Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Monday, 31 December 2012

jam 11 minit 23

tigapuluhsatudisemberduapuluhduabelas
tak lama lagi berganjak kita ke tahun baru dalam kalendar masehi. kalau kalendar hijriah kita dah masuk bulan Safar dan hari ini hari ke 17 kalau tak salah congak.. dan setelah meng"google" tak salah congakkan saya...

366 hari... siang malam silih berganti
rembulan matahari kadang ternampakkan di sianghari
tahun lompat empat tahun sekali
di hari terakhir kita dalam tahun 2012 hari ini

bila jiwa beralun lembut, nafas tenang menghela rasa
bila jiwa berombak kencang, nafas lelah mencari nyawa

hidup,
adalah lumrah...
adakala tenang dipermukaan, tapi di dasar siapa tahu ia bergelora
adakala girang di sulam tawa terlempar senyuman... tapi di dalam hati siapa tahu ia menangis
diri sendiri yang akan menentukan corak hari hari yang dilalui
apa ia gemar diperlihatkan sentiasa sedih, menagih simpati
semangat & kesabaran dalam hidup harus diamalkan

mati,
lumrah juga.
bagi setiap yang bernyawa

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185)


2012.




Saturday, 27 October 2012

Selamat Hari Raya Qurban 10 Zulhijjah 1433




Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah


hari ini... hari raya qurban. bergembiralah mereka yang berjaya menunaikan rukun islam yang kelima. 

oh yea... lepas solat jumaat kami balik ulu yam kejap. on the way balik ke jalan kelang lama, kami ikut highway plus... hujan lebat.. then ada satu kemalangan.. kilometer berapa aku tak tau...



#korban jalan raya... hati hati yea....



Wednesday, 10 October 2012

Rawak dan Kebarangkalian - berhubung kait

1

tempat kerja bersama rakan sekerja
ada seorang perempuan tinggi, manis melintasi kepulauan kami

Lelaki di sebelah kiri : wow... saya suka dia lah kak...
aku   : kamu nak kawen dengan orang melayu?
Lelaki di sebelah kiri : eh tak de laaaaa... saya suka perempuan macam tu, tinggi, cantik pulak tu
aku   : habis aku ni tak cantik lah?
Lelaki di sebelah kiri : eh akak dah tak fresh.. expired sudah.... hahaha
aku   : kurang assam jawa!!!


2

dalam bas metro
berhimpit himpit, akhirnya aku dapat duduk
dalam bas aku duduk. diam je. kepala pusing fikir rencah kehidupan.
*
masin
secubit garam dalam masakan, menambah rasa
secubit garam di tabur pada luka, menambah pedih

pahit
aroma kopi panas, sangat menyelerakan
tanpa gula, dan di bancuh pekat.... hitam warnanya...
biar lah pahit dan hitam itu di simpan buat peringatan

manis
manis manis si gula melaka, bukan manis si madu lebah....
hati hati bermulut manis

tawar
kosong.. air kosong memang tawar..
menepung tawar itu adat, hati yang tawar itu ada kemelut

masam
cuka... wajah mencuka lahir dari hati yang masam.... (aku tersenyum).... hati pun ada masam kan...

payau
ni aku tak tau nak hubungkaitkan dengan apa.... lelaki di sebelah kiri aku cakap...
payau umpama paya bakau.... haiiiiiiiiiiiiiiiih... gelak bahak bahak....
perempuan di belakang aku pulak... otak tak berapa nak sepusat... di bantai nya payau lain.... dah gelak ghairah pulak...
apapun - aku nak kaitkan payau dengan keadaan kalau kita demam... telan lah apa sahaja.... rasa payau aje kan...

kelat
kelat umpama kita makan buah-buahan yang masih bergetah...
kalau makan buah pisang... bila kita kopek kulit... diantara kulit dan isi, mesti ada getah... kan ada rasa  kelat... dalam kehidupan pun ada rasa kelat jugak kan.. tapi telan juga...

lemak
lemak berkrim di sukai ramai kan?

*
berbalik kepada cerita aku dalam bas... alkisahnya, semalam... aku sempat lah tertidur... bila dah tertidur... boleh pulak termimpi.. mimpi pulak barang jatuh... dan dalam mimpi tu aku terkejut, so secara langsung, aku pun terjaga dalam keadaan terkejut

hahahaha....
penumpang penumpang dalam bas... yang berada di dalam radius aku semua memandang aku....

*malu


3

lahabis lahabau... ni si erin punya ala kedondong punya kata berirama
"la habis dah.." dia jawab lahabis lahabau


4

lepak dalam bilik air... menangis. muntah. habis semua isi perut keluar.
ada bersuara "pregnant?"
aku :)
aku jawab "salah makan kot"
yang bersuara tadi bersuara lagi, "kalau pregnant apa salahnya... mana tau baby girl"
aku :) lagi
kemudian aku berbisik ke telinga yang bersuara tadi.



balik dari ulu yam... perut tak selesa... sapu minyak yu yee... lega.





