Friday 4 June 2010

MBA merajuk lagi!


mba... bukan married but available ( kalau ehem ehem baca... mesti dia akan pangkah... married but available another 3 katanya)...........

baru baru ni cakap ngan ehem ehem pasal nak tukar kereta je... since MBA Si Merah Gagah Berani sudah banyak kali buat hal... tup tup hari ni MBA Si Merah Gagah Berani buat hal... katanya dia sakit... MBA Si Merah Gagah Berani kata tak ada orang selenggara dia... hurm... hai MBA Si Merah Gagah Berani, bukan takde orang nak selenggara kamu dengan baik, tapi kamu kena faham, keadaan kita tak sama seperti dulu. Dulu kamu berdua sahaja dengan HRMK, kemudian bertiga, lepas tu berlima sekarang berenam... FZi bukan suka suka nak ngorat HRMK, tapi HRMK amat memerlukan FZi demi kehidupan di Kuala Lumpur.

MBA Si Merah Gagah Berani, janganlah merajuk nnt tuan WDD akan selenggara kamu dengan baik. Kita sekeluarga. Jangan buat hal lagi ye MBA Si Merah Gagah Berani.

Kami semua sayang kamu lagi. Tak sanggup nak berpisah! banyak jasa kamu pada kami wahai MBA Si Merah Gagah Berani!

1 comment: