Showing posts with label barah payudara. Show all posts
Showing posts with label barah payudara. Show all posts
Wednesday, 5 September 2012
7U050 PPUM
hari pertama mak di PPUM... mak ditempatkan di wad 7U katil 032... malamnya ayen ngan siti temankan mak... ayen bising pasal mak diberi morphine... buat muka dengan doktor-doktor... ini bab aku paling benci bila ayen tak puas hati... "kalau tak bagi, nanti mak sakit... mak sakit tau tak... nak bernafas pun susah... then mak kena tebuk untuk keluarkan air dan darah daripada paru-paru..."
ayen bising... sampai siti terpengaruh... malam nak raya siti cakap dengan nurse minta maklumkan pada doktor... kurangkan dose morphine... sebab mak lena sangat... panggil tak sahut...
hari kedua selepas aku balik rumah petang tu ngan angah... siti maklumkan mak dah pindah katil 7U050... sebelum balik, angah tanya mak nak makan apa... mak jawab "bubur"...
walaupun percakapan terhalang dek alat bantuan pernafasan... mak mahu juga bercakap... tapi terhad... hari kedua... mak banyak lena... kalau terjaga sibuk minta dikipaskan belakang badan... dalam keadaan yang sukar mak gagah mengiring... mak cakap mak panas... entah bila masa hari kedua tu tetiba dah ada kipas tepi katil mak...
hari pertama mak... doktor-doktor sibuk nak ambil darah mak... kesian mak... jenuh seorang doktor ni duk cari point... tak jumpa jumpa... mak sibuk membebel "apa lagi nak di ambil... dah tak de darah dah..."
doktor tu tengah practical kot... susah and takut takut je nak ambil darah mak... siti dah nangis dah... and bising kat aku kenapa nak ambil darah mak lagi... aku cakap kat siti... "kita dah bincang dengan doktor nak mak stay sini, buat masa ni biarlah doktor buat apa yang patut, bila perlu nanti kita suara kan lah..."
siti dah sebak... lepas tu nangis... aku malas nak layan siti... aku pergi kat ruang legar...
aku sendiri pun tak tahan tengok...
alhamdulillah... aku baca rekod mak yang tertinggal atas meja gerak tu... darah tidak akan diambil lagi... doktor cuma minta monitor tekanan darah... setiap satu jam... dan aku pun paham maksud tindakan itu...
pagi pertama dan kedua...
pagi pagi lagi doktor-doktor akan maklumkan keadaan mak...
pagi pertama... ada satu doktor ni memang dah beritahu... suruh bersedia tapi pada hari kedua... ada satu doktor ni muda lagi... siswazah kot... dia bagi penerangan keadaan mak sekarang yang kritikal... (memang maklum mak dah kritikal)...masa ni doktor muda berbangsa cina... menjelaskan keadaan tekanan darah mak... doktor muda berbangsa cina ni maklumkan bagaimana keadaan mak "sedikit masa lagi"... aku malas nak fikir ke arah itu.. mak tam yang dengar dengan penuh kusyuk... masa ni mak tam ada... datang dengan nenek ateh dan nenek itam... pak cik hashim yang bawakkan...
mak tam bebel kat aku... aku malas nak ambil port... pada aku mak kuat semangat... mak tam suruh tengok keadaan mak... banyak kali mak tam ingat kan aku... perhatikan bacaan tekanan darah samada turun naik turun naik atau dah tak betul...
bila mak tam, nenek ateh ngan nenek itam balik dengan pak cik hashim... aku sorang je temankan mak... angah ngan siti keluar.... tetiba mak panggil siti... siti tak de... risau sangat aku time ni... aku sms siti...
tak sampai 10 min siti sampai...
then ayen sampai dengan kawan dia... bila siti dah ada... ayen pun ada... aku dengan angah balik rumah sentosa... memandangkan mak nak bubur dengan ikan bilis goreng garing... aku dengan angah gi checkers cari barang... angah masak... aku kemas umah... basuh baju... lepas tu angah pergi hospital balik... aku janji ngan angah... malam nanti aku datang jaga mak... sebab esoknya aku kerja pagi... biarlah angah ngan siti berehat malam nanti...
malamnya aku datang... angah balik pandan... pagi tu dalam pukul 4 pagi angah sampai hospital... angah hantar aku balik sentosa sekejap...
aku kerja pukul 9 pagi hari raya pertama... mendoakan mak bertahan... dah dua hari ambil EL...
telefon memang sentiasa di tangan... mendoakan cepat masa berlalu... bila tiba jam 630 petang aku log out...
awin hantar aku ke ppum...
Sunday, 2 September 2012
bila bila jiwa celaru... aku di sini bersamamu...
hari ini hari ahad... 2 september 2012...
Ya Allah sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibuku...
Ya Allah, ampunilah dosanya, Kasihanilah dan sejahterakan dia,
Maafkanlah kesalahannya, Muliakanlah kedatangannya,
Lapangkanlah kuburnya dengan rahmat Mu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
~ al-fatihah ~
esok 3 september 2012 1134 pagi genap 14 hari mak pergi...
cepat sungguh masa berlalu...
2 minggu lebih aku tak jengah blog...
