Wednesday 27 February 2008

naib johan pengujian minda kelat paya

"oh ye... yg ni pulak utk xillix... sbb mike jwb dlm versi omputeh... ekekeke... kenyit"


maceh kelat...

ikan siakap goreng sweet n sour

hari ini mood aku baik...
hari ini aku mengemas umah...
hari ini aku tukar langsir... sempena musim perayaan pilihan raya...
hari ini aku rajin...
hari ini aku masak ikan siakap goreng sweet n sour... nak resipi? klik sini:http://www.wanitakini.org/forums/index.php?showtopic=969

hari ini tidak semena mena... air tangki melimpah sampai ke siling dan menitik ke lantai...
hari ini aku panik disebabkan air itu...

hari ini...
aku belum jamah nasi walau sesuap...
aku hanya jamah yong tau foo (nasib baik tak muntah balik)...
aku tidak menjamah apa apa utk sarapan pagi...
aku ada terjamah roti sapu tuna mayonis...

hari ini...
AKU TAK MUNTAH macam semalam...
seksanya semalam... beginilah keadaan aku semalam... hui mak... seksa!!! muntah habis... selagi nasi n lauk pauk yang ditelan tak kuar balik... selagi tu aku terkurung dalam jamban!!!

Rasa nak terputus nyawa... aku lemah... longlai... hatta utk bangun juga aku tidak berdaya... kalau haziq ada, sure dia tgk aku and mengajuk... seperti yang pernah dilihat sebelum ini... huhu... i miss u sayang!!!



Thursday 21 February 2008

kek n eskerem...


oh kek... tekak ni teringin sgt nak makan... ada sesapa nak belanja xillix... post lah kat umah xillix... tolong tolong tolong.....

ais krim pulak... mc d cone sundae pun ok... teringin je....

Wednesday 20 February 2008

penantian 17 tahun

syukur alhamdulillah... akhirnya rumah yang di beli arwah ayah 17 tahun yang lalu siap juga akhirnya.... lega hati mak aku tu... lama betul dia menunggu... dulu tak silap aku pemaju dia emkay... terbengkalai... skang syarikat perumahan handle... bertukar pemaju rasanya...

rumah kos rendah je arwah ayah aku beli dulu... keje gomen... pemandu jer.. itu yang mampu di beli... syukur sekali lagi...

mak tu tgh sibuk nak amik kunci lah tu... dia dah tak sabar nak tgk tinggalan kenangan yang tak sempat di diami arwah...


‘Syukur rumah siap’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

KAJANG: “Syukur alhamdulillah, penantian kami selama 17 tahun untuk mendiami rumah sendiri akhirnya termakbul, walaupun terpaksa menderita selama beberapa tahun lalu.

“Kami sekeluarga berasa lega selepas kerajaan sedia membantu membina semula projek ini...kalau tak kami tidak tahu bagaimana nasib kami,” kata Rafidah Ismail, 51, antara 792 pembeli rumah Taman Kantan Permai di sini, yang terbengkalai sejak 17 tahun lalu.

Beliau berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan khususnya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menyiapkan rumah yang terbengkalai itu serta tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru tidak lama lagi.

“Saya dan suami, Abdul Malek Sharif, 57, serta anak-anak seronok dapat tinggal di rumah sendiri dan tidak perlu menyewa rumah lagi,” katanya selepas ditemui di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai taman berkenaan di sini, semalam.


Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Dahalan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman; Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor dan Pengarah SPNB, Datuk Mohd Amin Mohd Salleh.

Mokhtar dalam sidang medianya berkata, SPNB membelanjakan RM17 juta untuk meneruskan projek yang terbengkalai itu membabitkan 792 unit yang merangkumi 621 rumah teres dua tingkat kos rendah dan 171 rumah teres kos sederhana di atas tanah seluas 40.612 hektar.

“Projek ini yang terbengkalai sejak 1992, mula dibaik pulih SPNB pada April 2005. Selepas dua tahun menjalankan kerja membaik pulih, akhirnya ia disiapkan dan MPKj menganugerahkan Sijil Layak Menduduki (CF) untuk rumah berkenaan pada 19 Disember tahun lalu.

“Kami mempunyai 11 projek terbengkalai merangkumi 3,376 rumah di Selangor sudah dibaik pulih dan menerima CF manakala 23 projek lagi yang merangkumi 11,551 unit masih di peringkat kelulusan dan pelaksanaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, 138 projek pelbagai kategori di negeri itu masih terbengkalai sehingga Januari lalu membabitkan 36,562 unit kediaman, komersial, industri dan pembesaran kampung.

