Showing posts with label haziq amirul haq. Show all posts
Showing posts with label haziq amirul haq. Show all posts

Thursday, 26 February 2009

bebel...bebel...bebel

alhamdulillah... hujan sedang melanda... melanda bumi yang ku pijak ini... sekarang ni bulan Februari nak masuk bulan Mac... musim hujan agaknya....

ong ong degedekgedek asyik sahut menyahut...

hujung tahun dan awal tahun angin kencang melanda...

kemudian cuaca panas dan kering menghangatkan suasana...

sekarang hujan.... memula hujan ni muncul... terus rebah je... awan dah pilu sangat tuh... nangis tanpa dimaklum... tiada awan berarak mendung yang sarat dengan air mata........... tetiba je hujan turun... bila dah musim hujan ni kan... erm... pakaian yang di cuci tidak lagi sempat mengeringkan diri di laman rumah... terpaksa mengeringkan nya di dalam rumah.. maka fenomena baju bersidaian menjadi tatapan mata... apabila duduk dlm rumah... sungguh tak selesa.... begitu lah keadaannya di sini...

bila hujan... seronok... sejuk je kan... mood hangin kurang melanda... best je... damai je suasana... anak anak pula tidak seronok.. tak dapat nak bermain di laman... haziq amirul haq yang belum petah berkata... apabila melihat rintik hujan turun pasti dia nyanyi dalam versi bahasa nye yang tersendiri...

rain rain go away, come again another day... (sambil tangan mengusir hujan...)


teringat pula dengan lagu masa zaman kanak kanak dulu:
hujan rintik rintik
tumbuh daun lalang
adik sangat cantik
abg pun sayang


izz emir haq dah mula merayau... satu perkembangan yang baru buat dirinya... bontot dah mula nonggeng-nonggeng untuk menggerakkan diri ke depan dan ke belakang.... apabila di agah... tertawa kecil...izz emir haq suka di gomol.. nak nak lagi apabila si ayah menggomol nye... menggeletek ketawa... ketawa geli.. sebab nya ayah ada bulu kat muka... kah kah kah... apabila dah lama sangat dibiarkan bermain di bawah, izz emir haq akan merengek minta di dukung tak pun nak duduk dlm walker...

perkembangan si haziq amirul haq pula... hurm... dah pandai mengajak ibu nya kemas barangan permainan... "ibu...jom kemas..." kalau di minta pertolongan sudah pandai berkata "sabar... sabar lah"

tahun ini haziq amirul haq nak masuk tiga tahun, anak anak sebaya dengannya ada yang sudah pandai bercakap... haziq amirul haq masih lagi dengan bahasa nya yang tersendiri... pun begitu penguasaan bahasa dan pertuturan makin bertambah dan meningkat serta jelas... hari ini sungguh lucu apabila dia menjerit memanggil anak makcik di sebelah rumah.."baby.. baby...turun!"

hari ini tiada apa yang istimewa... makan tengah hari cuma berlaukkan ayam masak merah, tiada sayur.. kerana anak anak dah mula merengek minta di beri perhatian... haziq amirul haq pula makan ayam goreng.. tak sempat nak masak sayur bayam, izz emir haq dah melalak... dah siap siang dah bayam tuh... terpaksa simpan dalam peti sejuk... esok lah masak...

pagi tadi kami (aku dan haziq amirul haq) bersarapan dengan menu air teh, kuih pau goreng bersambal, puff curry, seri muka dan apam... RM1 dapat 4 ketul kuih... aku beli RM2...

petang nanti cadang nak buat donat... tapi cam malas je... bila suami tak de kat rumah.. mood nak masak jadik malas... (makan rajin)....

bercerita pasal masak... aku pernah menangis sbb suami aku tak jamah pun hidangan yang aku masak sewaktu suami aku balik lunch... banyak kali dah rasanya... dia makan MC D kat opis... so bila dah kenyang dia tak nak jamah apa pun kat rumah... kalau dia dah makan kat luar ngan officemate pun begitu juga... balik rumah perut dah kenyang so dia tak jamah... bila aku masak sempoi yang amat... dia balik rumah tanya "masak apa... lapar dah ni..."

apasal ntah nangis... pasal tak makan pun leh sedih... bosan tol hidup! kadang kadang benda remeh cam ni pun leh sensitif yang amat... haiyarkkkkkkkkkk!!!

Friday, 13 February 2009

cerita-cerita semalam

ayah haziq amirul haq:
pagi pagi lagi telah bersiap nak pergi ke MSDC... ada kelas belajar bawak motor... B Full... balik rumah mengomel... membebel kat aku mengatakan tempat tuh service lambat.. dan servis tahapa hapa...

ha ha ha.. aku gelak...

dulu masa ina ada keje kat sana.. tak nak belajar... ada org dalam tentu akan di layan tip top kan... ha rasa kan... azab menuggu giliran lah... azab belajar di tengah panas...

time aku dulu... ko bising suh report kat pentadbiran kisah pengajar aku yang ajar aku tuh... .(sampai skang tak de lesen lagi ... huhu...). kisah pengajar yang amik aku lambat dan banyak soal pulak bila nak hantar aku balik rumah... apa punya pengajar daaa....

