Friday 17 February 2012

Jenjalan Melaka - Part 2

Kapal Dagang Dari Seberang,
Sarat Muatan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan Puan Datang,
Kami Di Melaka Sedia Menanti


Alhamdulillah, kami dah selamat sampai di Bumi Hang Berlima... melepasi tol Simpang Ampat, kami menuju ke destinasi pertama kami... iaitu kedai makan ibubapa Adam... Makan tengah hari k... perut memang dibiarkan kosong... berkeroncong bergurindam dah perut... tak sarapan langsung sejak bertolak... dalam fikiran sambil nak sampai ke bus stop depan Giant Bandar Puteri Puchong... (oh ye.. dari giant tu nak ke sungai besi seterusnya ke melaka aku nompang Jay N G) dah fikir macam macam dah nak makan apa kat kedai adam ni...mesti macam macam lauk ada.... aku nak makan asam pedas... aku nak makan masak lemak cili padi, aku nak makan lauk kari gak... tapi adalah lebih manis aku ambil satu lauk dan satu sayuran sahaja... (poyo je kan?)... tapi memang aku ambil satu lauk sahaja + sayur...

sampai je terus snap momen ini...


ini lah adam... kesian dia... dah lah kerja malam... balik kerja terus shoot ke rumah Dayat... sampai kedai kena jadi waiter pulak... ambil pesanan minuman kami semua...



Salim bersama pilihan lauk pauk... gambar di bawah pulak si QerChique... bergaya tak bleh blah...

yang ni pulak zai... sikit je makan...

"terbaik"


baca doa dulu ye makan.. tanda bersyukur
" YA ALLAH...Engkau Berkatilah apa yang engkau telah berikan kepada kami dan Jauhilah kami dari azab api Neraka"

ahli rombongan - 15 orang

2 comments:

  1. seronok dapat makan makanan kampong... tapi aq xhabis makan... hohoho soe...

    ReplyDelete
  2. seronok dapat makan makanan kampong... hohoho
    tapi aq xhabis kan... sori... hahaha

    ReplyDelete