menjadi perbualan ramai. Ada yang kata, “Mek mesti buat liposuction (sedut lemak), kalau tak, mustahil boleh kurus dengan cepat.” Ada pula yang mengusik, “anak dara kalau sibuk-sibuk nak kurus ni mesti ada perangsang.”

Kerana tertarik dengan kisah Mek, Kesihatan menghubungi Mek untuk mendapatkan cerita menarik tentang perubahan dirinya.

Jom ikuti perbualan dengan Mek yang sempat berkunjung ke studio Utusan baru-baru ini walaupun sibuk dengan urusan sehariannya.

Apa perasaan Mek sekarang?

Rasa lebih yakin dan saya berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini kalau kita mahu.

Boleh ceritakan sedikit apa yang Mek lakukan untuk kurus?

Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.

Tak rasa lapar?

Memanglah rasa. Tapi kena kuatkan semangat dan saya akan buat benda lain supaya lupa seperti main game atau baca novel. Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.

Cukupkah dengan menjaga pemakanan?

Memang tak cukup. Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.

Ada yang tak percaya Mek kurus kerana diet dan bersenam. Ada yang kata Mek mesti buat liposuction.

Tak adalah. Saya ni jenis yang takut sangat dengan jarum dan benda-benda yang ada di hospital.

Ubat-ubatan lain?

Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus.

Apa teman-teman dan saudara cakap bila tengok Mek begini?

Mereka bagi sokongan supaya Mek terus kekal macam ni.

Nasihat Mek untuk mereka yang ingin kurus?

Kalau saya boleh buat, anda juga tentu boleh. Saya dah buktikan bahawa apa juga masalah boleh kita atasi. Macam saya, saya ada masalah kegemukan yang teruk kerana mewarisi bentuk badan yang besar dari keluarga dan juga tabiat suka makan. Doktor juga pernah kata metabolisme saya terlalu rendah. Jadi saya dah berjaya buktikan.

Gembira tak dengan perubahan ini?

Macam tak percaya. Tapi, saya bersyukur kerana saya belum terlambat. Maksudnya, saya bernasib baik kerana saya terselamat dari sebarang penyakit ketika gemuk dulu.

Betul ke Mek kurus sebab ada ‘perangsang’?

Tak adalah. Saya kurus sebab saya sendiri mahu kurus. Memang belum ada. Kalau ada saya akan beritahu nanti.

Projek terkini Mek?

Saya akan muncul dalam filem pertama berjudul Brain Scan 21. Insya-Allah, saya juga akan menghasilkan album solo pertama sendiri tak lama lagi.

Itulah ceritanya Mek, yang sibuk bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga pemilik salun kecantikan di Klang. Khabarnya beliau bakal memiliki sebuah lagi salun kecantikan di Shah Alam tak lama lagi. Kepada Mek, teruskan usaha anda dan semoga berjaya ya.

----------------------------------------------------------------------------


mek tak makan nasi 8 bulan... turun 54 kilogram tuh....pergh ... aku baru buat penetapan minda tak mau makan nasi selama 2 minggu... ni dah masuk hari ke empat... start hari rabu 26 disember 2007, me n hubby just makan mee mee hun ala ala sup tak pun beberapa keping roti je... kalau rasa lapar minum air n makan biskut... kene minum air manis... kalau tak mana nak datang tenaga... kalau sentuh bab nak bersenam ni leceh sket.. sbb ada anak kecik... tapi aku duk umah bukan tak buat keje, byk keje.. terkejar kejar... ada masa terluang aku suka buat ala ala senam robik sampai berpeluh...

so lepas ni lalu je lah depan secret recipe.. no more chocolate indulgence...no more banana chocolate... hurm kalau sebelum ni sorok sorok beli kek(ada org tak bg aku asyik makan kek je), skang tak yah dah.. kene buat penetapan minda...kek hanya sebulan sekali... sepotong kek sahajeeeeeeee...

tapi tak de lah sampai nak kurus sgt... tak de daging plak.. tak sedap plak kan...

so according to BMI the ideal weight for me is about 60kg...

kenapa ek tetiba nak mengurangkan berat?.. hari tu gi buat next check up pasal d&c... doktor nasihatkan to control my weight untuk mengelakkan kandungan seterusnya gugur...

gemuk nih bukan baik sgt dalam kesihatan... macam macam penyakit dtg...







