Saturday 29 August 2009

Hasil pertama!

editted photos in my facebook k!!! enjoy... the memory remains... ash to ash... dust to dust!




hahahah... seronok.. aku telah berjaya menggodak itu 3 in 1 printer!!! yey!!! leh scan gambar bebanyak!!! yey yey yey!!!

Friday 28 August 2009

Bihun Tom Yam

menu berbuka


tropical - sunkist + lychee




simple!
-----------------------------------
selepas menyediakan hidangan sahur untuk ehem ehem dan ehem ehem dah selesai menikmati juadah bersahur, aku mengadap TV... aik! ada Nur Kasih... hahaha... tersenyum jap! malam tadi ada tgk Nur Kasih jam 9 mlm kat tv3... ehem ehem dah melangok depan tv dulu... hehe... kelakar pulak!

so menu bersahur... bihun goreng dan air teh heh!

hurm...
buka semalam masak Tom Yam bihun... resepi sendiri dan dicadangkan oleh sahabat lama sewaktu darjah 6 dulu semasa bersekolah di Sek Keb Petaling (1), menurut sahabat lama yang aku panggil Liza, katanya... kalau nak buat bihun tom yam, kuah kena pekat sikit!

cemana?

aku selama ni buat tom yam ikut resepi sendiri, tak tahu lah pulak pekat ke cair...

so semalam setelah bertukar tukar pendapat dan petua (kononlah), maka tom yam aku... alhamdulillah... (kalau sedap jangan puji diri sendiri)

so aku nak share resepi... aku tak guna pati tom yam langsung!

bahan bahan:

cili kering yang telah dikisar bersama bawang merah 2biji, bawang putih 5biji, halia, udang segar dlm 7 ekor

pastu tumis ler...

tomato dalam 5-7 biji diblender.. bubuh air sikit je sbb tomato dah ada air...

bahan yang tumis tadi dah naik bau masukkan lah tomato yang telah dikisar

biar je sampai masak, kalau ada ayam atau daging, boleh taruk masa ni...

garam dan monosodium glutamat jgn dilupa!

then apa ek...

kalau rasa kurang air tambah lah air...

then dah didih masukkan lah segala sayur:
kubis bunga
kobis
capsicum
putik jagung
carrot
cendawan
daun limau purut
7 tangkai cili padi yang diketuk!

dan juga udang dan sotong!

oh ya serai jangan lupa di titik ye... campak je... dalam periuk tuh...

then apa ek... rasa... kalau kurang masam... perah lah limau purut.. tak pun limau nipis... tak masam jugak jugak... amik lah asam jawa...

then rasa lagi... cukup ke tidak garam dan gula dan mSg!

tu je lah pun!

Peti Surat kena RomPak

huh! aku nak cerita sikit pasal rumah mak aku nih...
kawasan ni memang sedia maklum... sebut je mmg femes amous lah!

memula pindah sementara kat umah mak aku nih...
aku tak tahu pulak... (tak sedar sebenarnya)...
peti surat dah tak de!

then baru aku perasan!
itupun setelah aku kol astro buat tukaran alamat pengebilan dari alamat kat negeri melaka ke alamat negeri KL

peti surat dah kena rompak!
mmg lopong ah kat tangga bawah!
dari sehari ke sehari aku nak snap!
aku ingat kan tangga umah mak aku je
rupanya satu taman ni ha!

surat memang sesepah! bil air dan bil api aku kena kol utk ty bil!
then buat bayaran melalui maybank2u

kalau surat tu besar may be susah nak hilang...
so kalau nak hantar kad raya ke, duit raya ke... guna lah surat berdaftar nye ye!!!

siapa punya kerja lah ni!!!

ni tentunya nak dapatkan hasil jualan di kedai besi buruk!

makan makan yg tertinggal


menu Rabu: ikan goreng siakap 3 rasa

Menu Rabu: Sayur Campur

Espetada from Nando's- Extra Hot Peri Peri! Love it! Yummy!
Rao tak de... Roger pun tak de... Tak leh nak pow manager meal! huhu
Nah! kenen kan aku jadi penghendap Nando's pulak boleh?... gegegege


Birthday Boy @ Nando's Mid Valley! on 25th August 2009


Thursday 27 August 2009

Makan Makan@Yunkies Hut



Al-Kisah...



tak pekat lah!!! ngeh ngeh ngeh!!! next time kalau buat i pastikan kuah nye pekat ok!!! but still nice! Haziq Amirul Haq makan bertambah!

slurp slurp bunyi haziq makan!

tambahan pada resepi...

aku letak:
green capsicum
cendawan
putik jagung
udang
celery

anyway kuah nye tinggal sikit je lagi! aku tak makan sebab lapar nasi! aku makan nasi lauk sardin je! cedap!

Chocolate Chip Cookies - The Recipe!

