Wednesday 31 December 2008

1430 n 2009

selamat tahun baru ya!!! i am wishing myself a happy new year...n you all who visit my blog...

“Another fresh new year is here . . .
Another year to live!
To banish worry, doubt, and fear,
To love and laugh and give!

This bright new year is given me
To live each day with zest . . .
To daily grow and try to be
My highest and my best!

I have the opportunity
Once more to right some wrongs,
To pray for peace, to plant a tree,
And sing more joyful songs!”

cut n paste from: William Arthur Ward quotes

HIJRAH MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG

Oleh : Norazifi Mohamad @ Mohamed

Panel Penulis JAKIM

Episod penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum muslimin dari Mekah ke Madinah mempunyai hikmah yang bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga memberikan nafas baru dalam hubungan sesama manusia. Masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu sangat kuat dengan semangat assabiyahnya sehingga sering berlaku pertumpahan darah sesama kabilahnya. Hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah yang membawa bersama akidah Islam yang suci telah membentuk cara hidup berlandaskan Islam.

Hijrah telah menukarkan prinsip taksub dan amalan jahiliyah kepada ketaatan yang total kepada Islam. Hijrah Rasululullah s.a.w ini membawa dakwah Islamiah kepada tahap kedua iaitu perlaksanaan ajaran Islam sepenuhnya terutama jihad di mana sebelum itu selama tiga belas tahun di Mekah, seruan Islam lebih menekankan aspek tauhid dan keimanan kepada Allah. Tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah iaitu hasil dan berkat peristiwa hijrah ini maka bermulalah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan selepas itu mengajar umat Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab terhadap sesama manusia yang merangkumi sistem pentadbiran, ekonomi, politik dan kemasyarakatan termasuklah sistem kekeluargaan dalam Islam. Berdasarkan dua peringkat dakwah Islamiah ini, dapatlah diambil satu pengajaran iaitu dalam membentuk keluarga Islam yang cemerlang, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memperkuatkan akidah dan keimanan terutama kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,

'Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)'

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. Menjadi tugas dan tanggungjawab suami isteri untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;

'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk membentuk sebuah keluarga cemerlang antaranya bertakwa, bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab. Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan sembahyang supaya apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib bagi setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

'Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka.'

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Pembacaan buku agama di rumah beramai-ramai juga merupakan amalan yang sihat bagi rumahtangga cemerlang kerana secara tidak langsung dapat menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli keluarga.

Amalan-amalan tersebut selain mempunyai faedah yang besar, ia dapat mendidik anak-anak menghayati budaya keluarga Islam yang cemerlang. Ia juga dapat menghindari ahli-ahli keluarga terjerumus ke dalam maksiat dan kemungkaran seperti keruntuhan akhlak atau haruan makan anak.

Oleh itu, setiap lelaki muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;

'Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka.'

Sebagai ketua keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'

(Riwayat Bukhari)

Ketenangan dalam rumahtangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya. Seorang suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya dalam menempuh arus kehidupan dalam zaman yang serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan yang semakin mencabar bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada pasangan. Perubahan seperti inilah yang memenuhi maksud hijrah dalam konteks suami masa kini. Oleh itu, si suami harus lebih memahami isterinya, bertolak ansur, sentiasa kasih mengasihi, memperbanyakkan sabar, tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan sikap suka bermaaf-maafan sebagai satu amalan. Dengan itu, segala masalah yang timbul dapat diatasi dengan aman dan keharmonian rumahtangga terus terpelihara.

Isteri adalah berkongsi peranan dalam membantu suami mencapai matlamat rumahtangga yang dibina. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai bermaksud,

'Sebaik-baik isteri ialah menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya'.

Islam telah memberi garis panduan yang jelas berkenaan ketaatan seorang isteri kepada suaminya iaitu bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Isteri sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami. Maka sewajarnyalah si isteri berubah dan berhijrah menjadi isteri yang solehah, berperanan secara aktif dan optimis serta bersama-sama berganding bahu membina keluarga Islam yang sebenarnya.

Jika suasana rumahtangga mulai hambar, suami isteri perlu mengimbas kembali keindahan rumahtangga yang pernah mereka kecapi di awal-awal perkahwinan. Jika suami isteri mula merasai ada unsur-unsur kebosanan dalam keluarga, masing-masing perlu segera memainkan peranan untuk membaikinya. Ini kerana keluarga cemerlang adalah berasaskan kebahagiaan hubungan suami isteri itu sendiri.

Bagi mengelakkan sebarang masalah atau perselisihan, suami isteri perlu bekerjasama dan saling berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumahtangga, pendidikan anak-anak mahupun kewangan.

Oleh itu, sewajarnyalah kita berhijrah meninggalkan sikap yang lama iaitu mementingkan kerehatan diri sendiri setelah pulang bekerja sama ada suami atau isteri dan mengabaikan tugas dan peranan sebagai ahli keluarga. Mereka seharusnya bekerjasama dan bersabar dalam membina kerukunan rumahtangga. Suami isteri harus bijak dan berlatih membahagikan masa serta saling bertoleransi antara satu sama lain kerana hasil yang baik tidak mungkin dapat dikecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berpenat lelah terlebih dahulu.

Suami seharusnya menyedari tentang beban pasangannya. Dia seelok-eloknya bersikap berkasihan belas kerana banyak perkara yang perlu si isteri lakukan dalam masa yang singkat seperti menjaga kebajikan suami dan anak-anak, pendidikan anak-anak, urusan rumahtangga dan keperluan dirinya sendiri. Dalam masa yang sama si isteri tidak seharusnya mementingkan diri sendiri tetapi turut menghalusi beban yang ditanggung oleh suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Jelas di sini bahawa seisi keluarga harus saling memahami masalah dan beban tugas masing-masing dalam pekerjaan, rumahtangga dan pendidikan anak-anak. Di samping itu, bebanan yang wujud ini menimbulkan pelbagai emosi yang positif dan negatif. Bagi mengekalkan keharmonian dalam keluarga, masing-masing perlu berperanan menjaga emosi pasangannya.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud;

'Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka'

Berdasarkan ayat ini, ternyatalah suami isteri bertanggungjawab untuk berusaha mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan asas keimanan iaitu rukun-rukun dan prinsip-prinsip agama yang luhur. Bagi mengimbangi didikan yang diterima oleh anak-anak, ibu bapa juga perlu meluaskan dalam memberi pendidikan seperti pendidikan akademik, jasmani, akal, kejiwaan dan kemasyarakatan. Ini supaya anak-anak dapat membesar dalam keadaan seimbang sebagai seorang anak yang soleh.

Ibu bapa perlu bersama-sama melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Sikap meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan para pendidik dalam urusan pembelajaran anak-anak perlulah diubah. Hijrah sikap yang sebegini amat penting kerana anak-anak juga terbentuk dan terdidik oleh pengaruh persekitaran. Oleh itu, mentaliti ibu bapa perlu diubah atau di’hijrah’kan dengan mewujudkan persekitaran yang baik yang terdiri daripada ibu bapa sendiri, guru, sekolah, masyarakat dan media yang menjurus ke arah pembentukan insan yang soleh, berguna dan cemerlang.

Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Dengan didikan yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t. Perlulah diingat bahawa seorang anak tidak boleh berlaku kasar atau menzalimi kedua-dua ibu bapanya sekalipun sekadar menyebut perkataan ‘ah’ kerana ia sudah dianggap menderhaka dan berdosa besar.

Menuntut ilmu juga adalah peranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak dari keluarga yang cemerlang. Ilmu yang perlu dituntut bukan hanya ilmu keduniaan seperti sains dan matematik, bahkan juga ilmu akhirat seperti akidah, ilmu feqah dan tasawwuf. Anak-anak yang memperolehi kedua-dua ilmu itu sudah tentu dapat menseimbangkan antara ibadat khusus dan pekerjaan supaya antara kedua-duanya tidak diabaikan.

Anak-anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau sudah mati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh. Jelaslah bahawa peranan anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapanya amat penting bagi menjamin ibu bapanya sentiasa hidup bahagia, sejahtera dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Satu lagi peranan bagi seorang anak untuk mewujudkan keluarga cemerlang ialah menjaga nama baik keluarga. Anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa berkelakuan baik walau di mana sahaja dia berada. Apa yang dilakukan adalah berlandaskan ajaran Islam yang suci walau dalam apa bidang yang diceburi. Anak-anak yang soleh tidak mudah terjebak ke lembah kehinaan seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya yang boleh memberi aib kepada ibu bapa dan keluarganya apatah lagi mengganggu gugat keharmonian negara.