Thursday 27 December 2007

ugly-butterfingers

She grumbles screaming down to me
Come back don't skirt around my dream
I think i'm gonna lose my head
I'm sleepy and i wanna faint

I'm so ugly
I cut my hair
I'm so stupid
I got grade 2
If you want me
Then stick with me
I'm a loser
And you don't care about me

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

lagu ni buat aku teringat kat norhayati mohd fauzi...mungkin masa tu dia frust.. dia hantar surat kat aku masa blaja kat KYPM kelantan dengan terselit nye lirik lagu nih...but yatie... u better then me now... just me know how...

aku selalu jengah http://roketkertas.com/ ko tuh

Wednesday 26 December 2007

cuti...

19hb disember 2007 9.00 mlm.. bergerak menuju ke kampung halaman ku di ulu yam lama...



20hb disember 2007= raya haji... kitorang gi mana ek?...haziq, ayah haziq, mak usu haziq n auntie zaza haziq gi sungai belakang umah umi ( bunda apai=org kampung panggil cik shiroih) tengahhari dody n alen datang... nak menjemput orang liam kenduri kawen alen hari ahad....petang kitorang gi jenguk angah kat pandan indah ... baru kuar wad ... miscarriage jugak...
berjaya jugak aku mengait rambutan...chaiyok chaiyok!!!

seronok betul haziq duk kampung eh?

lepas dorang balik mandi kat sungai belakang kitorang makan satey... org liam buat..sedap... dari aku kecik dia meniaga satey...

ajiq melawat mak ngah kat pandan indah..peh tu dapat baju 2 helai... mak ngah n pak ngah belikan

21hb disember 2007=lepas tido kan haziq kami gi genting... tak jauh pun... lebih kurang 30km kot dari umah... balik tu siap siap gi umah doddy kat sungai choh... antar mak tam... maklumlah kenduri kawen alen... tak tolong apa pun... daun pandan di layang layang je ngan pisau 20sen.. peh tu isi telur... peh tu balik.. mak tam tinggal.. jadik tuan rumah lah konon konon.. almaklum arwah we (kakak mak aku n tam dah takde)

uih haziq amirul haq nih.. seronok betul duk kampung... jalan je sampai ke lembah...jalan je keje dia... tengok angsa nenek eyah (adik arwah nenek aku)..nengok sungai... gi surau...

naik genting jap...
dapat port mandi manda esok nye kami mandi kat sini.... sejuk ooo airnye


22hb disember 2007=nenek ateh kat ligamas buat kenduri cukur jambul cucu ea... so kami ke sana.. then terus shoot ke sg choh... majlis nikah alen kat masjid sg choh... peh tu malam berinai tak gi... sbb baju berlambak tak basuh........... mesin basuh dah takde... penatnye...

pagi nih ayah ajiq bawak gi area sungai tua plak...

air.. sejuknye


23hb disember 2007=pagi ayah haziq bawak pak ungge haziq yang duk kat sg buloh n opah nyah haziq datang liam... peh tu dorang gi mandi sungai... peh tu siap gi kenduri kawen alen... peh tu anta mak nyah n shahrani ke sg buloh... peh tu amik mak aku kat sg choh... peh tu malam gi jongket ngan laki aku... ooops...

24hb disember 2007= gi mandi manda kat sg yang menuju ke genting tu... pergh mak sejuk tuuuuuuuuuuuuu.....

25hb disember 2007... pepagi siap nak gerak ke melaka... on the way singgah umah mak nyah di damansara damai n nuha di puchong... kul 3.30 petang kot sampai umah kat melaka... terus basuh baju n kemas apa yang patot...

malam dating kat tenet ni ha...

Tuesday 18 December 2007

SPA Q

Spa Q=spa qistina... entah kenapa aku suka tengok cite nih... mmg ada di luar sana yang sama cerita seperti yang digarap oleh penerbit... hidup di pentas bumi... macam macam cerita... ini baru sikit pasal cinta... belum hal lain... aku tak nak belah mana mana pihak.. lelaki yang salah atau perempuan... hati orang mana kita boleh baca...

cinta??? apa cinta tu sebenarnya?... apa beza cinta dan sayang?... totally it is very subjective........

Yang menariknya... geng kat umah ni ikut juga perkembangan cerita ni. Siap tanya, apa jadik skang, kalau geng aku nih tak de hal lain kitorang sama sama ngadap cite nih.. and mana yang kene batang hidung tu, "galak gadang lah di buek ea"....

threatened abortion

03112007=sabtu
aku turun darah... banyak tak banyak, sikit tak sikit, tapi aku memang tak suka kalau sesuatu yang tak biasa berlaku di awal kehamilan aku... masa mengandungkan HaziQ Amirul HaQ tak de plak turun darah... jadi bila turun darah berlaku aku memang gerun... tak ada pengalaman... cepat cepat aku ajak suami aku ke klinik Amal kat Telok Mas. Dah sampai sana, doktor pulak tak de, aku mmg panik, dalam panik aku masih sedar ada klinik lain kat situ.. aku pun bergegas ke sana... di klinik al-azhim aku berjumpa doktor dan menerangkan keadaan aku, so dia tak boleh buat apa... buat ujian imbasan mmg tak nampak apa... so doktor suruh datang buat pemeriksaan lagi sebulan... apa yang doktor boleh bagi... turinal tablet + acid folic + antibiotik. Memang aku takut aku kehilangan kandungan aku yang ini, bukan senang nak dapat. so aku berdoa je ... mengaji... baca semua bahan ilmiah tentang kehamilan, go through internet...

04112007=ahad
hari ni, darah turun lagi... lagi merah... memang menakutkan aku... bergegas ke hospital... lama betul di kecemasan... doktor nak tahan aku masuk wad.. aku yang tak nak.. aku takut dorang suruh cuci... so aku pun balik

05112007=isnin
kali ni aku nekad... melalui pembacaan aku... aku akhirnya nekad ke hospital semula, dan terima kalau masuk wad.
Dalam pukul 4 kot doktor buat imbasan kat perutku... hurm.. tak nampak... so kena pergi kamar bersalin untuk scan lagik...
masa scan yang ini, rumah nye cantik... sihat kata doktor.. tapi doktor cuak... doktor ariven yang hensem!!! Dr. Ariven ty, ada jatuh tak?... nyet nyet nyet... aku jawab tak... ada byk darah turun ke tak?... aku jawab tak lagik... dotor ty lagik ada darah berketul keluar tak?... aku jawab tak lagik... aku takut nak jawab sebenarnya... doktor pelik... rumah ada... orangnye tak de... so doktor cakap may be early pregnancy kot... dia pun buat lah ukuran dia... baru 4 weeks... where got!!! i tak salah bagi date... i tak salah kira... aku diam je... darah stil turun lagik... tapi hari rabu doktor kasi keluar... hari jumaat datang klinik OnG balik... tgk result darah... + hamil... so... doktor suruh dtg balik lagik 2 minggu... sampai umah... darah turun lebih banyak ... aku malas nak ke hospital, aku biarkan aje... then sabtu adik-adik aku datang umah aku... hari ahad dorang bawak anak aku balik KL... lega hati aku... sepanjang masuk wad... anak mak tam aku jaga anak aku... budak yang jaga mana sama ngan orang tua... so ringan sket kepala kalau masuk wad balik...

12112007=isnin
masuk wad balik... semua petugas di wad tu sibuk tanya.. masuk balik?... malas aku nak layan.. sengih aje cukup... then petang geng aku minggu lepas pun masuk wad balik.. darah dia pun turun byk... n ada ketul... hari selasa dia gi cuci... dia cakap tak sakit... bius tidur... hari rabu dia balik... yang aku pulak... doktor nak tgk aku punya fail dulu.. nak buat perbandingan rumah minggu lepas ngan rumah hari jumaat 09112007 dan rumah hari isnin 12112007. masalah nye fail aku tak jumpa... geram masa tu.. aku dah explain hari jumaat 09112007 saya ada appoinment dengan doktor alissa... may be fail ada kat sana... fail tu warna putih.. sorang pun tak dengar... hari rabu baru jumpa fail, itupun setelah doktor chopra marah dorang... "dia pun ada anak lah... kesian lah, berapa lama dia kene duduk wad, fail dia kat afrika ke" membebel lah doktor chopra. doktor chopra=garang... padan muka... dah kene marah baru jumpa fail aku... bodoh ah dorang nih.. aku dah explain di mana duduknye fail aku tuh... memasing buat dek... sakit hati... tapi nak buat cemana... kalau kita bising... nanti dorang anti aku lak kat sana... so diam aje.... nak ke kene cucuk sampai sakit... oo tak mau aku....

petugas line biru n ungu nih nih kan... kita menagadu sakit... dorang boleh relax je eh?... 2 malam aku sakit perut macam kene senggugut... aku bagitau... no action ... pergh mak menyirap tol...

so hari khamis pagi aku gi kamar bersalin.. scan ... didapati... rumah anak ku dah separuh gugur... then doktor kata CUCI... takut memang takut... kul 1.00 siap siap nak masuk bilik bedah... huh ... sekali aku dimatikan buat sementara waktu... tup tup sedar... dah setel... sakit?.. tak sakit mana pun.. cuma pinggang lah sakit sket...

sebelum dimatikan sementara waktu, ada sorang staff nurse nih... nyot nyet nyot nyet... Zhulian lah plak... bosan aku... jangkaan aku tepat... tetiba dia datang umah aku setelah seminggu discharge... dah agak dah dia kompem amik details aku...