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/24

Bahan-bahan ( 100 biji )

* 450g tepung gandum
* 1 biji telur
* 250g mentega
* 115g gula halus
* 110g gula perang
* 100g chocolate chips
* 3 sudu besar cocoa powder
* 250g gajus(panggang dan cincang halus)
* 1 sudu kecil baking soda

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi
  3. Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
  4. Masukkan gajus dan kacau lagi
  5. Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
  6. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

kue teow ladna

salam sejahtera!

hari ini puan jillian de jill nak masak kue teow ladna istimewa untuk encik mali crash the soul! dah jumpa resepi... dan sudah jua ke kedai cik Nor belakang deretan umah mak aku nih! barang barang sudah ada... bahan bahan juga sudah ada... yang tidak ada hanya lah sos tiram! huh! tak pe kita boleh ubah itu rasa tiram...

pagi tadi tak bangkit sahur! gila membuta! tak sedar! nasib encik mali crash the soul bangun sahur dengan menu nya yang dia sahaja tahu! hai lah badan sungguh sakit sakit, pening pening si pening lalat dah ni, dengan mual dan loya di sana sini... bukan ada isi pun... mengada dengan sindrom PMS! Kalau orang lain dengan sakit senggugutnya, aku dengan sindrom morning sickness! dah beranak pinak lain pulak ragam! hai lah badan ku!.... hai lah nyawa ku encik mali crash the soul!

esok jumaat genap 7 hari umat islam berpuasa! moga moga ada hikmahnya tahun ini buat kami sekeluarga! amin!

alhamdulillah
semalam taman seri sentosa dihujani dengan limpahan air dari awan yang terpilu! lebat sungguh! petir berdentam dentum! jam 6 petang rasanya...

oh ya menu berbuka semalam... aku buat sayur campur dan siakap 3 rasa! minuman buah laici! kurma... alhamdulillah!

resepi nak buat kue teow ladna!

Bahan-bahan ( 2 org )

* kueh teow
* 3 ulas bawang putih dicincang kecil2
* 2 sudu minyak
* 2 sudu sos tiram
* sekeping dada ayam
* lobak merah
* kobis bunga
* 2 sudu besar tepung jagung
* cili padi
* kobis
* air
* garam dan secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
  3. Masukkan lobak merah terlebih dahulu.
  4. Bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  5. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

Wednesday 26 August 2009

Alangkah gembiranya!

dimulakan dengan nama Allah...

Syukur...
:
:
:
sebelum
dipujuk pujuk untuk dapatkan dot dot dot
apabila dah dibelikan
dot dot dot tidak digunakan untuk tujuan asal
akibat kecewa
kerana hasil diperoleh
tidak seperti gambaran di akal
dot dot dot dibiar dalam karton
insya-Allah pasti ada gunanya satu hari nanti
:
:
:
kemudian
gesel menggesel mahu kan tot tot tot pula
dari April permohonan diluahkan
hanya sindiran dot dot dot yang aku terima
hati tidak mahu mengalah
masih berusaha untuk mendapatkan tot tot tot
biarpun dot dot dot tidak berjaya
:
:
:
tumpu!kekerapan!iltizam!berani!
:
:
:
tidak putus asa
tot tot tot masih digesek gesek
bagaikan menggesek biola
gesek hingga mengalunkan lagu
tot tot tot masih dirayu
keyakinan harus disemai
agar niat tidak terpesong
:
:
:
akhirnya
tot tot tot dipersetujui
mencari lah si isteri
ditemani suami
ada senyuman
ada harapan
jangan alpa!
:
:
:
sebagai ingatan
biarpun tot tot tot tidak segah jenama terkemuka
namun hati yang suci menzahirkan segala
terima kasih buat suamiku
biarpun pernah gagal meyakinimu
tapi masih lagi memberi harapan
:
:
:
usaha tangga kejayaan
Allah telah beri peluang
jangan dipersiakan!

Celebrating Him as He Turned 3

Haziq Amirul Haq dah 3 tahun!!! Birthday boy him yesterday! asking and keep repeating on whats he wants, he was only answering by this "haziq tak nak!"

Ibu and ayah je yang lebih lebih kan?... si kecil apa yang mereka faham tentang erti tarikh lahir... si ibu sibuk dari pagi, bertanya...

"haziq nak makan apa? Nasi goreng cina macam biasa je... today is your special day tau!"

tetap dengan jawapan "haziq tak nak..."

"we wait for ayah ok... let ayah decides where to dinner aka breakfast"

then he answer me this by
"ayah working lah ibu... China"

"no lah sayang. Ayah no more in China... ayah here, working in Malaysia"

.
.
.
.

lama juga membebel dengan Haziq Amirul Haq semalam... tengahhari buat kan menu anak anak ayam masak kicap. Makan juga. tapi tak banyak macam kelmarin. Kelmarin bertambah-tambah. Memandangkan semalam hari kelahiran si sulong, aku bawak Haziq Amirul Haq and Izz Emir Haq ke kedai... (buang sampah sekali... jenuh duduk rumah kedai... turun tangga naik tangga!)...

"Ambil lah apa apa yang Haziq hendak"

sambil menunjukkan keropok udang...

"that one cannot sayang, you allergic!"