Thursday, 2 August 2012

i am so ugly i cut my hair

hahaha... tetiba buat tajuk pasal hodoh dan gunting rambut... pada hal tajuk tu adalah bait bait lagu dari kumpulan Butterfingers yang berjudul UGLY... alkisahnye lah kan... hari jumaat aku gi kedai gunting rambut kat TESCO Scott Garden... aku just nak potong je rambut aku ni.. tapi si Hellen ni dok membebel suh aku cuci ngan blow... OK~ tetiba je aku jadi setuju... terbang RM35... dalam dia duk gunting, cuci dan blow... dia sibuk lak bitau petua itu dan ini... suh aku pakai conditioner lah... suh aku berdandan selalu lah... (nampak sangat kan aku serabai)... hahaha... aku tak pandai nak hias hias diri ni....

dan dan... dia suh aku lak buat rebonding.... alalalalalalala.... tak mau lah sampai nak rebonding... aku suka je ikal mayang mengurai ni... (eh?!)

Hellen cakap... tukar penampilan.... sempena nak raya... eh?!

aku cakap kat dia Khamis 2 Ogos nak buat... hehehe... tapi macam tak nak je... apa pun aku tgk lah pagi nnt cemana... risau gak.. dah buat rebonding nanti byk lak cekadak nak di jaga rambut ni....

ni jam dah pukul satu lima puluh satu pagi... aku memang tak mau tidur... lagi pun off day lagi... so jap lagi nak masak untuk sahur... masak nasi ngan goreng ayam je kot... pas tu buat sambal sikit...mmm...

ni ayam masak merah. aku masak hari khamis lepas
 hari ni aku ngan awin cruz gi Jalan TAR... gi Bak Tailor nak alter balik cekak musang... sempit amat si ehem ehem pakai... tailor man tu cakap amik masa nak siap sebab nak cari kain dalam bungkusan plastik yang berbondong bondong bukan senang... aku apa lagi gelabah kabit laaaaa!!! aku amik keputusan gi Harrison belikain semeter... ha kan dah jenuh nak mencari kain ungu tu pulak... penat... kesian anak anak ibu...

berbulu abg tailor tu potong kain... dia main rentap je...
lepas ni tak pasti lah nak hantar kat bak tailor lagi ke tidak... kalau dengan Azam Chempaka... aku puas hati gak,... tapi tak tau lah kalau tailor dorang pun main rentap jugak bila nak potong kain... tak pe laaa....janji tak tercekak leher si ehem ehem nanti... entah entah tailor tu bengang kot sebab dan dan aku mintak kain lebih... bukan apa... takut nnt apa apa jadi yang lain pulak.. kang kuar balik ayat susah nak cari kain lebihan...

aku sempat gak beli kain sampin untuk anak anak aku... sementara anak anak ikut senang aku nak ukur sampin dorang ni.... beli jugak kat Bak Tailor...

then gegas pulak ke sogo... awin cruz beli barang dapur... aku pulak ingat nak beli baju raya anak anak.. tapi badan dah sedap duduk temankan anak anak makan kat MCD, terus malas nak beli belah... lepas habis makan terus gi AP kat cheras.. si awin beli... then awin hantar balik... kesian lak kat awin.. aku kat dalam kete membungkang... hahaha... nasib ko lah awin!!!




Monday, 30 July 2012

nak dekat pukul 4...

(sambil layan lagu Creep - Radiohead)

fenomena biasa kalau tak tidor lagi... memang set tak mau tidur lagi... takut tak dpat sahur... aku sangat sayang sahur aku... tak makan tak pe... janji minum... walaupun dah 2 hari aku tak sahur... aku tak de lah rasa lapar sangat nak makan ke haus bagai nak mati ke.... tapi.....

hari jumaat aku berbuka dengan 2 gelas krisantemum teh dan 3 ulas kurma... segan weyh nak makan kat majlis org... bukan org org biasa... pengerusi syarikat.. biarpun banyak kali di pelawa oleh staf staf di sana... aku menolak nye dengan alasan terbaik...

habis aku amik gambar kat sana... aku tumpang salah seorang photographer sampai One Utama...

time tu aku dah lapar dan haus amat...

aku masuk JJ... cari air... 2 botol air aku beli... then aku beli roti...

alhamdulillah... alas perut...

aku balik naik taxi dari OU... pemandu yang ramah... bercerita tentang ekonomi...

zzzZZZzzzZZZZZ.... hahaha... tapi aku layan je...
sampai umah... kononnya nak ajak lah ehem ehem gi makan... dua dua bantai tidur... konon nya nak rehat kejap lah kan.... lajak sampai 733... tu yang aku lewat ke opis... hahaha

then esoknya... aku kesiangan lagi... adoi lah....

so pagi ni stay.... sampai sahur... sampai solat subuh sampai sambung 'ain lagi!