....................epok epok... dorang ada sebut... aku benci kalau aku tak tau apa tu epok epok... pembantu jururawat (dulu panggil atenden), kalau selisih ngan geng geng dia masa nak gi bilik bedah kat kamar bersalin... mesti sebut nak buat epok epok... menyampah aku...

so balik dari bilik bedah... kene puasa lagik.. dari pagi tak makan.. lapar tol! aku curi curi baca fail aku... epok-epok=ERPOC..surf tenet ooo D&C... ce sebut d&c baru lah aku paham...bila tanya.. nanti u ty doktor bila doktor datang... pergh mak!!!

ada byk kisah lagik... ada kawan (geng sepital lah ni), dia ni meraung satu pagi tu... pagi buta.. rupanya keluar darah berketul.. macam daging... uri kot... yang tak sedap dengar misi tuh suruh wani (nama kawan aku tuh) amik sendiri... nak tak nak dia amik jugak, letak dalam plastik... bayangkanlah org tgh sakit... di layan sebegitu rupa... dah lah orang tu tak de pengalaman gugur... wani pun macam aku gak.. kandungan kedua problem... pastu wani cite lagik..pagi tu doktor nak scan.. tetiba doktor suruh batuk... rupanya ada janin sangkut... janin lah kot.. dah ada bentuk tangan kepala n kaki... maka janin itu pun dimasukkan ke dalam plastik dan di bawa oleh mak mertuanya balik untuk di tanam...

dah...

2008 bakal menjengah

hari ni dah 18 disember 2007, lagi beberapa hari je lagi tahun masihi berubah angka..berganjak setahun.. berganjak jua umurku...

hari khamis 10 ZULHIJJAH 1428...raya haji menjelang...

cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik mata dah nak akhir tahun...

hari ni serabuat ah kepala...

Monday 17 December 2007

Original Sin

Dos Amantes-Antonio Banderas




the lyrics:
De tus ojos a mi eternidad
de tus labios a mi libertad
solo basta la ilusion
de que el tiempo me de al fin
la oportunidad

De tu vientre a mi salvacion
de tus besos a mi redencion
se descubre el corazon
y me guardo para ti todo este gran amor

Volaremos hasta algun lugar para
amarnos una eternidad
beberemos cada instante de este amor
cada momento de pasion cada latir del corazon.

Tengo tantas noches junto a ti
donde juro que te hare a feliz
y es tu pecho junto al mio
la razon de mi delirio

Tu amor sera la luz en mi camino
tu amor tu dulce amor
sera calor cuando hace frio
y juntos bajaremos las estrellas
seremos dos amantes
Una historia sin final.

Tu amor sera la paz en mi tormento
tu amor tu dulce amor
sera la calma en mi silencio
se detendra en el tiempo y la distancia
y seremos para siempre un solo amor
un gran amor.

Tengo tantas noches junto a ti
donde juro que te hare a feliz
y es tu pecho junto al mio
la razon de mi delirio

Tu amor sera la luz en mi camino
tu amor tu dulce amor
sera calor cuando hace frio
y juntos bajaremos las estrellas
y seremos dos amantes
Una historia sin final.

Tu amor sera la paz en mi tormento
tu amor tu dulce amor
sera la calma en mi silencio
se detendra en el tiempo y la distancia
y seremos para siempre un solo amor
un gran amor.

Tu amor sera la paz en mi tormento
tu amor tu dulce amor
sera la calma en mi silencio
se dentendra en el tiempo y en la distancia
y seremos para siempre
un solo amor un gran amor.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
aku tak tau kenapa aku suka sangat dengan cerita ni...hati aku disentap... oh tuhan...Ya Allah... sesungguhnya aku lemah...aku menangis lagi...

tetiba aku teringat tentang Original Sin... mengapa si Louis tetap mencintai Julia palsu sedangkan telah banyak yang ditipu... part angelina jolie melakonkan watak julia dalam keadaan louis yang nazak...

and the script:
He needs a doctor.
What about him?
He's dead. He needs a doctor.
All right. I'm calling the police.
Stay, stay.
I love you.
I love you. Do you hear me?
-Say it. Say it again.
-I love you. I love you.
I love you, Luis.
You hold on! Hold on!
Don't go! Stay!
Please hold on.
.......................................................aduh mak... hatiku terusik... dush!!!


Sunday 16 December 2007

aida...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tetiba teringat kat dia.. rindu pulak... raya haji ni kot jumpa... wah best nye.. leh cite panjang... leh ajak jumpa shidah... wehhhhhhhhh aida.....shidah dapat kerje kat dubai... best ek...



aida..............ngronjeng

shidah...ngok ngek

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>