Sunday 2 September 2012

bila bila jiwa celaru... aku di sini bersamamu...

hari ini hari ahad... 2 september 2012...

Ya  Allah sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibuku...
Ya Allah, ampunilah dosanya, Kasihanilah dan sejahterakan dia,
Maafkanlah kesalahannya, Muliakanlah kedatangannya,
Lapangkanlah kuburnya dengan rahmat Mu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
~ al-fatihah ~


esok 3 september 2012 1134 pagi genap 14 hari mak pergi...
cepat sungguh masa berlalu...

2 minggu lebih aku tak jengah blog...
2 minggu sebelum mak pergi...
aku sibuk dengan nak beraya...

call mak pun sebab nak tau nombor cikgu Arifin...
mak cakap mak tak tau...

tak pe lah...
aku letak telefon...

awal ramadhan anak anak aku bersama mak
sibuk nak duduk rumah nenek...

nak akhir ramadhan pun sibuk nak balik rumah nenek...
mereka memang suka duduk rumah nenek 

16 Ogos 2012
aku keje petang balik malam
aku tumpang seseorang
dalam perjalanan.... aku terima sms dari suami... "... mak masuk PPUM"

aku terus call mak tam
tanya "kenapa mak masuk hospital?" dalam fikiran, kenapa aku tanya soalan  ni sebab semua ahli keluarga tau mak ada cancer...

mak tam cakap mak tam ada kat rumah (kat kampung)
mak tam cakap mak tam standby kat rumah je...

aku terus letak telefon... aku faham maksud - dan aku sebak


aku call angah... tanya
"kecemasan"
sampai kecemasan aku tanya kat kaunter pendaftaran...
aku tanya mak aku kat mana?...

anak anak nak jumpa nenek mereka jugak...
tapi tidak dibenarkan...

"pintu cermin ke-2 belah kiri"
aku jalan menonong... aku perasan kelibat yang aku kenal... tapi aku jalan gak sampai hujung...
aku tanya seorang staff nurse kat sana...
dia yang bawa aku ke Dewan Resusitasi

kat luar aku nampak adik aku... kelibat dia rupanya...


di tangan adik aku ada kad pesara arwah ayah... (aku tau...sebab aku pun pernah guna dulu)
guna kad pesara nak buat urusan pembayaran X-Ray...
tapi kalau dah ada kad pesara, FOC...
tapi masih kena ke kaunter bayaran untuk rekod...


aku nak masuk dalam...
tapi kami di tahan.. tak boleh masuk
katanya... nanti doktor jumpa awak kat luar...

doktor perempuan berkaca mata keluar jumpa aku dan adik aku...
"ini kakak sulung saya" adik aku perkenalkan aku pada doktor...
"tunggu kakak saya lagi seorang"
doktor tanya "berapa orang adik beradik?"
kami jawab "4"
"mana lagi seorang?" tanya doktor lagi...
"seorang lagi kat sabah..."

aku sibuk call adik lelaki aku...
tak berjawab... angah call si ayen tak berjawab,, sms pun tak jawab...
aku sms suami minta tolong post kat FB adik lelaki aku...

doktor perempuan berkaca mata... berbincang di antara kami 3 beradik...
memaklumkan... keadaan mak yang kritikal...
mak sesak nafas sebab dalam paru paru dah penuh dengan air dan darah
cancer mak dah melekat di paru paru

then datang doktor lain pulak...

Doktor Gan... dengan wajah serius...
berkali kali geleng kepala...
then datang lagi seorang doktor.. 
soal siasat kronologi dan sejarah keluarga

doktor gan bawak kami keluar... bincang...
samada nak stay hospital...
sebab keadaan mak kritikal....
bila bila masa sahaja mak akan pergi...
jantung mak pun lemah....
doktor kata kalau nak bawak balik pun boleh...
cancer dah merebak...

angah cakap biar mak stay kat hospital...
kalau bawak balik ulu yam...
macam mana dengan bantuan pernafasan?
macam mana nak keluarkan  air dan darah dalam paru paru?

mak tam pesan "mak nak duduk hospital"

doktor gan beritahu lagi...
kalau stay kat hospital... kita hanya mengurangkan kesakitan mak sahaja...
untuk pulih memang tidak...

apa yang pihak hospital boleh buat...
beri keselesaan pada mak dan tak nak bagi mak rasa sakit...
sebab mak dah lama tahan sakit sendirian...

lebih 15 tahun mak mengidap cancer...
doktor gan cakap.. cancer mak sangat slow...

staff nurse sibuk uruskan kemasukan mak ke wad...

aku tengok mak
mak tengok aku
aku nangis
mak cakap jangan nangis

angah ngan siti nak bersahur...
angah keluar kejap cari air dan roti

dah nak dekat pukul 6 pagi...
wad belum setel lagi...

aku pulak keje

aku sms TL...
TL aku balas maklumkan pada TM...
then aku sms lagi... aku nak amik cuti tak bergaji... sampai raya 2...


aku masuk keje jugak tapi aku masuk sekejap je...
hati dan jiwa tak selari dengan akal...
pagi-pagi aku call TM... 2 TM aku call... yang utama tidak berjawab... aku call yang seorang lagi
aku nak mintak EL 2 hari terus... tapi tak boleh... 
sebab authority yang sangat terhad... 
aku cuba memahami...

hati dan jiwa tidak selari dengan akal
terima call daripada siti...
doktor nak jumpa adik beradik
kali ni bukan doktor kecemasan yang nak jumpa
tapi doktor yang handle case breast ca+


aku tak boleh tahan... aku nak pergi hospital balik...
aku maklum pada TL yang ada... aku cakap aku dah beritahu TM yang berkenaan...
TM yang berkenaan luluskan...

sampai hospital...
mak masih sedar dan boleh bercakap...
sesekali dia pesan... "jangan lah menangis..."


pagi tu angah beritahu, ayen on the way dari sabah...



ini gambaran bagaimana mak di tebuk untuk keluarkan air dan darah daripada paru-paru...
masa kat wad kecemasan doktor gan beritahu... hampir 900 cc air dan darah daripada paru-paru... telah dikeluarkan.... so memang nampak perubahan bila mak bernafas... tapi doktor gan pesan... untuk cure agak mustahil... banyak kali doktor pesan... supaya jangan panik... doktor2 suruh bersedia... doktor perempuan berkaca mata pulak... pesan.. banyakkan berdoa... kalau mak pergi... doktor perempuan berkaca mata kata redha kan sahaja... doktor perempuan berkaca mata tu kata lagi... mak dah lama sakit... doa banyak2...



chest tube insertion...

dari dalam paru paru mak...

No comments:

Post a Comment