kisah haziq amirul haq:

hari rabu kan haziq amirul haq pergi klinik.. selepas aku bagi haziq amirul haq makan ubat... dia lena... kemudian dia batuk batuk dan muntah... malam pun begitu... habis cadar kat rumah aku utk 2 hari... asyik bertukar ganti... ingatkan itu tanda yang bagus... bila muntah segala kahak akan di discaj keluar...

semalam lepas bagi makan ubat... haziq amirul haq muntah lagi.... banyak... lenjun baju aku... lenjun dengan muntah muntah... petang pun haziq amirul haq muntah muntah lagi... bawak ke malam... dalam satu hari 5 kali haziq amirul haq muntah... bantal peluk aka bantal busuq dia pun terpalit dengan muntah...

aku jadi tak keruan... risau... ayah dia pulak lepas belajar motor...terus siap siap nak ke office... nasib baik internet leh ym...ym dgn ayah nya suruh belikan vitagen..

kenapa vitagen?... dalam minuman berkultur jenama vitagen ni ada bacteria yang berguna... untuk membantu proses penghadaman... more info korang leh cari sendiri thru engine surfing ya!!!

tapi kan ayah haziq amirul haq... aku dah agak dia mesti tak beli.. sebab aku dah terambil duit dalam wallet dia.. gegegegege.... yang tinggal note RM 1 beberapa keping...

malam selepas solat maghrib ayah haziq amirul haq pergi tesco beli barang dapur sekali dengan vitagen....

so aku list kan senarai barang yang perlu di beli... aku list kan sekali Gripe Water dan juga Zentel...




kenapa zentel?... zentel ni jenama untuk ubat cacing

petang
semasa haziq amirul haq muntah buat kali ke-3... aku buntu tak tau nak buat apa... aku jenuh cari kat internet tentang alahan ubat/medicine allergic... kadang kadang kanak kanak pun ada alahan terhadap ubat... tetiba aku teringat coklatubatbatuk... masa haziq amirul haq muntah muntah n cirit akhir tahun 2007 dan raya aidil fitri 2007 dulu coklatubatbatuk ada sarankan suruh ambil ubat cacing... mmg berkesan... tapi harus di ingat pengambilan nya hanya sekali satu tahun... tahun ni haziq amirul haq belum di beri ubat cacing... bulan 10 2008 semasa buat pemeriksaan berkala dengan pihak klinik desa... mereka ada berikan haziq amirul haq tablet ubat cacing... tapi haziq amirul haq hisap sikit je... then dia buang tablet tu... so semalam aku bagi lah dia yang jenis syrup... tak sampai 5 minit dia muntah balik... kena beli lagi nih... sebab tak masuk perut kan..dah muntah balik...selambak keluar... jenuh si ibu...



kadang kadang cacing yang berada dalam usus menyebabkan kita sakit perut, hilang selera makan dll.



kenapa Gripe Water?...

Gripe water is a home remedy for infants with colic, gastrointestinal discomfort, teething pain, reflux and other stomach ailments.

so selepas haziq amirul haq muntah kali ke 5 aku pun bagilah Gripe Water...10 ml... di susuli dengan air minuman berkultur jenama vitagen dengan perisa asli...

alhamdulillah.. tiada lagi muntah sehingga ke pagi ini...

namun batuk masih bersisa...

kisah aku:
setelah mendapat tahu tentang sesuatu, aku terus jadi down.. tak de semanagat nak buat kerja... even aku housewife aku tetap seorang pekerja... ngeh ngeh ngeh

kisah izz emir haq:

sejak dah dapat kaki (duk dlm walker)... dah pandai mengamuk tak mo baring lagi... adik jangan ngengada ye.. hanya waktu ibu sibuk di dapur sahaja kamu akan duduk dlm walker tau!!!

Wednesday, 11 February 2009

HaziQ Amirul HaQ

hari ini hari rabu.. haziq amirul haq masih batuk batuk terkokol... semalam ayah nya yang sungguh prihatin nak bawa haziq amirul haq ke klinik tertunda ke hari ini kerana... ayah nya ada mesyuarat jam 10 pg semalam...(oh suami aku belum lagi ke MPAG..tgu YDP ke hape ntah , malas nak amik port dah).. lepas tu pulak ayah nya ada tetamu dari Kuala Lumpur berkunjung ke rumah selepas menghantar anak mereka ke MRSM Jasin....

haziq amirul haq masih batuk sejak 17 hari yang lalu... batuk yang kadang kadang di susuli dengan demam .. ala ala dedau gitu...(dedau=baru aku tau ada perkataan nih...orang melaka sebut dedau)

haziq amirul haq masih batuk sejak 17 hari yang lalu... batuk yang kadang kadang di susuli dengan selsema

haziq amirul haq masih batuk sejak 17 hari yang lalu... batuk yang kadang kadang di susuli dengan sakt sakit di sendi

aku cuak juga... lebih lebih lagi apabila televisyen di rumah memperdengarkan telinga aku tentang rancangan Malaysia Hari Ini yang mengupas topik tentang Demam rasanya...(aku tak tonton sgt cuma dgr gitu gitu je...sibuk uruskan baju di ampaian)...

