Friday, 18 December 2009

Oh... Tidak...

bagaimana harus ku mulakan ya...

begini... seorang rakan bercerita tentang pengalaman nya yang memang bulat bulat ditipu tanpa dia sedari itu semua merupaka helah semata untuk......

ceritanya bermula begini...

setelah hampir dua minggu berlalu...

pada hari sabtu... ada panggilan dari seorang kenalan yang baru sahaja bertemu di satu majlis yang tidak gilang gemilang langsung...

mempelawa satu jawatan kerja yang sangat best lah sangat! sangat sangat!

kononnya satu company construction, sub contract ABC... memerlukan pekerja... ketua tadbir gitu...

ok

so maka nya... rakan itu tadi pun beria ia lah... mahu menetapkan tarikh dan waktu untuk ditemuduga....

sebelum ditemuduga... rakan itu tadi yang beria ia sangat itu.... tanya lah macam macam pada kenalan yang baru sahaja bertemu di satu majlis yang tidak gilang gemilang langsung...

byk soalan ditanya

kerja apa
company apa
buat apa
berapa gaji
kerja di mana
financial company
company itu company ini
bagaimana dan mengapa

semua nya dapat dijawab oleh kenalan yang baru sahaja bertemu di satu majlis yang tidak gilang gemilang langsung

namun di hari dan waktu yang dijadualkan untuk bertemu... maka bertemulah si rakan yang beria ia itu dengan kenalan yang baru sahaja bertemu di satu majlis yang tidak gilang gemilang langsung...

rakan yang beria ia itu pun tanya lagi... sbb suasan lain sangat sangat...

ada byk meja

ada org lain pulak

malam pulak

pejadah pulak nak interview memalam... macam ramai pulak yang dtg untuk interview...

hurm...

so...

pendek cerita

ala ala MLM!

rakan yang beria ia itu... mula berubah wajah... tapi di kawal...

biasalah orang melayu... penuh dengan budi bahasa... tidak mahu menyergah... kerana mungkin niat kenalan yang baru sahaja bertemu di satu majlis yang tidak gilang gemilang langsung itu baik.

mahu membantu...

tapi niat yang baik boleh ke menghalalkan penipuan?

oh oh oh...

3 comments:

  1. Alahai..menyampahnya bila org buat camni kan. Kita punyalah beria..rupanya MLM..hampeh. AKu paling malas betul nk join MLM ni... Dlupun penah terkena gak....

    ReplyDelete
  2. hahahaha eh aku gelak tanpa disedari.

    ReplyDelete