“Daripada jumlah, 101 projek kediaman membabitkan 30,090 rumah, komersil 23 projek (2,208 unit), industri empat (682 unit) dan 10 projek pembesaran kampung (3,582 unit),” katanya.

“Kami juga mendapatkan pemaju yang lebih besar untuk mengambil alih projek terbengkalai seperti SPNB dan anak syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Katanya, walaupun pelbagai bantuan diberikan, pihaknya lebih berhati-hati kerana perlu mendapatkan persetujuan pembeli sebelum menyerahkan projek terbengkalai kepada pemaju baru.

“Proses ini memerlukan perjanjian baru antara pemaju dengan pembeli. Perjanjian baru ini mestilah tidak menjejaskan hak pembeli seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Jual Beli (SNP) terdahulu,” katanya.

shuffle dance

anak aku yang baru setahun 6 bulan dah ketagih nak ikut gaya tari shuffle... makcik makcik dia lah ngajar nih... kemain happy si haziq mengangkat kaki nak menari... berpeluh peluh menari n sampai terjatuh jatuh sebab seronook sgt!!!

The Melbourne Shuffle is a style of dance, which originated in the late 1980s in the Melbourne underground scene. The movements are typical jazz dance steps incorporated with a modern twist.

Tuesday 19 February 2008

tag ...bukan name tag

tag... tag.... tag....

The Rules:

  1. Link to your tagger and post these rules.
  2. List 8 random facts about yourself.
  3. Tag 8 people at the end of this post and list their names.
  4. Let them know that they have been tagged by leaving a comment on their blogs.
tukang tag:::: http://www.babyku.net/

the list: 8 random fact about myself::::::::

  1. i am a woman
  2. i am a wife
  3. i am a mother
  4. i am a cancerian
  5. i love cake!!! yummy chocolate indulgence!!! miss it....
  6. i love dancing very very much... but then the dance style is up to me wherever i want it be!!!
  7. i am 155 cm tall
  8. last...erm erm erm.... i love my family!!!
the list: 8 people to be tagged

  1. http://abeming.com/
  2. the rest to be edit later...

the test

peperiksaan: PTD M41
pusat peperiksaan: 0136 Institut Profesional Baitulmal
tarikh peperiksaan: 16/02/2008

>>>>>>>>>>>> memula nak gi test... malas nyeee nak pergi... tapi pergi jugak.... bergerak lah aku ke KL dengan menaiki bas transnasional 2 tingkat...bas gerak jam 4 petang... tiba Pudu dlm jam 6 .30 petang... sampai umah mak aku jam 7.30... naik bas u68...menyelusuri jalan brickfield yang jem... (ni kat area KL Sentral...mak oiii lautan manusia).... then....jem tuhhhh kat federal highway... ditambah lagi dalam keadaan berdiri, tetapi port aku lepak tak dihimpit himpit... cuma nak turun bas punya lah seksa... packed!!! kalah sardin dlm tin....

dalam bas tak banyak isu... cuma ada makcik indon borak ngan brader sebelah dia... "saya dari jawa langsung terus ke melaka nak ke kuala lumpurrrrr.... bas ini ada bilik air enggak?... mahu buang air...." ini tak kisah lagik.... sebelum tu.... dia lunjur kaki kat tepi tingkap tempat duduk aku... kurang ajar... angin jugak memula tu.... tapi.... may be makcik tu lenguh kaki, maklum aje duduk kat seat belakang kan...

di hari berikutnya:
baju semua dah ready, stationaries pun dah set... tapi bila pikir nak naik bas kat mana aku jadik malas nak pergi... rapid KL ada U ada T... leceh... nak suruh angah anta malas, n tak mau nyusahkan dia... tup tup mak aku kol angah suh anta aku jugak!!! he he... n mak aku terkejut tgk aku siap cepat... semua dah siap cuma malas nak naik bas je... ngeh ngeh ngeh.... angah aku pun fetch aku pergi dan balik... maceh angah... dia kesian kot tgk aku naik bas dengan keadaan aku yang mual mual... tu yang dia hantar... lagipun mak ckp mmg dia nak anto aku... ngeh ngeh ngeh... aku je yang jual mahal....