Keluarga yang cemerlang bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota keluarga sahaja malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan yang intim dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama lain. Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran. Sikap dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran, menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak ada dalam kamus keluarga cemerlang. Setiap anggota keluarga bermula dari ibu bapa sehingga anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga yang berhijrah meninggalkan elemen-elemen yang merosakkan hubungan dan semangat kejiranan.

Secara umumnya dapatlah ditegaskan di sini bahawa institusi keluarga merupakan unit masyarakat yang paling kecil yang menjadi titik tolak ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang lebih besar dan seterusnya membentuk sebuah negara. Mendirikan rumahtangga atau membentuk sebuah keluarga cemerlang merupakan satu tuntutan Islam dan sempurnanya separuh agama.

Program Rumahku Syurgaku diadakan untuk mengajak dan memandu masyarakat bagaimana untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, aman damai dan cemerlang. Tidak dapat dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dan perselisihan kecil. Namun, berbekalkan iman dan takwa yang mantap, pasti fenomena berkeluarga sedemikian dapat diatasi dan dikawal dengan baik. Perselisihan pendapat adalah fasa penyesuaian satu-satu pasangan dan ia adalah proses kematangan mencapai kecemerlangan hidup berumahtangga.

Oleh itu, berhijrahlah diri dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliyah kepada acuan Islam yang pastinya memandu kita mewujudkan keluarga Islam yang harmoni lagi cemerlang dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup kita. Kikislah minda yang tidak bersesuaian dengan agama agar hidup kita akan diredhai oleh Allah dan mendapat keampunan-Nya.

Tarikh : 26 July 2000
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 14026

Cium anak pun boleh dapat pahala
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis
takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan
tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut
diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat
berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

haziq amirul haq




inilah aktiviti di hujung minggu... berenang!!!

hard core dough nut

mc noooooooooooor...uwaaaa.... my dough is kereh beno!!! aiyark!!! tak jadik ah... huhu.. may be i was not using the mauripan yeast like my mum one's... may be because of the "sesedap hati" measurement of the ingredient... the taste is out!!! no taste of the "lemak"... a bit bitter... may be too much of softener... i must learn to make it with a good measuring cup n spoon n bla bla bla... aiyark!!!!!!!!!!



the dough is frying


my hard core dough nut with fine sugar


my hard core dough nut with chocolate topping

the making of doughnut by xillix

ya... at last... i manage myself to make a dough nut for my husband... he always ask for it... but i really dont know how... so after all... here it is...

the recipe... i call my mum... and so sudden (where got sudden, she is always online maaa...)...ya my friend suhaiza o mc nor...... any doubt i ll quest her... no credit to call my mum, n for sure she is sleeping now... it is 1.20 in the morning... and the astro fiesta is only for my ears..not for my eyes.. oppps... changing to radio ... preferred channel lite fm... so calm...


ha ha ha me not from the protocol family... these are the ingredients:
from my mum:
planta 2 sudu besar, 1 kg tepung, 2 sudu softener, susu tepung 4 sudu di bancuh dalam satu cawan air masak sekali ngan gula 3 sudu n garam 1 sudu kecil, ibu yeast (mauripan) gaul bersama tepung, telur 2 biji, air agak agak
cara: mula tpung gaul ngan mauripan, planta n telur then uli, letak air bancuhan kalau x cukup tambah air lg, tepung sekilo tu jgn habiskan, nnt kalau nak bulat melekat letak la tepung, uli 15 minit. biar setengah jam. baru goreng.
(sms written by norazimah)

and also i refer suhaiza's fotopages for any doubt...

the dough...

mix n match... i just follow my sesedap hati nak letak.. coz i dont have planta... i use butter insteads of it... i dont have yis mauripan but i do have ibu roti... i dont have susu (really forgot to buy)...so i use my son's formula milk... ngeh ngeh ngeh :D

so i am going to sleep... 5.30 am to wake me up...

Tuesday 30 December 2008

deep down inside...


“Apa salah saya pada Allah?!”

“Tuhan sedang bicara padamu, Fahri. Engkau sombong, maka Tuhan sedang bicara padamu. Engkau sombong, merasa yang paling benar, yang paling suci..”

“Kau tahu apa yang dikatakan Yusuf?? Kau tahu? Yusuf berkata, Ya Allah, jika penjara itu lebih baik bagiku maka aku lebih memilih di penjara tapi dekat dengan-Mu, Ya Allah, daripada di luar penjara berkumpul dengan orang-orang pendusta itu!!

“Sabar dan ikhlas, Fahri.. Sabar dan ikhlas, itulah Islam..”

---------------------------

huh!!! lagi lagi ayat ayat cinta... cerita penuh dengan isi...

she got straight A

alhamdulillah...

my sister...norazimah just received a call from her teacher telling her that she got straight As in her PMR. she is in awaiting mood for her slip result MMS from her teacher!!! congrate dear!!!

she is now in kampung lekuk ulu yam lama...

my mom not in a good condition
so my mom cant drive home at jalan kelang lama....

if i were there... i'll accompany u to get the result...

i m proud of u... thanks Allah

to Fara cucu nenek eyah: congrate jugak...dapat 4A...
anak mamak ejoy...amalina ..lom tau lagik... tak dpt kontek...

azimah...fara...amalina...second level cousins...

Wednesday 24 December 2008

--->>>>>mulot orang<<<<<---

jenis jenis mulut ada banyak
macam yang ada kat gambar kat atas tuh

--------------------------
mulut
tabuh dapat di sumbat
biar pecah di perut jangan di mulut
kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa
mulut murai
mulut celupar
banyak mulut
--------------------------



aku hairan dengan manusia... tak berhenti henti... tidak penat... tidak sakit... mulut tu bahaya jugak eh...

aku bukan apa... terbaca sms.. bukan terbaca... dah memang aku suka skodeng... eh mestilah... apesal...aku bukan tak percaya... dah memang tabiat... puas hati?... bukan baca sms ko pun...

itu lah dunia nyata... berpijak di bumi nyata....

:-)

kalau minta dibelanja... kemudian dapat...kita di puji
kalau minta dibelanja... kemudian tidak tertunai... kita di lencanakan "kedekut!!!""

kalau kita kerja kerani... dengan sijil ijazah... ada peti suara mengeluarkan suara serentak mulut ngumat ngamit... "ada ijazah kenapa kerja kerani" ... contoh ye....

kalau tiada dapat hendak bekerja... dikata "memilih sgt" ...eh mestilah... kalau kerja tapi tak baloi buat apa kan?...

eh banyak ah nak tulis... kalian pasti ada pengalaman sendiri bukan...

ada je ek yang tak puas hati... kena psycho nih... itu tak betul... ini tak kena... itu tak setanding.. ini tak sama... mulut berbicara... berlapik tak pe...

ah sakit hati...

benci

dah nama hidup... hadap je lah...

ada ijazah tapi tak kerja...

sedih...

kenapa ye... mengapa ye... bagaimana ye... apakah ye...dimana ye...

tapi satu je... aku kalau tak puas hati aku suka sound direct... tepat mulut ke mulut (ada yang kepala biru pula kang)... depan depan...

ha ha itu lah aku... adik beradik dah faham... orang lain tak faham... tu yang selalu cover jerk... diam aje lah.. pendam je lah... nasib baik ada blog... tempat aku...

----------------------------------------------------
aku sebutir pasir-fauziah latif
Senandung rindu mendayu
ye aku rindu..rindu sangat sangat
Mengiring langkah yang makin tersungkur
makin tersungkur kah aku
Terlalu jauh pendakian
jauh lagi perjalanan... sah sah banyak yang perlu di daki
Begitu tingginya harapan
ya... hanya ALLAH yang maha mengetahui
Bermusim lama mencari
tetap terus mencari
Tak ku temui sampai kini
ya...aku masih belum ku temui

Tak henti jiwa dipalu
betul
Dugaan demi dugaan menguji
ye
Rebah dan bangun sendirian
iye..tiada siapa nak pujuk...tiada siapa nak bantu
Mencari bumbung perteduhan
bumbung rumah ni aje lah tempat aku berteduh
Mereka riang tertawa
benarkah semua nye riang ketawa... atau hanya menutupi kedukaan?
Aku hanya sebatang kara
nampak aje berbatang batang kara...lumrah nya aku sendirian

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

ye...apa pun tabahkan hatimu!!

Tuhan
ya Allah
Aku bagaikan sebutir pasir
kecil je..sampai kena pakai kanta
Yang lemah lagi kerdil
ya aku memang lemah..tapi aku tak kerdil...
Teguhkan keimanan jiwaku
amin...
Agar tidak terpesong dariMu
insya-ALLAH

Beribu teman ketawa
ye...tumpang sekaki... walaupun hati pedih
Payah ku temu
memang susahhhhhhhhhh
Yang sanggup bersatu
siapa sanggup?... ada?
Di dalam susah dalam senang
KALAU SENANG JER
Yang hadir cuma kepalsuan
BAIT BAIT INI AKU SOKONG
Dugaan demi dugaan
DAH NAMA HIDUP.. MMG BYK DUGAAN
Aku pasrah menadah tangan
HANYA PADA-MU AKU BERMOHON YANG PENGASIH YANG PENGAMPUN
KEPADA MU KU BERLINDUNG





jenuh cari...

aku sedang mencari lirik lagu yang ntah siapa nyanyikan... seingat aku ada dalam cite melayu masa tu suasana kampung...minah nih naik lori tak silap... sape ek nyanyi..lama sungguh mencari..ada sesiapa tau?...

antara lirik lagu yang aku ingat...
"lihatlah nun di sana... keindahan...sawah padi...bla bla bla"

9.00 pm... yey dapat...got it...


Riwayat Petani - Fauziah Ahmad Daud


Riwayat Petani - Fauziah Ahmad Daud

lihatlah kemesraan
sawahku bersama hidupku
lihatlah kemesraan
padiku bersama hatiku

dicelah lumpur yang ku langkah
bersama peluh yang mengalir
kulerai padi yang tersikat
kiranya pedih hati riang
(ulang)

lihatlah keindahan awan
mencelah langit biru
lihatlah keindahan
kampung halaman gunung-ganang

biarkan kepedihan
kita hadapi dan tempuhi
biarkan kepedihan
inilah riwayat petani

pada Ilahi doa restu
lindungilah kami selalu
senyum menyimpul rahsia hati
inilah riwayat petani
(ulang)

mumbling...again...

huh... geng burung hantu ramai pulak malam ni eh!!!

yang aku pulak sedang menunggu set ke-2 pakaian di dalam pembasuh pakaian tu setel... 4 set malam nih... sambil tu le aku ngadap tenet... pembebel nih...suka basuh memalam sbb anak anak tak kacau.. n tak kacau tugasan lain di siang hari...

hurm...

pagi nnt.. tak sampai 8 jam lagi aku akan ke klinik desa... bawak izz emir haq...actually...next check up should be on wednesday last week.. postponed daaa... ayah haq sibuk...

eh lupa pulak aku

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....akhirnya dia n team dapat menyelesaikan tugasan mereka ke arah ISO dengan hanya 3 ncr... NCR=Nonconformance Reports...corrective action kot... so boleh dpat sijil lah nih...sijil ISO.. macam nak amik SPM jek..nak amik SPM pun tak sehebat penangan ISO tau!!!

so muka berkeladak dah hilang... hilang bersama angin lalu...

wah...esok nak kene ngadap jururawat masyarakat pulak... demi kesihatan anak anak ku gagahi juga...(macam sakit pulak nak bergagah gagah bagai..cepuk kang!!! :P)

sampai je entrance... masuk...amik nombor... kepilkan pada kad biru anak... peh tu tunggu lah JM (jururawat masyarakat) panggil no giliran... lepas tuh bukak baju baby... timbang.. ukur lilitan dada..ukur lilitan kepala...ukur ketinggian... then melangok le dalam sejam... kadang dua jam... memerhati dunia sekeliling yang dipenuhi dengan ibu ibu dan anak anak... aku sudah pasti dengan izz emir haq... si ayah akan melaksanakan misi menjaga haziq amirul haq... siapa lah insan insan yang akan aku jumpa esok hari ye?... hurm...

lepas tu kmai merancang nak ke kolam renang MBMB... saje je... lepas kepompom bosan...duk umah je apa barang...

ntah bila agaknya nak bertolak ke Ulu Yam.. cuti sekolah je lah mak aku tuh duk ulu yam.. bukak sekolah duk le balik.. kat jalan kelang lama tuh... so umah kat kampung kosong lah balik...

ada sesapa ke yang nak sewa?... iklan jap...

he he

angah pulak hari khamis nih... dia gerak ke kedah.. nak buat cukur jambul anak dia kat sana...

sunyi ah rumah tuh... sariza sudah pulang ke pangkuan keluarga...

tinggallah mak aku n maktam... bersama adik bongsu ku si azimah... bertiga lah mereka... aku n haq family kemungkinan besar ke Kuale Kangsar...

ada dogheyan idak?

teman ngidam nih... ;)

tak lama lagi jerk...

adik aku si azimah akan mendebarkan jantung nye... dup dup dup... result PMR akan kuar... bila eh?... nak cari jap...

sume tak leh pakai..tgu ler... announce dari bilik berita

Tuesday 23 December 2008

cerita rojak

adik beradik haq:
si abg dah dua hari si ibu tak pakaikan diapers... nak latih kencing dalam toilet... hurm.. si abg masih lagi tidak mengerti untuk memberitahu si ibu apabila tibanya masa untuk si abg membuang air kecil... selama ni si ibu sahaja yang membawa si abg ke toilet selang 30 min... sebelum ini si abg dilekatkan dengan diapers... tapi kali ini si ibu mencuba kaedah tidak memakai diapers... walaupun sebelum ini telah dicuba... tatkala si adik berusia dalam trimester pertama dalam kandungan si ibu, si ibu telah melatih si abg shhh shhh dalam toilet... tetapi akibat letih dna penat dengan kandungan, si ibu tidak melatihnya lagi... kini si ibu menyambung latihan buang air dalam jamban... penat eh... si ibu asyik dengan mengemop... si ibu kadang kadang naik gek tekanan darah di buat nya... tp sabar si ibu...sabar si ibu... bukan proses yang mudah... sebabmungkin si ibu sedari kecil mmg gitu kot..tak pun si ayah...

tatkala si abg nak tidur... si ibu pakaikan diapers.. takot woooooooo... nnt si abg shhh shhh kat tempat tidur.. jenuh lak macam semalam...

semalam (22.12.2008)...
si abg (anak ku haziq amirul haq=cerdik pandai putera sebenar)... si abg... si abg telah melepas kan "hajatnya" diatas tikar... waaa terkujat si ibu... waaaaaaaaaa lagi.... penat lah si ibu sayang... tapi hari ini... atas dasar "usaha tangga kejayaan" si ibu terus melatih si abg tidak memakai diapers... sekali sahaja terkucil... hurm.. sabar itu separuh daripada iman...

si ayah pula dalam diam dia ke JJ beli suar mandi... bukan sengget dua hengget.. di bantainya RM50... lebih kurang le... X-(......... marah ni... tapi tak pe ler... daripada si ayah layan tenet je... baik dia beriadah...kempeskan perutnya...

akhir akhir ini si ayah sudah mengembalikan hobby atau kegemarannya seperti di zaman si ayah bujang dulu... suka berenang... main tennis... main badminton... nak berbasikal... elok ler... bagus ler... dah hampir 150 hengget berhabisan beli goggle..beli suar mandi si abg... suar mandi si ayah... sekejapan duit terbang eh!!!

si adik pula... belum lagi mengereng dan meniarap... tgu je lah perkembangan terbaru mengenai si adik....


----------------------------------------------------------
ayat ayat cinta!!!

entry yang mungkin menjelakkan pembaca pembaca yang dah muak dengan filem ayat ayat cinta...

eh suka hati aku lah... dah aku suka... lagi pulak aku yang nak berblog kat sini... di tempat aku sendiri...

nak dijadikan cerita adalah seseorang yang bernama nuha telah mengutusi warkah di alam maya ini kepada seseorang yang bernama xillix sebuah novel ayat ayat cinta...

jom layan...

