Wednesday 21 March 2012

6:42 PM 21/03/2012 - kisah mengarut

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
hela nafas yang panjang...adakah ini dikatakan mengeluh?... kiri kanan ada juga yang menegur... "tak baik mengeluh".... aku rasa aku tidak mengeluh.. aku hanya mengeluarkan sesak sesak nafas yang terkumpul agak lama... jadi apabila dihela nafas itu.. kan jadi panjang... berharakat harakat lah panjang nye... fuh!
sejak akhir akhir ini.. ada satu naluri yang membuatkan jiwa - - ->sesak... semakin dijengah jengah, hati makin sayu... di balik jendela, aku mengintai... hahaha.. siap mengintai mengintai... itu lah diri aku kala ini... asal ada waktu yang senggang walau sekejap cuma... aku gi intai... kah kah kah... seronok.. happy je mood aku... hati menangis tiada siapa yang tau... airmata berguguran dalam hujan lebat siapa yang peduli...
oh ye dalam aku menggeledah sana sini... tetibe... aku tengok ada perkongsian di sana...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
ouh!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
mode perasan sudah mula bergelodak... berombak ombak rindu... tapi jiwa tak berkeladak tau... cuma jiwa berkarat sikit.., berkarat dengan emas 24 karat... cukup lah kan emas 24 karat... nak emas tulen payah.. lembek sangat...
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
(hahahahahaha)... kelakar pulak kan?!hehehe.. happy! happy!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::
apakah ahli kongsi gelap itu sedang memburu mangsa? mangsa yang pernah direntap jiwa, namun berakhir dengan persoalan....
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaih...
nak je aku sms ahli kongsi gelap tu... nak tanya lah... apakah makna mimpi... apakah makna ombak di dada pabila teringat ingat...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaih lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
lemas!
hahaha... bengong!!! dan memang aku bingung...

kulit kacang

mereka masih berjaga
bau sahaja kering
ada hujan
gerimis sahaja






“Love is when you shed a tear and still want him, it's when he ignores you and you still love him, it's when he loves another girl but you still smile and say I'm happy for you, when all you really do is cry.”

“I love walking in the rain, 'cause then no-one knows I'm crying.”

Tuesday 20 March 2012


7:04 PM 20/03/2012
dua puluh haribulan sudah...

suasanaa di tempat kerja sibuk dengan papan kenyataan memasing.. bertemakan watak watak TRANSFOMER... kumpulan aku dapat Barricade, whoaaaaaaa... hard-nosed ok

so suasana agak meriah... ada yang dapat devastator, optimus prime, bumblebee, ironhide, grimlock, jazz, megatron....

Tuesday 13 March 2012

MakAn MAkAN

tadaaaaaaaaaaa...
sejak akhir akhir ni rajin pulak nak update blog kan?! teruja dengan rakan rakan blog yang masih aktif... jadi aku update lah sikit sikit...

sikit je...

:)

tak pepasal malam malam buta mengkematukan bontot dan mengeraskan otot paha dengan menunggang motosikal mencari kedai makan... memula ingat nak makan kue teow goreng muallaf kat PJ Old Town... aleh aleh tak jadi... ehem ehem tukar pikiran setelah aku mencadangkan makan makan kat SS2 atau kampung baru....

dah sampai kampung baru... kononnya nak makan chicken chop, aleh aleh (lagi) ehem ehem ajak makan nasi kerabu.... kalau nak makan nasi kerabu kena cari kedai kak som... dan dan tutup pulak... so kami jengah kedai sebelah.. Suraya Seafood... ramai lah pulak yang nak makan memalam ni kan... semua yang duk berdiri sibuk nak kejar table yang bakal di kosongkan pelanggan....

memahami si ehem ehem yang tak suka menunggu... aku cadangkan dia ronda ronda dulu, sementara aku tunggu kat kedai... cop tempat ok... dah dapat tempat.. aku call ehem ehem... so kami pun order dan makan! nice ok... i like somtam

ini lah somtam!!! cedap!!!

ehem ehem yang order... cedap jugak...
nak nak lagi ada udang goreng salut tepung...


ni pehal tehtihbeh kan... aku letak gambar perpustakaan negara...
hahaha.. after makan makan... ehem ehem ajak ronda-ronda... saje je kot dia bawak laluan ni...
masa zaman U dulu,, asal cuti semester... atau cuti pendek... kami rajin study sesama kat sini...
yup!!! dari UTM skudai ehem ehem travel...