di waktu peperiksaan:
seksyen sahsiah: OK
bahagian 1 seksyen A:PENGETAHUAN AM PENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

antara soalan yang di tanya:
pulau mabul? negeri mana?=sabah
nama lain bagi pulau batu putih=pedra branca
Piala Thomas...=sir george alan thomas
erm...erm...erm...
apa lagik yek?

senator kurang upaya yang pertama=ismail salleh
iklaniklan internet:aku jawab adware...
pasal komputer...aku leh jawab...
siapa yang kalahkan nicole david... aku jawab natalie grinham...

ntah betul ntah tidak lom sempat cek jawapan kat google...

peh tu yang bahagian 1 seksyen b.. he he sempat jawab 20 soalan je... huhu

bahagian 1 seksyen c d e... he he... goreng lah apa lagi...
c pemahaman...
d esei melayu: aku jawab pasal angkasawan kesan ke atas malaysia..lupa plak soalan
e essay english: aku jawab pasal technology and communication: affect to malaysian for the last 10 years.........

apa lah keputusan agaknya.....

Thursday 14 February 2008

nak exam

ha ha ha... nk exam baru nak baca buku.. dh lupalah pasal pemerintahan negara... dewan dewan dewan.... parlimen... perundangan... eksekutif... sape ada tips nak lulus PTD nye test ... meh lah bitau cek... tiap tahun apply...tiap tahun gi test.. asyik fail je...

balik liam 06/02/08 - 10/02/08

ye ibu...ajiq sibuk lah nih... nak tolong ayah n mak ngah n pak ngah, mak usu tanam nanas kat belakang umah nenek ni... ibu ni malas lah.. asyik duk je... nape tak nak tolong... eh lupa plak.. ibu mabuk rupanya.... tak pe ibu duk je k!!!

menebas semak samun di halaman rumah....kesian hakmal sesekali balik liam kena menebas pulak... tak pe lah abang... ni aktiviti riadah jugak nih....

IPB

hari sabtu ada test... di sini lah lokasinya...

Kemudahan Pengangkutan Awam
- 5 minit dari STAR LRT Taman Maluri
- Bas Rapid KL bernombor 329

menu hari ini

appetizer:
keropok lekor (maksu hakmal bawak dari bangi... lupa nak goreng semalam...sebelum busuk meh kita makan)

main course:
nasi putih
sambal udang
sayur salad

beverages:
laici (tak sedar ada lagik stok)

*****malas nak snap...peh tu nak upload lagik...aku=pemalas*****

malas bermalas-malasan kemalasan

kenapa aku jadik macam ni... apa dah jadik dengan aku... kenapa aku malas sangat nih... dulu tak macam ni... sejak dua menjak penyakit malas menyerang... tak boleh jadik.. kalau dibiarkan sure badan aku ni manja dengan kemalasan... tak pe... rumah ini akan ku setelkan sebentar lagik... biar lah aku cari ubat yang boleh mengembalikan mood aku yang dulu nye perajin... ha ha ha... gelak seorang diri... memang aku rajin... mak cik yah ke pasar hari ini... aku sempat mengirim udang setengah kilo dengan sayur salad utk juadah tengahhari nanti...

asyik makan kedai je.. mana duit tak habis... kalau aku amalkan amalan berjimat, pasti duit yang dulu nye tak pernah disimpan... kalau disimpan sekarang pasti akan menggunung... jom kita menabung... asb pun dah lama tak berisi... wawasan pun tara tu jugak... sesiapa yang kaya... dan banyak duit... di alu alukan untuk menabung dalam simpanan saya... wahaha...

hari tu gi tgk umah... nak beli umah... takkan nak menyewa aje kan... umur dah makin bertambah, lagi ditunggu lagi mahal harga tanah dan rumah... jalan jalan tgk rumah... berkenan yang satu ni.. ala bali katanya... cantik!!! aku nak... tapi duit tak ada... harga... RM 185k tuhhhhhhhhhh.... 24 x 70 tuuuuu..... bulan bulan seribu tu.... mana nak korek tuuuuuuuuuuu....

semalam call pemaju lain plak.. umah 22 x 65 ....harga dalam 92k utk bumi.... lum tgk lagik umahnya... tu kat kawasan airport batu berendam.....cam crowded lah pulak... tinggal 2 unit je...

memandangkan aku belum dapat kerja lagi... biarlah dulu kan...

semalam gi ancasa hotel kat MITC... mintak sales coordinator... filled up pulak... yang ada receptionist.... tak kisah lah... bukan nya susah... smile.... pleasant... bosan tol ...

hari sabtu ni ada test SPA pulak... utk jawatan PTD... malasnya........ nka pergi ke tak nak?...

