Monday 25 February 2013

150 juta kali

lagu ni daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah lama.... haha skang baru nak kuar kat radio... tapi bukan fynn jamal nyanyi... hurm....

aku suka fynn jamal nyanyi... byk gak versi lain dari fynn jamal tapi aku suka yang ini.... sempoi




lagi satu versi fynn jamal yang aku suka.. ni bukan live




aku suka gak tgk dak perempuan yang nama dia hana zatie nyanyi...
Uploaded on Aug 26, 2010
Aweks Cun Main Gitar Lagi 150 Juta Kali

:)




ainan tasneem??? baru dengar... fynn jamal bagi lagu ni...




Sunday 24 February 2013

sehingga hujung masa



lagu dan lagu dan lagu. itu lah aku... bila aku nyanyi anak anak ngekek-ngekek gelak kan ibu mereka...
tetiba jatuh cinta dengan lagu ini... dok ulang ulang... 
ok. memang tak pernah dengar lagu ini. first time dengar time sibuk sibuk duk gulung gulung popia goreng JDJ... dengar dari hot fm rasanya.... terus tangkap bait bait lagu dan google... 
 
nah! lirik lagu nya. aku amik dari blog : anizyn

di situ ada M Nasir.... lagi lah teruja aku nak dengar kan... lagu ini sangat mendalam maknanya.... 

hari ini tak sehat. plan memang nak MC.. tapi pikir dalam dalam... sayang... terus tak jadi MC... batuk.. hidung dah sumbat... badan panas... tunggu lagi 2-3 hari... kalau tak ok lagi baru pergi buat pemeriksaan... "pemeriksaan" berkala kah makcik ooi? ahha!
 
27 haribulan ada appointment dengan doktor... "small operation"... 
haziq.... mmm.... moga baik baik ye sayang...
 
scene hari ini.. haziq nak ibu dia temankan dia tidur...
anak anak memang nak perhatian... sebelum nak tidur... haziq mesti ajak aku temankan dia tidur..
mmm... kadang aku sibuk... aku tak layan... kesiannya... lepas ni ibu cuba yang terbaik... ok...




Lirik Lagu Angin Syurga - Misha Omar
M.Nasir/Buddhi Hekayat

Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

c/o
sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi

Monday 4 February 2013

Sayang Apa Kabar Dengan Mu




dengar lagu ni tadi kononnya kejap je.... sekali lekap kat telinga... dok ulang ulang. inilah kebiasaan saya.
catchy!!!
nasib tengah malam... kalau tak dah boleh buat senaman. ye lah pasang kuat kuat... then buat steps. kan best. (budget muda)... tapi inilah saya. pernah dulu terkantoi dengan encek suami. masa mula mula kawen, ingat dia dah masuk opis... tetiba dia balik... memang tak sedar bunyi kereta menderum... dia bukak pintu terlihat lah di mata nya betapa terkantoinya isteri dia....

misteri pasangan kita akan terbongkar sedikit demi sedikit...

kalau dulu nak kentut... taaaaahan aje... time dating... pura pura cari toilet...
dah kawen ~ teruk sangat. kentut men lepas aje...
dah ada anak ~ "apa awak ni.. jaga tingkah laku depan anak anak"



oh satu lagi lagu... nak share lagu... dari fynn jamal.... lewat kebelakangan ramai pulak dengar lagu ni... padahal lagu ni dah lama... 

di sini entri saya yang saya post ---->150 juta kali <---- br="" klik="" nbsp="">



Friday 1 February 2013

February Stars



february stars!


walking after you.

satu FEBRUARI dua RIBU tiga BELAS

aktiviti pertama

hari wilayah. jatuh hari ini. 1 februari. 2013.
aku?. keje kat selangor. puchong. memang tak layak dapat triple pay bagai.
melainkan company kata... "ok. mana mana base u keje... public holiday ikut hq yang berpusat di TTDI." yang ini mmg layak lah dapat kan...







tetiba nak berjiwa jiwa yang berkarat karat ... karya yang tak pernah jadi buku.

Bila ada keraguan. Bertanyalah.
Apakah sengaja membiar nanah menjadi ulat.
Memberi seribu alasan untuk menjauh.
Cukuplah hidup kita yang kian menjarak.
Aku nantikan kesenanganmu menjengah dan menumpang hidupmu.
Lama mana senang itu. Sejauh mana mewah itu.
Itu bukan persoalan.
yang menjadi nyata. jatuhlah talak buat kali kedua.
kerana itu yang kau lafazkan.

Tiada pernah. Tidak sesekali. Dendam.
Aku percaya kepada aturan Allah.
Doaku sentiasa kuaminkan. Moga kau beroleh kejayaan.

Zulaikha bungkam. resah..
Zulaikha meyakinkan diri.

Ya Allah.... yang maha pengasih dan maha penyayang...
Seandainya telah Engkau catatkan, dia miliku, tercipta buatku, satukan lah hatinya dengan hati ku.... titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi....

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi...
Seiringkan kami melayari hidup ini, ke ketepian yang sejahtera dan abadi,
maka jodoh kan lah kami....
tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan ,dia bukan miliku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luput kan dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Ya Allah yang Maha Mengerti...
berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh ke langit ,hilang bersama senja yang merah, agar aku sentiasa tenang,walaupun bukan bersamanya...

Ya Allah Yang Tercinta
Pasrahkan aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku...

Aminn...Ya Rabbal Alamin.