aktiviti pertama |
hari wilayah. jatuh hari ini. 1 februari. 2013.
aku?. keje kat selangor. puchong. memang tak layak dapat triple pay bagai.
melainkan company kata... "ok. mana mana base u keje... public holiday ikut hq yang berpusat di TTDI." yang ini mmg layak lah dapat kan...
tetiba nak berjiwa jiwa yang berkarat karat ... karya yang tak pernah jadi buku.
Bila ada keraguan. Bertanyalah.
Apakah sengaja membiar nanah menjadi ulat.
Memberi seribu alasan untuk menjauh.
Cukuplah hidup kita yang kian menjarak.
Aku nantikan kesenanganmu menjengah dan menumpang hidupmu.
Aku nantikan kesenanganmu menjengah dan menumpang hidupmu.
Lama mana senang itu. Sejauh mana mewah itu.
Itu bukan persoalan.
yang menjadi nyata. jatuhlah talak buat kali kedua.
kerana itu yang kau lafazkan.
Tiada pernah. Tidak sesekali. Dendam.
Aku percaya kepada aturan Allah.
Doaku sentiasa kuaminkan. Moga kau beroleh kejayaan.
Zulaikha bungkam. resah..
Zulaikha meyakinkan diri.
Ya Allah.... yang maha pengasih dan maha penyayang...
Seandainya telah Engkau catatkan, dia miliku, tercipta buatku, satukan lah hatinya dengan hati ku.... titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi....
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi...
Seiringkan kami melayari hidup ini, ke ketepian yang sejahtera dan abadi,
maka jodoh kan lah kami....
tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan ,dia bukan miliku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luput kan dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Ya Allah yang Maha Mengerti...
berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh ke langit ,hilang bersama senja yang merah, agar aku sentiasa tenang,walaupun bukan bersamanya...
Ya Allah Yang Tercinta
Pasrahkan aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku...
Aminn...Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment