Sunday 16 January 2011

Enam Belas Januari Dua Puluh Sebelas

Di luar bumi yang basah di sirami hujan lewat petang semalam kini telah kering tidak sepenuhnya. Terdapat lopak lopak air yang masih memantulkan cahaya memberi gambaran pokok pokok berliuk lintuk.

Aku di dalam rumah masih begini situasinya. Dalam diri juga terkadang di landa garuda. Kencang jantung berdenyut. Dalam diri juga terkadang di pukul ombak. Berderau darah mengalir. Ini lah kehidupan.

Janji manis tatkala diri sebelum di ikat janji, cukup dan penuh yakin kau dan kau mengatur strategi. Selepas 3 bulan aku masih di situ, kau dan kau pasti tersenyum bangga, habuan sudah pasti diperoleh. Adakah begini keadaannya, setelah habuan diterima, kau dan kau berlari keriangan tanpa menoleh aku dan mereka merintih kemungkinan yang tak terjangka.

Memang tidak terjangka. Berstatus kontrak adakah tidak layak untuk kami bersuara, dan memungkinkan kau dan kau dengan sewenangnya membubar janji janji itu?

Sunday 2 January 2011

Dua Januari Dua Puluh Sebelas

... salam tahun baru semua... tapi hari ini dah 2 januari u all...

29hb disember 2010 genap setahun aku kerja...
alhamdulillah tiada MC... hulala...

sedang tunggu ANUGERAH SIHAT - healthy award............ tak sabar... sbb dulu dulu aku kerja pun tak de mc.. tapi tak de award.. kali ini aku kerja dengan syarikat ini... mereka ada healthy award... teruja sangat ok!

alhamdulillah setahun kerja aku dapat jugak D90! terbaik! aku beli dengan lense Tokina 11-16mm f2.8... tapi tokina itu aku hadiah kan untuk ehem ehem aku... sempena wedding anniversary... dengan harapan... apa yang di usahakan membuahkan hasil...

*** special credit- cikgu own... thanks for ur suggestion.. amat berguna...

-my love D90-

new girlfriend for ehem ehem...

walaupun aku tak pandai guna dslr... tapi aku beli jugak jugak sbb aku suka hasil gambar tuh... contoh...







ini lah hasil gambar.... suka tengok... sangat sangat suka.... auto kot! hahaha... kalau ada yang bangga dengan dslt atau jenama lain... aku tetap bangga dengan nikon... heheh...