Friday, 12 February 2010
Jejak Rimba : Sungai Pisang
assalamualaikum dan salam sejahtera...
(siap mukadimah)
alhamdulillah, aku masih boleh bangun di pagi yang sunyi sepi. seharian menapak sepanjang denai, dan anak sungai demi si sungai pisang dan air terjunnya.
terima kasih kepada rakan rakan yang menganjurkan program riadah sebegini.
jujur ku katakan aku tak pernah menjejak rimba! sungguh memenatkan. kaki kiri dan kanan yang mula mengejangkan satu badan sudah menunjukkan aku kurang stamina. tersangat lah kurang.
memang leceh dengan jalan yang tak rata! dasar sungai yang berbatu licin.
aku kagum kepada mereka yang seronok dengan aktiviti begini. aku untuk kali kedua... penat dan sakit sangat lah... tak pasti mahu taua tidak mengikuti aktiviti sebegini...
kadang rasa macam tak nak pergi je lagi... serius tak nak pergi...
kuku kaki terkopek semasa terlanggar batu batu sungai,
kaki acapkali tersadung akar melingkar
badan seringkali tak seimbang apabila menongkah arus
dalam jatuh paha berlebam biru tercucuk batang pokok yang di tebang sedikit
lengan kiri masih terasa asid berkumpul bagai nak pecah!
adoi! sakit weyh...
tapi seronok... rasa cam nak pergi lagi
sebab!
CIPTAAN ALLAH maha cantik di sana
aku sedang menunggu ehem ehem upload gambar scenery air terjun
SubhanAllah!
cantik sangat...
aku mandi bagai nak rak
kalau boleh tak nak balik
sedangkan sebelum tu aku malas nak pergi
sbb tak de toilet!
mengada je kan nak bertoilet bagai
hanya yang terdekat tahu apa masalah aku
oh ya sedang mandi manda...
aku teringat anak anak aku
mesti dorang seronok jugak kalau ada
nak nak lagi si sulung
"ibu, i want swimming, please..."
nasib ibu keberatan nak bawak kalian
perjalanan memang mencabar kesabaran ibu
ibu rasa nak sampai cepat je
kaki dan badan pula tidak begitu gah dan kukuh
di sana rakan rakan agent w173
sibuk menyediakan aktiviti BBQ
owh sungguh indah!
mereka sanggup bawak itu barang
apa nama ntah
kagum ah dengan korang
rya dengan sandwichesnya,
jazim dengan baked potato
ki puas dengan molot becoknya
tukang kipas mmg ramai!
seronok mandi manda...
aku cuma harap kerajaan sediakan jalan yang cantik dan bertar nak ke sana!
supaaya senang aku nak ke sana.
tak perlu memanjat bumi yang curam!
boleh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment