Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Saturday, 27 October 2012

Hadiah Hari Lahir buat...

dalam si ehem ehem sibuk sana sini... tidak terlupa rupanya tentang anak anak...

bila ada kelapangan dan teringat baru lah kalian mendapat... walaupun nilai tidak lah mencecah ratus atau ribuan... ada pesanan dan ingatan di sebalik pemberian ayah...
(ibu sendiri pun tak dapat apa apa sempena bedey ibu...)

nak berkecil hati? nak tu tidak laaaaa... tapi terkecil hati itu ada... :(
ayah kata ayah dah tak sayang ibu... takkan nak paksa paksa kan... :(
(berdrama swasta pulak pepagi buta ni kan)

dah lah gi solat sunat aidiladha siang tadi... ibu seorang diri aje... ayah siap ada 2 orang... Haziq Amirul Haq & Izz Emir Haq... tak pe lah... pasrah je...
(berdrama swasta pulak lagi lah pepagi buta ni kan)


Saidina

Angry Bird

"Belajar rajin2... Jadi insan berguna"

"Be a good boy... Stay Cute"
#macam lah si emir paham... ")

Monday, 14 September 2009

Mari bergambar sambil bercerita

12 september befdey mak.. kitorang celebrate semalam... mak dah 55 tahun!!! aku buat mee bandung.. mee bandung aku tak de umphhh lah.. tak pe... first try kan... angah pulak bawak KFC n kek from king confec... dah jadi tradisi kami beli kek dari king dari dulu lagi... air pulak aku buat ribena lychee...

masa celebrate befdey mak... cucu nye si haziq yg lelebih!!! bukan nenek dorang... nenek dorang relax je...


ni pulak kueh raya!!! hehehehe... seumur hidup tak pernah aku buat!!! ini lah julung julung kali nye... aku dah byk kali mention tgn aku keras bab nak mendesign nih... tapi tak pe... next time tahu dah mana nak gentel!!! hehehe... jenuh tau nak buat almond london... terkial kial nak lembut kan tangan...

kueh raya aku... almond london... biskut sarang semut dan biskut suji... malam ni nak buat chocolate chips lak!!!


yang bergoreng ni semua nya mak aku buat!!! bijan... kacang goreng... kacang goreng ni... lama nak siapkan!!! and satu lagi mak aku buat rempeyek... mana ntah.. oh ya mak aku simpan dlm tin!!! lupa nak snap!!!



Wednesday, 26 August 2009

Celebrating Him as He Turned 3

Haziq Amirul Haq dah 3 tahun!!! Birthday boy him yesterday! asking and keep repeating on whats he wants, he was only answering by this "haziq tak nak!"

Ibu and ayah je yang lebih lebih kan?... si kecil apa yang mereka faham tentang erti tarikh lahir... si ibu sibuk dari pagi, bertanya...

"haziq nak makan apa? Nasi goreng cina macam biasa je... today is your special day tau!"

tetap dengan jawapan "haziq tak nak..."

"we wait for ayah ok... let ayah decides where to dinner aka breakfast"

then he answer me this by
"ayah working lah ibu... China"

"no lah sayang. Ayah no more in China... ayah here, working in Malaysia"

.
.
.
.

lama juga membebel dengan Haziq Amirul Haq semalam... tengahhari buat kan menu anak anak ayam masak kicap. Makan juga. tapi tak banyak macam kelmarin. Kelmarin bertambah-tambah. Memandangkan semalam hari kelahiran si sulong, aku bawak Haziq Amirul Haq and Izz Emir Haq ke kedai... (buang sampah sekali... jenuh duduk rumah kedai... turun tangga naik tangga!)...

"Ambil lah apa apa yang Haziq hendak"

sambil menunjukkan keropok udang...

"that one cannot sayang, you allergic!"

"i want prawn ibu... prawn! prawn!"

gatal mulut suruh ambil apa yang haziq hendak.. dah dia nak makan jajan udang.. tak di beri pula... alihkan perhatian pada jacker product... n air kotak... sekejap je senyap.. then dia ingat balik... nak prawn!

tak beri peluang! allergic!
.
.
.
masa ayah balik kerja... haziq tunjuk keropok... aku pulak yang kena tegur sebab bagi anak anak makanan ringan... dengan selamba... "sekali sekala... hari ni kan birthday dia... kan birthday boy!"

ayah bertanya

"ke mana nak celebrate ni?"

ibu jawab

"u decide..."

setelah berbincang ala ala kadar

sepakat Nando's.. aku memang suka extra hot peri peri... kalau order mesti minta basting sauce yang dorang sapukan pada ayam masa grill tuh!!!

no cake... kesian haziq ibu tak sempat nak beli cake... weekend ye sayang.... ibu janji chocolate indulgence from secret recipe is a must!!! not the whole kek... may be a piece of chocolate indulgence and another piece of blueberry cheese and another piece of banana chocolate!

next month, Izz Emir Haq pulak!!!

