alhamdulillah... semuanya selamat...
lama jugak aku tidak mengemaskini lirik lirik bercerita di Lirikan Alam ku ini.
pena. sungguh penat.
Seawal pagi kami dah keluar. balik kampung aku kejap. ada orang buat tak baik kat rumah arwah nenek aku. Moga Allah balas setiap perbuatan jahat mereka.
Ehem ehem sempat merehatkan diri di sana. kami anak beranak dan mak tam sibuk berborak pasal dajal itu... memang jahat!
Ya Allah, hanya kau sahaja yang mampu membalas ... setiap perbuatan yang mungkar.
petang kami balik Jalan Kelang Lama. dah lewat rasanya. singgah Plaza Mutiara Sentul dan juga Ampang Park. Beli barang tambahan Nikon D90...
tiba umah jalan kelang lama dah 7 lebih. kelam kabut bersiap. Ada pertemuan beramai ramai di Bangi, Seksyen 7. kami memang lewat sampai. 8.30 rasanya.
hurm... aku jumpa kawan kawan D One (sem 1), KYPM Kelantan. Dan juga D ONE A (sem 2 dan 3) di KYPM Kelantan. lepas habis matrikulasi masing masing ambil jurusan pilihan sendiri.
aku kelu nak berbicara. lama sangat tak jumpa. kecoh kecoh sikit je. Ye lah, di UPM, jarang bersama... Fakulti juga berbeza-beza. kalau berselisih angin, cuma sempat say HI je.. tak pun senyum dari jauh!
Seronok jumpa kawan kawan sekelas. terharu. serious. Bila mamat menangis masa bagi talk tadi, aku tak rasa apa apa... tapi bila aku berbicara di sini... aku rasa sedih jugak... owh! kawal diri ella!
zaman itu sudah berlalu. hanya tinggal kenangan-straight face-.
mana tak nye... bila teringat kedai abe, kedai makcik kem kijang... tetiba aku teringat geng ketawa ghairah bilik 9-blok ikhlas. ketawa bersahut sahutan dengan geng bilik 10-blok ikhlas. ketawa kami menjadi umpatan.. sampai blok syukur kedengaran.. mahu tak bercerita!
sorang geng bilik tak bersama pun tadi. tak pe lah... at least geng sekelas dan sefakulti ada.
meriah nya zaman itu. nak nangis pulak!
umi kalsum patutnya join tapi suami dia ada kursus pulak.... dia lah org pertama aku berkenalan semasa memijak bumi Kolej Yayasan Pelajaran MARA... lelaki pertama yang aku kenal Salleh... tarikh lahir sama ngan aku. Aku dan mak Salleh sesama ke Pekan KB cari barang keperluan duduk hostel. Entah si Salleh tu ingat entahkan tidak.
Masa hantar ke KYPM, mak aku yang temankan. Upah kenalan jiran untuk guide kami ke sana. tapi... at the end mak aku balik sendiri sebab orang yang mak aku upah hilang entah mana.
nangis masa tu depan kedai makcik potostet. ye lah. risau bila pikir cemana mak aku nak balik.
tapi mak sampai jugak KL.
hari hari orientasi... che mat ... tanya soalan... soalan apa aku dah lupa... tapi aku jawab ada perkataan dowh (b0d0#)... aku dah bg impression buruk tentang diri aku...
tapi arah beritahu... mmg 1st impression aku buruk, tapi bila dah kenal... -uhuk uhuk- lu pikir lah sendiri...
kenangan!
dah dah jom tidur.... esok pepagi nak gi taman bukit jalil lagi. ada outdoor shoot... kat area kolam ikan lak...
No comments:
Post a Comment