Wednesday 25 November 2009

mengapa jadi begini>

rujuk sini untuk mengetahui peratus potongan untuk caruman dibawah KWSP.......

mari kita lihat senario ini... oh ye.. kalau tak jelas tolong klik gambar ye!




kenapa ye... dipotong 320 tapi di masukkan 280... ikut nisbah... majikan kena 12%... hurm... mengapa ye...

Friday 20 November 2009

Faktor luaran yang mempengaruhi institusi keluarga

LUMRAH dalam setiap rumah tangga, tiada yang tidak dilanda badai kerana pasti akan berlaku pertelingkahan antara suami isteri walaupun puncanya terlalu kecil.

Kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Melaka, Jalaluddin Abd Aziz, berkata bagi mengurangkan risiko berlakunya masalah, suami khususnya perlu menunjukkan penghargaan terhadap segala pengorbanan isteri seperti mengucapkan terima kasih dan memuji masakannya walaupun rasanya tidak begitu enak. Cara itu, katanya, secara tidak langsung dapat membuatkan hubungan suami isteri bertambah mesra. Begitu juga isteri perlu menjaga hati suami dengan tidak melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahannya.

“Komunikasi dan interaksi yang berkesan amat penting dalam rumah tangga kerana melalui perbincangan daripada hati ke hati dapat membentuk kebahagiaan dan menjalin kemesraan yang berkekalan. Pasangan yang sentiasa menjaga mutu interaksi biasanya bersedia menghadapi segala cabaran bersama kerana mereka boleh menerima pandangan yang diberi pasangannya,” katanya. Beliau juga menyarankan agar pasangan yang berniat mendirikan rumah tangga benar-benar sanggup dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana tugas itu menuntut pengorbanan yang tidak terkira. Pasangan juga perlu berbincang bersama agar dapat mencapai kata sepakat dalam membentuk keluarga yang harmoni supaya segala masalah mahupun konflik dapat dielakkan. Justeru, segala perselisihan yang berlaku dalam perkahwinan tidak perlu dikesalkan kerana selagi ada jalan untuk memperbaikinya maka berusahalah dan jangan jadikan perpisahan sebagai jalan terbaik. Beliau berkata, perselisihan faham adalah asam garam rumah tangga yang perlu dihadapi setiap pasangan agar hubungan menjadi lebih matang dan semakin serasi bersama melayari bahtera perkahwinan. “Bergaduh, berselisih pendapat, bertikam lidah, cemburu hanyalah satu bentuk ujian yang tidak akan memisahkan anda dengan orang tersayang selagi kita tidak membenarkannya. “Yang pasti, suami isteri perlu bekerjasama dan sering menyokong antara satu sama lain tidak kira sesukar mana halangan yang terpaksa dihadapi kerana melalui kesepakatan dan persefahaman yang terjalin akan membuatkan pasangan sentiasa hidup dengan gembira walau sekuat mana badai melanda,” katanya.

celaka lah ketas kamu!

Terjemahan:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]

Di lema kaum isteri

isteri...

antara ibu sendiri dan suami

suami wajib

suami

antara ibu dan isteri

ibu wajib diutamakan...
--------------------------------------------
hurm... secara amnya semua tahu... mana baik mana buruk, mana dosa, mana pahala....

kalau anak perempuan ... beza... setelah berkahwin ibubapa dah serahkan pada suami... dah kena ikut perintah suami...

ini lah dilema wanita...

hati ibu-ibu sendiri banyak terluka, tapi si ibu-ibu diam kan sahaja... kerana tidak mahu keluarga anak perempuan nya berantakan / huru hara....

------------------------apa yang aku bebel kat sini...

Berdosa bagi isteri yang mengingkari perintah suami yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.Oleh itu untuk menjadi seorang isteri yang solehah, ia wajib taat kepada perintah dan larangan suami selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.. hati jangan sedih sedih!

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!” Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]

Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2] Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu: Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3] Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

---------------------------


Doddy!

oh ye... lupa nak kemaskini maklumat... sekarang dah musim kenduri kendara... boleh lah aku sibuk sibuk kumpul material untuk program ku yang seterusnya.... sekian lama aku berhenti melirik lirik sibuk dengan hal hal negara, sudah tiba masanya aku kembali ke dunia ku yang satu lagi. dunia aku bukan dunia kau.

hari ni si doddy nikah.
esok dia sanding.
lusa si polan bin si polan langsung
ni satu manusia kurang sopan
bagi kad undangan tapi tak tulis nama
ah... aku tau lah... si polan tak nak ajak kami sekeluarga
dia ajak si ehem ehem aja...
macam bagus sangat!
pergilah aku sikit pun tak heran...

moga si polan berseronok disana!

sakit tol hati aku hari ini.
tapi buat apa nak kecoh.
diam diam sudah.

bising bising kang tak pasal
tercemar pulak tangan kiri
setelah tangan kanan tercemar

duh... pengsan!

