Friday 30 November 2012

Mimpi itu datang lagi.



semalam aku bermimpi lagi...again and again... berulang... cuba memahami...


"duri sepanjang jalan... jika terhenti dipertengahan jalan, tetap tertusuk duri, di kiri dan kanan... begitu juga di penghujung jalan... tetap tertusuk... apakah pilihan mu... "


jalan itu telah kau pilih... tiada yang memaksa... tiada yang menghalang... bertepuk sebelah tangan, manakan berbunyi... andai kau undur masa, apa bisa ia lebih baik untuk memilih jalan tidak berduri... dan apakah kau tau di ketika kau membuat pilihan... jalan itu penuh dengan duri atau berliku atau terus tanpa henti henti menahan lelah? atau mungkin ia lebih menggodam kamu? apa kau tau?


sekali kau telah melangkah teruskan perjalanan...
toleh ke belakang bukan untuk dikesali... tapi untuk diteladani...


Malam Ku Bermimpi
P:
Malam Ku Bermimpi
Hai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

L:
Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

P:
Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L:
Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana Sila Klik Gambar Untuk Ke Menu
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

L:
Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

P&L:
Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda


Thursday 29 November 2012

Kentut Durian laaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

tajuk tak bleh blah.... lantak lah. hari ini hari yang tak best. gara gara nak cari alas meja yang baru aku gi mid valley. motif mid valley? kedai kat old town PJ berlambak. haaaaaaaaaaaaaaaaaaih. nak marah tak boleh. salah sendiri. en suami kata jangan ikut. nak ikut jugak.

tadi pagi sibuk lah aku nak ikut encek suami ke jalan pasar pudu. dia nak cari MICROPHONE CLIP. encek suami tak bagi. katanya dia banyak hal.. aku pun merengek mengada-ngada lah kan...

"sorang sorang kat umah.... bosan... dah lah anak anak kat kuale... awak busy semendang... NAK IKUT. TAK KIRA."

encek suami tetap tak kasi ikut... katanya bawak motor nanti lambat... ahahaha....

akupun merajuk duk diam diam dalam bilik....

tiba-tiba, encek suami masuk bilik.... "cepat lah siap..."

yahooooooooooooooooooo!!!

sampai kat kedai jalan pasar aku berkenan sangat dengan headphone Philips... harga RM68... nak pow encek suami.... dia bawak seratus je... alasan kan...

"alaaa maybank mesti ada kat sini... cucuk lah...."

encek suami pun balas...  "ni yang malas nak bawak ni"

hahahahahhahahaha... ok lah aku pun diam je.... follow je mana dia pergi...

dah habis ronda jalan pasar... kami ke kedai Foto Selangor kat Pertama Kompleks... nak tukar sd card yang kuar SD Card Error....

then kami pun balik rumah... belum naik rumah... aku teringat nak cari alas meja....ajak lah encek suami ke PJ Old Town...

"abang busy laaa... lepas ni nak gi servis kereta... esok dah nak ke Kerteh...."

aku pun... pergi sendiri... konfiden kan.... dalam beg berbondon bondon ni ada kunci rumah....

aku lupa yang aku sandang ni beg dia... beg aku, aku tak bawak...

makanya... segala duit. segala kad bank debit dan kredit tak bawak....

konfiden lagi.... tak nak lah gi PJ Old Town... konon nak beli something kat JJ Mid...

sekali hampeh... time nak bayar... kad tak de.... haru biru tidak lah... nasib baik aku kensel nak beli dish drainer. nasib baik jugak lah.. aku dapat pow RM50 kat encek suami tadi...

aku just bayar alas meja je....

then aku gi MPH...

takkan nak balik rumah. kunci bukan ada. aku lepak MPH... banyak gak novel novel melayu di keluarkan...
sekali aku nampak satu buku.... aku pun rembat satu... then aku nampak lagi satu buku... rembat lagi....

aku ni pelupa... mana ada bawak duit banyak kan.... aku pun letak balik buku buku tersebut.... adoi lah....

ni duk lepak cybercafe...

apa nak buat.... tension aku. baru rancang nak kemas rumah hari ini. tergendala!!!