Thursday, 26 July 2012

Khamis Malam Jumaat

esok dah jumaat... maknanya malam ni dah 7 malam mereka bertarawikh...

sedikit info tentang tarawikh yang aku google kejap tadi...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
sumber klik di sini


khamis... 26 Julai 2012 / 6 Ramadhan 1433
alhamdulillah... dah 6 hari puasa... mengharap agar aku dapat puasa penuh tahun ini... hahaha... macam layak je dapat penuh kan? mintak mintak cik peod tu datang lelambat sikit... nak gak rasa nikmat dan keseronokan puasa penuh di bulan ramadhan... tak pernah kot puasa penuh bulan ramadhan... kalau lah dapat tahun ini... bestnya!!! 

{berangan}

tadi, lepas buka dan solat maghrib sambung solat isya'... aku sempat ngajar Haziq Amirul Haq mengaji... nampak gaya bulan ni macam tak ngaji je... tak pe lah... sikit sikit aku mengajar, lama lama nanti aku harap anak bujang aku faham dan boleh membaca... tak mau lah nak pressure kan sangat.. sebab aku dulu pun masuk sekolah agama bila dah darjah 2... belajar muqaddam pun rasanya darjah 2... kenal jawi pun darjah 2...

halaman 397
lepas ngajar si haziq tadi... aku baca surah Yasin... buat diri aku dan juga yang tiada... kadang kadang baca surah Yasin... boleh buat aku menangis...


 [12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
alhamdulillah... walaupun aku agak sibuk... dan agak kepenatan... aku di beri peluang untuk membaca... dah lama jugak tak bertadarus dalam bulan yang mulia ni... dan tidak semena bila terkenang waktu tiada komitmen... akviti tadarus sangat dinantikan.... sekarang... sendirian... aku tengok al qur'an aku ni ha... ni al qur'an yang aku beli masa nak masuk KYPM kat kota bharu dulu...

al quran aku beli pada tahun 1997

dah kuning kuning dah halaman di dalam.... 15 tahun sudah berlalu... ini lah al qur'an kesayangan aku.. time dulu aku suka sangat warna coklat... tak tau nape... aku gi beli al qur'an dengan kawan aku... kawan aku pun sama sama cari keperluan nak duduk di asrama... nama dia Rosmaliza Jidin...kami cari kat wisma yakin. mmm...

oh anak anak ibu
cepat lah besar anak anak ibu... nanti kita boleh gi masjid... bertarawikh dan bertadarus... moga masa menyebelahi kita nanti... amin


Wednesday, 21 March 2012

6:42 PM 21/03/2012 - kisah mengarut

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
hela nafas yang panjang...adakah ini dikatakan mengeluh?... kiri kanan ada juga yang menegur... "tak baik mengeluh".... aku rasa aku tidak mengeluh.. aku hanya mengeluarkan sesak sesak nafas yang terkumpul agak lama... jadi apabila dihela nafas itu.. kan jadi panjang... berharakat harakat lah panjang nye... fuh!
sejak akhir akhir ini.. ada satu naluri yang membuatkan jiwa - - ->sesak... semakin dijengah jengah, hati makin sayu... di balik jendela, aku mengintai... hahaha.. siap mengintai mengintai... itu lah diri aku kala ini... asal ada waktu yang senggang walau sekejap cuma... aku gi intai... kah kah kah... seronok.. happy je mood aku... hati menangis tiada siapa yang tau... airmata berguguran dalam hujan lebat siapa yang peduli...
oh ye dalam aku menggeledah sana sini... tetibe... aku tengok ada perkongsian di sana...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ouh!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
mode perasan sudah mula bergelodak... berombak ombak rindu... tapi jiwa tak berkeladak tau... cuma jiwa berkarat sikit.., berkarat dengan emas 24 karat... cukup lah kan emas 24 karat... nak emas tulen payah.. lembek sangat...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
(hahahahahaha)... kelakar pulak kan?!hehehe.. happy! happy!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
apakah ahli kongsi gelap itu sedang memburu mangsa? mangsa yang pernah direntap jiwa, namun berakhir dengan persoalan....
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaih...
nak je aku sms ahli kongsi gelap tu... nak tanya lah... apakah makna mimpi... apakah makna ombak di dada pabila teringat ingat...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaih lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
lemas!
hahaha... bengong!!! dan memang aku bingung...

Tuesday, 13 March 2012

MakAn MAkAN

tadaaaaaaaaaaa...
sejak akhir akhir ni rajin pulak nak update blog kan?! teruja dengan rakan rakan blog yang masih aktif... jadi aku update lah sikit sikit...

sikit je...

