Monday 21 June 2010

Petaling - Port Klang



Hari ini aku ajak ehem ehem bersiar-siar naik komuter. Anak-anak cukup gembira sekali. Setiap kali haziq teringat nenek dia... mesti dia cakap... "ibu, i want nenek house"... maksudnya haziq nak balik kampung... jadi nya nak alihkan perhatian haziq, aku ajak lah naik komuter




bukan tak mahu balik kampung, tapi keadaan MBA tidak mengizinkan... batuk je berkokol, dehemnya mengalahkan Ferrari Schumacher...

nanti ye sayang... apabila MBA dah pulih, ibu dan ayah bawa haziq balik kampung...

bukan apa... neneknya baru-baru ini ada bela ayam itik di kampung... agaknya haziq seronok sangat apabila duduk di kampung... bebas berlari pun iya juga...

perjalanan ke port klang bermula jam 6 petang... bertukar tren di klang... di situ dah nak maghrib... jadi sementara menunggu ketibaan tren ke port klang kami mengambil kesempatan sebelum terlewat...

akhirnya tiba jua kami di port klang... hari sudah gelap... kecewa... kerana ada niat aku ke sana...
tak pe lah... mungkin kerana MBA tak de.. sebab tu matahari merajuk sampaikan berpesan pada angin kepada perkhidmatan komuter untuk melengahkan jadual perjalanan. elok elok boleh direct terus ke port klang, boleh pulak ada tukar-tukar...

nak makan makan, cuma yang best KFC... alaaaaaaaaaa... teringin nak makan tomyam...

so aku ajak ehem ehem patah balik ke Klang... nampak kat situ macam byk food stall... sekali hampeh je... mamak stall...

rezeki restoran arafa...

balik dapat train jam 920 malam... tiba rumah tepat jam 10malam... tak jauh mana pun...



memandangkan yang shoot gambar tadi ehem ehem.. biar lah ehem ehem yang up kan gambar tuh...

suka tgk lembayung senja....

No comments:

Post a Comment