hari ini aku naik teksi. jumlah keseluruhan RM12. pemandu teksi kali ini, pada mulanya agak diam. bermula dengan pertanyaan, samada aku menetap di kawasan rumah kedai itu atau tidak. aku menjawab jujur. lantas beberapa soalan terpacul daripada mulut pemandu teksi itu. aku layan kan aje... takut pula nanti nanti aku terlelap di dalam teksi...
aku nampak pemandu teksi itu seakan lalok... aku bertanya kepada pemandu teksi itu...
"encik bawak teksi dari jam berapa ni? menguap aje encik semasa memandu... bahaya ni..."
sebenarnya aku ada sedikit cuak dengan pemandu teksi ini, lenggok percakapan macam orang lalok... sungguh... tapi aku positifkan diri... kalau dia bawak teksi nak cari rezeki halal, aku jugak begitu.... jadi aku menjauhkan diri daripada berprasangka buruk...
itu hanya dia sahaja yang tau...
tiba sahaja di hentian bas, aku hulurkan wang... lebar senyum pemandu teksi...
entah apa lah yang seronok sangat dengan tambang RM12 itu...
renungan hari ini
jangan berburuk sangka...
jangan sibuk kan dengan hal orang lain... kalau dah di tegur, jauhkan diri daripada menambahkan ketidaksukaan seseorang...
berprasangka baik sahaja.... moga Allah sentiasa bersama... mungkin dengan berundur diri... mereka akan berasa lebih selesa...
tidak semua orang sempurna, biar beribu mencerca, ingat Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil...
No comments:
Post a Comment