"i want prawn ibu... prawn! prawn!"

gatal mulut suruh ambil apa yang haziq hendak.. dah dia nak makan jajan udang.. tak di beri pula... alihkan perhatian pada jacker product... n air kotak... sekejap je senyap.. then dia ingat balik... nak prawn!

tak beri peluang! allergic!
.
.
.
masa ayah balik kerja... haziq tunjuk keropok... aku pulak yang kena tegur sebab bagi anak anak makanan ringan... dengan selamba... "sekali sekala... hari ni kan birthday dia... kan birthday boy!"

ayah bertanya

"ke mana nak celebrate ni?"

ibu jawab

"u decide..."

setelah berbincang ala ala kadar

sepakat Nando's.. aku memang suka extra hot peri peri... kalau order mesti minta basting sauce yang dorang sapukan pada ayam masa grill tuh!!!

no cake... kesian haziq ibu tak sempat nak beli cake... weekend ye sayang.... ibu janji chocolate indulgence from secret recipe is a must!!! not the whole kek... may be a piece of chocolate indulgence and another piece of blueberry cheese and another piece of banana chocolate!

next month, Izz Emir Haq pulak!!!

Tuesday 25 August 2009

Biskut Mazola - The Recipe!

sumber: myresepi.com

Bahan-bahan ( 1 balang )
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Biskut Suji - The Recipe!

Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.

Bahan-bahan ( + - 350 kpg kecil2 )

  • 600 - 800 g tepung gandum - ayak
  • 500 g gula serbuk/icing - ayak
  • 500 g minyak sapi QBB
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 1 sk bicarbonate of soda - ayak
  • 3 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dibulat2kan.
  4. Bulat2kan adunan sebesar guli2 kecil dan atur di atas dulang pembakar dan jarak2kan sedikit kerana suji akan mengembang.
  5. Bakar pd. suhu 150C. selama 10-12 min. atau hingga masak mengikut kepanasan oven masing2.
  6. Biarkan biskut sejuk diatas dulang pembakar dan simpan di dlm bekas yg kedap udara setelah biskut sejuk.
  7. **Utk pengetahuan bersama...Adunan suji ini cepat kering jika terlau lama terdedah dan berderai...saya menggunakan sudu penyukat yg bulat dan kecil (size 1/2 tsp) atau pengorek buah dan dialas dgn plastik yg nipis sebagai acuan.


Almond London - the recipe!

Tahun ni aku berazam nak buat kueh raya.. ntah menjadi entah kan tidak... at least aku nak cuba... sbb kat myresepi ni jarang sekali aku cuba tak menjadi... harap harap menjadi! Amin!

p/s: abg bila nak belikan oven baru n segala mak nenek baking tools?... oven mitsumaru asyik gagal je bila guna untuk bakar kek sehingga masak kek guna kaedah kukus! hope this week will grab it ya!!!


sumber: myresepi dan copy paste dari sini

nizamadey@myresipi.com

resepi yg saya adjust dr resepi kawan.. coklat masak saya beli yg repacking & unknown brand.. cooking coklat van houtan & vochelle x m'bantu...

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Monday 24 August 2009

lain dari yang biasa...

Bismillah....

petang semalam balik kampung jap...
hantar ubat mak aku...

gi batang kali...
nak cari kueh akok...
tak ada...

7 petang semalam
tengok shamsul ghau ghau@bazaar ramadhan
area bangi rasanya
ada dangai
ehem ehem mungkin beli kot petang ni
sebab ehek ehek dah pesan akok

gagagagagaga.....

ehem ehem ada cakap
untuk berbuka puasa tahun ni dia nak menu lain sikit
erm....
italian cuisine? pak arab cuisine? thai cuisine? filifinos cuisine?
bosnia cuisine?

i am googling world cuisine for this fasting month...

what to cook?

he is making me=headache!

he loves my popia goreng... my own recipes!- this one planning to

what else

urm... lets brainstorming
royal sago ice cream with honey dew?... hurmmm
chicken salad
kebab
lasagna

fetuccine
spagetti
macaroni

grilled chicken
chicken/beef stew

chicken wing
kue teow ladna

pening!

his voice!!! superb!!!



Misteri Cinta - Suhaimi Meor Hassan

kau bertanya padaku
mengapa aku sangat mengasihimu
dan sentiasa inginkan agar kau selalu ada disisi

bagaimana harusku huraikan dengan kata misteri cinta
kerana tuhan saja yang tahu jawapanmu

andainya aku mampu gambarkan padamu
andainya aku mampu bercerita

akan ku lukis sebuah lukisan
dan ku tulis novel cinta kau dan aku

akan ku lukis sebuah lukisan
dan kutulis novel cinta kau dan aku

kau bisikan padaku bahawa engkau jua rasa begitu
dan berharap agar kufahami cinta sucimu

andainya aku mampu gambarkan padamu
andainya aku mampu bercerita

akan ku lukis sebuah lukisan
dan ku tulis novel cinta kau dan aku

akan ku lukis sebuah lukisan
dan ku tulis novel cinta kau dan aku


Epilog Cinta Dari Bromley - Suhaimi Meor Hassan

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat dihatimu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku
tak mungkin berpadu