;p

Friday 2 March 2012

ouh! AkU dAh KetAgih...

dah pukul 130 pagi...
mesti jenjiran yang tak tidur lagi.. yang duk bilik belakang ni... tension kot kalau kalau dorang dengar aku dok menyanyi nyanyi yang tak de irama... sah sah lah kan.. mana ada music kalau headset kat telinga... (volume full... lom pekak lagi... ahahaha)



sementara tunggu mesin basuuh selesaikan tugas... aku mengambil langkah untuk menyelamatkan ketagihan aku...

ketagih kot nak dengar lagu ni... Dime daripada CAKE...
terusik jiwa aku... anyhow... life must go on.. tak kesah lah orang kata apa tentang kita...


oh yea... aku terusik dengan satu sketsa yang tidak berlaku baru baru ini... sketsa ini hanya lah khayalan sahaja...

erk? apakah sketsa yang mengarut itu...?????

----> aku tau aku masih di paras bahu... belum naik paras leher... tapi agak tersentap lah jugak kan bila ada ahli yang paras leher ni, dengan rakus nye merampas lembaran fakta yang bukan dongeng... sambil mulut nya lancang sekali meninggi... high pitch ok....

pada pandangan aku... beliau ni, tidak lah molek... kiranya beliau beranggapan semua orang tahu isi kandungan lembaran fakta yang bukan dongeng.... ini kerana lembaran itu telah disampaikan oleh seorang lelaki yang sangat gagah lagi kacak kepada hamba... hamba mengambilnya...dan tidak lah hamba bertanya tentang isi kandungan lembaran fakta yang dikandung didalamnya kepada tukang sampai iaitu seorang lelaki yang sangat gagah lagi kacak tadi...

jadinya hamba membelek dan membelek... tak sampai 10 saat hamba (kalau aku sebut aku berlagak pulak kan.. tu yang tukar hamba... rendah diri sikit).... oh ye... tidak sampai 10 saat hamba membelek... satu suara yang agak lantang, ada kemungkinan jarak radius 20 meter akan terdengar dan mungkin juga dah dengar.... "akak dah sign tak yah lah sibuk sibuk..."

sentap ok....

kalau beliau yang edarkan dan buat pengumuman secara terang, memang tidak hamba nak sibuk sibuk hairan, sibuk sibuk nak tau terhadap lembaran fakta yang bukan dongeng itu...

tapi siapa lah hamba nak bersuara... layan je kerenah manusia cenggini...
dan kemungkinan cara beliau dah azali...

tapi ada seorang gadis yang lemah lembut memberi teguran.... namun dengan lagaknya... perkara tersebut kononnya tidak perlu lemah lembut... kena ganas

pada hamba.. biar lah bertempat... hamba tetap doa kan beliau berjaya... walaupun hati ini terguris... ameen! biarpun ada nada sinis... kiranya tidak puas hati suh buat surat ber"elektronik"... tak pe lah...

“I not only think but also look and study things carefully. When I travel around, I look at things carefully, make comparisons of what I see. I don't accept things at face value, you cannot trust what you hear or see. Don't jump to conclusions without thinking.”

Mahathir Mohamad quote

peringatan untuk diri sendiri... do not jump to conclusions...


apa pun hamba kot yang sensitif tak tentu pasal... anggap sahaja beliau betul... beliau adalah benar... :)... makanya hamba mesti berfikiran positif...




tapi.... sedih masih terasa...





"I'm a dime.I'm fine.And I shine I'm freshly minted.I'm silver-plated I'm underrated.You won't even pick me up because I'm not enough for a local phone call"