Ya Allah,
kadang aku tidak tahu mengapa aku diuji sebegini...
mungkin ada hikmah...
sabar ye azila!

Thursday 19 November 2009

Episod 11

Dalam renyai hujan, Zulaikha mengamati rintik rintik hujan.

Hujan. Hadir hujan kerana awan.

Setiap yang berlaku ada sebab dan alasan.

Zulaikha masih di balkoni biliknya. Penat duduk kemudian berdiri. Sesekali bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Tiada siapa disisinya tika ini. Ingin memujuk Azlan. Penat. Penat berfikir tentang rencana. Ingin sekali Zulaikha bermandi renyai hujan, agar kemarau hatinya hilang. Mana mungkin kemarau hatinya hilang begitu sahaja. Ah... tak mungkin pujukan Zulaikha mampu melembutkan hati Azlan.

Zulaikha tidak setanding Mariam. Tidak setanding Azhar juga.

Zulaikha hairan. Mengapa setiap kali keluarganya ada kerja kenduri, Azlan pasti tidak berminat untuk bersama-sama membantu. Berbeza dangan Zulaikha. Pernah tika Mariam mahu melangsungkan perkahwinan esoknya, kereta Azlan buat perangai. Mana mahu dicekau wang tika malam gelap gelita. Pada Mak Chom, Zulaikha mengemis bantuan kewangan. Pada sahabatnya Ku Irma diminta ambilkan Zulaikha dan Azlan di Masai. Tak terbalas budi Ku Irma. Sanggup menjemput Zulaikha dan Azlan di Masai. "ah lupakan sahaja malam itu!" Zulaikha berbisik sendiri.

Apa yang Zulaikha fikirkan diwaktu ini, seingat Zulaikha tidak pernah dirinya menolak untuk hadir dalam kerja-kerja kenduri.

"Kamu Zulaikha, jangan nak duduk senang lenang, tolong-rolong ringan kan tangan bantu apa yang patut di dapur. Mak Jah dah ada bahagian Mak Jah yang nak disiapkan."

Sampai sekarang Zulaikha masih ingat dialog itu. Sering bermain-main di cuping telinga Zulaikha. Gegendang bingit. Hati sakit. Semua harus di tolak ke tepi. Biar seribu kali mengadu, Azlan bagaikan tidak endah.

Zulaikha teringat peristiwa 5 tahun yang lalu. Belum sempat lelah di hela, kata-kata sinis menerpa laju. Baru sahaja duduk bersimpuh merehatkan diri dari perjalanan jauh. Badan lemah membawa perut yang berisi. Sedikit tiada simpati.

Itu Zulaikha. Ya, belum sempat penat di lepaskan, bangkit bangun menuruni anak tangga menuju ke khemah memasak. Periuk-periuk belanga berisi lauk pauk untuk majlis esok hari menusuk ke hidung. Harum serai. Manis bawang. Pisau diambil, bawang bawang di buang kulitnya. Halia dihiris hiris halus. Meriah dengan suara disitu.

Berbeza dangan Azlan, pernahkah Azlan diperlakukan seperti Zulaikha tatkala bersama ahli keluarganya apabila ada kerja-kerja kenduri. Tidak. Tidak berani keluarga Zulaikha mengarah atau mengomel. Hatta mengajak ke pasar juga keluarga Zulaikha segan. Sedarkah Azlan tentang itu. Kira pulang ke kampung, masakan yang enak pasti terhidang. Pantang sekali Azlan meminta lauk yang jarang jarang sekali dimasak. Pasti disediakan. Kiranya tiada bahan, Mak Long Ayu akan segera ke pasar.

Lusa, anak Mak Ngah Jumi akan melangsungkan perkahwinan. Sudah dewasa si Fatin Nasuha. Bakal menjadi isteri. Zulaikha gelisah. Fatin. Ya Fatin. Berkali-kali telefon, mengingatkan tentang hari bahagianya. Zulaikha gusar. Azlan seakan tidak berminat untuk turut serta. Telah Zulaikha duga.

Hujan yang tadi renyai kini makin lebat. Zulaikha masih di balkoni. Dia ingin diam di situ sahaja. Hati sakit siapa yang tahu.

Azlan beria ia mahu mengikut Mariam sekeluargaa bercuti di Redang.

Pedih!

Wednesday 18 November 2009

owh tidak sihat...

aku pening kepala... badan sejuk terasa ada gigil... cuba bertahan dengan aktiviti lasak, namun... aku tidak daya jua... tekak terasa sakit amat... suara sudah pasti ada lontar yang sumbang... jarang aku begini... mencuci dosa agaknya... siapa kata aku baik, kadang ada juga terlencong...

Friday 13 November 2009

12 malam...

