pergh!!! seronok sungguh melihat itu itu berterbangan! bising bising tidak menggugat kebingitan telinga... ada jua sorak sorak dari tekak ini melaung kuat... hebat! berani! tidak seperti ini ... naik basikal kalau berselisih dengan kereta, berhenti dulu beri laluan... ada si gadis... pilot kah dia... teruja melihat beliau bersama dua lagi pilot! hebat!
Pertunjukan Udara TUDM dan The Thunderbirds
Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang. Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat. Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM). Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009 Wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan sepanjang pertunjukan di adakan.
Tentera Udara DiRaja Malaysia- Sentiasa Di Angkasa Raya
http://www.airforce.gov.my
No comments:
Post a Comment