Saturday 24 November 2012

putus sudah

sedihnya hati...
seperti termaktub terputus sudah...
kau mahu melepaskan D90...
hanya semata 650D...

sebelum berkira kira...
berkali kali memujuk...
beralah jua demi akal...

kini setelah termiliki
beralih pula angin

betullah...


waras kadang datang menggila...
seronok kadang datang meratapi...


letakkanlah sabar itu tanpa had.

Wednesday 14 November 2012

Mingguan Wanita : Wanita yang menyakitkan kepala


Petikan perenggan kedua terakhir :
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila dia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan dia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya."

#sempena nak maal hijrah esok
nak jadi isteri yang tidak menyakitkan kepala suami pada kadar yang menurun..
kalau statistik tahun ini tinggi... maka tahun esok... nak turun kan sikit... azam maal hijrah... :)
nak terus azam TIDAK tu agak sukar sikit... sebab akan ada kepelbagaian ragam manusia bergelar isteri yang membuatkan kepala suami sakit...

#lumrah#peace no war*

Tuesday 13 November 2012

1MCC ke 1MOCC?

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121113/dn_04/1MOCC-lonjak-sektor-awam

PUTRAJAYA 12 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Pusat Panggilan 1 Malaysia (1MOCC) yang dilancarkan hari ini mampu melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara dan tidak ada tolok bandingnya.
Menurut Perdana Menteri, pelancaran perkhidmatan berpusat yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun itu juga merupakan satu pencapaian di luar jangkaan dan mungkin tidak terfikir, tetapi hari ini menjadi kenyataan.
Katanya, menerusi 1MOCC, semua operator kementerian, agensi kerajaan dipusatkan dengan satu nombor telefon sahaja iaitu 03-80008000 untuk membolehkan rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan.
"Pusat ini beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun, termasuklah pada hari cuti umum," katanya ketika berucap melancarkan 1MOCC di sini.
1MOCC diterajui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dengan penyertaan Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Putrajaya dan TM selaku rakan strategik.
Lima saluran komunikasi iaitu telefon, khidmat pesanan ringkas, faks, e-mel dan media sosial menjadi platform untuk rakyat menyalurkan apa sahaja kemusykilan atau cadangan.
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03 8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.
Fasa perintis 1MOCC melibatkan 21 agensi kerajaan merangkumi Jabatan Perdana Menteri dan agensi di bawahnya, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Berikutan pelancaran 1MOCC, Perdana Menteri mahu inisiatif tersebut disokong dan didokong sepenuhnya oleh semua kementerian serta agensi kerajaan atas semangat satu entiti.
"Ini bukan kerja MAMPU, ini bukan kerja Jabatan Perdana Menteri, ini bukan kerja Ketua Setiausaha Negara tetapi ia adalah tanggungjawab bersama.
"Oleh itu, marilah kita bersama-sama atas semangat untuk menggalas amanat rakyat dengan tujuan bahawa inilah yang dikatakan rakyat didahulukan," katanya.
Bagi memastikan rakyat terus memandang tinggi sektor awam, Perdana Menteri berkata, para penjawat awam perlu berusaha menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi jangkaan dan persepsi mereka secara keseluruhannya.
Katanya, untuk itu kakitangan awam mesti menggunakan keupayaan berfikir secara inovatif dan kreatif dalam mencetuskan idea yang lebih unggul dan hebat supaya perubahan yang dilaksanakan benar-benar mengubah persepsi rakyat.
"Setakat ini, kita telah mencapai kejayaan apabila berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-12 dalam kalangan 185 negara ekonomi dunia dalam penarafan pelaksanaan perniagaan oleh Bank Dunia pada Oktober lalu.
"Lonjakan yang begitu meyakinkan ini meletakkan kedudukan Malaysia mengatasi negara-negara maju seperti Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland,'' katanya.
Lebih daripada itu, menurut Najib, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita kini telah mencecah AS$9,700 (RM30,290) setahun sekali gus meletakkan Malaysia di selekoh akhir mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.
Pada majlis itu juga, Perdana Menteri mengambil kesempatan mencuba sendiri perkhidmatan terbaru itu serta memuji keramahan pegawai khidmat pelanggan 1MOCC.
Beliau yang mengajukan masalah kehilangan MyKad kemudian diberitahu mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggantikan dokumen tersebut.
Najib bagaimanapun mengakhiri perbualan bersama pegawai khidmat pelanggan 1MOCC dengan memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 akan dijalankan tidak lama lagi.
"MyKad saya sebenarnya tidak hilang dan saya perlu menggunakannya untuk mengundi tidak lama lagi," katanya.

SKYFALL - 007


bintang nak bagi : 3 out of 5... sebab tak de unsur  suspen. aku siap tidur. hahaha. start movie 1230 pagi. aku terjaga jam 1 pagi. best sangat duduk couple seat. selalu anak anak ikut.  kali ni berdua aje. nyenyak sekejap.

Synopsis

Daniel Craig is back as Ian Fleming's James Bond 007 in Skyfall, the 23rd adventure in the longest-running film franchise of all time. In Skyfall, Bond's loyalty to M is tested as her past comes back to haunt her. As MI6 comes under attack, 007 must track down and destroy the threat, no matter how personal the cost.
http://trailers.apple.com/trailers/sony_pictures/skyfall/




Lirikan Alam & Setia Alam

930 pagi... ehem ehem kejutkan aku... (nampak sangat aku tak bangun pagi buat sarapan)...
ehem ehem kejutkan aku suruh mandi... dia nak ajak gi sarapan... lepas tu dia ajak temankan dia gi survey barang... aku pun siap lah...
*kelamkabut

sementelah dia baru balik dari jogging... aku biar lah dia lepak ngadap PC dan segala forum, segala grup dalam dunia fotografi & videografi dia.... aku ingat dalam jam 10 pagi dah boleh la nak gerak kan?! hmmm
*dalam hati berdoa supaya cepatlah dia siap

sebelas lebih kot baru nak start FZi. nak marah tak boleh, nak buat muka empat belas pun tak boleh. (dalam hati nak pow, kena lah manis je muka ni kan)....
*senyum

memula gi kedai jual barang canon kat SS15 Subang. TUTUP... then kami nampak gerai makan tepi jalan. singgah melantak. rojak ngan cendol. apapun aku nak cakap. rojak ngan cendol kat tepi kubur kat bukit cina melaka laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi sedap!
*rindu


lepas makan dan minum, kami ke sunway pyramid... ehem ehem nak suruh aku test barang... supaya aku dapat gambaran apa yang dia nak... dan dia tunjukkan perbezaan antara Nikon D5100 dengan Canon 650D. kenapa nak amik Canon 650D? Nikon D90 dah ada 2 unit. Nikon D5100 ada 1 unit. Nak buat apa lagi kan?... sejak akhir akhir ni dapat job video untuk behind the scene... sebab tu dia nak guna... untuk rakaman di lokasi...
*tunggu payment

lepas tu kami lepak Starbucks. sambil tunggu kawan aku. aida. rakan sekolah aku sedari tingkatan 1.hakmal ada nak bincang dengan dia... pasal apa entah. aku apa lagi sempat tidur.
*letih

lepas tu aku ngan aida nak gi main bowling kat Setia City Mall... maka ehem ehem aku meneruskan agenda dia.
*pow berjaya


*klik gambar untuk paparan lebih besar

Setia Alam

GPS - Garmin
si aida. ada GPS... hahaha... katanya beli ni semasa bercuti ke Terengganu. Katanya malas nak susah kan orang lagi tanya lokasi A di mana, dan arah hala tuju ... makanya aida beli.
*macam nak cari satu je...

Sampai Setia City Mall, aku nampak kedai cermin mata... aku masuk terus tanya servis cuci cermin mata. ada. memang kompem ada lah kan.... hahaha... buat buat tanya... walhal dah tau... then aku beli kain kecik cenonet dengan spray untuk cuci cermin mata... lapan ringgit malaysia beralih tangan.
*Free untuk cuci cermin mata



dah tu.. kami gi main bowling... aida amik bola tulis 10, aku bantai 12... main 3 game. sakit? memula tak sakit. dah lama-lama... sakitlah.... 33 tahun hidup... ni kali ketiga aau keempat aku main.... campak je lah... yang tergolek ke belakang pun ada.. hadoooooi!....
permulaan....bermain bowling.... malas lah nak up keputusan akhir.
*main campak je


aida dah biasa main... siap jampi serapah dulu sebelum baling... hahahaha.. aku main campak je... tak de nye nak bazir masa, nak aim bagai... hati aku bukan nak main bowling... aku nak karok! ahhaaaa... tak kesampaian gak.. sebab dah janji temankan dia main bowling....
*layan dan aku pun dah naik malas nak taip... daaaaaaaaaa

strike aje minah nie.

lapang!