........................................................................................................

cerita lagi... sementara tunggu jam 4.... huhu... si abg dan adik... sedang lena... inilah kerja aku.. ngadap tenet... ok lah.. nak merayau nih... bubai

Monday 22 December 2008

cerita di hujung minggu

sabtu - 20.12.2008

tengah hari gerak dari umah menuju kg jawa... beli barut utk adriana...5 helai RM10
singgah sebentar di hang tuah mall nak cari seluar mandi (abg haq kengkonon nak mandi kolam kat damansara prima)....
shoot terus ke KL... singgah makan kat nilai...
tetiba nk singgah umah adam...tp tak jadi... sbb family adam ada event befdey...
dapat panggilan daripada angah...tanya... kat mana... aku jawab nak g umah maknyah hakmal kat sungai buloh (damansara damai)...
angah kol lagi... suh gi bengkel kete isa dulu... isa nak tgk apa yg problem sebelum dia godak pagi esok...
so kami pun terus ke je lah ke batu caves... melalui laluan MRR2..ada sangkut sikit kat area umah angah (pandan indah) aku tau tu area umah dia sbb ada pili paip gedabak alam...
sampai sampai... isa sedang godak kereta mercedez client dia... so tgu lah kejap...nasib izz lena...

dah godak.. isa dengan lagak nya sbg sorang pomen berkata... "esook pagi jangan start enjin... kalau mak nak ke pasar ke , pakai kereta mak je..." so tak jadik lah nk kemana.... terus naik ulu yam ikut sg tua...

sampai ulu yam kami ke batang kali dulu... melangsaikan utang abg dgn mak mertua dia... sikit je... KFC.. he he he...

dalam kepenatan abg hakmal rabah terlena dengan lagu yang amat berirama... sayu kedengaran... he he

ahad - 21.12.2008

pagi pagi dah ke pasar... si hakmal menemankan mak tam mertuanya... mak tam ni kakak kepada mak aku... mak tam rajin masak...

hari ini dia masak daging gulai pacak... n tom yam sayur campur sdaging, udang, sotong...

sarapan pagi kami sempoi... roti john, kebab, apam balik... semua mak tam n mak yang belanja... kalau balik ulu yam mmg kami tak pening kepala... pasti semua tersedia... kalau hulur duit... mak tam tak kan terima... mak pun sama...

dah bersiap segala bagai...

kami pun bergerak ke sg buloh (damansara damai) dgn menaiki kereta mak aku yang tak de air cond tuh :-( ...konon nak nyinggah umah mak nyah... tak jadi sbb de me dah menunggu di bawah... borak borak jap... then terus ke lembah keramat au5... ada makan makan (kenduri kawen belah keluarga hakmal)

d sinilah bermulanya tekanan darah aku naik secara meletop letop....
nak ngamuk tak boleh... kenduri org nih... lepas ni tak mo ar gi lagi... susah..nak selak selak bagi susu anak... dgn haziq yang sibuk nak main dgn adam... sampai tak nak makan kenyang kenyang...penyudahnya dalam kereta nak balik ulu yam...lepas hantar maknyah kat sg buloh tuh...dia mengamuk sakit perut... disogok dgn air soya n coklat cadburyy baru dia lena balik...

sampai umah lepas mandikan haziq (ayah dia setelkan) n izz (mak usu tolong setelkan), aku terus kasi haziq makan ... kenapa anak ku?... kenapa dengan ibu baru nak nganga mulut tuh?... kenapa dengn ayah sampai bertutup mulut tu nak di suapkan...

terima kasih kepada kamal (pak ngah haq), kerana sudi ambilkan nasi dan hidangkan utk haziq...walaupun dia tak makan byk mana.... pikiran asyik nak main je...

eh lupa nak cite... pembantu mata ku yang rabun telah tergelincir keluar melalui tingkap kereta yang terbuka... sewaktu suami ku membelok selepas lampu isyarat kat selepas tol sg buloh...waaaaaaaaa.... rabun lah aku lepas nih... mana nak cekau duit beli kanta baru nih....

kalau nak murah kat KL ada kat kotaraya... tahan lama...spec aku tuh dah bertahun dah... nama kedai tuh optik kinta... mmg murah...dari zaman uni lagi aku menjadi pelanggan setia d sana... tp duit nya enggak ada nih...

waaaa...

biarlah...

izz emir haq sungguh lena... baru dua kali jaga nak nyusu... setalah puas dia lena lagi... ye lah... semalam dia kepenatan... seharian berjalan pusing dunia...

Saturday 20 December 2008

xillix tgh tukar cat umah...


ha ha ha...selagi aku tak puas hati...selagi tu aku edit...

ni yang terakhir kot...

jenuh

wachaaaaaaaaaaa

nasib baik anak anak tidak meragam...

Friday 19 December 2008

kegagalan dan kejayaan

buat dia...

kami bertiga sentiasa doakan yang terbaik buat dia...

sekiranya GAGAL... jangan takut... ini lumrah kehidupan... masa kan tidak dia... mengapa ungkapan berbaur penaik semangat tercipta sekian lama dulu...

kegagalan akan disusuli dengan kejayaan andai dia tau dimana salah silap dan perbetulkannya...

kalau bukan gagal sebelum ni mana datangnya degree dia

jangan takut menghadapai kegagalan, kerana kegagalan adalah pembuka jalan untuk kita meraih kejayaan.... kegagalan juga adalah proses yang perlu di lalui untuk mencapai kejayaan

In order to succeed you must fail, so that you know what to do the next time - Anthony J. D'Angelo

Failure is success if we learnfrom it - Malcolm Forbes

Success is simple. Do what's right. The right way, at the right time - Arnold H Glasow


dia u should read this

it is from http://there-is-no-hope.blogspot.com/

"some people are willing to work and some are willing to let them...
... and always remember that behind every good man is a bad man who will take credit for his work"

look dia
it is normal then

plus...

"Quitters never win, winners never quit, but those who are never win AND never quit are idiots.”

kipas susah mati

aku ingat mende lah ni.. aku ty husband dia buat dek je... aku ingatkan dia salah taip ke... baru jap td aku merayau... jumpa lagi... ni baru aku tau

Kipas-susah-mati merupakan bahasa pasar ("street slang") moden yang bermaksud peminat setia terhadap sesuatu perkara (orang, permainan, kumpulan muzik dan sebagainya). Ia merupakan satu terjemahan secara harafiah bagi istilah Inggeris die-hard-fan.

Istilah ini dipercayai dipopularkan melalui penerbitan komik-komik GempakStarz seawal 2005.

die-hard-fan

adoi









hish...

merepek

mende nye nih... hek eleh eleh...

aku geram dengan karenah manusia.. geram... pehal org sebelah tuh... PHD sungguh... perasaan hasad dengki membuak buak... sanggup berkomplot menjatuh kan aku...

ko ingat aku tak tau... ko gila kuasa...ego...

bila masa lak aku gila kuasa...

dari dulu lagi

dr zaman sekolah

eh ko siapa ha...

itu lah org melayu...

dengki, macam mana melayu nak maju...

eh ko pehal...

sampai skang tak tegur...

malas nak tegur... kang aku tegur dia bolayan lagik..

malas lah...

aku nih bukan nya sempurna... kompem mana mana berlubang... hatta hidung aku pun berlubang... (akekeke)

entry kali ni tiada kaitan dengan yg hidup mahupun yg telah tiada...

walaupun ia ada kaitan ngan aku...

jenjiran

lalang tu macam mana

lalang tu macam gitu gitu...

ini baru jenjiran...

pakai ilmu sana sini

takot... siap ada wali Allah nak datang...

seram...

dah dah

blah zila

takut aku... laki aku tak de nih...

ops... entry kali ini sedikit mengelirukan bukan

dah tak payah nak sibuk sibuk tau...

eh tingat lagi satu cerita

nak kawen dengan saya tak payah saksi bagai cukup dgn bersaksikan langit dan bumi... malaikat bagai...

eh mende ko merepek zila...

sengaja kasi keliru

siapa makan byk garam dia tau lah

ini baru dunia kecil
ko

aku tau

so?

hidup ini jangan nak menyombong...sedar diri siket ye...

http://bullet2218.blogspot.com/2008/10/dari-mana-kita-datang.html

baca nih!!!

Pada suatu malam, satu soalan diutarakan oleh seorang sahabat.

Dari mana kita semua datang?

Maka bermacam-macam jawapan keluar daripada insan-insan yang hadir

kita datang dari Tuhan

betul..

rasanya kita datang dari tanah

betul juga..

dari air mani

betul..

Ya, semua jawapan itu memang benar dan betul.

Dari Tuhan
Sebelum ini, kita pernah belajar tentang perjalanan roh yang mendiami jasad kita sekarang ini. Bermula dari Alam Roh, seterusnya ke Alam Rahim dan sekarang berada di Alam Nyata...Pada awalnya, kita semuanya diciptakan oleh Allah swt, tuhan semesta alam.