(1)
Nun di sana
Beribu batu
Kau kutinggalkan
Bersama hatiku

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang
Teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

( ulang dari 1 )

Sunday 23 August 2009

Lama tak muat naik gambar makanan


ubi yang telah di rebus kemudian di goreng bersama tepung yang di adun dengan rempah kari... rasanya seperti makan ayam KFC...boleh?


sedap!

nasi goreng varuval@stevens tea garden@mid valley


ini lah buah-buahan yang bakal di siram dengan krimer untuk mejadikan nya salad buah!


chicken chop dari stevens tea garden@midvalley

Aquaria KLCC



Bismillah....

Syukur, dengan limpah rezekiNya, kami sekeluarga dapat berkunjung ke Aquaria KLCC pada 22 Ogos 2009... hadiah lah konon konon untuk haziq amirul haq sempena hari lahir yang bakal menjelang 25 Ogos... ikut tahun islam... haziq amirul haq dah tiga tahun satu bulan...

mahal tau tiket! Mahal bagi kami yang berpendapatan sederhana ini, lebih lebih lagi duduk di Kuala Lumpur!!! Nak nak lagi hanya ehem ehem sahaja yang bekerja.

dewasa RM28X2=RM56
anak anak free... bawah 3 tahun

Terima Kasih kepada ehem ehem kerana sudi bawa anak anak dan ibu mereka sekali berkunjung ke Aquaria KLCC. Seronok.

Haziq Amirul Haq menangis ketakutan masa nak masuk kat area yang ada ikan jerung ngan ikan pari-pari... ibu pun takut... rasa macam kena berenang pulak! rasa macam kena marah je ngan ehem ehem masa belajar snorkeling dulu kat Pulau Pangkor!

warghhhhhhh...

seronok lihat ikan ikan itu berenang... nak nak lagi ikan pari pari! CANTIK! subhanallah!

di sana ada turtle... dan banyak lagi binatang lain seperti labi labi... nasua nasua, rama rama, tarantula....

Haziq Amirul Haq memang takut... tapi apabila sampai di rumah, ada buku yang mengandungi gambar binatang... teruja bercerita... sambil menyanyikan lagu Wonderpets!!!

selepas bersiar siar di Aquaria KLCC, kami ke pusat konvensyen... ada pesta buku... nak masuk... tapi kena bayar lah!!! batal!

so kami ke toy r us.. aku memang dah rasa nak pitam... sebab tak cukup tidur! bayang kan malam pertama ramadhan aku ke tesco beli barang dapur... balik je tidur kan izz emir haq... terus ke dapur buat kerja dapur pulak... sampai lah jam 2 pagi... lepas tu basuh baju (mesin basuh elektrik tendang pulak).... pukul 3 lebih tidur... jam 4.30 pagi bangun balik... memang tak cukup tidur! jadi aku lepak je kat bangku yanga da kat depan premis toy r us tu! terlelap!

sampai rumah jam 4 petang

juadah berbuka aku buat nasi goreng varuval versi xillix! bukan versi stevens corner eh! aku buat salad buah campuran...ada buah strawberry, blueberry, grape, apple dan nanas juga baby tomato!

kurma juga ada dihidangkan

untuk minuman aku sedikan air anggur... hajat dihati nak buat air laici... tapi dah ada salad buah... Penyakit Malas pun tiba...

alhamdulillah...

pagi ni aku baru je selesai masak mee goreng udang dan baru je lepas basuh baju!!! dah tak letih... rasa segar nyaman terasa... ini lah dunia ku....

lepas sahur may be balik ulu yam jap... hantar ubat mak aku!!!

Thursday 20 August 2009

apa nak masak nieh...

aku dah buntu tak tau nak masak apa

baru je masak ikan terubuk buat asam pedas...
udang buat sambal pun baru je
urm...

apa nak masak eh... semalam baru je buat mee kari ayam n udang
dah lama jugak aku tak berblog tentang masak memasak...

aku dah lama tak masak tom yam...
malas pulak nak ke kedai

urm...

apa nak buat...
nak basuh baju malas pulak...
semua malas!!!
merungut je!!!

gah!!!

hahaha... mesin basuh mak aku baru je aku menjahanamkan semalam.. tetiba jer elektrik tendang... tgu lah seminggu baru aku try guna... kang tendang je...

haiiiiiiiiiii kena pakai tgn lah nampak gayanya...

urm.. nak masak apa eh... ada sotong... ada ikan keli... ada pucuk ubi... malasnyaaa........

18081993-18082009

telah 16 tahun berlalu.. hanya doa dan kiriman ayat ayat suci yang mampu aku sedekahkan... moga roh mu dicucuri rahmat...

Cerita Semalam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...

Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya... segala yang diimpikan telah dimiliki... bertahan untuk lama mana... tidak lah aku mengetahui nya... terima kasih buat suami ku, kerana sudi (walaupun sudi terpaksa..hehehe) bersama sama meraikannya... syukur... apa yang diberi... biarlah diri ini sahaja yang mengetahui nya...

Semalam aku bersama Haziq Amirul Haq dan juga Izz Emir Haq ke Mid Valley... adik aku yang bongsu si Azimah pun ikut sekali... kami ke DiGi Centre, bayar duit bil telefon Mak Tam aku dan juga si azimah yang ada keperluan untuk di beli di Farmasi Watson...

Kami telah mengatur satu pertemuan dengan suami aku (hahaha ... kelakar je)... kami bertemu di Steven's Tea Garden... sambil sambil menikmati hidangan The Best Teh Tarik di sana... kami di jamu dengan nasi goreng ayam varuval! (sedap... boleh cuba masak nih.. sbb ikut rasa mereka guna kari semasa menumis)... kami juga order grilled chicken chop... hurmmm... sedap jugak.. alhamdulillah... kami makan kongsi kongsi... sebab kat rumah aku dah buat mee kari sekawah!

lepas lepak lepak... kami ke center court... ada kawan nak promote suami aku pakai card credit... ehem ehem tolak.... kesian kawan aku tuh!!! tak de rezeki kau lah!!!

hajat di hati nak terus balik rumah... tetapi.... sampai satu point...

"abg... kita masuk MPH nak... dah lama kita tak beli buku untuk anak anak..."

ehem ehem bersetuju....

lama juga kami di sana... Haziq Amirul Haq tak nak balik... dia nak ngadap buku pulak... terlalu banyak buku... haziq amirul haq sedikit jakun.. kalau boleh semua buku dia nak baca (belum pandai baca lagi)...

ayah n haziq jelajah satu MPH... ibu and emir ke ruangan Novel... nak sambar, duit lak tak de peruntukan... baca gitu gitu je lah... si azimah pula... dia di ruangan Buku Sekolah...

aku beli 5 naskhah buku untuk anak anak
... dan satu buku tentang solat... alhamdulillah...

Monday 17 August 2009

ehem ehem bawa balik iphone!!!

hurm... kita dapat tengok aje lah... rezeki ehem ehem balik dari china... org china kirimkan ehem ehem satu iphone... so good huh hospitality?! hurm...

SORRY ... no photo avail! malas dan tak de masa nak upload dan segala bagai... taip aje lah

may be ada kaitan kot dengan bidang tugas ehem ehem dengan iphone... thanks to austin... but austin kat china mana boleh access blogspot!!!

alhamdulillah.. tercapai juga hajat ehem ehem nak ber i phone nih... moga ehem ehem dilimpahi rezeki yang melimpah ruah...AMIN!!!

ni mana lah si ehem ehem... gi cari spoker (confused my self bout the spelling) ke gi buat spoker?... lama betul.. ni suruh isi borang master tapi bidang apa nak di ambil pun aku tak tahu nak isi... ni lah nasib jadi surirumah, bukan setakat rumah nak di kendalikan, serba serbi kena buat...

demi kesejahteraan keluarga... moga kami diberkati ...AMIN

sukar ditembus masuk

semalam masa gi umah kak zara.. kak zara beritahu.. blog aku susah nak masuk... hari ni jun bitau perkara yg sama... so aku set to default lah balik...

Sunday 16 August 2009

verita cerihik II


pasal adik aku dengan temuduga Skim Biasiswa Bank Negara tuh.. biar lah... malas aku nak cerita dan nak kongsi soalan-soalan yang di tanya.. terlalu banyak... rasa semacam tak larat nak menaip.. tapi aku share sikit lah buat panduan adik adik yang mungkin dapat tawaran temuduga skim biasiswa Bank Negara Malaysia

antara soalan:
perkenal diri
nama timangan-kenapa ada dua nama timangan
ibu-sejak bila sakit barah payudara dan menjadi OKU (kaki kiri kena potong)
ayah-meninggal sakit apa

kenapa memilih bidang sains tulen dan kamu ambil akaun dan juga ekonomi juga perdagangan
kenapa nak belajar sampai peringkat doktor falsafah

kamu nak buat apa kalau di beri tawaran biasiswa ini

apa pencapaian kamu di sekolah (yg jawatan kecik pun dia cerita... apa daaaaaaaaaa...)

bagaimana kamu boleh menjadi pelajar cemerlang sedangkan kamu tidak ke pusat tuisyen...
kenapa untuk SPM kamu nak amik kelas tuisyen (nampak macma terperangkap.. nasib adik aku pandai jawab


eh banyak lah!!!

tapi adik aku cakap... "along.. kalau adik tak dapat jangan kecewa tau... sbb adik kesian dnegan sorang budak ni... adik beradik dia 6 orang! dai org susah... semua sekolah lagi... "

aku cakap: ko nih.. kalau ko kesian kat orang cemana ko nak kumpul duit nak sambung study sampai ke UK ke Germany ke... tu yang ko conteng kat dinding OXFORD... i m on my way (lebih kurang lah.. malas aku nak masuk bilik dia...).. sekdar hangat hangat tahi ayam?