Chatime

saya suka Cinnamon Sugar ini.

Sunday 11 November 2012

suara tak kuar!!!!

memalam.. bila sorang sorang... aku dengar lagu.. then aku menyumbangkan lagu... daripada lagu sedap di dengar jadi tak sedap... sukahati. enceksuami dah biasa. so. dia pun buat noheng. : |

ni tengah dengar lagu Laila Namamu Teratas... kan best dan terharu kalau letak nama Azila... namamu teratas!!!

suara tak kuar daaaaaaah. dah agak.. mula dengan batuk diikuti muntah muntah... (kelmarin muntah depan kawan)... urut dada kawan sebelah... tak leh kontroooooooooooool.... dah mintak izin dah dengan RTFM nak PRB... dia kata tak boleh... aku pun muntah je lah kat dalam tong sampah... BIAR! dah minta izin pun tak boleh. kalau boleh nak je muntah kat muka dia. tapi. kan kita ni sama sama kerja. dia buat kerja dia. nak marah dia buat apa. dia tak bagi kita buat cara yang mampu. amik tong sampah. letak tepi.. rasa nak muntah.... muntah je kat tong sampah... boleh kan yang tak boleh.

hari ni.... tekak dah rasa lain... hidung pun dah mula bersin bersin...

achoooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!

tadi ajak encek suami gi karok esok... dia tak nak.... mmm.... nak merajuk lah.
dia banyak keje.. mmm

anak anak kat kampung... belum habis sekolah maksu dorang dah standby nak amik....
amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik lah....

nak gi karok dengan siapa eh?... mmm
tapi suara dah serak serak dah ni... cemana.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
hidung pun dah berair... mmm....


#i m i s s y o u b o t h




Terowong Gelap & Bunga Hutan



Bunga hutan. aku tak pernah pulak nak ambil tahu bagaimanakah rupanya bunga hutan itu... bila google... macam macam koleksi ada... apa pun aku suka dengan lagu Zapin Bunga Hutan. Mula jatuh cinta dengan lagu ni masa join Tarian Cuti Cuti 1Malaysia pada tahun 2009... 6 Disember... di dataran merdeka...

entri terdahulu ->>>>> Tarian Cuti Cuti 1Malaysia

:)

tak kenal :)

aku pakai baju kuning!
Terowong Menora
gelap tak terowong ni kalau tak de cahaya? mesti lah! kalau tak da cahaya.. mana nak terang. ceh! tu namanya tak de idea nak post apa.. yang pasti nak post gambar.. hehehe

Thursday 8 November 2012

Karai - Mencari Kundas

28 Oktober 2012
pagi pagi siap nak ke Karai...
nak cari Kundas katanya...
tapi bila sampai Karai, kundas yang dicari telah habis
lain kali kita cari lagi ye...

kat mana Karai ni?
Karai terletak di negeri Perak... dekat dengan Kuala Kangsar...

Karai merupakan sebuah pekan di tepi tebing Sungai Perak, Perak,  berhampiran dengan bandar Kuala Kangsar dan Sungai Siput.
Nama Karai telah wujud dalam peta-peta lama negeri Perak berbanding dengan bandar-bandar lain di Perak atau Malaysia. Ini mungkin kerana jalan sungai menjadi nadi utama pengangkutan ketika itu untuk mengangkut bijih timah.

Sungai Perak

POS Malaysia - Enggor

Pekan Karai

Kundas ada di sini

LAU YEW CHEONG - kedai barang RUNCHIT

uncle getah skrap / getah buku

nasi lemak - pengganti kundas


uncle getah skrap lagi

getah skrap

PerakTransit
#layan lagu malam malam itu biasa.

