Thursday, 23 September 2010

tanpa menoleh....


di satu anak tangga... seorang ibu yang juga seorang isteri, duduk memeluk lutut... ada tangis dalam kecewa... remuk hatinya... insan yang paling disayangi berlalu pergi tanpa menoleh...

selepas menutup pintu kenderaan beroda empat... seorang ibu yang juga seorang isteri, pun berganjak ke pintu sebelah di belakang pilot... belum sesaat seorang ibu yang juga seorang isteri berganjak... kenderaan beroda empat memecut laju...

seorang ibu yang juga seorang isteri ingatkan, seorang bapa yang juga seorang suami itu, mahu bergurau senda dengan nya...

tak sempat mengetuk boot belakang kenderaan beroda empat... terus meluncur ke hadapan...

seorang ibu yang juga seorang isteri mengejar kenderaan beroda empat sambil menjerit panggilan manja seorang bapa yang juga seorang suami.... "abang! abang! abang!"

kenderaan terus meluncur laju... di hadapan kapal ada lampu isyarat... warna merah...

seorang ibu yang juga seorang isteri... mengejar... konon konon ternampak kan lah oleh seorang bapa yang juga seorang suami apabila melihat dari cermin sisi belakang...

hampa... kenderaan beroda empat tidak berhenti.... seorang ibu yang juga seorang isteri nampak ada telefon awam... berlari anak mendapatkan telefon awam.... di dailnya nombor seorang bapa yang juga seorang suami itu...

"bunyi deringan telefon"

telefon seorang bapa yang juga seorang suami ada dalam kocek seluar seorang ibu yang juga seorang isteri...

"Ya Allah, dugaan apakah ini... " seorang ibu yang juga seorang isteri berpatah balik menuju ke arah balai polis melaka tengah... dalam hati remuk... kaki mula longlai...

di anak tangga itu seorang ibu yang juga seorang isteri menangis teresak-esak...

"takkan lah abg tak sedar sayang kejar abg... takkan lah tak nampak sayang melambai lambai abg... sampai hati"

seorang ibu yang juga seorang isteri sudah menangis... air mata jatuh mengalir...

"bagaimana kalau abg terus balik ke KL?"

============================

"ada deringan telefon"

============================

"abg!"

-menangis-

"sayang ada kat mana?"

"kat depan balai polis melaka tengah... kat tempat parking tadi lah..."

-menangis lagi-

............................................

tetiba kereta wira yang gagah berani berada di depan mata

-------------------------

"sorry lah... abg ingat sayang dah masuk kereta... nampak emir kat belakang so assume sayang dah masuk dlm kereta..."

------------------------------------------

adegan merengek dan mengada tidak patut dicerita di sini.

end of transmission

2 comments:

  1. ade ke patut tinggalkan bini macam tu je? takkan la tak perasan langsung? isk.....sampai hati!

    ReplyDelete
  2. hahaha... kita pun silap.... selalu masuk je terus kereta.. kali ni.. masukkan emir dulu... sbb si abg duk depan, nnt dia akan turunkan seat... so dia leh baring.... so kita gerak ke sebelah kanan... lagipun dah malam.... mana nak perasan... depan kereta mmg ada orang ramai... nak masuk kereta.... kita pulak segan nak jerit kuat kuat... hahaha... tak sangka idea duk belakang pemandu mengundang cerita!

    ReplyDelete