kesian kat org.. tak pikir nak penuh kat poket sendiri!
---------------------------------------

ah kita lupa kisah adik aku...

semalam aku gi makan makan kat Old Town White coffee bersama ehem ehem, anak anak...
mee kari dia sedap wa cakap lu.... ice blended white coffe with hazelnut pun sedap!!!
esok aku nak pow lagi... tapi aku nak try javanese mee... gegegegege...

siang tadi... aku n family gi sunway pyramid... apa lagi.. aktiviti melalak tak hengat sampai terkinja kinja!!!

nak tahu lagu apa yang suami aku pilih?!!!

i am popeye the sailor man
ABC
ba ba black sheep

si haziq kemain menyanyi entah apa butir kata...

emir pulak.. lasak sungguh... tapi masih boleh di kawal!!!

sesekali seronok bergembira bersama keluarga...

menyanyi kan lagu lagu kegemaran masing-masing...

yang pasti CEK MEK MOLEK- M DAUD KILAU wajib!!! gelek gelek!!!


-----------------------------------

lepas habis melalak terkinja kinja... kami gi cari umah sewa kat kajang/bangi... sempat singgah uamh akak zara aluwi.. zaid n along ada kat umah... sempat menjamah hidangan!!! hajat di hati sesaje je... nak kenal umah!

letih... mahal lah sewa rumah kat bandar baru bangi...RM600.. tp dekat sgt dengan tempat kerja ehem ehem....

-------------------------------------
gambar malas nak upload!!! my nikon L19 malas nak tunjuk muka... Nikon D90 pulak... seperti biasa... aku malas nak pakai...

Saturday 15 August 2009

Cerita Cerihik...

lama juga aku tidak menghadap blog ini... tak de cerita untuk dikongsi... lagi pula.. sibuk dengan anak anak dan juga suami dan mak aku serta adik aku...

hari ini mak aku tak de... macam chipsmore... katanya kalau aku dah duduk rumah ni, dia nak balik kampung terus... tapi aku faham perasaan mak aku... dia risau pasal anak bongsu nya si azimah itu... kejap kejap dia balik rumah KL ni... kejap kejap dia balik kampung... risau agaknya... aku memang tak kisah kalau adik aku nak merayau! (kalau adik aku baca.. mampus kena kutuk).. pandai lah jaga diri... lagi satu aku selalu periksa keluar masuk panggilan telefon mudah alih dia.. juga sms.. setakat hari ini.. belum ada lagi yang menjerumus ke arah cinta monyet

adik aku dan temuduga SKIM biasiswa BANK NEGARA MALAYSIA
hari khamis lepas, adik aku gi bank negara malaysia
ada temuduga
temuduga untuk melayakkan diri mendapatkan biasiswa dari bank negara
kata nya... 5 orang ditemuduga
jumlah keseluruhan 80
tapi yang akan diberi biasiswa hanya 20 org...
hari khamis tu, daripada 5 org yang ditemuduga hanya seorang yang akan dipilih,
kalau bernasib baik mungkin 2 orang...

sebelum hari ditemuduga...
adik aku sibuk tanya aku
apa soalan yang akan ditanya
aku pulak mana lah tahu
jadi aku pun berhubung lah dengan kawan kawan yang pernah melaluinya

kiranya hari khamis tuh adik aku mengadap pc aje...
cari maklumat
cari maklumat pasal bank negara
dan juga scholarship interview tips

kasihan pulak...
hari rabu dapat surat
esok dah nak ke temuduga
preparation pun kelam kabut

adik aku cakap
dia nak sangat biasiswa Bank Negara
dia nak kumpul nak buat belanja nak belajar ke UK macam abg pali...
hahaha
denagn penuh gaya adik aku berlatih malam itu...

to continue... emir sudah meragam

Wednesday 12 August 2009

alangkah seronoknya!!!

kadang kadang hati terlintas, terlintas untuk tidak membuat kerja rumah. Duduk santai. bermesra dengan anak anak... bermesra-mesraan bersama suami bagai kan waktu berdua dahulu! tidak perlu berpenat lelah mengejar waktu...

mengejar waktu untuk mencuci pakaian, untuk mengeringkan pakaian, untuk mengangkat jemuran, untuk melipat pakaian... dan iron baju...

mengejar waktu untuk melagakan kuali dan sudip!, untuk berbasah basahan bermain air menyiang ikan di dapur... bermain airmata pedihnya mengupas bawang, tangan kejap memegang lesung sambil menumbuk bawang dan juga cili....

mengejar waktu menyiapkan makan dan minum buat suami dan anak anak...

ah... aku sudah mula merepek! hati mudah tersentuh... sentuhan yang mulus... ada angin menyampaikan... sesuatu perkhabaran...