Dari tanah
Ada sebuah hadis yang sempat dikongsi semasa perbincangan. Maksudnya : Semua manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah.


Dari Air mani
Fakta saintifik membuktikan bahawa manusia terhasil apabila sperma dari air mani lelaki bergabung dengan ovum perempuan. Belum ada lagi fakta lain yang menganggah fakta ini.

Sebenarnya, bukanlah jawapan itu yang diutamakan, bahkan sahabat kami itu ingin kami mengambil iktibar disebalik jawapan itu.

Pertamanya, kita semua berasal daripada Tuhan iaitu Allah swt. Jadi sepatutnya semua perkara yang kita lakukan hanyalah untuk DIA. Kita patut mengutamakan DIA berbanding segalanya.

Kedua, kita semua berasal dari tanah. Kita perlu sedar bahawa tanah itu berada di tempat yang rendah. Jadi simboliknya kita ini amat rendah dan lemah disisi Allah. Tiada sebab dan alasan untuk kita berlagak sombong dan riak dengan apa yang kita miliki.

Ketiga, kita semua terhasil dari air mani. Secara fizikalnya, air mani itu suatu yang kotor dan hina. Tetapi hakikatnya kita terhasil daripada itu. Jika terasa ingin menghina orang, sedar dahulu bahawa kita pun sebenarnya datang dari benda yang hina. Semua ini untuk memberi kita pengajaran supaya kita selalu ingat.

Thursday 18 December 2008

just mumbling.....

sesungguhnya hari ini adalah hari yang membosankan... sambil sambil aku menunggu pakaian di dalam mesin pencuci pakaian selesai menjalankan tugasnya... tugasnya sebagai pencuci kain... aku tak tau nak buat apa... haziq amirul haq sibuk... sibuk dengan 4 M nye... membaca, menulis, mengira dan menonton.... di tangan nya sentiasa ada pensel dan notebook... acapkali pensel itu memasuki mulutnya...""ha... masuk mulut!!! masuk lagi!!!" bagaikan tersentap jantung anakku tatkala mendengarkan suaraku yang cukup lantang ini, lalu haziq amirul haq mengeluarkan pensel itu secara perlahan-lahan... "ibu, ibu... " sambil membetulkan ""hat nye yang sengaja disengetkan... comel pulak!!! eceh anak ibu... nak bodek ibu lah tu...

.....jam 2:10 petang...

haziq amirul haq sedang lena... penat agaknya... pagi pagi dah disajikan dengan pocoyo, little einsteins, mickey mouse clubhouse, word world n etc...

buat masa ni, semua barang adik dia, bukan adik dia punya, semua dia punya... termasuklah bantal... jenuh memujuk... latih ke toilet utk buang air kecil, asyik menyebut "malu, ibu malu, malu"... aik kecik lagi dah faham apa itu malu... bagus!

letih mengajar ke toilet...selang 30minit, itupun kalau izz tak merengek...

izz emir haq pula, asyik nk berpegang aje... eh dia dah pandai borak... nak kita melayan dia aje... ada video nye.. ntah bila ayahnya nak upload kat youtube... ibu kalau bab muat naik ni, tak berapa nak minat... biarlah ayah kalian je buat... ibu tumpang copy je nanti...

ayah kalian, memang dah pasti tak balik makan tengah hari, macam semalam... tak balik pun... penat ibu tergocoh gocoh masak kat dapur... tapi tak pe... ibu faham... yang ibu tak faham nape dia makan Mc D semalam?... hari ini memang sah jangkaan ibu...ayah kalian mmg tak balik lunch...

ibu kalian pula, memang hari ini cukup malas nak masak, masa kan tidak anak anak ku... nasi yang ditanak sering tidak kehabisan, penyudahnya, esok pagi nye dijadikan nasi goreng... kita makan je lah apa yang ada ye anak anak ku...

asuhan
hurm...
Tengah hari ku hari ini di sajikan dengan perkataan yang kurang enak didengar apatah lagi kata kata itu terpacul dari mulut di kalangan budak budak sekolah yang berumur lingkungan 6-12 tahun… antara kata kata kesat (kesat pada aku)… yang terpacul ialah

Lahanat
Bodoh
Sial
Pan**t
Pergi mampus
babi

Aku kerling budak budak itu sambil bersuara… tak ada ke perkataan yang elok nak disebut…. Bukan mereka faham pun teguran aku tadi… makin di sebut dan menjadik jadik, langsung tidak menghormati orang yang lebih tua dari mereka …. Tiada didikan agama kah mereka…

Yang menjadi tanda tanya… seorang lelaki yang bergelar ayah, kepada salah seorang di kalangan budak budak itu… sedikitpun tidak memarahi… apa sudah jadi…

Aku bukan lah sempurna sangat baiknya… tapi berpada padalah…

Pengalaman aku... kalau ayah aku lah kan..ha dah kena pang lima dia....

Dulu sewaktu kecil aku telah di asuh oleh ayah ku untuk tidak mengeluarkan kata kata yang berunsur kesat, hatta nak merayau ke rumah mak sedara yang tak sampai 3 langkah pun tidak diizinkan… apatah lagi bermain diluar bersama teman sepermainan…

duduk dengan nenek (allahyarham), semua boleh… main lah apa saje.. main pondok pondok, baling selipar, teng teng, panjat pokok, galah panjang, main nyorok nyorok...tidak kisah…pun begitu suasana kurang ajar memang kosong masa di kampung... elok je main kawen kawen bagai... tiada kata kata kesat...

mengenang kembali cara ayah aku mendidik kami, didikannya mmg kasar… nak keluar rumah pun tak boleh… katanya…anak dara kena duduk di rumah… petang mesti tidur… kalau tak tidur… kena marah n pukul… tujuan nya baru aku faham… bila malam hari, mudah bagi ayah utk mengajar kami ABC… itu masa umur 5-6 tahun,… arwah ayah masa tuh kerja… kerja HUME… buruh je… kalau tak tidur siang, malam tidur awal... cemana ayah nak ngajar kami...

satu lagi nk tonton tv pun dia tak bagi… sbb tu aku tak tau sgt cite cite kartun yang selalu disoalkan oleh hakmal... kecuali cite moroe attack, ochin... sbb ... kan sekolah masa nih glamour...

kalau dah sekolah, masa tuh aku duk kampong… ngan nenek, lain sket ah schedule… malam kan kena gi mengaji al-qur’an… pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam mengaji al-qur'an...

dengan arwah ayah… kena hafal 123… menulis kena betul… garang… garang sangat

bila nenek telah tiada… aku ngan adik adik aku pindah KL, duk ngan mak ayah… mmg culture shock ah masa tuh.. kita dah biasa bebas tanpa batas kat kampong… tetiba sampai KL..kena kurung… pergh mak… mmg dahsyat ah masa tuh… nak kuar umah gi umah mak E pun tak boleh… kesian… mak aku pun sama… arwah ayah tak kasi keluar… kalau keluar jugak… jeng jeng jeng… adik aku pernah kena hukuman… si angah… nak tau cemana hukuman ayah aku?... dia letak adik aku dalam guni, dia tenggelamkan dalam tong air biru besar gedabak tuh… seksa masa tuh… adik aku tuh degil.. dah bitau…jangan keluar rumah nnt ayah balik kita kena pukul…. Ha kan dah kena…

ada satu kes lagi… tak tidur petang… ayah balik bawak motor vespa dia… kelam kabut…pura pura tidur… tak makan dek muslihat… ayah tahu… dia ikat kami gantung kat siling rumah… sejak tuh kami tak berani buat perangai… baik je… ayah mmg tak kisah kalau kami baca buku, tak tolong mak kat dapur pun tak pe… (tu sbb aku tak pandai masak..tp aku dah reti sikit sikit sekarang...:p)…

begitulah ayah aku… garang tapi dia baik hati… baik sangat… aku mintak duit nak beli buku…(ada jualan kat sekolah)… dia bagi… nak main bola jaring dia bagi (mak aku je yang tak kasi, mak aku cakap..org perempuan tak elok terlompat lompat), dulu masa ayah aku kerja kat area DBP… off jalan damansara ke hape ntah nama jalan tuh aku lupa… tapi kalau nak ke DBP jalan kaki je… tiap kali dia bawak aku ngan adik aku ke tempat kerja (masa nih ayah aku tukang kebun je…)… mesti dia bawak aku gi DBP.. selalu terserempak dengan IMUDA sedang melukis…kat DBP nih… bila kitorang datang sini...ayah mesti belikan aku buku.. amiklah buku apa je yang ko nak… masa tu mana reti amik banyak banyak… amik buku satu dua je…

ayah aku selalu bawak aku n angah n azrin ke rumah senator farid ariffin… tolong dia besihkan laman rumah senator kat jalan maarof bangsar...(so keje cabot rumput kat umah yang kami sewa ni jatuh atas tanggungjawab aku lah kan...sbb dah biasa buat..harapkan mamat busuk tu...tak payah...:I...baik buat sendiri)…. Ayah aku buat part time bersih kan rumput kat rumah rumah area bangsar… full time ayah aku masa nih... drebar perbendaharaan kat jalan duta ..sekang kementerian kewangan... masa ni zaman anwar di perbendaharaan rasanya... sbb ayah pernah cite ketersamaan lif dgn anwar...