:)

tak pepasal malam malam buta mengkematukan bontot dan mengeraskan otot paha dengan menunggang motosikal mencari kedai makan... memula ingat nak makan kue teow goreng muallaf kat PJ Old Town... aleh aleh tak jadi... ehem ehem tukar pikiran setelah aku mencadangkan makan makan kat SS2 atau kampung baru....

dah sampai kampung baru... kononnya nak makan chicken chop, aleh aleh (lagi) ehem ehem ajak makan nasi kerabu.... kalau nak makan nasi kerabu kena cari kedai kak som... dan dan tutup pulak... so kami jengah kedai sebelah.. Suraya Seafood... ramai lah pulak yang nak makan memalam ni kan... semua yang duk berdiri sibuk nak kejar table yang bakal di kosongkan pelanggan....

memahami si ehem ehem yang tak suka menunggu... aku cadangkan dia ronda ronda dulu, sementara aku tunggu kat kedai... cop tempat ok... dah dapat tempat.. aku call ehem ehem... so kami pun order dan makan! nice ok... i like somtam

ini lah somtam!!! cedap!!!

ehem ehem yang order... cedap jugak...
nak nak lagi ada udang goreng salut tepung...


ni pehal tehtihbeh kan... aku letak gambar perpustakaan negara...
hahaha.. after makan makan... ehem ehem ajak ronda-ronda... saje je kot dia bawak laluan ni...
masa zaman U dulu,, asal cuti semester... atau cuti pendek... kami rajin study sesama kat sini...
yup!!! dari UTM skudai ehem ehem travel...

;p

Friday, 2 March 2012

ouh! AkU dAh KetAgih...

dah pukul 130 pagi...
mesti jenjiran yang tak tidur lagi.. yang duk bilik belakang ni... tension kot kalau kalau dorang dengar aku dok menyanyi nyanyi yang tak de irama... sah sah lah kan.. mana ada music kalau headset kat telinga... (volume full... lom pekak lagi... ahahaha)



sementara tunggu mesin basuuh selesaikan tugas... aku mengambil langkah untuk menyelamatkan ketagihan aku...

ketagih kot nak dengar lagu ni... Dime daripada CAKE...
terusik jiwa aku... anyhow... life must go on.. tak kesah lah orang kata apa tentang kita...


oh yea... aku terusik dengan satu sketsa yang tidak berlaku baru baru ini... sketsa ini hanya lah khayalan sahaja...

erk? apakah sketsa yang mengarut itu...?????

----> aku tau aku masih di paras bahu... belum naik paras leher... tapi agak tersentap lah jugak kan bila ada ahli yang paras leher ni, dengan rakus nye merampas lembaran fakta yang bukan dongeng... sambil mulut nya lancang sekali meninggi... high pitch ok....

pada pandangan aku... beliau ni, tidak lah molek... kiranya beliau beranggapan semua orang tahu isi kandungan lembaran fakta yang bukan dongeng.... ini kerana lembaran itu telah disampaikan oleh seorang lelaki yang sangat gagah lagi kacak kepada hamba... hamba mengambilnya...dan tidak lah hamba bertanya tentang isi kandungan lembaran fakta yang dikandung didalamnya kepada tukang sampai iaitu seorang lelaki yang sangat gagah lagi kacak tadi...

jadinya hamba membelek dan membelek... tak sampai 10 saat hamba (kalau aku sebut aku berlagak pulak kan.. tu yang tukar hamba... rendah diri sikit).... oh ye... tidak sampai 10 saat hamba membelek... satu suara yang agak lantang, ada kemungkinan jarak radius 20 meter akan terdengar dan mungkin juga dah dengar.... "akak dah sign tak yah lah sibuk sibuk..."

sentap ok....

kalau beliau yang edarkan dan buat pengumuman secara terang, memang tidak hamba nak sibuk sibuk hairan, sibuk sibuk nak tau terhadap lembaran fakta yang bukan dongeng itu...

tapi siapa lah hamba nak bersuara... layan je kerenah manusia cenggini...
dan kemungkinan cara beliau dah azali...

tapi ada seorang gadis yang lemah lembut memberi teguran.... namun dengan lagaknya... perkara tersebut kononnya tidak perlu lemah lembut... kena ganas

pada hamba.. biar lah bertempat... hamba tetap doa kan beliau berjaya... walaupun hati ini terguris... ameen! biarpun ada nada sinis... kiranya tidak puas hati suh buat surat ber"elektronik"... tak pe lah...

“I not only think but also look and study things carefully. When I travel around, I look at things carefully, make comparisons of what I see. I don't accept things at face value, you cannot trust what you hear or see. Don't jump to conclusions without thinking.”