oh burung... sampaikan lah hajat di hatiku untuk merehatkan diri... aku mahu ada hari hari istimewa dalam hidupku... aku tidak perlu memikirkan kerja kerja rumah... aku mahu bersantai sahaja... aku tidak mahu beban yang telah lama bersangkaran di kepala dan benak ku...

aku terus merepek...

ah.. mengada sahaja kamu ni makcik!

angin sepoi mana yang lembut menyapa pipi mu itu... angin lintang dari melaka kah? atau angin sepoi libasan helang di langkawi!!!

ah makcik sendiri tidak pasti!

oh kanda! izinkan dinda merepek di ruangan ini... buat nukilan novel ku nanti...

novel... acapkali ku menundakannya... bilakah hati mau tenang setenang air di sungai kelang depan rumah mak aku.... biar pun keladak... air tetap mengalir! hujan lebat pagi tadi... deras air sungai mengalir... tidak kelihatan dari pandangan mata.. tapi aku tahu!

Monday 10 August 2009

api, minyak masak dan air!!!

ah hari ini ada satu kejadian berlaku.

sebaik sahaja suami kesayangan (pergh sayang giler nieh!!!)... tiba di muka pintu, isteri yang konon konon dirindui sedikit gelabah... gelabah kerana hidangan untuk suami tersayang belum berasap lagi! maka tergocoh gacah lah si isteri yang konon konon dirindui menyiapkan segala bagai! sebetulnya semua bahan dah ready tinggal nak campak je dalam kuali...

maka dengan hati yang girang tidak terkira, jemari memetik api di dapur! lalu membiarkan minyak masak di panaskan seketika sebelum menggoreng ikan! lalu si isteri yang konon konon dirindui itu ke ruang tamu, bermesra dan bergurau senda, tetapi ada si kecil yang agak cemburu! maka si ibu pula melayan kerenah si kecil.

sambil sambil mengemas bagasi dan beg sandang, ada satu bau yang enak sekali... bila pusing belakang... dapur benar benar berasap! ah gila!

si isteri yang konon konon dirindui itu bergegas ke dapur... menutup api dapur... PAP... api marak!!!


ABANG! ABANG! ABANG! CEPAT!

gah... api sudah marak giler... he he he...

apa lagi si isteri yang konon konon dirindui itu mmg mudah panik! di ambilnya air dan jirus kuali hitam itu... marak lah si api... vrooom!

nasib si suami kesayangan ada! you are my hero!!!

nasib baik!

lepas tu apa lagi! mula lah sessi membebel dari sang suami! huh...

BIG APPLE DONUT

kalian pernah rasa doughnut dari big apple donut & coffee?

sedap tau!!!

i am addicted to the Duren Duren Flavour! nyum nyum now!

kempis lah poket laki aku kalau gini eh!

just bought!!!


Microsoft LifeChat™ LX-3000

haha... sudah lama aku tidak seseronok ini... memekak tanpa mengganggu anak anak! sambil kepala terhuyung hayang mengikut rentak lagu!!! badan di gelek sambil kaki bergoyangan! ah! seronok serasa seperti dunia ini aku yang punya!!! ya sudah lama kutinggalkan aktiviti ini... berdansa di lantai tari! juga telah lama kutinggalkan... mahu menjejak rakan lama rasanya... mohon mohon badan yang comel lagi cute ini mampu membolosi syarat syarat yang telah ditetapkan!

ya aku ingin kembali ke zaman dulu... biar usia telah cecah 30... (kau peduli apa!)

menari juga satu riadah! bukan nak menggedik!

Saturday 8 August 2009

aiyark!!!!!!!!!!!!

XXXXXX:
haha.. teringat dulu2 ko suka dengar lagu thrash/metal. sama la macam jah..aku takleh masuk wei.. pastu ko playback din beramboi merapu. ramai lak yang join dengar kaset ko..

------------------------------

ye!
perempuan itu memang suka dengar lagu lagu sebegitu!
perempuan itu memang brutal dulu dulu!
perempuan itu amat geli ketiak nya dengan kata kata CINTA!

itu berlaku setelah hati kecewa!
"my girl!"
mudah kau lafazkan
mudah jua kau melepaskan!

kini
perempuan itu
yang kau panggil
"my girl"
dah jadi isteri orang!
beranak dua

ah
kau masih segan dengan aku
setelah melamar aku di facebook
kau terus senyap
mana kau
jenuh message wall-wall
haram kau balas

syukur
kau berjaya
syukur kau tamat jua
syukur...syukur...syukur

kini
bolehkah aku meng"heavy"kan kepala aku?
bolehkah aku meng"headbanging"kan kepala aku?
(rambut ini baru sahaja aku layer separas bahu...tak de feel nak bang!)

ya
aku boleh
kau siapa nak halang aku
sukahati aku lah
bukan aku show off

lagu lagu yang mendamaikan aku!
biarpun ramai yang tak berkenan
tapi korang faham apa yang aku lalui?!
tidak!

ah!
layan pilgrims lagi bagus!