aku bukan dari kalangan org kaya… dan berpendidikan tinggi… pendidikan ayah aku sampai darjah 3 je… mak aku sampai tingkatan 3… ayah aku nih duk kampong… masa tuh mana ada duit kan...adik beradik ramai lak tuh…anak kedua... ayah aku asalnya kat batu pahat sana… johor… kampong melayu parit yusof… hurm…mak aku lak anak bongsu... so ada le lebih ilmu rasmi di sekolah...

berbalik kepada insiden tengah hari tadi… tu ler… budak budak zaman sekarang… menakutkan aje!... aku ada dua org hero nih… risau sangat… pengaruh keliling pinggang! Mak ayah pulak buat dek je bila anak mencarot… Ya Allah...lindungilah anak anak ku, jauhkan lah mereka dari segala kerosakan...amin

kalau ayah aku…kompem kena sebat ngan tali pinggang!!! Pernah rasa… tapi bukan pasal mencarot tapi …sebab gi pasar malam tanpa izin dia… sakit… lepas tuh tak berani nak ke pasar malam dekat dengan balai polis petaling tuh lagi… takot…. Ingatkan belikan ayah roti goreng tuh leh le dia tak marah… tak makan… agaknya masa tu ayah risau anak dara dia nih kene culik kot…

satu artikel yang menarik utk dijadikan bahan rujukan

Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan Oleh : Hazizah binti Yusoff (Berita Minggu 12 Feb 2006)

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…”

(al-Kahfi :46)

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.

(HR al-Bukhari)

Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.

Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal.

Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

Azan dan iqamat
HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.

(Hadis Riwayat Abu Ya’la )


Membelah mulut (tahnik)
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

Penyusuan
SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

Memberi nama
TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “ Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Bercukur
MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

Aqiqah
HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Berkhatan
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”

(Hadis Riwayat At- Tabrani)


Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-

Menanamkan asas-asas keimanan
Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.



Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.

Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.

Wednesday 17 December 2008

ketagih ah plak

walawei... ketagih plak aku baca blog sorang dak x-kyuem... http://muhdfazdhly.blogspot.com

tak tau pesal... suka baca kisah dia...

sek men keb petaling

waaaaaaaaaaaaa....

hari ini aku terima emel suh approve kawan aku yang bernama ng yee hong... terkujat jap... bila nama ng yee hong terpapar di skrin monitor nih... classmate tuh tahun 1992... then split tahun 1995 sbb aku amik science bio stream.. dia science account... waaaaa... belek belek... n belek lagi... ramai gek chinese friends aku nih join facebook... almost of them married n got child / children...

me smiling... :) ...

cute rite... so sweet when we had found our old long long lost friends....

bagus jugak eh aku sign up facebook... ada geng yang tak sign up friendster... tp sign up kat facebook...

huhu...

shidah leh lupa plak... siapa ng yee hong... nak kene pelangkong ke?... akekeke...

my secondary school:
wea0201
sekolah menengah kebangsaan petaling
batu 6, jalan kelang lama
kuala lumpur...

year: 1992-1996

class...

form 1A11 (1992) ... kelas akhir tuh... mak aku lambat daftar kan aku... guru tingkatan aku ialah pn suraya

kawan kawan aku masa ni... ilyani, emmy zamila, faisal, daskarno, faizal, suhaimi, mariammah, ganeshkaran... bla bla..aku dah lupa...

form 2A1 (1993)... sape ek guru kelas... aku lupa ah...

kawan kawan aku masa ni pulak... ha... pompuan dulu...

rohaiza, aida halila, ruby salnizam (skang keje kat bank rakyat), nur 'azliza, rosmaliza, zuriyah, ng yee hong, ng yee yong, phua mei chen, fitriyah...yong pei yee, chiam chuwi khim, norhayati,

lelaki lak.. zamri mohamad, sharul anuar, fendy (tingat bawak gitar kitorang nyanyi lagu offspring... tahun akhir kot..lepas SPM...), shahir, azharuddin, gopinath, zulkifly (zul JKL fame at radio muzik dulu), saravanakkumar....

byk ah lupa...

form 3A1 (1994)
form 4A1 (1995)
form 5A1 (1996)

nnt lah aku edit.. lupa seh...

nak balik KL, nak selongkar majalah lama... majalah cahaya...

coretan hari ini...

semalam... 16.12.2008

hangin satu badan!!! streamyx leh lembab macam siput oink oink lak!!! tak dapat nak merayau... tak dapat nak sekodeng!!! mesti ada yang tertanya... sekodeng apa ye... waaaaa rahasia perempuan... mana leh cite... geram aku!!! dah lama aku tak menghendap... pada mereka yang rapat ngan aku dorang tau aku sekodeng apa... wakaka... bukan cite yang buduh buduh tuh!!! tak kose aku... buat nambah bebal pale otak buat apa.... baik aku merayau blog bebudak xkyuem... ada pekdah!!!!

tak pe... lain hari aku leh sekodeng dia!!! ops... :)


hari ini 17.12.2008



izz emir haq dah 3 bulan...
dia bersama abg nya sdg menonton rancangan word world....
sambil menonton dia "eh.. ek... erm... "
should i bring him to the rural clinic today, but postpone coz that bucuq hakmal is very busy wif his job as QMR... now i know what is QMR.... ngeh ngeh ngeh... understanding his tense is much much better... rather than "why, what, when" n then that big mouth will shoot me "fire fire"...

sebelum sebelum nih hakmal selalu gek mintak tolong buatkan kerje dia... alah bukan susah mana pun... copy paste je... n edit mana patot, tak pun tolong dapatkan statistik dari sumber yg dia ada...

masa seminar melaka maju 2010 pun aku ada tolong gek... tolong fax... ha ha senang je... tp remeh pada dia... yang mana tak go thru dia buat sendiri... senang tp remeh... n makan masa... nak fax pun pakai masa dekat sejam...

ala ala keje kat tekom dulu lak... fax calling calling... potostat copy paste n report

inilah wajah time happy .... tidak berkeladak dek air ujan yg brkeruh.... *wink*

my heroes!!!

hurm... hari ini nak masak apa ye?... izz baru lepas nyusu n sedang lena... haziq pula sedang menelaah ...4M... membaca, mengira, menulis dan menonton... ibu dia sdg ber blog...

semalam aku masak campak campak je... ringkas sudahlah... ada anak kecil, kita tergocoh gocoh di buatnya.... semalam aku masak sambal goreng ikan semilang ngan sup sayur bayam wif fish ball... simple je kan... hari ini... tak tau nak masak apa... ingat nak masak lemak cili api taruk nanas ngan ikan masin... tp nanas tak de... campak telur je kot... hurm... sayur kacang ada tu... ah nak gi rayau ler kat www.myresepi.com

menu hari ini:

hurm.. sup ayam kot...
sambal tokok minang kobau... ulaman timun o kacang panjang
sambal tumis.. goreng dadar n tempe dah!!! simple je...

.........................

komputer

komputer lama dah dibaiki oleh pembaikpulih... itu dia punya... aku nye pc dia tk betolkan lg... pc yang mak aku belikan melalui skim Oda Saja! apa masalah pc aku tuh pun aku tak tau.... yg pasti dia tak kuar apa apa kat monitor... test monitor guna cpu lain ok jerk....