Mahathir Mohamad quote

peringatan untuk diri sendiri... do not jump to conclusions...


apa pun hamba kot yang sensitif tak tentu pasal... anggap sahaja beliau betul... beliau adalah benar... :)... makanya hamba mesti berfikiran positif...




tapi.... sedih masih terasa...





"I'm a dime.I'm fine.And I shine I'm freshly minted.I'm silver-plated I'm underrated.You won't even pick me up because I'm not enough for a local phone call"

Tuesday, 28 February 2012

treasure Island

malam tadi, ehem ehem balik bawak gown pengantin untuk photoshoot bridal weekend ni... bila ehem ehem dah lena... aku testing lah baju ni kan... waaaa... muat muat.. :p... ahahaha... berangan je lah kan...

memandangkan aku nak gi annual dinner next week bertemakan treasure island.. agak agak nak pakai apa eh.... urm urm.. baju ni mmg muat tapi macam tak sesuai ... kalau nak sesuaikan kena ada ala ala johnny depp kat sebelah.. konon konon aku ni puteri raja.. bluweeeeek!!!

ahad nak cari material untuk treasure island theme.. alalaaaa


baju ni warna putih sebenarnya.. main main edit jadi warna cenggini...
dari butik mana lupa nak ty...

Thursday, 16 February 2012

Keutamaan kepada mereka...

balik keje agak lewat sedikit hari ini... pung pang pung pak mustape... keluar dari pintu opis 8 lebih kot... siap siaga segala bagai... melenggang kangkong aku berjalan melintas jalan... masa berhenti kat bustop depan Giant tu... aku tekan butang untuk diberi laluan kepada pedestrian... lampu dah merah pon, kereta besar mahal mahal tak berhenti... aku maju sedikit ke depan baru yang kat belakang tu slow... urgh....

(1)
memula sibuk dengan komuter - petaling - bank negara; kadang naik bas U68 turun Pasar Seni, menapak selangkah-demi-selangkah menuju ke semua house... 1200 meter berjalan kaki... kalau naik bas.. turun kat pasar seni tu... pepagi ada banyak org berniaga...

(2)
kemudian sibuk dengan U68 - U82... masa ni gigih pusing satu dunia... kadang melemaskan... tapi ada sebab mengapa diteruskan...

(3)
setelah mengetahui selok belok PV... mode T505 - LRT taman jaya - kelana jaya - T624.... pulak... baru je nak panaskan enjin untuk mesra bersama Menu Balai Ruji... dah kena pindah lagi..

(4)
yey!!! mode satu bas dengan jarak menapak 1200meter dari rumah ke bustop!!! U69!!! harap berkekalan di sini!!!

:::hehehe:::




ni bas U69... tak kisah lah kan, bas apa pun kita naik... sensitif lah dengan keadaan sekeliling... nilai nilai murni makin jauh di hati kita (aku pun kena gak ke?)... aku pun nak sedarkan diri aku jugak... rentetan situasi di dalam bas...

1- seperti biasa... penumpang-penumpang adalah daripada golongann internasionale ok...
2- ada sepasang suami isteri bersama si kecil - aku andai kan si kecil tu umur 4 tahun kot...
3 - rujuk nombor 2 - mereka berdiri dalam bas ok... si ayah mendukung si kecil...
4 - aku perhati sekeliling... agak lama....
5 - hati aku bertanya - tak de ke orang-orang yang satu "kapal" bangun dan beri mereka duduk
6 - tak de seorang diantara mereka-mereka yang se"kapal" bangun dan memberi tempat duduk
7 - aku? aku memang kesian...
8 - aku? aku geleng kepala... pusing belakang - ramai kot muda mudi
9 - aku? aku jengah lagi - tapi aku tengok ke kiri aku.... aku geleng kepala sambil dalam hati aku rasa kekesalan...
10 - aku? aku bangun... bagi tempat duduk...
11 - sebelah aku?.... warga emas - apek tua dalam lingkungan 70 tahun...
12 - si ayah memberi keutamaan kepada si ibu - maka duduklah si ibu
13 - si kecil? letih berdukung - mula menunjukkan ketidakselesaan...
14 - maka dengan tak sampai hati apek tua tadi, bangun dan bagi si ayah dan si kecil duduk...
15 - si ayah tolak si apek tua - bukan tolakk badan - tolak keperihatinan...
16 - apek tua kot... kesian pulak kan.. di biarkan berdiri
17 - tak de sorang pun dalam bas tu kasi si ayah dan si kecil duduk
18 - aku geram!!!!!!!!!!!!!!!!

kemanakah hilang nya budaya kita?????