The Pilgrims – Sua Sue Good Morning

Sua Sue Good Morning/Air Pasang Pagi

Sua sue good morning
Sua sue good morning
Sua sue good morning
Istimewa raja
Apa khabar orang di sana?
Jangan lupa pergi gosok gigi
Hari ini malas pergi kerja
Jumpa doktor nak beli MC
REPEAT FIRST VERSE
Ke kedai mamak pekena roti
Duit tak cukup berhutang lagi
Pergi ke Chow Kit naik bas mini
Bas pula penuh kena berdiri
REPEAT FIRST VERSE
Bedak sejuk di tepi jalan
Ada kugiran mari dendangkan
Jumpa baby pergi tengok wayang
Bas tertinggal menapak pulang
REPEAT FIRST VERSE

Tengah jalan di timpa hujan
Dikejar anjing melintang pukang
Kaki terseliuh tersepak tiang
Kunci tertinggal di panggung wayang
REPEAT FIRST VERSE
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur
Ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik keretapi pergi Kuala Lumpur
Dapat isteri comel terselit bawah dapur



Friday 7 August 2009

Amar MILAN tag aku

mamat milan telah tag aku.. aku jawab... dah
tak kuasa nak berintro bagai!

1) Siapa timangan anda?
along(family)
gadieh amak (mak aku panggil masa kekecik dulu-baca dalam loghat minang eh!)
ila (family suami aku)

ella (budak budak KYPM kelantan)
zila (budak budak UPM)
azila (budak sekolah menengah)
jill (emynz panggil aku nama ni)
zill (wati x-telekom RA panggil aku nama ni)

jila (budak kampung aku kat ulu yam)

2) Anda seorang yang?
saya seorang yang baik sangat...(boleh tak bagi jawapan gini)...

3) Insan yang teristimewa?
Anak anak sbb aku sungguh bertuah kerana di beri peluang merasai nikmat melahirkan! (Hanya ALLAH yang tahu)

4) Lagu Kesukaan?
banyak!!! leh view kat jiwang 24 karat aku

laila namamu teratas-search
saat ku idamkan-search




1+1 boys and girls : nice stupid playground, juliet the orange, nita... all in this album!

lagu lagu siti nurhaliza!

lagu lagu sharifah aini

lagu lagu al jawaheer

lagu lagu ROSSA


unforgiven I and II & low man's lyrics - metallica
CREEP, karma police and more- radiohead
dont look back in anger and more - OASIS

i wanna hold your hands- the beatles

malu-malu tapi mahu - ramlah ram

eh byk ah... tak larat nak jawab!!!

5) Makanan Kesukaan Anda?

sambal goreng cili api
ayam goreng berempah
nando's the EXTRA HOT PERI PERI
kue teow goreng
bihun goreng
popia goreng
rendang minang air tangan mak tam!!! ni paling best sebab kalau makan ni mesti sampai gaduh dengan mak!
fettucine carbonarra - shakey's
burger kat depan 7 eleven kat bukit baru melaka...sedap!!


6) Yang membuatkan aku stress?
kalau org buat jiwa aku kacau... mmg aku stress... pakai otak tangani!

7) Warna kegemaran anda?
orange! hitam! biru!

yang pasti merah kuning tetap kebanggaan...selangor darul ehsan

8) Benda yang mesti ada dalam Beg.
pampers anak dan susu dan duit... dua tiga ringgit pun ok

9) Kali terakhir anda Menangis?
tadi... sbb i allergic bila menumbuk bawang... boleh?

kamu yang tgh baca kena tag! nnt aku cek aliran kemasukan...
jujur haaaaaaaaa

amar... berapa kah markah yang makcik dpat!

FaceBook

ah sudah lama tidak update blog... hati menggedik jumpa kawan kawan lama di facebook!

antaranye
FZ...dia ni budak kelas hujung... combine kelas agama dengan kelas aku... dia ni suka botakkan kepala dia...mmg glamour dia ni...

satu hari tetiba je ada bunyi kentut... sampai skang aku ingat

bila aku add dia kat facebook.. dia masih ingat kat aku... aku berseloroh pasal dia kentot kat kelas... dia cakap sampai skang tabiat tuh tak hilang...

hahaha......

Wednesday 5 August 2009

Rossa - HEY LADIES!!!



Rossa – Hey Ladies

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

aku cuba MENGERTI



dewa 19 - dewi

Dewi aku mohon
Beri kesempatan
tuk bisa menebus dosaku kepadamu

Maafkanlah aku yang menyakitimu
Aku tidak pernah menyangka bisa begini

Oh Dewi..
Dengarkanlah
Dewi..
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sanpai mati

Dewi..
Belah lah dadaku
Agar kau tahu
Agar kau mengerti

Ooo..Ooo..
Semua terjadi begitu saja
Tak ada serius antara dia dan aku
Tidak cinta dan tak ada hati
Hanya karena aku lelaki dan dia wanita

Oh Dewi
Dengarkanlah

Dewi..
Kaulah hidupku
Aku cinta padamu sanpai mati


Dewi..
Belah lah dadaku
Agar kau tahu
Agar kau mengerti