Tuesday 5 February 2008

aku punya hilang... yang ada hanya ini


aku tau ada org dengki... aku nak letak gambar aku nye... cover magazine cleo... n marie claire... ada org delete nih... hari tu ada... tau tau je kita nak letak kat sini... dia delete nih.... hish... amik kita letak gambar dia... padan muka!!!

Rahsia Airmata Wanita

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


perhargaan kepada:kopioais

bosan!!!

ya Allah... hari ini aku betul betul di selubungi kebosanan... esok baru si hakmal balik dari berkursus.... bosan kan..duk rumah seorang diri... nak balik KL... hakmal tak izinkan.. katanya balik bersama...

patutnya hari ini ada kelas memandu... tapi pengajar aku ada kelas modul 6 jam pulak... terpaksa batal.. ingat nak kuar ah lepas belajar memandu... konon nak ke town.. ambil angin...

entah apalah yang si hakmal buat sekarang ye... dia ada kursus kat INTAN Kluang, Johor... 3 hari bermula semalam... kalau kursus terus dapat tetap bagus jugak.... amin... amin... amin....

ha baru aku teringat pasal bos dia... suka hati aku nak cerita... ada ke hari cuti sesibuk alam bos dia kol anto sms... dah nak tengah malam pun bos hakmal sms dia... bila tak return kol o sms dia ty... kredit lagi ke yang menjadi alasan... kalau aku jadi hakmal... aku off kan aje mobile phone tu waktu cuti... bos hakmal nih tak de family ke yang nak diutamakan... ye aku faham.. kerja is kerja... tapi yang aku hangin satu badan... tetengah orang tidur... mobil itu berbunyi... bengong...

ni bila dah aman... bosan pulak... cepat lah hari esok... cepat lah masa berlalu... tak sabar aku nak balik KL nak tengok Haziq...

Monday 4 February 2008

tag tag tag

kali ini si kelat tag aku lagi... ho ho bagus.. 5 links favourite...

Rules untuk listkan favorite link :

1. MUST be clean. No X-rated sites.
2. Only FIVE links.
3. MUST tell 5 people.
4. A link back to the person who tagged you ;)
5. An active link plz.

Masa ujian JPJ nanti

on the road nanti

  1. masuk kereta...
  2. betulkan tempat duduk
  3. betulkan cermin pandang belakang dan sisi kiri dan kanan
  4. pakai TALI PINGGANG...jangan luap yang ini puan!!! dah biasa jadi mem ah!
  5. periksa gear... mesti dalam keadaan bebas
  6. hidupkan enjin
  7. anggap cermin kereta yang depan yang besar ni kotor... cuci dulu... test ah pancutan air dan juga pengelap (wiper)
  8. ready nak bawak kete nih...
  9. guna isyarat lampu/tanagan
  10. lampu isyarat kena ikut..mandatory
  11. kalau ada tanda berhenti...berhentilah!! kat simpang tu
  12. guna brek kaki dan tangan dengan betul dan keadaaan yang betul
  13. jangan nak lelaju kat jalan ye
  14. dan patuhi lah apa yang disaran dan tidka disaran...
  15. k

cara cara memandu...

the intro...
hari ini... aku gi kelas memandu (alah yang 8 jam bayo RM350)... untuk ke proses dapat P... pengajar aku... en zaha... huh! letih ek kaki... main main kaki tadi... tapi aku stil lemah nak bagi otak n kaki secara auto tau.. oh ini pedal brek ini pedal minyak... lemah sgt yang ini... sampai tadi masa bawak kete dari tempat sekolah memandu MSDC tu... sampai ke umah.. nak cite lah sikit nih... kat depan sek rendah demang hussein aku tertekan minyak... hoho.. patutnya aku nak tekan brake!.. nasib baik en zaha paham aku... dia tak marah.. tapi yang ah seng masa modul 6 jam.. macam haram je ajo... tak kasi aku rosakkan kete dia... apedaaaaaaaa...

ingat zila! en zaha tak marah... tapi kene waspada lain kali tau! hurmm...

kelas start jam 9 .. tapi en zaha amik lewat... tak pe... ada kesesakan jalan kat simpang JPJ... hurm.. so tadi.. selepas en zaha settle dgn anak didik memandu dia yang nak amik pra test dia suh aku bawak kete... dia nak tgk mana kelemahan aku... memula takut... bawak je lah... dah cikgu suruh... so aku pun bawak lah... bawak punya bawak... boleh lah... ada gak yang aku gagal kawal stereng.. tapi en zaha cakap... aku dah boleh bawak... cume kene polish lagik... ayat nak motivate aku lah tu.. bagus en zaha ni...