Friday, 9 September 2011

STX & DEL TO TMUC

assalamualaikum...
dah lama juga tidak mengemaskini laman sesawang blog ini... kali terakhir pun sibuk dengan peraduan win & ride anjuran 7eleven... keputusan peraduan akan diumumkan lambat lagi.. bulan 10 agaknya...

sekarang aku berada di dalam Nextgen Oppurtunity & Vibrant Ambition Laboratory... kursus 5 hari untuk belajar sistem sahaja... ada satu sistem ini yang buat aku pening... Network interface system ... serius pening... tak pe lah.. lama lama guna paham lah kot...

dah lama aku mintak nak join "univerfity" ni.. at last dapat jugak.. sbb aku nak join ialah base dekat dgn rumah.. tapi dengar cerita base yang dekat pulak dah fully occupied... aduh lah.. sabar je lah kan... moga ada laluan alternatif...

hurm...

Sunday, 5 June 2011

dia pemandu teksi - cerita 2

hari ini aku naik teksi. jumlah keseluruhan RM12. pemandu teksi kali ini, pada mulanya agak diam. bermula dengan pertanyaan, samada aku menetap di kawasan rumah kedai itu atau tidak. aku menjawab jujur. lantas beberapa soalan terpacul daripada mulut pemandu teksi itu. aku layan kan aje... takut pula nanti nanti aku terlelap di dalam teksi...

aku nampak pemandu teksi itu seakan lalok... aku bertanya kepada pemandu teksi itu...

"encik bawak teksi dari jam berapa ni? menguap aje encik semasa memandu... bahaya ni..."

sebenarnya aku ada sedikit cuak dengan pemandu teksi ini, lenggok percakapan macam orang lalok... sungguh... tapi aku positifkan diri... kalau dia bawak teksi nak cari rezeki halal, aku jugak begitu.... jadi aku menjauhkan diri daripada berprasangka buruk...

itu hanya dia sahaja yang tau...

tiba sahaja di hentian bas, aku hulurkan wang... lebar senyum pemandu teksi...
entah apa lah yang seronok sangat dengan tambang RM12 itu...


renungan hari ini
jangan berburuk sangka...
jangan sibuk kan dengan hal orang lain... kalau dah di tegur, jauhkan diri daripada menambahkan ketidaksukaan seseorang...

berprasangka baik sahaja.... moga Allah sentiasa bersama... mungkin dengan berundur diri... mereka akan berasa lebih selesa...

tidak semua orang sempurna, biar beribu mencerca, ingat Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil...

Wednesday, 6 April 2011

April!

sekejap aje masa berlalu, kini dah masuk april 2011... kalau aku cakap pasal persiapan nak raya mesti ada orang bising kan... tapi itu lah hakikat... baju raya belum beli lagi ni... kang nak balik melaka lagi nak tempah baju melayu kat azam tailor lagi... sempat ke tidak entah lah.... seperti biasa, aku akan pilih harison... sbb? ntah...


tahun ni tema pink... mak mertua yang buat pilihan... aku follow aje...


Thursday, 31 March 2011

Malam ini

aku mengeluh... suka sangat mengeluh, tidak pasti mengapa suka sangat mengeluh, nak kata tak bersyukur, acapkali aku melafazkan... "alhamdulillah"... aku paham makna alhamdulillah... syukur kepada Allah... terima kasih Allah...

hari ini dengan tiba tiba (langkah ku terhenti... )... hehehe... aku nak "upadate blog"

sekarang jam menunjukkan jam 319 am... hari rabu 31 Mac 2011...

April menanti penuh ketidaksabaran, ada sesuatu yang aku cuba nak dapatkan untuk seseorang yang istimewa... doa sangat sangat supaya lulus...

minggu kedua kerja shift 430 pm - 2 am... dapat pulak panggilan di hujung masa... gelabah sekejap.. maklumlah tumpang kereta rakan sekerja...

apa benda nak update pun tak de idea.. bosan!

yang pasti aku nak dapatkan blackberry... tak pun nokia N8... bila nak tertunai, tidak pasti.... suka berangan lelebih... tak dapat xpe.. saje je....


ah esok masih lagi shift 430 pm - 2 am... minggu yg ok... suka gak ah keje shift 430 ni tapi leceh sbb kena nyusahkan kawan hantar balik umah... kita tak pandai drive... mgu depan shift 1230 pm sampai 10 pm... ni pun best gak... balik awal... hehehe... better dr balik jam 2 am...