Sunday 4 November 2012

Sengkak!!!


melayan perut yang sedang meragam!!!
sengkak untuk minggu ini sahaja... dah 2-3 kali...
apa pulak meragam perut ni...
nak kata PMS belum lagi... jauh lagi tarikh due...

duduk pun terasa sakit, baring pun sakit...
malasnya nak layan rasa sakit ni...
amik minyak angin Yu Yee cap Limau...

sapu kat bahagian abdomen bawah sambil urut ke atas...
harap harap lega...

sengkak...
mungkin si angin tu tengah jiwa kacau...
terperangkap dalam jerat sendiri...
tak tau nak keluar arah selatan atau arah utara...
gatal minum teh... ha kan dah kena!!!

sebelum ni gatal makan kue teow...
dah tau kalau perut kosong, then makan kue teow akan menyebabkan sengkak... makan jugak!
sengsara! azab! duk guling guling tau pulak menangis!

bila lupa...
tak sedar diri.. minum teh time perut kosong...
merana malam ni...

mode tuam perut dengan seterika!!!
kuar lah duhai angin...

oh sengkak!



Friday 2 November 2012

Mereka Penghibur

sampai aje rumah jam dah 12 malam. tunggu si adik rakan sekerja... dia pulak balik dulu.
"awat lama sangat ni shila?"
"dulu aku kerja dekat watsons gak. rasanya kul 11 dah kuar pintu dah... ni dah kul 11 lebih dah ni"

bermula episod resah gelisah kan. dah lah balik lewat. takut encek suami marah aje.

apapun sampai rumah jam 12 kot...

bukak pintu... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
anak anak aku bagi aku homework...

tak dan lelah di hela...
terus kemas. serabut kalau tak kemas.
semua kertas A4 dan blok lukisan.

sonic aje...

# sebelum pergi kerja #
"ibu, haziq nak pensel warna baru..."

tapi.. bila kemas.. banyak je lagi pensel warna nya.. kenapa nak beli baru ye
apapun aku tersenyum melihat lukisan anak anak.
pun banyak kali minta mereka lukis gambar ibu... tidak tertunai-tunai...
ibu tetap bahagia melihat hasil kalian
daripada penat dan naik baran.. terus merudum sejuk dan seronok mengemas.










#nota tiada kaki
balik rumah agak lewat. lagak anak dara keluar bersama rakan sekerja. keluar makan sahaja. birthday dia di hari pertama bulan november. mengenali beliau, ada cerita yang mematangkan fikiran dan melembutkan jiwa. apapun yang terpendam biar di dasar hati. simpan. kalau ada pun tercerita, biarlah yang terpilih. kan.

* drama swasta di pagi buta!

Thursday 1 November 2012

satunovemberduaribuduabelas



Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus

Lindungilah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta seorang wanita
Itu saja 
 _______________________________________________________

dah satu november. bulan depan dah disember. nak pergi singapura ke nak pergi bandung, tapi si keciq dah amik nama aku nak gi singapura... belasah je lah... 30 hari lagi nak masuk disember. debar lak nak jalan jauh.. eceh.  tak bawa suami dan anak anak. sebab... encek suami ada aim lain. anak anak pula, mak mertua dah berpesan, cuti sekolah nak jaga cucu...dah janji dengan mak mertua ni... tapi.... belum cuti sekolah, jauh lagi masa nak menghantar dah rindu. dah rasa sedih apa kes? hmm...

[jengah sekejap mereka berdua di bilik... lenanya tidur anak bujang ibu... ]

dah tua-tua join budak-budak opis gi jenjalan kan?! hahaha... tak kira tak kira nak pergi jugak. adegan merajuk mengada-ngada bersama encek suami akhirnya membuahkan hasil dengan persetujuan daripada encek suami sendiri iaitu memberi izin kepada aku untuk pergi singapura! POKAI? lantak lah. nak pergi jugak jugak.

[masa bercinta sibuk berdua aje]
[kawan kawan semasa kerja dahulu, sibuk buat aktiviti ; tak join langsung]
[ada je masa terluang, jumpa encek boipren/encek tunang samada di JB atau melaka atau KL]
[sekarang bila masing masing ada komitmen, pergerakan terbatas]

apa pun. terima kasih encek suami...
mode : ikat perut... sambil menslimkan diri... {ye ye je kan?!}

lalalalalalalaaaaa....