3 penjuru...
ini senang... tapi nak pusing stereng habis... mak aih... seksa tangan....
jalan terus... kiraan tiang ketiga... belok kanan...berhenti... peh tu msauk gear reverse... peh tu pusing stereng ke ke kiri habis.... peh tu lepas clutch perlahan lahan... anak panah straight kat kita... stop! peh tu tukar gear satu... peh tu pusing habis stereng kuar kotak.. peh tu naik bukit...

belajar naik bukit...
ha! he he he... ini aku fail selalu... tapi ada jugak yang berjaya... cemana ek...

  1. Pastikan kedudukan kereta dalam keadaan tegak
  2. Stereng dalam keadaan menegak juga…
    Pastikan gear satu... sebelum bergerak...
  3. Pastikan pandangan dan penglihatan menuju kearah tiang pertama
  4. Tekan sedikit minyak…
  5. Mula melepas clutch perlahan-lahan
  6. Kereta bergerak…
  7. Tekan lah minyak seberapa yang patut…
  8. Agak agak side mirror kanan selari tiang pertama…
  9. Ready untuk berhenti…
  10. Tekan clutch dan brake perlahan lahan
  11. Dan pastikan roda hadapan di tengah tengah kotak kuning…
  12. Tarik brek tangan…
  13. Angkat tangan
  14. Tunggu kata JPJ suruh jalan
  15. Jalan…
  16. Senang ek nak jalan…
  17. Masuk gear satu…
  18. Lepas tu tekan minyak sampai no 3..menten
  19. Lepas clutch…perlahan lahan…
  20. Lepas hand brake!!!
  21. Ha kan senang!!!
sekarang...
side parking / masuk belok...
pening maaaaaa... kiri kanan kiri kanan..... meh kita recall balik...

kenderaan masa ini dalam kedudukan ke hadapan daripada tiang nak kita rujuk

1. Masukkan gear reverse

2. Gerak mengundur hingga nampak tiang pertama di bucu cermin segitiga belakang…henti perlahan lahan…

3. Dalam keadaan brake dipijak, dan clutch ditekan…

4. Pusing stereng ke kiri habis…

5. Lihat cermin sisi kanan

6. Undur kereta dengan kiraan tiang ke 5

7. Berhenti

8. Pusing stereng ke kanan 2 pusingan dengan merujuk keadaan stereng T

9. Undur ke belakang rujuk side mirror kiri tiang no 2

10. Stereng ke kanan habis

11. Masuk petak

12. Berhenti dan tukar gear 1

13. Setreng dalam keadaan tidak berubah…

14. Keluar kotak

15. Dalam nak keluar kawal stereng ke kanan

16. Berhenti d tiang no 1

17. Side mirror di hadapan..tiang belakang

18. Pusing stereng ke kiri habis

19. Peh tu lupa..

20. Esok aku belajar balik…

Sunday 3 February 2008

hati yang terluka

"aku selalu mengingatkan diri aku sendiri.. selalulah belajar daripada setiap kesilapan dan bukannya dari kejayaan.. kerana setiap kejayaan itu merupakan penutup setiap pelajaran.. dan kita akan mula kembali belajar pada langkah pertama didalam mencari pencapaian dan mengejar impian.."

petikan di atas ku ambil daripada penulisan Yang Pengasih Yang Penyayang.... aku suka baca hasil tulisan dia... tak tau lah kenapa... dan sekarang aku rasa macam nak menggalakkan si penulis tersebut agar mengecimpungkan dirinya dalam dunia penulisan novel...

