Monday 28 January 2013

si cengeng yang menangis

si cengeng yang menangis. sedu sedan. tiada siapa yang tahu. melainkan siapa yang baca entry aku ni kira dah tau lah kan... balik kerja terus hiba. tgk bilik anak dara yang aku duk berkurung diri dulu dah makin kosong. (selepas kawen bilik tuh penuh sebab dah jadi bilik stor). nak menangis dah macam budak budak. padahal anak sekolah dah darjah 1.

sentap. tanpa menunggu aku pulang.

ini lah perempuan. suka simpan surat surat yang dah nak reput. asyik di makan hujan dan panas. lapuk dan reput.

dapat pesanan ringkas kat henpon.

"baju baju tu pilih lah yang mana nak pakai lagi"...

perli ke hape?

baju nak buang pun tak kisah lah. tapi surat surat. hadiah hadiah saya dalam kotak tu kenapa tak tunggu saya balik. sentap!

barang yang lepas jangan dikenang. faham? umpama baju ni. nak selimmelim macam dulu jangan mimpi lah...
nangis airmata darah pun tak guna.


Sunday 27 January 2013

Carpal tunnel syndrome

Carpal tunnel syndrome!
Carpal tunnel syndrome!
Carpal tunnel syndrome!

masa mengandungkan haziq, masa tu dalam umur 7 bulan  si haziq dalam perut. aku dapat rasa, pergelangan tangan kerap kebas. nak  potong bawang masa kebas. kalau paksa juga sangat sakit. rasa macam kena kehel je tulang tulang tu. tak pun rasa macam kena kejutan elektrik.

aku ingat sebab aku cuci peti ais. pegang air batu. lap lap.
"ila ni suka sangat main air ni tu sebab tangan kebas-kebas"
pernah jiran sebelah menegur... aku buat tak kisah lagi.

"tadi amik darah, mungkin sebab tu kebas. tak pun sebab kandungan dah membesar"

sekarang haziq dah 7 tahun. kebas yang aku alami masa mengandungkan haziq dulu tak hilang.
asal makan sayur. sekejapan akan terasa kebas. nak nak lagi makan bayam. ataupun kubis.
kalau potong sayur atau siang ikan, kebas memang datang. kalau paksa. memang dia serang sampai  kita stop. selagi tak rasa macam terkehel, aku teruskan aje kerja kerja.

kalau pegang jarum peniti nak jahit baju... lagi azab.
pernah aku tengok cerita oshin. dalam cerita tu pun oshin pun ada sakit kebas kebas.

makin aku google makin seriau pulak aku nak baca.... makin ngeri nak amik tau.
tapi apakah yang aku alami ini ialah CTS? Carpal Tunnel Syndrome? pergi klinik dah tanya, doktor tu sarankan aku buat senaman....

mana ada masa sangat nak senam senam ni... lain la dulu. tak keje.
bodek encek suami belikan thread mill. Kalau ada duit lebih dia kata dia nak belikan.
Persoalannya bila?








Tuesday 15 January 2013

Sharifah Zohra Jabeen - Listen!Listen!Listen!

Presiden Suara Wanita 1Malaysia. suara wanita ok. presiden ok. tapi angkuhnya dia. ini pandangan saya. saya tak kata saya tak suka dia. so harap tiada kenyataan... "awak tak suka, awak pergi negara lain"... nonononono...

bawani tu masih pelajar... Sharifah Zohra Jabeen pulak... umur dah berapa? air laut kan bergaram... masakan pun kan ada yang bergaram... siapa makan garam dulu... maksud saya... pengalaman Sharifah Zohra Jabeen lagi "hebat" dari dia... rendah diri tak boleh ke?... listen! angkuh dan sangat memerintah... berlembut tak boleh ke?... bagi je lah ruang si bawani tu habiskan apa yang dia nak luahkan... bagi je ruang... dah habis apa yang bawani tu nak sampaikan... then you, Sharifah Zohra Jabeen, boleh lah berbalas dengan penjelasan satu per satu... tapi tak berapa nak logik lah kan nak bandingkan dengan kucing... anjing... bagai....

siap suruh media turun.... tiada nilai sensitiviti sebagai seorang Presiden Suara Wanita 1Malaysia
apalah salah jawab je apa apa soalan yang terbelenggu, dibelenggu... tak boleh?

aku tak tau siapa mr victor yang di sebut oleh cik sharifah zohra jabeen... mr victor yang aku buat anak panah tu nak cakap sesuatu... kesian. di tolak mentah-mentah dengan alasan, student dah penat...  sibuk nak bagi galaxy note... sedekah amalan mulia juga....
mr victor pun mulia.. tak de gaduh gaduh nak pegang micropon bila tak dibenarkan.... kalau mr victor hilang pertimbangan mahu juga amarah timbul... sungguh berkuasa cik sharifah di majlis itu...