2 minggu sebelum mak pergi...
aku sibuk dengan nak beraya...
call mak pun sebab nak tau nombor cikgu Arifin...
mak cakap mak tak tau...
tak pe lah...
aku letak telefon...
awal ramadhan anak anak aku bersama mak
sibuk nak duduk rumah nenek...
nak akhir ramadhan pun sibuk nak balik rumah nenek...
mereka memang suka duduk rumah nenek
16 Ogos 2012
aku keje petang balik malam
aku tumpang seseorang
dalam perjalanan.... aku terima sms dari suami... "... mak masuk PPUM"
aku terus call mak tam
tanya "kenapa mak masuk hospital?" dalam fikiran, kenapa aku tanya soalan ni sebab semua ahli keluarga tau mak ada cancer...
mak tam cakap mak tam ada kat rumah (kat kampung)
mak tam cakap mak tam standby kat rumah je...
aku terus letak telefon... aku faham maksud - dan aku sebak
aku call angah... tanya
"kecemasan"
sampai kecemasan aku tanya kat kaunter pendaftaran...
aku tanya mak aku kat mana?...
anak anak nak jumpa nenek mereka jugak...
tapi tidak dibenarkan...
"pintu cermin ke-2 belah kiri"
aku jalan menonong... aku perasan kelibat yang aku kenal... tapi aku jalan gak sampai hujung...
aku tanya seorang staff nurse kat sana...
dia yang bawa aku ke Dewan Resusitasi
kat luar aku nampak adik aku... kelibat dia rupanya...
di tangan adik aku ada kad pesara arwah ayah... (aku tau...sebab aku pun pernah guna dulu)
guna kad pesara nak buat urusan pembayaran X-Ray...
tapi kalau dah ada kad pesara, FOC...
tapi masih kena ke kaunter bayaran untuk rekod...
aku nak masuk dalam...
tapi kami di tahan.. tak boleh masuk
katanya... nanti doktor jumpa awak kat luar...
doktor perempuan berkaca mata keluar jumpa aku dan adik aku...
"ini kakak sulung saya" adik aku perkenalkan aku pada doktor...
"tunggu kakak saya lagi seorang"
doktor tanya "berapa orang adik beradik?"
kami jawab "4"
"mana lagi seorang?" tanya doktor lagi...
"seorang lagi kat sabah..."
aku sibuk call adik lelaki aku...
tak berjawab... angah call si ayen tak berjawab,, sms pun tak jawab...
aku sms suami minta tolong post kat FB adik lelaki aku...
doktor perempuan berkaca mata... berbincang di antara kami 3 beradik...
memaklumkan... keadaan mak yang kritikal...
mak sesak nafas sebab dalam paru paru dah penuh dengan air dan darah
cancer mak dah melekat di paru paru
then datang doktor lain pulak...
Doktor Gan... dengan wajah serius...
berkali kali geleng kepala...
then datang lagi seorang doktor..
soal siasat kronologi dan sejarah keluarga
doktor gan bawak kami keluar... bincang...
samada nak stay hospital...
sebab keadaan mak kritikal....
bila bila masa sahaja mak akan pergi...
jantung mak pun lemah....
doktor kata kalau nak bawak balik pun boleh...
cancer dah merebak...
angah cakap biar mak stay kat hospital...
kalau bawak balik ulu yam...
macam mana dengan bantuan pernafasan?
macam mana nak keluarkan air dan darah dalam paru paru?
mak tam pesan "mak nak duduk hospital"
doktor gan beritahu lagi...
kalau stay kat hospital... kita hanya mengurangkan kesakitan mak sahaja...
untuk pulih memang tidak...
apa yang pihak hospital boleh buat...
beri keselesaan pada mak dan tak nak bagi mak rasa sakit...
sebab mak dah lama tahan sakit sendirian...
lebih 15 tahun mak mengidap cancer...
doktor gan cakap.. cancer mak sangat slow...
staff nurse sibuk uruskan kemasukan mak ke wad...
aku tengok mak
mak tengok aku
aku nangis
mak cakap jangan nangis
angah ngan siti nak bersahur...
angah keluar kejap cari air dan roti
dah nak dekat pukul 6 pagi...
wad belum setel lagi...
aku pulak keje
aku sms TL...
TL aku balas maklumkan pada TM...
then aku sms lagi... aku nak amik cuti tak bergaji... sampai raya 2...
aku masuk keje jugak tapi aku masuk sekejap je...
hati dan jiwa tak selari dengan akal...
pagi-pagi aku call TM... 2 TM aku call... yang utama tidak berjawab... aku call yang seorang lagi
aku nak mintak EL 2 hari terus... tapi tak boleh...
sebab authority yang sangat terhad...
aku cuba memahami...
hati dan jiwa tidak selari dengan akal
terima call daripada siti...
doktor nak jumpa adik beradik
kali ni bukan doktor kecemasan yang nak jumpa
tapi doktor yang handle case breast ca+
aku tak boleh tahan... aku nak pergi hospital balik...
aku maklum pada TL yang ada... aku cakap aku dah beritahu TM yang berkenaan...
TM yang berkenaan luluskan...
sampai hospital...
mak masih sedar dan boleh bercakap...
sesekali dia pesan... "jangan lah menangis..."
pagi tu angah beritahu, ayen on the way dari sabah...
ini gambaran bagaimana mak di tebuk untuk keluarkan air dan darah daripada paru-paru...
masa kat wad kecemasan doktor gan beritahu... hampir 900 cc air dan darah daripada paru-paru... telah dikeluarkan.... so memang nampak perubahan bila mak bernafas... tapi doktor gan pesan... untuk cure agak mustahil... banyak kali doktor pesan... supaya jangan panik... doktor2 suruh bersedia... doktor perempuan berkaca mata pulak... pesan.. banyakkan berdoa... kalau mak pergi... doktor perempuan berkaca mata kata redha kan sahaja... doktor perempuan berkaca mata tu kata lagi... mak dah lama sakit... doa banyak2...

![]() |
chest tube insertion... |
![]() |
dari dalam paru paru mak... |
Subscribe to:
Posts (Atom)