pening

hari ini aku betul betul dalam kebosanan... rumah malas nak kemas.. sejak haziq di KL, aku macam tak de selera nak buat kerja rumah... hilang daya keinginan ku... tengahhari kepala aku sakit sangat... pening... mungkin ianya sesuatu yang normal bagi mereka yang sedang hamil... selesau solat zuhur, aku sempat membaca surah Yasin... tenang kembali hati ini... alhamduillah... syukr kepada Allah... pening tu masih terasa.. tapi aku malas nak ikut kan sangat pening ni.. kang tidur pulak.. baik aku mengadap PC... buat apa yang patut...

sekarang aku dah tak membaca novel... tak de duit nak beli novel... sekarang aku lebih banyak membaca tentang maklumat dan nasihat tentang kehamilan... aku ada beberapa buah buku rujukan tentang kehamilan... satu tu Terbitan Darul Nu'man... Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi.... buku ini amat berguna buat aku... kerana terkandung doa doa buat bakal ibu yang melahirkan dan disertakan jua pilihan surah surah yang bagus dibaca bagi wanita yang hamil. Satu lagi buku terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh ustazah bahiyah... buku ini telah kuberikan kepada adikku...

takut
"nampak je lari lari"... pembetulan ye.. bukan takut... tapi untuk mengelakkan diri ini daripada bertembung angin dengan dia...dah lah bertembung muka asyik nak melarikan muka... bukan aku yang tak nak tegur... dah dia yang memaling badan... dia yang tidak menyahut sapaan aku... jadi buat apa jadi perigi mencari timba... hidung tak mancung nak disorongkan pipi untuk apa?... buat apa menambahkan ketidakselesaan dia... dah dia terposak posak tak nak pandang aku... baik aku tidak menunjukkan diri... kan itu lebih selesa, dan aku faham keadaan dia... dia tak suka.. entah apa lah yang tersentap... so aku yang terasa diri ini salah, buat lah yang sepatutnya agar dia berasa selesa... aman ... damai dan tenang... geram tau... angin tak de, ribut tak de.. tetiba hujan dah turun... eni angkat jemuran...

mengingati Allah
dengan mengingati yang maha esa... aku rasa lebih tenteram... aman jua tenang.... aku tidaklah sebaik mana...biarpun begitu aku masih mengharap agar setiap doa-doaku dimakbulkan Ilahi... aku terima paa jua ketentuannya, Dia lebih mengetahui tentang apa yang lebih baik untuk ku... meminta minta pada Ilahi, tapi apa yang aku dah buat untukNya aku tak ambil berat... kita sepatutnya kena lebih mengingati Nya...

ilmu hakikat???
bercerita tentang isu agama... aku ada seorang kawan... berkawan dengan seseorang dari masjid wilayah... nama terpaksa dirahsiakan.. aku takut kena manderam pulak! kawan aku ni cerita panjang lebar tentang org yang kononnya tinggi ilmu agama... kita bagi nama kawan aku tu A yang orang bertugas di masjid wilayah tu B... nak tau apa yang aku musykil...

si B tu bitau kawan aku, kalau dia kahwin ngan kawan aku si A tu, insya-Allah akhirat si B cover... kalau si A nak kawen dengan si B... tak payah pakai saksi, wali or bla bla... cukup bersaksikan Allah dan Malaikat... seram lak aku dengar... so kawan aku si A ni pun bidas lah... "bila masa nya aku jadi isteri dia kalau dah hanya bersaksikan tuhan dan malaikat"... peh tu si B yang konon betullah ilmu agama yang dia belajar tu...pun menjawab lah... "awak jangan risau... nanti bila bersama, saya hembus alat sulit tu jangan bagi mengandung".... seram aku dengar....bodoh ke?... sesat ke?... peh tu dia ckp ngan kawan aku dia kena kawin dua, sbb nak cover nafsu dia bila salah seorang datang haid.... hiiiii mak!!!! cam bangan je... mmg lah kan lelaki boleh kawen 4... tapi cara dia ckp tu macam apa ntah....

malas aku nak cite lagik.. cukuplah tu... kang aku kene manderam pulak... nauzubillah....

bersendirian...

malam yang hujan renyai renyai...
malam yang membasahi bumi...
haba yang hangat memanaskan malam ku...
tidak terlena...puas kupujuk mata ini...

berteman kan lagu angel of mine... dendangan monica
begitu mengusik minda ku malam ini...
terkenang.... terimbau kenangan

" When I first saw you I already knew
There was something inside of you
Something I thought that I would never find
Angel of mine

I look at you, lookin' at me
Now I know why they say the best things are free
I'm gonna love you boy you are so fine
Angel of Mine