 #oh yea saya baru dapat tau masa daftar anak sekolah masuk darjah 1... buku teks dah bagi percuma untuk semua... dah tak de istilah gaji lebih RM3 ribu and bla bla bla.... kena beli buku teks... yuran juga dimansuhkan... cuma yuran pibg je kena bayar...

apalah salah nya kan kalau Cik Sharifah ni cakap... "nanti kita suarakan pada dewan... lagi pula... buku teks dah diberi pinjaman utk semua... tak macam dulu... mana tau nanti... negara kita dah kaya raya kerajaan mampu beri  pendidikan percuma sehingga peringkat degree... then master... then phd..."

#dari mana kerajaan jana kewangan negara.. fikir fikirkanlah...
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...

dan aku pun terpikir... siapa sediakan sekolah? bangunan? tapak? siapa yang sediakan guru guru yang mengajar?
kalau sekolah swasta semua kita kena bayar kan? gi tuisyen pun tgk je lah berapa harga.... mmm









Lirik Lagu :

"Listen" | Kosong - Mr Bie (Parodi)

kau melihat diriku seperti sesuatu
yang mencabar dirimu akal dan mindamu
kau cuba mengaburi dengan nota galaksi
siapa dirimu??
aku mahasiswa di sini

bila ku tanya soalan
tiba-tiba kau potong jalan
merampas mikropon
#listen#listen#listen

semua haiwan dikaitkan
langsung tak jawab soalan
asyik asyik
#listen#listen#listen

kini kami bangkit
bukannya kerna wang ringgit
perjuangkan nasib mereka yang slalu dihimpit
jangan asyik meroyan
dengarkan penjelasan

dan akan dibuktikan
siapa dipihak yang sebenar
uooooohhooo!!
BAH
#listen#listen#listen

Thursday 10 January 2013

Mahalnya bawang kuning


bawang merah. bawang putih. bawang kuning.
hari ini aku gi mid. nak gi pejabat pos. pejabat pos kat umah ada je. tapi segan. hari tu dah pergi. tapi dorang lak dah kehabisan duit. so hari ini aku gi lerrrr pejabat pos kat mid tu. selesaikan urusan. (apadahal nak makan pancake durian)....

then sebelah tu ada market JJ... makanya.. aku pun beli ler, barang yang dirasakan untuk dibuat masakan....

nak dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang... aku main ambil je sebarang bawang kuning tanpa segan silu nak melihat harga...

dah habis bayar... aku tengok resit... bawang kuning di atas... harganya ialah RM7.49 (kalau tak silap)... yang pasti RM7 dan sen sen....

#jangannakkelamkabutboleh?

Tuesday 8 January 2013

Kelam Kabut

Selasa. 08012013.
Semalam. aku buat nasi goreng untuk sarapan pagi. masuk aja apa yang ada. alhamdulillah, haziq tak banyak kerenah.

"makan nasi sikit buat alas perut aje... minum susu jugak tau"
aku kerap ingat kan haziq pagi semalam...

hari ini, aku buat roti bakar aje... ngan Sosej berkeju yang di kukus...
berselera jugak haziq sarap tadi.

pagi yang agak kelam kabut. dengan siapkan sarapan, dengan hampir terlupa subuh yang belum ditunaikan. dengan baju yang tak iron lagi... dengan emir yang merengek nak ditemankan tidur... dengan emir yang nak susu... dengan sibuk nak siapkan haziq berbaju bertai berkasut... nampak simple... tapi nak buat, nak urus sana sini... kelam kabut.. ke aku yang mmg kelam kabut orangnya... hahaha

bangun pukul 6pagi memang kelam kabut... sok lusa kena bangun jam 5 pagi walaupun keje petang/off. supaya tak kelam kabut.

hari ini nasib baik keje petang. kalau keje pagi... memang kena bangun lagi awal untuk siap kan popia, sosej kukus dan daging burger.

Sejak haziq sekolah... tak pernah lagi aku terlepas bekalan makanan waktu rehat dia nanti.
haziq pun tak banyak kerenah. dia tak minta nak itu nak ini masa first day sekolah. even sekarang pun.
apa yang aku masukkan dalam beg... bekas tu dia bawak pergi kantin. dia makan.

aku seronok tengok dia makan apa yang aku bekalkan... (first day sekolah je lah yang aku boleh tengok)
walaupun kadang bekas tu ada berbaki... tapi sekurang kurangnya dia makan. duit belanja sekolah pun dia tak usik.

"kalau haziq nak apa apa .. beli je... tapi boleh beli dengan nilai duit belanja yang ibu kasi je tau..."

