Friday 28 December 2007

i wanna that ideal figure!!! must!!!

alhamdulillah... setelah penetapan minda dibuat... akhirnya aku tidak menggigil kerana tidak makan nasi sehari...

inspirasi dari:
-----------------------------------------------------------------------

Mek: Dulu XXL kini M

OLEH BINTU RASYADA A.RAHMAN

KISAH pelakon Salam Pantai Timur, Mek atau nama sebenarnya Nik Sayyidah Fatiha menjadi kurus heboh di akhbar-akhbar sepanjang minggu lalu.

Masakan tidak kecoh, siapa tak kenal dengan Mek yang cukup montel dalam rancangan tersebut.

Bukan sekilo dua yang kurang, ‘che mek molek Klate’ ini khabarnya berjaya mengurangkan berat badan dari 103 kilogram ke 59 kilogram dalam masa lapan bulan.

Sebagai artis, tentu perubahan mendadak Mek menjadi perbualan ramai. Ada yang kata, “Mek mesti buat liposuction (sedut lemak), kalau tak, mustahil boleh kurus dengan cepat.” Ada pula yang mengusik, “anak dara kalau sibuk-sibuk nak kurus ni mesti ada perangsang.”

Kerana tertarik dengan kisah Mek, Kesihatan menghubungi Mek untuk mendapatkan cerita menarik tentang perubahan dirinya.

Jom ikuti perbualan dengan Mek yang sempat berkunjung ke studio Utusan baru-baru ini walaupun sibuk dengan urusan sehariannya.

Apa perasaan Mek sekarang?

Rasa lebih yakin dan saya berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini kalau kita mahu.

Boleh ceritakan sedikit apa yang Mek lakukan untuk kurus?

Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.

Tak rasa lapar?

Memanglah rasa. Tapi kena kuatkan semangat dan saya akan buat benda lain supaya lupa seperti main game atau baca novel. Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.

Cukupkah dengan menjaga pemakanan?

Memang tak cukup. Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.

Ada yang tak percaya Mek kurus kerana diet dan bersenam. Ada yang kata Mek mesti buat liposuction.

Tak adalah. Saya ni jenis yang takut sangat dengan jarum dan benda-benda yang ada di hospital.

Ubat-ubatan lain?

Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus.

Apa teman-teman dan saudara cakap bila tengok Mek begini?

Mereka bagi sokongan supaya Mek terus kekal macam ni.

Nasihat Mek untuk mereka yang ingin kurus?

Kalau saya boleh buat, anda juga tentu boleh. Saya dah buktikan bahawa apa juga masalah boleh kita atasi. Macam saya, saya ada masalah kegemukan yang teruk kerana mewarisi bentuk badan yang besar dari keluarga dan juga tabiat suka makan. Doktor juga pernah kata metabolisme saya terlalu rendah. Jadi saya dah berjaya buktikan.

Gembira tak dengan perubahan ini?

Macam tak percaya. Tapi, saya bersyukur kerana saya belum terlambat. Maksudnya, saya bernasib baik kerana saya terselamat dari sebarang penyakit ketika gemuk dulu.

Betul ke Mek kurus sebab ada ‘perangsang’?

Tak adalah. Saya kurus sebab saya sendiri mahu kurus. Memang belum ada. Kalau ada saya akan beritahu nanti.

Projek terkini Mek?

Saya akan muncul dalam filem pertama berjudul Brain Scan 21. Insya-Allah, saya juga akan menghasilkan album solo pertama sendiri tak lama lagi.

Itulah ceritanya Mek, yang sibuk bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga pemilik salun kecantikan di Klang. Khabarnya beliau bakal memiliki sebuah lagi salun kecantikan di Shah Alam tak lama lagi. Kepada Mek, teruskan usaha anda dan semoga berjaya ya.

----------------------------------------------------------------------------


mek tak makan nasi 8 bulan... turun 54 kilogram tuh....pergh ... aku baru buat penetapan minda tak mau makan nasi selama 2 minggu... ni dah masuk hari ke empat... start hari rabu 26 disember 2007, me n hubby just makan mee mee hun ala ala sup tak pun beberapa keping roti je... kalau rasa lapar minum air n makan biskut... kene minum air manis... kalau tak mana nak datang tenaga... kalau sentuh bab nak bersenam ni leceh sket.. sbb ada anak kecik... tapi aku duk umah bukan tak buat keje, byk keje.. terkejar kejar... ada masa terluang aku suka buat ala ala senam robik sampai berpeluh...

so lepas ni lalu je lah depan secret recipe.. no more chocolate indulgence...no more banana chocolate... hurm kalau sebelum ni sorok sorok beli kek(ada org tak bg aku asyik makan kek je), skang tak yah dah.. kene buat penetapan minda...kek hanya sebulan sekali... sepotong kek sahajeeeeeeee...

tapi tak de lah sampai nak kurus sgt... tak de daging plak.. tak sedap plak kan...

so according to BMI the ideal weight for me is about 60kg...

kenapa ek tetiba nak mengurangkan berat?.. hari tu gi buat next check up pasal d&c... doktor nasihatkan to control my weight untuk mengelakkan kandungan seterusnya gugur...

gemuk nih bukan baik sgt dalam kesihatan... macam macam penyakit dtg...







4 comments:

  1. sony.. dulu tun x mkn nasik 3bulan turun 10kg. betul. tun x senam pun. tapi x mkn nasik turun byk masa bulan pertama pastu sket sket.

    ReplyDelete
  2. lamanya 3 bulan... tapi kan..bila kita dah tetap kan dlm kepla tak nak makan nasik...mmg tak de nafsu nak makan...ingat lepas 2 minggu nka makan nasi sekali je..itupun petang..hurm.. macam tak praktikal plak kalau nak kurangkan digit tu...

    tapikan tun..sony ada amik tablet surut mustika ratu... tgk je lah nnt... nak beli sendayu tinggi mahal...

    3 bulan 10 kg... huh...lama gak ek nak turun...

    ReplyDelete
  3. tapi bulan pertama turun mendadak. leh turun 5kg dlm sebulan. pastu sket sket. try la.. nape yek mkn nasik leh gemok? tun pun xpaham.tun belasah je mende len.. tp tak mkn nasik ngn minum air gas. mmg turun dan menten

    ReplyDelete
  4. chaiyok chaiyok... moga nafsu ini dapt dipertahankan...

    ReplyDelete