Friday, 10 April 2009

10 tahun yang lalu....

10 April 1999

sekitar 8-9 malam:
aku telefon kau.
kau ada di rumah mak ngah kau di bangsar
baru sampai
dari skudai
telefon untuk pengesahan.
Sunway Lagoon
2 tiket aku dapat.

aku tipu kau.
aku cakap
aku dapat free.

11 April 1999

jumpa kau.
konon raikan hari lahir kau
janji kat bus-stand klang,KL.
tunggu kat ruangan menunggu.
kau pakai baju t-shirt
warna cream
maui & sons

dan ber"cap" hijau
tulis hard rock cafe.

dalam bas
parkmay/cityliner
no 51-klang.

kau duduk depan.
aku duduk belakang.
aku kan brutal dulu.
apa barang
duduk depan.


turun bas
kat sunway piramid.

jalan kaki
masuk sunway lagoon.

lengan berikat
ala gelang (tanda bertiket).

time makan aku hulur hadiah.
kau bukak depan aku.

balik.

on the way balik.

kau dan aku naik bas metro.
turun kat kotaraya.
jenjalan kat petaling street.
menuju ke tempat menunggu bas.

kau tanya aku.
aku jawab
aku suka kue teow
kau ingat aku sengal
"do you like mee?"

hah

kat taxi stand
berhampiran LRT Pasar Seni
mengadap CM (central Market)

kau cakap
kau suka aku
kau cakap
kau nak serious

aku bantai jawab
kau dah kerja nanti
kau akan jumpa
jumpa perempuan
perempuan yang
lebih baik
lebih cantik
lebih seksi
ala ala lebih
dari miss universe
kau kan nak
yang ala ala
perempuan melayu terakhir

sekarang kita
tengah belajar
tak nampak lagi
mata kau
tak terbuka
luas lagi

kau dah kerja
pasti
mata kau
terbeliak

dunia luas
pasti terbentang
nanti

dah balik.
aku dah sampai rumah

tetiba kol
kau cakap
kau rindu
rupanya kau
ada kat LRT pasar seni lagi

(gila haper mamat nih)

aku buat dek je...
buat buat tak dengar
aku buat buat
tak de mood
off

16 April 1999

aku dapat surat kau
kau tulis 13 dan 14 april
4 surat penuh
depan belakang

kau tulis
kau rindu
kau highlight
"kata2 perangsang dan semangat"
sbb kau tak nak
kena tendang lagi

kau MALI
aku ELLA
geli kan
bila aku bukak
bukak surat nih
aku bantai gelak

tapi aku suka kau
kau creative
setiap surat
ada kelainan


ending surat
-KUCH KUCH HOTA HAI-
-MALI-
14/APRIL/99



geli kau
kau tengok hindustan
aku allergic hindustan


10 april 2009
aku dan kau
memang berbeza
aku harap
aku dapat jadi
jadi macam dulu

mali... kalau kau ada cari aku
dan jumpa di blog aku..
pesanan... aku dah kawen... anak dah dua... tapi laki aku tak se handsome kau lah

Thursday, 9 April 2009

nasi lemak

hah.. hari ini aku buat nasi lemak... he he he... tak tau lah lagi apa kah rasanya... belum ku jamah walau sebutir nasi lemak itu... nasi lemak kali ini tidak ada bau pandan... sebab daun pandan tiada... walaupun terdapat yang menanam daun pandan di kawasan kejiranan ku ini, aku malu nak meminta... biarlah... ku ganti kan dengan hirisan halia... wangi juga.... nasi lemak tidak beralaskan daun pisang... mana nak capai daun pisang.. sekali lagi... di kawasan kejiranan ku ini mmg ada yang menanam pokok pisang... malu ku nak lurutkan daunnya... biarlah... hurm.. bila lah si mamat parang tajam (tiru skrip cerita apa ntah..."si mamat parang kontot") tu nak balik.... nak suruh dia rasa...

hurm.. lusa birthday si encek H... aku sedang mencari resepi nak buat kek coklat kukus... guna oven macam kering je... so ingat nak kukus... lembab n sedap sikit nak jamah nanti...