"haziq nak beli air milo laaa ibu"

belilah duhai anak... kalau kamu tahu cara nak guna mesin air itu...

"ok haziq beli lah sendiri, kena belajar sendiri lepas ni... tanya cikgu macam mana nak guna mesin tu tau."


Sarapan

Bekal ke sekolah

Hari Pertama Persekolahan
#aku ingin menjadi seperti ibuku.. tak pernah terlepas masak pepagi sebelum pergi kerja... tabah dan cekal arwah ibu aku... alfatihah.

Wednesday 2 January 2013

saat ku idamkan




 


Temu kau di malam itu
Bagai menyahut hasrat nurani ku
Hanya dengan sebuah senyuman
Bisa terpatri satu harapan

Mengidamkan saat itu
Yang pasti hanya Tuhan yang tahu
Terpancur kalimah kalimah sakti
Berakhir dengan janji janji

Dikau menjadi kekasih
Namun aku merasa tersisih
Kau membina dinding ilusi
Ku terperangkap merintih sepi

Mungkin kita mesti terbuka
Dalam mengharungi dunia cinta
Mungkin kita harus bersedia
Menghadapi apa saja

( korus )
Jangan jangan kau padamkan api asmara ini
Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi ku

Tiada lain yg ku tunggu
Untuk menduduki istana hatiku
Kaulah teman kaulah kekasih
Jangan membuatku tersisih

Bayang silam kau pergilah
Pergilah dari sisi

Tuesday 1 January 2013

apabila alarm sensor berbunyi!

berdebar tak pasal semalam. kot-kot lah anak-anak aku terambil barang yang belum dibayar. (ayah dorang dah ajar dah.. amik barang mesti bayar dulu... jangan amik je)... so bila nak keluar JJ kena lah kan lalu kat laluan keluar. kat laluan keluar tu kan ada alat yang mengesan cip yang tak dinyahaktifkan!

aku dan anak anak aku pun lalu.... tetiba
[tet tet tet tet tet tet tet] alarm berbunyi!!!

aku senyum pada petugas yang jaga laluan masuk dan keluar....
"ini telah mengundang kemarahan saya tau!" aku luahkan pada budak "jaga" tu...

"mana manager yang bertugas? saya marah ni..."

budak tu pun terkulat kulat nak tanya aku... "boleh saya periksa puan?"

"saya rasa barang ni yang berbunyi. saya bayar tau... sekejap saya cari resit". sambil tu aku geledah beg sandang warna merah aku cari resit... owh ada dalam poket kecil bersama baki bayaran.

budak tu pun test lah barang tersebut... kompem. sah. saheh. alat buat label tu yang berbunyi.

tanpa di suruh then aku sorong lah troli aku ke laluan yang konon boleh kesan cip yang tidak dinyahaktifkan...

tiada bunyi tet tet tet tet tet (tak reti aku nak express kan bunyi dia)...

"ha. mana manager awak. saya rasa cashier tu dah nyahkatifkan cip tu... ni pehal bunyi  lagi?"
"ini telah mengundang malu tau..."

aku senyum je... tak de lah nak tarik muka bagai kan...
orang lalu lalang, tgk je aku... sibuk sangat nak jumpa manager..

budak tu pulak... "tak pe kak.. ni perkara biasa..."

 "mana boleh perkara biasa... sekarang tolong nyahaktifkan cip tu"

budak lelaki tu tak habis habis pujuk aku... "tak pe kak... kalau alarm berbunyi... akak tunjuk je... barang dengan resit"...

"ibu... haziq letih lah...lama lagi ke?" haziq tetiba bersuara....

apabila haziq dah mengadu letih... aku batalkan niat nak jumpa manager bagai...
aku pun dalam retail line dulu... kadang-kadang kita dah nyahaktifkan... tapi dia tetap nak bunyi jugak...
aku rasa cip tu ada dlm body barang tu... malas aku nak unscrew... atau ada cip yang kadang kadang disalahtafsir oleh alat pengesan... malu? agak lah jugak.... :)

 


Sarapan Pertama ~ 01012013

hari ini 01 01 2012 2013 (thanks fiayue)
antara yang manis... hari ini ialah hari ulangtahun perkahwinan kami... yang ke 8
"If you can understand the me... Then I can understand the you"-metallica - unforgiven II
first lagu ehem ehem kirimkan pada saya... mali | ella | 1999 ~ *wink




hari ini saya masak nasi goreng dengan telur goreng mata. sementara tunggu ehem ehem balik dari jogging, saya di sini. :) sempat kan... 

anak anak pula sibuk main dan tengok TV...
Nasi Goreng JDJ

Telur Goreng Mata

Milo Panas
2013. hari pertama.