maklum sahaja sekarang kan musim cikungunya dan denggi...

dalam tempoh 2 minggu ini... kawasan taman perumahan yang aku diami secara sewa (bila lah nak ada rumah sendiri ye?) dah dua kali pihak selenggara menyembur asap basmi nyamuk... (aku terus terang aku tak tau apa nama kimia utk asap itu)...

oh ya mengenai slot MHI semalam ada pemanggil bertanyakan kepada tetamu slot tersebut tentang beza antara ubat / preskripsi yang di perolehi daripada swasta dan kerajaan...

menurut pemanggil... ubat / preskripsi dari klinik atau hospital swasta lebih berkesan daripada klinik/hospital kerajaan... mengapa begitu

dengan tersenyum tetamu itu menjawab...

"sebenarnya tidak ada beza... sama sahaja...

yang berbeza hanyalah psikologi kita sahaja..."

ada betul getus hatiku...

masa aku dapatkan rawatan demam haziq amirul dulu dulu... dr rahimah (klinik swasta-klinik amal)... Dr Rahimah main psikologi... baru aku terngat .. yang dr rahimah ada pesan macam macam utk haziq amirul haq... beza di klinik / hospital kerajaan...

aku pun sama... macam macam yang dia beri nasihat...

ubat pun ada yang sama dengan klinik kerajaan...

contoh parasetamol... dlm panadol ada kandungan paracetamol mengikut dos (from company GSK), begitu juga Axel/excel dari company apa aku dah lupa.. malas nak search kat enjin carian...

kenapa aku mudah lupa ye... sedangkan aku dulu pernah jadi staff biasa dan penyelia dlm runcit farmasi... dan aku telah juga pergi latihan tentang preskripsi...

sudah tua rasanya .. serta aku tidak mendedahkan diriku tentang sebaran am ini




linctus simplex ini utk batuk berkahak rasanya...


botol ubat ampicilla yang telah dibancuh warnanya bertukar menjadi merah jambu, manakal sebelum dibancuh ia dalam bentuk granul halus berwarna putih


ubat ini samada pihak klinik atau hospital bancuh kan utk kita atau kita bancuh sendiri di rumah... aku dah dua kali dpt ubat cenggini... mereka di kaunter farmasi arahkan aku bancuh sendiri... memula izz emir haq dapat.. tapi aku tak kasi pun.. masa tuh izz kecil lagi ... tak berani nak bagi...

hari ini, haziq amirul haq pula yang dapat... so aku bancuh lah dengan air... dan berikan mengikut dos yang di sarankan...

Monday, 2 February 2009

demam panas...

haziq amirul haq diserang demam panas... nasib baik masa gi klinik jumaat lepas pegawai perubatan ada sediakan ubat demam (parasetamol)....

demam pada anak anak:

para ibu risau

para bapa tenang je

anak pula... meragam.. itu sakit ini sakit...
jua bila diberi ubat..."tak nak tak nak"

Monday, 26 January 2009

haziq amirul haq

semalam ... haziq amirul haq telah menunjukkan tanda tanda yang dia kan mengalami batuk dan demam... ternyata jangkaan aku betol!!!
dah aku yang ngandungkan dia dan melahirkan dia, aku tau ler...
ayahnya kata... "tak delah... biasa lah ni..."

huh...

hari ni dah 2 kali dia muntah... so pepagi yang hiruk pikuk dek bunyi meriam n mercun serta bom bagaikan mengganas di belakang dan di hadapan jua di atas...

aku mmg tak leh tidor...

ada pakaian yang perlu dicuci.. 4 set...

haziq amirul telah memuntah isi perutnya...(kalau lah anak aku baca gaya bahasa aku nih...hish malu jer...tukar ayat!!!)... haziq amirul haq muntah muntah hari ini... ibu tau... ibu tau anakku... pasti haziq amirul haq telah melalui saat yang sukar untuk bernafas kerana haziq amirul haq juga telah mengalami demam selsema.... batuk demam dan selsema...

dalam tidur yang tidak lena...ibu acapkali mendengar kokolan mu... tiba tiba haziq amirul haq bangun dan menangis sambil memberitahu "ibu...tumpah tumpah".... maksud tumpah pada haziq ialah muntah... haziq amirul haq belum mengerti apa itu muntah... yang dia tau kalau sesuatu yang berair ke atau makanan ke jatuh ke bawah lantai atau mana mana... dia akan sebut tumpah... ibu dah beritahu bukan... itu bukan tumpah itu muntah...

dalam sibuk melayan si haziq amirul haq... si izz emir haq pula jaga... nak susu...

bayangkan ... 2 orang anak kecil memerlukan ibu nya di waktu yang sama... tercabar kewibawaan aku...

haziq amirul haq masih lagi terkokol di atas...

ibunya masih di bawah.. sdg menanti pakaian yang sedang dicuci oleh pencuci pakaian... soak 1 hour...baru selesai...

sambil sambil tuh ibu chating ngan mama amsyar n mama danish