Sunday, 13 March 2011

Lauk sotong berkuah...

alhamdulillah emir dah mula bermain, panas badan dah berkurangan... batuk aje masih berkokol... aku duduk rumah sahaja 3 hari ini, tak de nak keluar ke mana mana, sementelahan ehem ehem berada di terengganu... ada urusan "sebuah karya klasik untuk masa depan" di sana... maklum sahaja musim cuti sekolah, musim mengawan (majlis kenduri kahwin)... hahaha... rindu jugak dengan ehem ehem...

seronok ehem ehem di sana... berurusan sambil bercuti, tinggal lah kami anak beranak di Kuala Lumpur... dengan keadaan sang ibu sibuk dengan rengekan si manja Izz Emir Haq... bukan merungut sebab tak dapat ikut... tapi kalau Izz Emir Haq sihat pun aku kena pergi kerja...

semalam aku masak lauk ikan kembung masak czhenczhuan... berselera haziq makan lauk masak czhenczhuan... bertambah, emir pula kurang selera... menghirup kuah dan ratah ikan sahaja selera emir... jadilah, janji dia mahu makan... lepas kasi makan nasi... tiba lah pula makan ubat... ini saat memang menyeksakan... baik emir mahupun ibu... kalau ada ayah, boleh tolong pegangkan kaki emir yang meronta, memberontak tidak mahu makan ubat.

nampak gaya, klinik TTDI di taman sri manja, serasi dengan emir... alhamdulillah... compare ngan mediviron... dah tiga hari kasi ubat demam tak kebah... batuk makin teruk... tapi kalau ubat kat klinik TTDI, kesihatan emir makin pulih... batuk masih bersisa... muntah pun dah tak de... juga... cirit birit dari 11 helai lampin pakai buang sehari skang dah 5 helai je...

tapi ada dua perbezaan pendapat di antara dua doktor di klinik TTDI... kalau doktor A... katanya mungkin diserang rotavirus... and tak perlu cerita pun apa emir sedang radang, doktor A dah tahu, berbeza ngan doktor B, mungkin cetek pengalaman... katanya, kalau demam, demam je, takde istilah demam pukul 10 pagi... then demam balik 2 pagi... manalah aku tahu.. yang aku tahu emir kalau malam mesti panas badan dia naik... and itu pun doktor A pun tahu... so?... aku prefer doktor A.. sbb faktor usia... agaknya lah.. so pengalaman dia ber"anak" may be buat dia mengetahui keadaan emir...

oh yea... hari ini aku masak lauk sotong berkuah....

Wednesday, 1 December 2010

Ya Allah... aku rindu...

assalamualaikum...
lama sungguh aku tak kemaskini blog aku yang satu ini... kekangan waktu dan ghairah dengan facebook menjadikan aku amat malas untuk menjengah blog ini...

dulu inilah tempat aku berkarya... kononnya lah kan...

konon konon nya lagi blog ini akan dijadikan ruangan mengumpul isi isi hasil tulisan ku sendiri...

bermula dengan membeli ebook sampai kesudah tiada noktah...

kuabaikan sahaja niat itu memandangkan komputer aku telah pun rosak.... hahaha... godam godam...

sekarang aku berada di pejabat rakan baik aku... dia istimewa...
saat susah... dia ada menjadi pendengar...
saat gembira... dia ada turut sama bergelak tawa
saat hiba... dia ada untuk hiba bersama...

masa berlalu...

kadang kadang aku tak mahu bebankan dia dengan masalah aku...
(masalah sangat ke aku ni.... hehehe)

anak anak tika ini berada di kampung bersama neneknya
terpaksa...
ehem ehem ada job esok pagi
aku pula bekerja... nak swap cuti dah lewat...
adhoc job...

kawan aku tadi tu...
tak lama lagi dia dah nak disatukan dengan ikatan pernikahan...
baru sahaja melangsungkan pertunangan sehari selepas sambutan hari lahir dia
dia ceria...
wajah dia bahagia...
aku tumpang gembira...

skang aku tengah dengar lagu ketika cinta bertasbih...
teringat pula pada miza amzah...
masa miza amzah keje sesama di SH
miza amzah suka nyanyi lagu ini
hurm.... rindu...

skang group aku dah makin mengecil...
daripada bepuluh... jadi berbelas...
daripada berbelas jadi 5 sahaja sekarang...

bukan mudah untuk menyambar atau menyandang jawatan lain...
pengalaman tidak seberapa mana pun...

tapi aku seronok...
dalam duka ada yang menggembirakan aku
tatkala yang lain sibuk dengan KATANA
dan aku pula CAP...
aku cari kekuatan diri sendiri
memperlemaskan kehebatan yang lain
agar aku tidak tenggelam
kata kata sebegini kadang kadang sengaja diapung apungkan utk menyejukkan hati...

hidup memang begini putaran...
berpusing... melingkari hidup...