Jam di dinding telah menunjukkan jam 12 tengah malam... aku masih lagi merayau rayau ke sana ke mari bersama encek youtube.com, mencari ilham untuk melaksanakan satu tugasan yang tak pernah aku buat... SUMPAH! aku tak pernah buat... dulu aku cukup malas nak join mana mana persatuan atau kelab... kalau masuk pun jadi ahli biasa je...

kali ini tujuan Perjumpaan Semula setelah 13 tahun berlalu, aku (dipaksa atau terpaksa atau rela hati) kena buat satu video clip... eh?.. mulanya nak buat guna Microsoft PowerPoint aje.. tapi rakan sesekolah sarankan aku buat guna Video Movie Maker...

aku dah godak VMM... nampak mudah je...

it just a matter of materials...

aku cuma ada aksi pegun sahaja untuk dipertontonkan...

at least k!

utk tag AJK aku dah siapkan...

hurm... berpuluh juta kali si ehem ehem ajar, tak masuk masuk jugak, sampai kena marah... bukan tak masuk... sebetulnya tak ambil perhatian pun... tapi di sebabkan kena buat juga utk tag reunion ni... aku mintak tolong ehem ehem ajarkan...

"awak ni... bukan nak faham betul betul..." terus tidur n tak layan bila aku tanya malam malam hari....

hahahaha.. padan muka...

tapi satu keajaiban...

aku dah boleh buat jugak akhirnya... asas sahaja ye... nak lelebih.. saya baru nak mauk taska ni ha....

ini lah hasilnya...







boleh lah kan... buat permulaan... hurm... jap gi nak edit gambar... byk wooo keje nak buat... tak tidur lah aku malam ni... kesian ehem ehem... tidur sendirian.. dah lah demam....

Tuesday 10 November 2009

things to settle

urm hari ini dah hari selasa

slides presentation tak buat lagi

pas utk ajk in progress

susah kan kalau tak reti guna adobe..

learn n learn zila...
kalau ehem ehem tegur jangan kecil hati

hari ini aku mesti gi sekolah amik gambar sekolah n cikgu cikgu yg ada
suresh dah terbang ke cambodia ahad lepas
hari ni terbang balik malaysia semula

adoh...
nak buat slides presentation mmg boleh je buat
material sikit sgt
its ok
cuma aku terkial kial nak letak lagu
hurm
bukan tak reti guna soundforge
tapi rutin aku sbg suri rumah tu yang ada payah sikit...

sekejap si kecil nak susu cap gantung
sekejap si abg nakl shishi

nak buat malam
ada lembaga pulak ganggu
sungguh takut...

aiyarkkk
byk nye alasan

try to manage today
esok ada discussion ngan kawan kawan

huh
ptg ni nak ke central market
cr hadiah lucky draw sponsored by POSITIVE SOUL

jgn lah hujan!

Friday 6 November 2009

Nak MenCAROT boleh?

eh.... nak mencarot... tak baik adik adik! mari kita beristighfar banyak-banyak, ianya lebih menenangkan jiwa dan tenteram rohaniah

bukan apa...

adalah suara suara tidak puas hati
tentang bayaran yang cukup lumayan
tapi kerja HARAM tak buat!

maksudnya
meminta minta di bayar gaji
siap sms bertanyakan duit dah masuk ke belum

bukan apa kakak kakak abang abang

rasa macam seronok sangat kan
mintak duit atas kerja yang tak seberapa
u r not fully utilized pun kan
nak buat cemana
nak jaga hati raja sialan
si penipu lidah bercabang
penuh duri dalam daging

haiyark!

aku terkesima...

"tak maulah, aku nak jadi pakar kecemasan, nak kerja dgn government sampai tua, nak tolong org2 susah, ko doakanlah biar niat aku tercapai, ye? aku tak pandang duit sangatlah, makan pakai cukup, dah syukur dah, ok lah c u soon, zzzzzzz...."

mengenali dia sejak darjah 5...
bersatu kelas semasa darjah 6,
berpisah di tingkatan 1,
bertemu kembali di tingkatan 2
jodoh kekal hingga tingkatan 5....

di UPM,
fakulti kami bersebelahan amat!
aku di fakulti Sains Makanan
dia di fakulti perubatan
ada hari hari tertentu kami ke kuliah bersama
maklum kami sama sama berulang dari jalan kelang lama ke UPM...

tersentuh sanubari... dengan jawapan itu
aku kenal dia... sejak darjah 5...
dia memang bercita cita utk menjadi doktor...

entah angin apa menyapa
aku menyarankan dia, utk jadi pakar kanak kanak...
lumayan bila dah buka klinik sendiri nnt...
mana aku sangka itu yang di balas oleh dia...

wahai sahabat aku tau keikhlasan kau..

kita sama sama mengharungi susah payah masa kecil...
kita sama sama mengharungi liku liku kehidupan setinggan...

kau tidak lupa rupanya kesusahan yang pernah kita alami dulu!

Thursday 5 November 2009

owh me oh my

bosan tahap gaban melanda...

oh sungguh malas mahu masak
hari ini tidak semena aku buat cuopcakes besar gedabak!
lama tak jengah blog kan

urm...
sibuk