How you changed my world you'll never know
I'm different now, you helped me grow
You came into my life sent from above
When I lost all hope you showed me love
I'm checkin' for ya boy you're right on time
Angel of Mine

Nothing means more to me than what we share
No one in this whole world can ever compare
Last night the way you moved is still on my mind
Angel of Mine

What you mean to me you'll never know
Deep inside I need to show
You came into my life sent from above (Sent from above)
When I lost all hope, you showed me love (Boy you showed me love)
I'm checkin' for ya, boy you're right on time (Right on Time)
Angel of Mine (Angel of mine)

I never knew I could feel each moment
As if it were new,
Every breath that I take, the love that we make
I only share it with you (you, you, you,you)
When I first saw you I already knew
There was something inside of you
Something I thought that I would never find
Angel of Mine

You came into my life sent from above (Came into my life, yeah yeah yeah)
When I lost all hope you showed me love (Boy You showed me love, uh huh)
I'm checkin' for ya, boy you're right on time (But boy your right on time)
Angel of Mine (Angel of mine, oh mine)

How you changed my world you'll never know
I'm different now, you helped me grow

I look at you lookin' at me
Now I know why they say the best things are free
I'm checkin' for ya, boy you're right on time
Angel of Mine"

di renung lama lama lirik ini...
ada makna tersirat..jua tersurat...
sama sama lah menghayati nya...
tak semestinya boyfriend...

for me ... lagu ini skang lebih dihayati sejak ada Haziq Amirul Haq...

haziq tak de...dia kat KL..rindunya... selalunya.. kalau dia dah penat main... and nak tidur... dia mesti bermanja ngan aku dulu... bergesel hidung... pandainya anak ibu nih... may be dia dah biasa kot... aku asyik gesek hidung dia je bila bermain sama... i miss u dear!!! really miss u... hari ini makngah (adik aku) bawak haziq gi main kat taman bukit jalil... ermmm seronoklah dia... dapat main! pastu malam pulak makngah bawak dia gi tesco! apa lah yang ajiq dah paw makngah ye...

ok lah.. ibu nak update profile kat adecco...

Friday 1 February 2008

berkira kira

ceti halal:
bank A
bank B
bank C

liabilities:

kereta
motorsikal
(dah ada kenderaan bermotor ni... erm.. lagi lah byk nak nyimpan...maintenance....)


rumah 1
rumah 2
(dah beli umah nak kene bayar cukai pintu, cukai tanah n bla bla bla...)



Simpanan:
Anak/anak anak
Sendiri
Keluarga

tabung derma..amal jariah jgn lupa

utilities:
elektrik
air
talian tetap
talian bergerak
internet

Dapur n entertainment n hospitality n decoration

... nak shopping bulan bulan.. nak shopping raya... nak shopping YES (year end sale)

shopping keperluan anak...susu, nappy... baju... etc....

ce korang kira berapa banyak wang yang diperlukan setiap bulan...???

jika seorang saja yang bekerja mana mampu... lain lah kan oh suamiku! itu gaji nya sebulan RM20K....

bukan nak mewah cukup sekadar pelengkap hidup dan selesa

nak tahu punca...

2007
november
4hb turun
5hb admit ward
10 & 11hb angah turun
17 & 18hb balik KL
23hb kene
30hb kene lagi
disember
1hb jasin - hospital
2hb mak da turun

mula mencuka hujung november... sbb apa aku kata gitu?... sbb masa makda turun melaka on 2nd dec 2007 aku sengaja ke rumah si orang itu... nak tanya kan daun kari... tau lah dia tak da.. tapi aku segan nak minta pada jiran "KS".. dah pasti tak da baru aku minta pada KS... mmm... sebelum hari yang mak da turun tu dia dah mmg tak bercakap dengan aku... senyap je.. masa aku gi umah dia pun dia cam tak layan... erm.. aku ingat tak kisah lah kan... peh tu aku aku lupa nak set kan dlm minda bila dia minta tolong laraskan saluran... masa tu je dia tegur aku..dia guna bahasa diri "aku" selalunya dia guna "akak" n ada satu lagi ucap terima kasih tapi main jerit je tanpa bertentang muka...tanpa bertentang mata... maknanya, kira nya... ahhhhhhhhhh!!!!!!!! tertekan ah macam nih...


ihhhhhhh tak suka ah!!

nak pindah nak pindah... nak pindahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!