Sunday 14 December 2008

nah!!! akhirnye!!!


he he he... ini lah hasnah... kitorang panggil dia chen!!! he he... zana!!! nah datang umah aku...tu dia :)... bawak anak anak...:p

masa pic nih di ambil kompem dia mencari cari aku... wakaka... aku nyuruk jap!!! :D



---------------kisah kisah terkisah, xillix berkisah...korang apa kesah!.. ha ha :P

so inilah hasnah yang pernah aku cite kat entry sebelum ni tentang kunjungan nya yang tak menjadi akibat keadaan dirinya yang sukar untuk bergerak ke mana mana kerana suaminya ada tugasan..so tak leh merewang sendirian kerana kenderaan tidak mengizinkannya untuk di bawa... sperti entry kunjungan sebelum ni... aku sememangnya dah prepare lauk pauk nka di makan...

tetapi kunjungan kecemasan ini membuat kan tuan rumah kelam kabut! Nah!!! ko mmg!!! turun melaka mengejut bebeno... mana tak nye... kul 9 tersemat sms dari dia n panggilan ter"rindu"... :P missed call...

yang aku lak tergocoh gocoh membasuh baju.. ngan hal ehwal anak anak lagi... nasib baik hakmal free leh amik ko malim tuh...taman malim jaya ye.. bukan tanjong malim...:)

hurm... last jumpa n sua muka.. pada hari pernikahan aku 01012005...sekarang dah penghujung tahun 2008... kira kira 4 tahun juga tidak bertemu... pertemuan kali ini... ha kau... bawak anak anak... dah beranak pinak... aku pun sama...dah beranak pinak...hebatnya nah... ko kawen kendian ko dulu dapat anak... rezeki...

satu kenangan yang tidak dapat kami lupakan (kalau zana baca dah termasuk kami bertiga)....apa ye.. ha ha ha :D gelak dulu...

tahun 2000 rasanya... buat praktikal kat nando's subang parade... memandang kan keje dalam perkhidmatan makanan nih.. kene lah buat suntikan typhoid jep... so kami ke DBKL... kat cheras rasanya... sana ada kinik khas untuk suntikan ni ler... kami naik bas cityliner masa tuh... dari umah mak aku kat jalan kelang lama...turun bus stand kelang KL... dalam bas... daripada federal highway - jalan syed putra naik - jalan damansara - turun bawah masuk jalan tun sambanthan... ha kat sini ah nostalgik sungguh... :D ...nah yang mmg kaki tidur... duk kat seat depan sekali... sekali bas tuuh belok ke kanan... hah!!! tergolek... ha ha ha... nasib baik tak terjatuh... yang kelakar pak drebar tuh pun tolong sambut nah... (nah ko marah ke aku cite kat sini... )... kenangan ah...

aku kalau naik bas mmg cukup takut duk belah tepi yg ada isle...baik duk tepi tingkap...

itulah hasnah... kami mmg nakal dulu dulu kala... yang lainnye cite tak leh cite... biar kami senyum sendirian tak pun ketawa terbahak bahak / ketawa ghairah (ini jolokan ketawa aku dari haslina)...LOL

gelagat anak anak macam macam...

anak nah yang sulong kalau nak tido kompem usap perut ibu dia...yang adiknya...mesti nak gentel telinga... kelakar kan... itulah budak budak...

anak aku si haziq amirul haq lak... huh... mesti ada bantal busuk dia... n kalau nak tido tu... mesti dia nak gentel gentel dulu... meraba raba dulu... (macam aku kekecik dulu, suka gentel bantal sebelum leh tido...)... sikecil lom lagi kuar dia nye gelagat... takat nih... susu aje lah...

hangin satu badan!!!!!!!!!!

arggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

awat lah tak jadik ye aku nye template... try dari kul 10 tadi sampai kul 1.30 ... haram nak menjadi...

Saturday 13 December 2008

mandi manda di kolam renang MBMB


haziq amirul haq sdg mandi...adiknya izz emir haq sdg lena... di belakang haziq amirul haq yang ada mercu n bulatan tuh ialah menara taming sari


haziq amirul haq bersama ayahnya yang bernama hakmal rabah...


ha ha ha.... bapak budak ada kat kolam renang khas utk budak budak...

----------------------

kunjungan aku kali ini tidak ternampak seorang pun warga mat saleh... he he he.. so pak guard yang ghairah itu tidak kemaruk nak menonton ***tut**** hari ini.... dia lepak je kat depan kaunter dia... he he he... lelaki nih dah tua gayut kan lagi gatal ek?!! pelik aku... patotnya makin lama hidup makin bosan dan insaf...

haziq amirul haq


ini lah anak sulong aku... nama dia haziq amirul haq... dia nih lelaki... gambar di atas tu kan.... dia sedang memikirkan hal dunia kanak kanak dia skang...


gambar yang ini pula ialah aksi haziq amirul haq sedang menulis... tulisan nye bukan tulisan zaman paleolitik mahupun zaman mesolitik... tulisan itu adalah contengan yang di lakar di notebook (buku utk aku senarai nak beli lauk utk ayah dia cari lauk kat tesco mahupun jj mahupun kedai cina depan)



dia masih terus menconteng... kadang kadang dinding umah nih pun dia conteng... sekali ibu dia nampak dia conteng kat dinding... bermula aksi... si ibu membebel n memarahi anaknya!!! paling best... pintu bilik ayor pun dia conteng... mulalah tekanan darah aku naik.... membebel lagi... sekarang tidak lagi... dia dah takut agaknya... maaf lah anak ku.. ibu mu nih garang... :)

Friday 12 December 2008

www.geni.com

jom join!!! kita patah balik masa tingkatan 1... belajao buat salasilah keluarga...ngeh ngeh ngeh...

ni versi maya...http://www.geni.com/

suami aku tuh tgh giler meng edit family tree nye...

emergency interview



aku gi interview tadi.. preparation=null... pn rozi suruh datang segera... nasib ada backup resume n salinan sijil

soalannye=sempoi... ntah dapat ntah tak... nk pakai sgt lah tuh

ngan company agensi MAA TAKAFUL
post=clerk
gaji=800

merayau next edition

layar kehidupan insan bernama aku...

diam dalam bicara

kalam tahkim mencari cinta hakiki

Kehidupan umpama pelayaran. Takwa sebagai perahu, Iman sebagai isinya, Tawwakal sebagai layarnya. Untuk menuju ke destinasi cinta hakiki.

najib territory
no passport or visa needed

macam macam...

Thursday 11 December 2008

just mumbling for nothing

aku edit blog tadi.. tetiba aku teringat kisah kisah yang terkisah dalam hidup aku... pengalaman kerja aku..

yang paling best sekali kena kutuk masa kerja kat kilang Leoco... "buat kerja macam lembu" bos besar tengking aku tuh... pergh masa tu aku malu giler... jenjiran sting garden (setinggan kg pasir lama dah jadik PPR seri anggerik dah skang) ramai yang keje situ kenal mak aku... wak lu.. dah alat quality control ko cam hampeh nak salahkan aku lak... pergh... malu tau!!! aku dapat tester tu dh separuh ranap pekerja ko kerja kan... sampai kat tangan aku yang terkial kial nak guna mmg ah!!! ntah ntah dorang sengaja je suruh aku buat tuh.. sbb nnt dorang tak kene marah bila tester tu patah...

yang best nye... ntah sape ntah gi cite kat bos besar tuh... aku ni budak u... terus dia panggil masuk bilik dia... dia mintak maaf sbb tak tau sape aku... (macam tu eh?)... ye dia ckp macam tuh... dalam nada memujuk dia cakap bila dah grad nnt jumpa dia... dia nak letak kan aku kat HR... (ntah dia ingat aku ke tak skang nih)...

masa tuh tahun bila ntah.. aku pun dah lupa... yang aku ingat time tu cuti semester, n sebelum aku dpat kerja kilang tuh aku dapat kerja kat Aktif Lifestyle bandar park sbg tukang cakap... ah aku tak tau ah apa nama tu... alah yang buat pengumuman budak hilang... welcome annoucement, closing announcement...n bla bla... sehari je pun.. sbb aku tak minat... keje malam...n sabtu ahad aku susah nak dating ngan marka aku masa tuh... :p...

hurm... masa tunggu result SPM... aku keje kedai kek... Berry's Cake House kat Bandar Park... OUG area... bos nih baik... ntah dia ingat aku lagi ke tak skang... dulu lepas benti keje... kalau aku order ngan bos dia mesti kasi diskaun... baik sgt... gaji masa tuh kira byk ah pada aku yang baru lepas habis SPM... RM600... tak masuk OT lg...makan kek free... belaja buat sandwich....yang aku suka masa bos nih bawak gi taipan USJ utk training... makan free ...bos belanja....yang tak best selamber dek je aku pakai baju kurung keje kedai kek... mana aku tau... tak pernah keje secara formal... aleh aleh bos bg uniform skirt n kemeja... he he...

