Wednesday 2 June 2010

i preferred KOMUTER!!!


Komuter EMU 06 - C8111 & C8112 - hentian Angkasapuri 4/001....... rosak!


alhamdulillah tiada kejadian yang buruk buruk menimpa kami penumpang penumpang perkhidmatan Komuter semalam.

Semalam aku naik komuter. seperti biasa, kalau nak balik aku lebih suka naik komuter. cepat sampai rumah daripada naik bas atau Putra LRT.

".......mengalami kelewatan........kerosakan.........." ini antara yang aku dengar masa tunggu komuter dari sentul menuju pelabuhan klang di stesen Bank Negara.

"ah lewat lagi!" getus hatiku!

tak pe lah... malas nak naik bas... kang mesti crowded kat brickfield!

tak lama kemudian......... komuter ke pelabuhan klang pun sampai... tadi kata kelewatan sebab ada kerosakan..........

tak kisah lah kan... dah ada komuter tu naik sahaja. jangan banyak bunyi pula ye...
dah naik tuh... melepasi hentian KL Sentral, di persimpangan antara laluan Seremban dan Pelabuhan Kelang, komuter berhenti untuk aktiviti kebiasaan....

Tak sangka selepas tu tak ada rasa aircond, tapi komuter masih boleh bergerak sehingga Angkasapuri.

Sampai Angkasapuri banyak kali pemandu cuba untuk membuka pintu tetapi tidak berjaya.
Lama tak lama jugak lah baru pintu dapat dibuka secara manual oleh kakitangan KTM Komuter.

Dalam Koc Wanita... ada yang dah panik! ada yang dah tak tahan! ada yang dah lemah! tapi nasib baik ada pintu diantara koc yang boleh dibuka bagi memberi ruang udara! lega aku!

sesak nafas rupanya apabila berada dalam kesesakan penumpang! nasib baik aku masuk koc wanita! bergesel berhimpit muntut pun tiada apa!

komuter oh komuter !selepas 2 tren yang sarat mengangkut penumpang ke port kelang, baru aku naik tren berikutnya!

dulu pun jadi jugak! bila nak berubah eh? harga tak berubah... maintan dari dulu masa aku tingkatan 4... nak ke pusat tuisyen dan nak balik kampung ke ulu yam.... kalau naik harga dan boleh beli koc baru yang first hand kan bagus... takkan tak boleh mintak duit kerajaan kot?!

2 comments:

  1. komuter mmg tidak akan berubah..muak!!

    ReplyDelete
  2. jillian de jill...akak kalau ke KL memang suka naik komuter...senang boleh relax kat dalam tu...cuma masalahnya lambat sgt pergerakan dia...kena keluar awal kalau nak ke KL...

    ReplyDelete