Thursday, 31 January 2008

balik KL...

26.01.2008
bergerak menuju ke Kuala Lumpur jam 5 ptg... tiba lebih kurang jam 7... ada kesesakan jalan raya berdekatan balai polis petaling..... tiba di rumah mak aku hujan turun dengan lebatnya... tergocoh gocoh bawak barang naik ke atas...

aik... macam tak ada apa je... mak aku ni mesti lupa birthday siti hari ini

27.01.2008
pagi pagi lagik norazimah, adik bongsu ku yang lebih mesra dipanggil siti (siti khadijah=ayah aku suka nama ni dulu...berebut nak bagi nama anak...mak nak nama norazlini...last last ayah amik norazimah).... telah bersiap... kerana untuk menghadiri majlis yang aku tak tau nama nya... angah yang hantarkan... dalam kul 1 si siti n angah pun sampai balik kat umah... angah bawak kek birthday untuk siti...

si isa dengan anak buah pun ada sama hari tu...

aku lak sibuk menyiapkan diri nak ke satu majlis perkahwinan kawan aku yang bernama izwan... kawan lama yang telah 19 tahun tidak bertemu... di sana aku berjumpa dengan norafzan... dia bersama ibunya... bagusnya no.... "no, mak aku ckp ko baik... ikut cakap mak... senang hidup ko" aku gerak ke sana dah lewat juga... dekat nak kul 2... nasib baik senang cari... dekat dgn rumah adik aku kat pandan indah... memula...mintak map kat no... macam jauh pulak nak ke ampang point...then aku ty iwan... jalan yang senang dari umah adik aku... aku ni ada kelemahan skit... aku nak kene ada lukisan jalan jugak... nasib baik isa (suami adik aku), dtg umah mak aku tengah hari tu... dia yang lukis map nak ke umah iwan...

akhirnya sampai jugak rumah pengantin... kawasan perumahan ni kalau kita faham ikut sistem genap dan ganjil... senang cari umah... sesuatu yang tak disangka... aku jumpa kawan lama, yanie!!! kawan masa belajar kat KYPM kota bharu kelantan dulu... lahai yanie ni adik ipar iwan rupanya..... dapat jumpa no... lepas tu dapat jumpa iwan... lepas tu dapat jumpa yanie... best!!! di sini no merupakan ketua networking aku... maceh no....










dah makan n bergambar aku pun balik... ingat nak borak lagik... tapi biasalah kan kenduri... mesti dorang sibuk... lagipun dah petang... sampai umah dah rehat sepenuh hati... angah nak bawak ajiq dan anak buah dia belah isa ke taman bukit jalil... bawak budak budak gi main... malam tgk AJL... peh tu cemana ntah aku leh tertidur...

28.01.2008
gi mid valley mega mall
29.01.2008
gi taman bukit jalil lagik
30.01.2008
gi umah mak su n balik umah mak jap..siap siap n balik melaka

No comments:

Post a Comment