Thursday, 23 September 2010

tanpa menoleh....


di satu anak tangga... seorang ibu yang juga seorang isteri, duduk memeluk lutut... ada tangis dalam kecewa... remuk hatinya... insan yang paling disayangi berlalu pergi tanpa menoleh...

selepas menutup pintu kenderaan beroda empat... seorang ibu yang juga seorang isteri, pun berganjak ke pintu sebelah di belakang pilot... belum sesaat seorang ibu yang juga seorang isteri berganjak... kenderaan beroda empat memecut laju...

seorang ibu yang juga seorang isteri ingatkan, seorang bapa yang juga seorang suami itu, mahu bergurau senda dengan nya...

tak sempat mengetuk boot belakang kenderaan beroda empat... terus meluncur ke hadapan...

seorang ibu yang juga seorang isteri mengejar kenderaan beroda empat sambil menjerit panggilan manja seorang bapa yang juga seorang suami.... "abang! abang! abang!"

kenderaan terus meluncur laju... di hadapan kapal ada lampu isyarat... warna merah...

seorang ibu yang juga seorang isteri... mengejar... konon konon ternampak kan lah oleh seorang bapa yang juga seorang suami apabila melihat dari cermin sisi belakang...

hampa... kenderaan beroda empat tidak berhenti.... seorang ibu yang juga seorang isteri nampak ada telefon awam... berlari anak mendapatkan telefon awam.... di dailnya nombor seorang bapa yang juga seorang suami itu...

"bunyi deringan telefon"

telefon seorang bapa yang juga seorang suami ada dalam kocek seluar seorang ibu yang juga seorang isteri...

"Ya Allah, dugaan apakah ini... " seorang ibu yang juga seorang isteri berpatah balik menuju ke arah balai polis melaka tengah... dalam hati remuk... kaki mula longlai...

di anak tangga itu seorang ibu yang juga seorang isteri menangis teresak-esak...

"takkan lah abg tak sedar sayang kejar abg... takkan lah tak nampak sayang melambai lambai abg... sampai hati"

seorang ibu yang juga seorang isteri sudah menangis... air mata jatuh mengalir...

"bagaimana kalau abg terus balik ke KL?"

============================

"ada deringan telefon"

============================

"abg!"

-menangis-

"sayang ada kat mana?"

"kat depan balai polis melaka tengah... kat tempat parking tadi lah..."

-menangis lagi-

............................................

tetiba kereta wira yang gagah berani berada di depan mata

-------------------------

"sorry lah... abg ingat sayang dah masuk kereta... nampak emir kat belakang so assume sayang dah masuk dlm kereta..."

------------------------------------------

adegan merengek dan mengada tidak patut dicerita di sini.

end of transmission

Thursday, 2 September 2010

mock call tadi

alhamdulillah... QA aku tadi very sporty! i like her... satu soklan je pun... itu pun gelabah gila nak bukak system cass.. utk negeri pulau pinang.. system ada lama sikit nak retrieve and jantung itu berdegup dan berdegup agak kerap... berbentuk love lagi!

aku tak tau pesal ngan hari ini.. mood down habis! lepas ni dah kena buat dua benda... technical juga billing... ooo... minggu depan dah nak habis training nye... arghhhh! tak suka nya ....

balik kang nak gi jalan tar jap lah. nak cr bj kurung utk raya. may be nak singgah semua house ke... nak ajak cun gi makan nando's yey! miza on aje! dina pun on aje! lynn pun aje....

yey!

semalam baju raya anak anak n ehem ehem dah beli. hari ini giliran aku pula. esok nak ajak ehem ehem buka kat flamming steamboat sunway! yey!

mock call

ah. bosan pulak. malas nya nak study pasal duit nih. hurm. semua org sibuk study. aku bukan lah hebat. malas nak study. fatal fatal lah. pening kepala aku.

dummy lah... icare bau lah.... ahhhhhhhhhh!
membosankan.

baru je nak sesedap kat technical dah kena tarik masuk bahagian kewangan.

hurm...

oh ye...

semalam aku gi mid valley. dalam hujan rintik rintik aku harungi jua. konon lah kan. dalam nak turun anak tangga satu persatu tu, aku ajak lah si dina budget hot join aku n miza naik tren sesama.....

tetiba... ada satu lembaga bergerak menuju pintu utama.... warna ungu. oh aku dah tau siapa dia. bukan purplehyppo.

patutlah tak nak ikut aku n miza naik tren, rupanya ada mambang dah standby nak amik dina si budget hot.

aku pun bila dah nampak lembaga bergerak terus lah nak blah dari situ...

tup tup dina si budget hot tarik aku naik lembaga bergerak sesama.

oh si anna azly!

naik lah aku lembaga bergerak itu yang terkedek kedek dalam rintik hujan dan menanti si ijat yang terhegeh hegeh berjalan kaki.... (ops)

bila tiba mid valley... kami nak book meja untuk 8 orang kat pizza hut, tapi tak leh book pulak. hurm... so kami pun berpecah mencari keperluan raya masing masing....


ah penat lah menulis... nak study CASS system lah pulak....