lagi satu keje kat sini aku dapat byk sample chocolate... ada sorang mamat mana ntah... dia buat marketing utk belgian choolate... bos kasi byk tin kat aku.. masa tu nak raya.. dapat aku sedekah kat sedara mara... dulu (tahun 1997) rasanya harga dia dalam 9 je... skang aku tgk mahal gek.. sbb aku tak mampu nak beli...hish jenuh aku cari kat tenet... nnt aku gi cari kat jj... ada jual kat jj... n watson!!! chocolate tuh sedap...nak paste kat sini

watson...mid valley mega mall...tahun 2003...keje kuli je.. tp best.. keje mmg kuli batak betul lah... ha ha ha... tak de lah.. keje kan.. biasalah... aku ada department aku sendiri.. siap ada deparment... part aku bahagian kortex, stayfree... tu le bahagian aku... alasan dorang suke letak aku kat situ sbb aku rajin kuarkan stok... he he he... dah barang laku kena ah kuarkan stok.. kang lopong je display tuh... bukan tu je.. bahagian bb n mandian n ubat gigi termasuk... kira toiletries ah... yang betul betul hawau nye time masa buat audit/inventory... wooooooooo penat... siang malam berjaga jaga tapi seronok.. geng geng kepala sewel... time lepak .... lepak kat taman... kadang lepak kat lorong gelap... lepak kat MPH... satu lagi keje sini ada body check.. hoho...meraba ah.. apa lagik... kuh kuh kuh... jangan terkejut... serious mmg kene raba.... he he he... kenangan terindah... tujuan nye taknak lh staff bawak barang kuar...**curi**... adoi yai... time gaji... semua serbu atm maybank... peh tu makan makan... yang tak best... aku nak berhenti baru ler offer aku naik pangkat... huh... skang bila aku gi mid valley semua dah tak de... nor... dah jadi sup kat ausino... (tak silap ah).... abg radzi si blue minded pun dah berhenti... mel keje kilang s kerani kat subang rasanya......nizam pun tah mana ilang... suhaila sagir pun dah keje kat suruhanjaya perumahan kat dayabumi... huuuuuuuuuuuu... yat... ayu... "awin raba" pun tak de...abg us pun dah benti...

sume muka budak baru... eh satu nama singgah di kepala ku... abg syuk...eh satu nama lagi... en yusof

paling gerun bila HD ada...house detective... meluat jerk... apa ntah nama si india mulut cabul tuh... last aku tau dia benti watson masuk carrefour... tapi dia baik ngan aku... tegur aku manis je ayat.... pesal ek...

lepas keje watson... aku masuk telekom ... hurm... masa interview... en bob suka tgk resume aku... masa test komputer guna excel aku dapat buat ... godak godak ah sikit... mana pernah guna excel secara rasmi... belajo pun takat pivot... jumlah..tambah tolak... mana guna statistik nye method... mulanya sbg kerani je dorang bg... aleh aleh dorang bg up sket... assist programmer.. sbb aku dapat buat more than their expectations ....tp gaji ikut budget dorang lah (dlm paperwork)... satu riban jek... aku tau sbb aku selongkar fail dlm komputer tuh... wakakaka....

hish... aku ingat sng jek.. aleh aleh aku kene buat keje yang ada kene mengena ngan access n odbc ...huh...time ni mmg tensen tol... marzuki marah gegila kat aku sbb tak paham... lama lama ok jerk... bukan susah pon...(riak jap)...buat report je pun... cukup time buat... yang lain kejenye... copy n paste... kadang masuk meeting amik minute... sampai skang aku tak tau cemana nak amik minute... he he he....

sebelum benti telekom sempat ah gak aku n meen blajo ACL... technology for business assurance... dah duk revenue assurance... bagus en aziz suh aku bajo ACL.. guna excel cam lembab jek...

tu ler cite aku... kisah kisah yang terkisah... kondisi kerja... ada yang kuat kipas...kaki ampu... tikam belakang... depan baik belaka... belakang kita kutuk habis... ha ha ha... bila kerja dengan bidang perkhidmatan mmg ada cabaran... cabaran tukar off day sesama sendiri... aku selalu on je... janji time aku nak dating ngan marka aku korang tak kasi mmg kene belasah lah... itu dulu... zaman muda... tahun depan dah masuk angka 30 dah umo aku... anak dah dua... EPF takok lama lagi... tidak menokok byk manapun...

mata belum mahu melabuhkan tirainye... aku masih nak bercerita... tak kisah lah sape yg baca... tak baca pun tak pe... buat aku hilang boring je malam jumaat nih...

angah dah ada kat kampung ulu yam... dia berpantang kat sana sementara mak aku berkampung di rumah kampung... dalam cuti sekolah ni je... lepas tu balik lah balik ke taman seri sentosa jalan kelang lama... kampung bak kata mak aku"seronok"... dia boleh melakukan kerja kerja seperti berkebun... walaupun kaki nya telah digergaji di PPUm akibat kencing manis... mak kata kalau duk kat sentosa (taman seri sentosa jalan kelang lama)... mak aku bosan... dia tak kemana... duduk je... da lama jugak mak aku tak gi hospis... tiap khamsi dia pergi... siang td dia gi rasanya... tu mesti dia balik KL tuh... tgk tgk kan umah jugak..

tak lama lagi siti (norazimah-adik bongsu) akan mendebarkan jantung nye... PMR result kan kuar ujung tahun... moga yg terbaik utknye... amin...

aku nak merayau lah... babai

merayau...jom!!!

hurm... aku baru je lepas merayau sampai ke mana mana ntah... melawat blog org...

sejarah merayau nih datang dari markizah binti atan.. anak makcik sebelah umah... dia tanya aku "akak, abg wan ty, dari mana kita datang?"..... aku pun suruh lah dia sendiri cari kat tenet... tapi dia malas... aku pun tak puas hati lah kalau tak tau jawapan... yang aku tau dari tanah...

so surf lah... dapat kat sini...http://bullet2218.blogspot.com/2008/10/dari-mana-kita-datang.html

dlm link bloggers dia nih ada link ustaz pali... aku ingat kan adik ipar aku si fadly rabah...

merayau lagi... aku ingat kan pali sorang je lah yang ada nama pali tuh....

lama lama aku makin seronok baca dorang nye life kat sana...

k jom rayau

malas...bermalasan..kemalasan...

hari ini kerajinan ku di ganggu dan di halang dek air yang berkeruh umpama wajah suamiku yang berkeruh pagi tadi... hurm... air berkeruh itu wajar sbb duk kat ayer keroh... tapi wajah suamiku itu berkeruh tidak wajar sbb ISO akan setel gek...kalau tak dapat nnt sijil tu apply lah lagi.. n make sure u gi training... well trained urself first!!! takkan lah gomen tak de duit...

hurm... malam tadi bekalan air terputus... terputus... bukan dipotong... sorry ye umah ni jarang tertunggak bil air...

air berkeroh.. dah satu round basuh baju then nak idai... alahai..."oooo oooo" haziq bersuara... "ibu nak kije lah...." keje nak oi.. keje umah.. dah kene basuh sekali lagi... tensionnnnnnnnn

cepat lah air tu clear.... 4 round nih... dgn cadar n selimut... langsir bilik belakang... tension tension... jap gi izz kompem bangun

jam 2 petang...

air dh mula jernih... tapi... awan gelap sedang berarak... berarak lah dikau ke tempat lain... kasihanilah aku... jemuran baru tersidai... tolonglah matahariku... keringkanlah jemuranku... di dalam mesin basuh masih berbaki 1 set pakaian lagi yang sedang di cuci... wargh...

inilah akibat kalau basuh baju 2hari sekali... bila banyak n hari mendung ditambah dengan bekalan air terputus... huh... i am in tense mood...

Tuesday 9 December 2008

mak aku buat dough nut... yang tak de nut


mak aku tengah mengadun


adunan sedang di goreng


mamat bucuq nieh mmg tak malu.. keje dia makan je...ye ye o je nak bakar satay... aleh aleh dia bantai tido...



he he... ni aku buat.. ada ala ala dunkin donut tak?

family aku mgg zero protokol... so pada mereka yang datang dari family yang ada protokol tak leh joinlah ye... he he he...


ni lagi teruk... tangkap muat jerk... mangkuk siap dimakan dek api...